Karnival Sayangi Selangor Bikin Pakatan DAP, PAS, PKR Kecut Telor

Monday, December 26, 2011


KLIK IMEJ


Barisan Nasional (BN) Selangor akan menganjurkan karnival empat hari bertujuan menyemai semangat 1Malaysia dalam kalangan masyarakat di i-City dekat sini mulai Rabu ini (28 Dis).

BN negeri telah menyusun pelbagai aktiviti berasaskan kekeluargaan terutamanya bagi belia di karnival bertemakan 'Karnival Sayangi Selangor .Karnival ini adalah penutup kepada semua program yang diwujudkan dan dilaksanakan oleh Barisan Nasional Selangor tahun ini demi manfaat penduduk di negeri ini.


KLIK IMEJ

Matlamat majlis ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan persefahaman dalam kalangan masyarakat umum mengenai pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri majlis itu dan potret gergasi Perdana Menteri (Najib) yang dibentuk daripada gambar pelbagai wajah penduduk Selangor akan turut diserahkan kepada Najib pada majlis berkenaan.

Sumber KL POS


Psssttt... Jom kita hadir beramai ramai pada 28 hb December ini.....Kasi gegar Shah Alam

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

PANAS - Video Tragis Rompakan Wang Rakyat Didedahkan






Kalau tak kena tipu namanya bukan lah Kerajaan PAS, DAP PKR selangor. Kalau bukan namanya Tipu kita panggil dengan nama Kencing Rakyat. Gomo tertarik dengan apa yang telah dijual oleh kerajaan Pakatan Haram Selangor dalam meraih undi rakyat Selangor. Meh sini baca petikan dibawah:

SHAH ALAM, 10 NOVEMBER : Sejak diperkenalkan hampir tiga bulan lalu, seramai 160,000 orang warga emas berjaya didaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk menyertai program Jom Shopping anjuran Kerajaan Negeri.

Jom Shopping adalah salah satu agenda kerajaan negeri Selangor membalas jasa golongan warga emas yang terkandung di dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Melalui program ini, setiap peserta di beri wang belanja RM100 oleh kerajaan negeri untuk membeli barang keperluan.

pada peringkat awal sahaja setiap Dun boleh menghantar 200 orang setiap bulan namun kini bilangannya bertambah memandangkan jumlah yang berdaftar semakin meningkat.

Dalam perkembangan yang sama, sehingga Oktober tahun ini, sejumlah 20,382 warga emas yang mendaftar telah dibawa berbelanja di pasaraya-pasaraya terpilih.

Daripada jumlah penyertaan itu, Kerajaan Negeri dijangkakan akan membelanjakan sejumlah RM2,038,200 keseluruhannya.

Namun sejak penganjuran Jom Shopping, Kerajaan Negeri telah membayar RM1,042,000 kepada semua pasaraya yang terlibat dan bakinya akan menyusul.

Sumber Keladaikini

Benarkan apa yang mereka kerajaan Pakatan Selangor nyatakan sepertimana didalam kenyataan diatas? Betul ke beb? Meh sini layan video dibawah ini:



Tu dia, jangan kata untuk rakyat Selangor tapi sebenarnya depa ni pulun duit rakyat kononya untuk diagihkan kepada warga emas sebaliknya wang sebanyak RM 2,038,200 yang telah dirompak hanya meliputi sebilangan sahaja dari mereka warga emas dan yang selebihnya telah dikaut oleh pemimpin Kerajaan negeri.

Yang pohon 160 ribu rakyat warga emas namun yang mendapat RM100 hanya yang TERPILIH sahaja. Awat yang terpilih sahaja yang meraih sumbangan RM100 tu? Yang lain pasal apa tak dapat?

Kalau nak beri kenapa tak beri pada semua yang pohon? Kalau dah yang memohon 160 ribu Rakyat warga emas kenapa tak diberikan kepada semua? Nak kelepet duit kot mana lagi depa ni pemimpin Pakatan PAS, DAP, PKR Selangor ni?

Baik lagi kerajaan BN dibawah kepimpinan Najib Razak bila menghulurkan bantuan tampa prejudis dalam mengira siapa pun rakyat itu. Semua meraih pulangan dalam hal ini dan ianya terbukti sama sekali selama mana BN mentadbir negara.

BN cakap BN laksanakan bukan macam kerajaan Pakatan Selangor yang cakap pandai tetapi tidak mampu melaksanakannya. Pilihan ditangan anda dan renung renungkan lah.....


Psssttt... Sampai bila rakyat nak kena tipu ni?

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

UMNO Exploraces 2011 Terbaik Dan Mencabar Peserta




Menarik dan mencabar. Itulah yang boleh digambarkan sepanjang berlangsungnya pertandingan UMNO Xplorace 2011 anjuran Ibu Pejabat UMNO yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pertandingan yang pertama kali dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO ini, bertujuan merai dan merapatkan hubungan ibu pejabat bersama pengamal media, agensi kerajaan dan orang ramai.

Menurut Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh, beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh pengamal media dan orang ramai terhadap pertandingan ini.

“Pertandingan ini diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO yang telah berlangsung baru-baru ini. Bagi meneruskan hubungan baik antara Ibu Pejabat dan pengamal media, mereka ini diraikan melalui pertandingan ini sebelum majlis berikutnya iaitu malam Penghargaan Media pada 6 Januari akan datang.

“Bagi meneruskan debaran dan cabaran kepada semua peserta, pemenang pertandingan akan terus menjadi tandatanya dan ianya hanya akan diumumkan pada Malam Penghargaan Media nanti. Hadiah kepada pemenang akan disampaikan sendiri oleh Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak. Jadi teruslah menunggu penuh sabar,” jelasnya.

Pertandingan yang menjanjikan hadiah utama sebanyak RM20 ribu ini, telah menyaksikan seramai 81 penyertaan daripada pelbagai kategori.

Pertandingan yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini telah menguji ketahanan fikizal dan mental para peserta. Setiap kumpulan harus menyelesaikan tugasan yang diberikan di sembilan ‘check point’ yang telah ditetapkan. -MediaUMNO

GOMO: Satu acara yang menarik yang mana pernah Gomo sertai dan itulah Exploraces UMNO yang berlangsung kelmarin di PWTC dan juga sekitar Kuala Lumpur yang mana ianya menguji ketangkasan, minda, kesabaran dan pelbagai bagai kemahiran yang ada dalam setiap kumpulan.

Penat namun boleh Gomo katakan semua peserta tersenyum apabila berjaya menamatkan Exploraces sejauh 8 Kilometer dengan 8 chek point penting untuk perjalanan game exploraces tersebut.

Gomo mengharapkan agar pada tahun hadapan pihak Ibu Pejabat UMNO dapat mengadakan sekali lagi Exploraces dan akan datang diminta lebih banyak aktiviti mencabar ada pada setiap chek point yang ada.

Apa pun dengan usaha pihak Ibu Pejabat UMNO ini dalam merapatkan hubungan silaturahim diantara para petugas media dan juga pihak UMNO memberikan satu kejayaan yang sememangnya bermanfaat untuk semua pihak.

Exploraces UMNO 2011 Terbaik , Tahniah kepada seluruh penggerak Exploraces dan tahniah kepada Dato Ab Rauf Yusof atas kejayaan Exploraces UMNO 2011 ini. Jangan lupa 6hb Januari keputusan pemenang Exploraces bakal diumumkan dan hadiah utama iaitu RM20 Ribu bakal diraih pemenang utama.


Psssttt... Memang hebat Exploraces semalam, Gua sampai sekarang sengal satu badan..ha ha ha

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP