Najib Razak Jangan Terlalu Ghairah Untuk Menang PRU 13
Friday, December 23, 2011
Dato Seri Najib Razak
PENJAWAT awam perlu mengucapkan tahniah serta berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menangguhkan perlaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dilaksanakan bermula Januari ini dan tahniah kepada Cuepacs kerana berjaya menyedarkan PM Najib bahawa skim yang dirangka itu tidak menguntungkan kakitangan awam dan ada perkara lain yang dirahsiakan dari pengetahuan Najib.
Malah skim ini dilihat begitu banyak menguntungkan kumpulan pengurusan tertinggi Read More......
Tahniah brother Rafi Awang Kecik yang membuat kupasan menarik akan isu yang sememangnya wajar diperjelaskan kepada rakyat Malaysia khusunya kakitangan Kerajaan. Isu ini yang mana jika tidak dicegah mampu membawa impak besar kepada kerajaan terutamanya pentadbiran Najib Tun Razak.
Dalam pada ini sebenanrnya Gomo nak mengulas mengenai mereka yang merupakan Proksi Anwar Ibrahim ataupun dengan kata lain Agen Agen Anwar Ibrahim yang wujud dalam kerajaan dipelbagai peringkat. Mereka ini berbaju Kerajaan namun jiwa nya adalah Anwar Ibrahim.
Sedar atau tidak Najib Razak sememangnya dikelilingi Parasit Parasit besar yang sebenarnya hidup untuk menggangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Sabotaj dari dalam dan itulah peranan yang dimainkan mereka dalam era Najib Razak ini.
Najib Razak perlu jelas bahawasanya agenda ini telah diwujudkan Anwar Ibrahim sewaktu beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi. Lihat sekeliling mereka yang berada didalam kedudukan Strategik kerajaan dan dimana mereka hari ini. Apakah itu semua masih samar samar?
Mungkin Najib Razak tahu namun tidak berupaya untuk mengekang semua ini kerana disekat ataupun maklumat tersebut dihalang untuk sampai kepada beliau akibat orang orang sekitar Najib Razak yang mempunyai hala tuju yang sama iaitu membawa Anwar Ibrahim ke Putrajaya.
PRU13 merupakan satu pilihanraya yang sengit dan semestinya amat getir buat Najib Razak presiden UMNO. Banyak kebolehan pakar pakar diperlukan dalam memastikan BN memenangi pilihanraya kelak namun dalam Kegairahan ini diharapkan Najib Razak tidak alpa dan mengambil jalan mudah dengan memilih orang yang berjiwa Anwar Ibrahim ini.
Kami tidak mempunyai kepentingan dalam hal ini, Menang Barisan Nasional PRU 13 pun kami tetap sebagai Blogger jalanan yang tak bertuan. Najib Razak menjadi Perdana Menteri pun kami tetap begini dengan penulisan Bebas kami. Tidak ada yang menguntungkan kami dalam memastikan BN menang selain dari Islam, Melayu dan Negara terjamin selamat dibawah UMNO dan BN.
Kami hanya Blogger Picisan yang tidak bersekolah tinggi, tetapi kami ada mata, telinga dalam mendengar keluhan dan luahan Rakyat Malaysia dari setiap aspek yang ada.
Psssttt... Jangan bila dah Kalah baru nak bangkit... nak matikan biar dari sekarang mereka yang menjadi petualang ini.
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT





