Kes perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo memasuki fasa terakhir apabila kedua-dua belah pihak Peguam Bela dan Pendakwaraya menutup hujahan kes mereka Isnin lalu. Jumaat ini, Hakim Datuk Wira Mokhtarudin akan membuat keputusan sama untuk menyabitkan Dr. Mohamad Khir dengan pertuduhan tersebut atau membebaskannya.
Dr Mohamad Khir dituduh mendapatkan satu barangan berharga bagi dirinya dan isteri dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, yang beliau ketahui mempunyai hubungan rasmi dengannya, pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Pada hari jumaat ini, Hakim Datuk Wira Mokhtarudin Baki akan membuat keputusan mengenai kes ini. Berdasarkan hujahan pendakwaraya dan peguam bela, Hakim mungkin perlu memutuskan beberapa perkara berikut:
1. Apakah nilaian sebenar hartanah berserta rumah yang tidak siap pada 2007 itu sama dengan harga pembelian pada 2004 sebanyak RM 6.5 juta. Ini kerana pertuduhan tersebut dengan jelas menyatakan Dr. Khir memberi balasan yang kurang berbanding harga RM 6.5 juta.
2. Yang mana satu pilihan hakim dalam menentukan harga hartanah tersebut pada 2007 sama ada nilai pembelian, nilai oleh Rahim and Co atau nilai oleh TransAsia.
3. Jika hakim menerima nilai pembelian tersebut sebagai nilai struktur rumah tidak siap yang dibeli oleh tertuduh pada 2007, Hakim perlu membuat keputusan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai harga hartanah tersebut bernilai RM 6.5 juta.
4. Untuk menentukan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan ini, Hakim perlu membuat keputusan sama ada untuk menerima atau tidak keterangan SP2 dan SP 3. Hakim juga perlu memutuskan apakah kenyataan-kenyataan SP2 dan SP3 boleh diterima sebagai satu saksi yang suci dan melampaui keraguan munasabah. Ini kerana pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir bergantung kepada kenyataan-kenyataan SP2. Jika kedua-dua ini diterima oleh Hakim, maka Dr. Mohamad Khir akan disabitkan kesalahan.
5. Jika hakim menerima penilaian Trans-Asia, Dr. Mohamad Khir mungkin dibebaskan berdasarkan kenyataan SP2 sendiri bahawa beliau tidak pernah memaklumkan kepada tertuduh mengenai laporan ini.
6. Jika Hakim menerima laporan Rahim and Co, bermakna tertuduh harus dibebaskan walaupun pendakwaraya mendakwa SP2 terpaksa menjual kepada tertuduh. Ini kerana tertuduh mendapat barangan tersebut dengan memberi balasan yang setimpal. Dakwaan SP2 terpaksa menjual juga tidak dapat diterima kerana SP2 mengaku di dalam Mahkamah bahawa beliau yang menawarkan untuk menjual kepada tertuduh.
Penulis berkesempatan hadir di mahkamah isnin lalu dan membuat beberapa catatan
Read More.....Psssttt... Itu ketelusan Dato Seri Khir Toyo, Pembangkang nak pakai modal apa lagi?DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...