Kerakusan Penasihat Sultan Kelantan Akhirnya Sampai Ke Pengetahuan Tuanku Sultan Muhammad Ke V

Monday, February 13, 2012






Penasihat Yang Tak Berapa Nak Sihat

Syukur Allhamdullilah, apa yang dibongkarkan oleh Papa Gomo pada tahun lepas akhirnya mendapat kesan waktu ini. Kesan yang amat besar buat rakyat Kelantan terutama imej Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke 5 itu sendiri.

Untuk makluman pada tanggal 4 May 2011 Gomo ada mengeluarkan artikel yang mana menjelaskan mengenai salahgunakuasa Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V. Artikel berkaitan KLIK DISINI



Dan pada tanggal 24 November 2011 Gomo sekali lagi mendedahkan mengenai salahgunakuasa Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V. Dan kali ini berhubung Wang Yayasan Sultan Kelantan yang mana sebanyak RM 700 Ribu telah diselewengkan dan tidak dimasukkan kedalam akaun Yayasan Sultan Kelantan. KLIK DISINI

Dalam artikel tersebut Gomo merasakan hairan mengapa Tuanku Sultan seolah olah menyembunyikan cerita kerakusan Sukri selaku Penasihat Sultan dari pengetahuan rakyat Kelantan. Malah dalam artikel tersebut Gomo turut menemplak mereka yang berjawatan dalam Istana Kelantan kerana seolah olah tidak mampu untuk berbuat apa apa dari menghalang Sukri yang sedang gila merakus wang dan mencemarkan maruah Tuanku Sultan.

Syukur dengan pendedahan yang telah Gomo lakukan maka telah difahamkan bahawa Tuanku Sultan dan pembesar Istana serta Kerajaan dalam negeri Kelantan sedar akan apa yang dilakukan oleh Sukri ini. Tindakan telah pun diambil mengikut apa yang Gomo dijelaskan semalam oleh seorang wakil dari Kelantan berhubung apa yang dikeluarkan oleh Blogg Gomo dan beberapa rakan Blogger yang lain.

Mengikut dari sumber maklumat Istana bahawa Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V telah pun diTAMATKAN Perkhidmatan selaku Ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Negeri pada tanggal 31.12.2011.

Malah Gomo juga difahamkan bahawa waktu ini beliau Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V telah diminta oleh pihak Yayasan Sultan Kelantan untuk meletakkan jawatan selaku Setiausaha Yayasan Sultan Muhammad ke V sebelum 25.02.2012.

Jika pada tanggal 25.02.2012 beliau Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V masih enggan meletakkan jawatannya maka Usul Undi Tidak Percaya akan dilakukan oleh para ahli Yayasan Sultan Kelantan untuk memastikan beliau disingkirkan.

Bukan niat nak mengaibkan Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V tetapi sebagai anak Kelantan adalah sewajarnya isu Kerakusan Sukri didedahkan buat pengetahuan rakyat dan juga pihak Istana kerana ianya melibatkan maruah Istana Kelantan itu sendiri.



Pelbagai kemelut berlaku di Istana yang menyaksikan Tuanku Sultan Ismail Petra tidak lagi diangkat menjadi baginda Sultan dan kerabat Baginda Tuanku Sultan Muhammad ke V sendiri iaitu Yang Mulia Tengku Temenggong dilucutkan Gelaran dan juga beberapa nama lain yang menerima tempias yang sama.

Tidak mahu untuk patik menderhaka pada Tuanku Sultan Muhammad ke V dalam isu kemelut Istana ini namun pada pandangan patik Penasihat seperti Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V perlulah disingkirkan dari jawatan yang ada kerana campurtangan beliau dalam banyak isu kemelut Istana telah secara tidak langsung mencemarkan nama Tuanku Sultan Muhammad ke V.

Bukan sahaja setakat itu malah apa yang patik difahamkan beliau Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V turut dipanggil dengan gelaran TENGKU SUKRI oleh rakyat marhaen Kelantan kerana tindakan dan cara beliau yang mengawal serba serbi dalam pentadbiran Tuanku Sultan.



Imej beliau yang mengguna pakai Wang Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh untuk pelangsungan perkahwinan anak beliau yang dianggarkan sekitar RM200 Ribu mengundang rasa tidak senang oleh rakyat Kelantan. Malah isu TIDAK AMANAH dalam menerima Wang Sumbangan RM700 Ribu yang sepatutnya masuk ke akaun Yayasan Sultan Kelantan telah diguna pakai oleh beliau selaku Penasihat Sultan mengundang persepsi buruk akan imej Tuanku Sultan Muhammad ke V.

Salahgunakuasa yang dilakukan Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V secara jelas telah mencemarkan imej Tuanku Sultan Muhammad ke V pada pandangan mata rakyat Kelantan dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Patik juga dengan ini meminta agar Tuanku menilai apa yang telah didedahkan oleh Blogg Patik dan juga Blogger Blogger lain serta aduan aduan yang disampaikan oleh Rakyat Kelantan berhubung tindakan yang melampaui batas Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V dalam kerakusan dan salahgunakuasa yang beliau lakukan.



Dimana Bumi Dipijak, Disitu Langit Dijunjung. Patik masih setia bersama Tuanku Sultan Ismail Petra walaupun baginda masih dalam kegeringan waktu ini. Sesungguhnya apa yang patik Luahkan dan dedahkan ini adalah demi Kelantan negeri tumpahnya darah patik. Semoga baginda Tuanku Sultan Ismail Petra terus sihat hendakNya. Amin


Psssttt.... Sukri nak hantar orang Ugut Gua lagi? Kita Standby dan Ready....Laporan Polis dah dibuat.....


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

12 comments:

Ahmad Shukri Mokhtar February 13, 2012 at 9:52 PM  

mcmana saman RM10 juta yg si sukri tu failkan pd lu bro! Lu saman balik dia 11 juta , mcm skupangdua saman balas adun DAPigs Perak tu, bru ada akai.,
Memalukan mereka2 yg bernama SHUKRI je mamat sorang tu, gua terasa beb! Hahahaha

Anonymous,  February 13, 2012 at 10:11 PM  

Dari mana sumbar papagomo dapat, dia bukan wartawan yang mempunyai network yang luas. Jangan2 dia cedok sikit sana sikit sini.
Kalau betul lah dakwaan papagomo ni kenapa Sukri belum didakwa lagi? Kenapa pembangkang tak kecoh, kenapa SPRM tak masuk masuk. Kalau macam ni TAK LAKU LAH BORAK PAPAGOMO ni.....haha........sian!

Anonymous,  February 13, 2012 at 10:24 PM  

teruskan pembongkaran broo..

Anonymous,  February 13, 2012 at 10:25 PM  

Anon 06:11, Dalam tak laku tu ada juga muka engkau kat sini eh? Baca jugak artikel2 kat sini eh. Ini la org kata sayang2 benci.. Buang la tepi2 ego lu tu. Takde untungnya pun.

Anonymous,  February 13, 2012 at 10:42 PM  

Entah apa nak jadi pembaca blog pembangkang. Benci blog papagomo tp dtg baca gak. Baik lu balik baca yassin bro.

Anonymous,  February 13, 2012 at 11:07 PM  

BAB DATO SHUKRI TU , SAYA TAK MAHU AMBIL TAHU. DAN SAYA PUN TAK TAHU KEDUDUKAN SEBENAR. TETAPI KITA PERLU TERIMA HAKIKAT KEGERINGAN DYMM ISMAIL PETRA DAN DYMM TAK DAPAT MENJALANKAN TUAGAS SEBAGAI SULTAN KELANTAN. PENGGANTI NYA DYMM SULTAN MOHAMAD KE V TELAH DILANTIK. TAK ADA YANG TAK BETULNYA. PERKARA DAH SELESAI. JANGAN DIPANJANGKAN KEMELUT ISTANA INI. KITA TERIMA SULTAN MOHAMAD KE IV SEBAGAI SULTAN. PERBALAHANJN KALAU BERTERUSAN AKAN ROSAKKAN INSTITUSI INI. KITA BUKAN NAK JADA DUA DYMM INI . TETAPI INSTITUSINYA. RAJA MELAYU. DAN DALAM KEDUDUKAN INI SHUKRI ADA JASANYA DALAM MEREDAKAN KRISI ISTANA INI. ITU PERLU KITA AKUR. JIKA TIDAK ... IA TERUS BERPANJANGAN DAN TAK ADA ORANG PUN TERMASUK PAS YANG NBIJAK PANDAI TU, BOLEH BUAT APA SATU PUN. DAULAT TUANKU !!! ITU PANDANGAN SAYA PAPAGOMO. SAYA SAYANG KEDUA DYMM. TETAPI MASA DYMM ISMAIL TELAH TAMAT. KINI GILIRAN ANAKANDANYA PULA. TERIMA LAH KENYATAAN INI KALAU KITA SAYANG INSTITUSI INI.

penghuni gua .

tak boleh nak log masuk komen jika guna google accaount. jadi pakai anon aje.

Anonymous,  February 13, 2012 at 11:11 PM  

Btoi bro dah mcm org gila talak je gua tgk pencacai pr ni...

pejuangmaya,  February 13, 2012 at 11:48 PM  

berita baru...pas minta anwar tarik balik kenyataan atau saman wall stre jurnal...sumbar harakah daily

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8087-israel-anwar-tarik-balik-kenyataan-atau-saman-wsj

Anonymous,  February 14, 2012 at 12:14 AM  

Org tua ni dah tak tau apa ug berlaku. Dah terlalu tua. Dah tak peka. Elok lah berhenti. Benda serious mcm ni pun tak nak percaya. How....ma

wakkarjo,  February 14, 2012 at 12:48 AM  

Papa gomo?
Orang tua-tua kata jgn percaya org pendek, betulkah?
Mengikut lapuran lawyer white hair ni memang sombong dan kaki perempuan ini org kata,
YAM TUANKU SULTAN MOHAMAD KE5 hamba patik merayu agar dilucutkan segala geleran yang telah diberibkpdnya sapertimana yang dia telah buat kpd rakyat Tuanku yg lain.
Ampum Tuanku

Anonymous,  February 14, 2012 at 8:54 AM  
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous,  February 14, 2012 at 9:09 AM  

aku mahu ceite seks!!!!!!!!!mana mana!!!!!!!!!

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP