Gua Beli Porshe Cayenne Kenapa Blogger Lain Nak Cemburu?

Saturday, December 24, 2011




"Sebiji Sama Macam Yang Dibeli ???"


10 Juta kata rakan rakan yang lain setelah Nik Nazmi dari PKR melondehkan bayaran yang kononya dari Najib Razak kepada Blogger terhebat seantero Malaya Rocky Bru ataupun Gomo panggil Rocky Ngah. Betul ke RM 10 juta dibayar kepada Rocky Bru?

Gomo sebenarnya dah muak dengan cakap cakap duit yang berlegar disana sini. Malah Gomo juga difitnah berbagai bagai menerima bayaran, elaun bulanan dan serba serbi dari pihak Kerajaan dalam mana Gomo berblogg setakat hari ini.

Setahu Gomo Rocky Ngah menerima RM4 juta bagi menjayakan portal nya iaitu The Mole. RM 4 juta itu juga digunakan dalam menghasilkan artikel dalam berbentuk Inggeris dalam mencari sokongan pengundi yang diperingkat atasan lah kononya.

Sakit hati RM 4 juta? Takde yang sakit hati sekarang ni, dan pada Gomo itu adalah rezeki buat Rocky Ngah dalam menampung bayaran rumah, kereta BMW nya serta kos kos lain dalam aktiviti sosial nya.

Dah rezeki Rocky Ngah nak dapat duit dari Najib Razak maka kita biarkan lah dengan rezekinya itu. Malah UMB UMNO juga yang menerima RM300 Ribu bagi setiap bulan tidak juga Gomo persoalkan kerana pada Gomo UMB adalah satu entiti yang bernaung dibawah UMNO dan sudah tentu peruntukkan wajar diberikan kepada jentera UMB demi memastikan Blogger UMB tak mengalami kesukaran untuk menjalankan tugas dan tanggungjawap.

Begitu juga dengan UMB Sarawak yang diketuai Aziz dan Audie yang menerima RM 2 juta pada PRN yang lalu. Selama ini juga Gomo tak pertikaikan walaupun jika dilihat setakat ini tidak ada yang boleh dibanggakan dengan UMB Sarawak ini selain dari memperomosi diri untuk menjadi calon pada PRU 13.

Apa nak dihairankan dengan hal ini kerana Blogger Kickdeffela juga pernah mengakui dibayar RM4 juta dari PAS bagi menumbangkang Kerajaan BN. Malah Blogger Topeng Perak sekarang ini juga menerima bayaran RM2 juta dari Pakatan DAP, PAS, PKR untuk melakukan tugas tugas perang media baru.

Itu belum lagi Gomo cakap bab kumpulan Jingga 13 yang menerima RM100 ribu sebulan dari kerajaan Khalid Gagap dalam membantu Pakatan Selangor dalam media Baru. Tak masuk lagi dengan Selangor TV yang menerima peruntukkan Jutaan ringgit yang juga dari kerajaan Khalid Ibrahim Pakatan DAP, PAS, PKR. Malah banyak peruntukkan diberikan kepada jentera Media Baru Pakatan PAS, DAP dan PKR.

Itu namanya rezeki yang kadang kala bila didengar amat menyakitkan hati kita para Blogger dan Facebooker yang berjuang dibawah ini. Ya lah kita tidak bernaung dalam entiti penting justeru itu tidak perlu rasanya marah marah pada yang menerima habuan mereka. Siapa kita nak dibandingkan dengan mereka yang berjuang lebih dari kita ni?

Gomo? Macam biasa meniaga di Uptown Danau Kota dengan mencari rezeki yang halal. Sebelum bergelar Blogger pun memang dah menjalankan perniagaan dan income tu sentiasa ada kerana bila dah lama maka banyak lah rezeki yang datang. Cuma kadang kala ada lah mengeluh sedikit bila tengah bulan. Al maklum Gaji tak masuk untuk rakyat berbelanja.

So semoga Rakyat yang membaca artikel ini dapat membuat penilaian yang baik demi memastikan kemenangan BN pada PRU 13 kelak. Buat rakan Blogger dan juga Facebooker yang hanya makan Telor tampa mendapat peruntukkan dari Najib Razak dinasihatkan untuk anda menyertai kem kem yang ada dalam BN. Percayalah dengan menyertai kem tersebut seperti Geng Rocky Ngah dan UMB peruntukkan akan sampai kepada anda.

Gomo? Macam biasa.... Polong Tak Bertuan.... Gua suka Gua Buat, Gua Tak suka Gua Buat, Apa yang Gua nak adalah memastikan Islam, Melayu dan tanah Air ini terjaga. Rangking Blogg No 1 pun tetap macam biasa.... Gua hanya Peniaga Pasar Malam yang berkelulusan SPM je.....Tapi artikel Gua Berbisa.... He he he


Psssttt... Rezeki depa kan tu, biarkan jelah.... esok lusa mana tau rezeki kita pulak


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP