Liputan Berita Terkini,Tepat & Benar - KLIK IMEJ

Keganasan BERSHIT 3.0 - RTM

Masih Ramai Melayu Alpa Dengan Hak Mengundi Yang Ada

Sunday, February 5, 2012



Orang Melayu paling ramai tidak daftar mengundi! Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof itu sebenarnya bukan satu kejutan besar kerana situasi itu telah diketahui umum selama ini.Sememangnya orang Melayu memandang remeh pendaftaran mengundi mahupun hak mengundi pada pilihan raya kerana masih dibuai mimpi siang bahawa bumi yang dipijak ini akan kekal di tangan mereka hingga ke anak cucu.




Masih ramai daripada 3.7 juta orang Melayu yang layak mengundi enggan melihat apa yang berlaku di negara jiran ke utara dan selatan Semenanjung, di mana orang Melayu setempat bagaikan pendatang di tanah tumpah darah mereka sendiri.Apabila hilangnya kuasa politik dan tiada kemampuan ekonomi, maka Melayu di negara jiran hanya menumpang mencari makan daripada 'tuan tanah baru', seperti mana penduduk pribumi di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan banyak lagi negara yang dijadikan koloni penjajah dari Barat.




Walaupun negara ini belum tergadai, namun telah jelas ada negeri, kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah 'diambil alih' akibat kealpaan orang Melayu yang tidak mahu mendaftar mahupun mengundi.Melayu dan bumiputera yang menjadi majoriti melebihi 60 peratus penduduk negara ini sepatutnya dengan mudah menentukan hala tuju politik Malaysia.Tetapi, akibat mengambil mudah proses pendaftaran dan mengundi, kaum minoriti yang sedar akan hak mereka selaku pengundi mampu menguasai kawasan yang majoriti penduduknya orang Melayu.




Ditambah pula perpecahan antara orang Melayu sendiri, maka semakin banyak kawasan yang majoriti penduduknya Melayu akan dikuasai orang bukan Melayu dalam pilihan raya, sejajar dengan sistem demokrasi yang melihat kepada jumlah undi dan bukannya kaum majoriti.'Jatuhnya' sesuatu kawasan Melayu itu kepada bukan Melayu akan mengundang kesan berangkai di peringkat DUN, Parlimen, negeri dan akhirnya negara.




Lihat sahaja bandar-bandar besar kini politiknya sudah dikuasai bukan Melayu sedangkan tidak kurang jumlah Melayu dan bumiputera yang tinggal dan bekerja di sana. Orang Melayu pula kelihatan hanya memegang kawasan kampung dan pedalaman.Jelas lagi nyata, bumi yang dipijak tidak semestinya kekal milik Melayu jika terus dibuai mimpi siang hari dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka.




Bagi tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah, sikap mengambil mudah urusan mendaftar dan mengundi ini merugikan bangsa sendiri terutamanya sekarang di mana ramai yang tidak faham negara boleh jatuh ke tangan bukan Melayu."Saya tidak faham kenapa sikap begitu masih berterusan dalam kalangan orang Melayu sedangkan anak-anak orang bukan Melayu di luar negara sanggup balik semata-mata untuk mengundi."Mereka tahu susahnya mendapat hak mengundi sementara orang kita terus pandang remeh dan tidak mengambil berat pentingnya satu undi kepada bangsa dan negara," katanya.




Menurut beliau, golongan yang 'tidak kisah' ini tidak dapat melihat kesan tindakan mereka kepada negara terutamanya yang akan ditanggung generasi berikutnya kelak.Jelasnya, melihat kepada pakatan tiga parti pembangkang menunjukkan pengaruh kuasa dan kerusi lebih dipegang bukan Melayu terutamanya kini dengan ada sebilangan Melayu sendiri yang menyokong DAP."DAP cukup condong kepada sistem pemerintahan republik.


Jika mereka menjadi ketua atau mempengaruhi kerajaan baru jika pembangkang menang, parti-parti Melayu yang lemah akan digunakan untuk kawal negara."Singapura mungkin dibawa masuk kembali bagi mengurangkan majoriti Melayu, tiada lagi Raja-Raja, Perlembagaan dipinda, Islam bukan lagi agama rasmi dan habislah ketuanan Melayu dan maruah diri kita," tegasnya.




Tambahnya, tidak mustahil juga Perdana Menteri kelak bukan orang Melayu mahupun Islam seperti mana pernah dijadikan ikrar di Pulau Pinang dan disebut bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew."Mungkin ramai tidak percaya ini semua boleh berlaku tapi lihat sahaja situasi kini! Sudah ada orang Melayu sendiri yang sokong cadangan Perdana Menteri bukan Melayu.




Oleh itu, jangan ambil mudah kesan setiap undi milik orang Melayu. Sebelum terkena, sedarlah sikit agar tidak menyesal di kemudian hari," ujarnya.


Ibrahim turut mengaitkan sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rejim Israel akan menentukan corak pemerintahan negara kelak jika pembangkang menang dan Singapura kembali menyertai Malaysia.




"Singapura mempunyai pengaruh Israel yang kuat termasuk kuasa tenteranya. Jika mereka kembali di bawah pimpinan pembangkang, orang Yahudi juga akan ada pengaruh ke atas negara kita kelak."Jika ketika itu Melayu mahu memberontak, 'polis dunia' akan sekat dengan alasan 'undian adil telah dibuat melalui pilihan raya', maka mati kataklah kita," jelasnya.




Selain itu, beliau turut menegur usaha UMNO terutama di peringkat cawangan yang dilihat kurang menumpukan masa dan usaha dalam menarik golongan muda mendaftar dan mengundi."Mungkin maklumat yang saya terima ini kurang tepat tetapi cawangan-cawang UMNO kurang atau tidak bergerak sekuat parti pembangkang dalam menarik pendaftaran dan undi orang muda.




Jentera cawangan tentu tahu anak siapa belum mendaftar dalam kawasan mereka. Berbeza dengan apa saya lihat di Subang di mana sekumpulan anak muda bukan Melayu membuka meja pendaftaran dan orang Cina paling ramai mendaftar," katanya.




Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula melihat masalah tersebut mungkin bermula dari sekolah atau universiti yang tidak menerapkan pentingnya mendaftar dan mengundi."Masalah utama mungkin tidak cukup kesedaran di kalangan orang muda selepas meninggalkan alam persekolahan atau universiti.




Selain mengikuti urusan kerja dan pelajaran, orang muda perlu mengikuti perkembangan politik dan tidak boleh melupakan tanggungjawab mereka dengan mendaftar dan mengundi," ujarnya.


Beliau turut menyatakan orang Melayu memang dikenali dengan keghairahan dan semangat berkobar-kobar bila bercakap tentang politik tetapi lain pula jadinya bila waktu menjalankan tanggungjawab masing-masing."Orang Melayu kadang-kadang melebih sampai berpecah belah dan putus saudara akibat politik tapi buatnya lain (daftar pengundi).




"Kita kena beringat dan tidak boleh selama-lamanya dalam zon selesa. Sudahlah berpecah belah, jumlah pengundi Melayu pun kurang, yang tanggung akibatnya generasi akan datang yang meneruskan apa kita ada," jelasnya.


Beliau menegaskan, jika orang Melayu terus tidak ambil peduli peranan dan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju dan nasib bangsa, tidak guna lagi menyesal kelak bila apa yang dimiliki lenyap akibat kealpaan mereka sendiri."Orang Melayu perlu berfikiran strategis dalam mengambil peranan politik.




orang dahulu tidak belajar tinggi tapi semangat mereka tinggi dalam menjalankan tanggungjawab mengundi."Tiada alasan lagi untuk orang sekarang terutama golongan muda kerana semua proses pendaftaran pengundi telah dipermudahkan. Jika terus leka, kuasa politik bangsa akan semakin terancam," tegasnya.


-UM




GOMO: Tepat dan benar apa yang tertera dalam kenyataan diatas yang mana ramai orang Melayu tidak peka dengan hak mengundi yang telah diberikan kepada mereka. masih ramai orang melayu menggangap tak mengundi tidak mengapa.




Cuba perhatikan bangsa lain yang perolehi hak mengundi anda akan lihat bagaimana kesanggupan mereka untuk mengundi walaupun kesukaran dalam melaksanakannya terutama bagi warga emas.


satu undi mampu merubah segala galanya dan sebab itu bangsa lain berhempas pulas untuk membuang undi kerana mereka tahu satu undi itu mungkin memberikan mereka kuasa dalam mentadbir politik negara.




perti politik Melayu dan juga pemimpin politik Melayu tidak kira pembangkang mahupun kerajaan harus mengambil inisiatif yang pantas dalam mengajak serta mendaftarkan orang Melayu untuk mengundi. ini tanggungjawap untuk sama sama kita pastikan setiap orang melayu yang berumur 21 tahun berdaftar sebagai pengundi.




Rakyat Malaysia berbangsa Melayu pwrlu sedar hakikat ini, jangan kelak bila sudah tergadai semua yang ada barulah kembali untuk sedar.




psssttt.... Setakat ini memang kaum Cina begitu rancak mendaftar sebagai pengundi. fikir fikirkanlah.


Published with Blogger-droid v2.0.3


16 comments:

Anonymous,  February 5, 2012 11:31 AM  

Ini tugas utama umno sblm pru13. cuba la tarik org melayu . rasanya yg x daftar tu atas pagar kot. kalau daftar pn x tahu nak undi sapa. semua org politik sama je. Calon melayu pn dah rupa cina. lg 1... x boleh ke rakyat umur automatik leh mengundi... Diorg mls nak g daftar. just pendapat utk dikongsi.

Anonymous,  February 5, 2012 11:52 AM  

Patut ni laj keje ko orang tolong menyedar kan melayu. Umno dah lebih 50 tahun tapi melayu masih tak sedar politik? Kenapa? Pasal ape?

Anonymous,  February 5, 2012 12:41 PM  

1. Malas?
2. Genetik lemah akibat nenek moyang mengamalkan kahwin sepupu?
3. Terlalu banyak keistimewaan?
4. Menunggu imam mahdi chegubard membawa masuk penyelamat dari Kingdom of Heaven.

Anonymous,  February 5, 2012 12:43 PM  

bodoh
melayu belacan xmo mendaftar undi sbb xmo layan undi so-called "pemimpin" khasnya yg dari BN
buang masa aje,undi ke x undi negara malaysia ni mmg sudah digadai sedikit demi sedikit
itu pun x paham2 lagi ke
bodoh

Lagubestbest February 5, 2012 12:52 PM  

Ikut perspektif lain pula, golongan miskin dan golongan pertengahan di negara ini sekarang hidup makin susah. Jadi, sense of ownership dah lama hilang dalam fikiran mereka, jadi mengundi tidak lagi relevan pada mereka, malah ada juga rakyat negara kita yang 'seluruh keluarga' berpindah ke Ireland, NZ dll, atas sebab ekonomi. Kalau betul kerajaan mahu rate pengundi berdaftar tinggi, kerajaan mesti cipta pasaran kerja yang boleh menjamin masa depan dan boleh membuatkan mereka bercita-cita, bukan sekadar bagi kerja je. eg: 2000 kekosongan jawatan = 70% kerja sebagai tukang cuci, pemandu lori, dan kuli? Fikir2 kan lah.

Anonymous,  February 5, 2012 1:05 PM  

Itulah. Orang suruh baca buku biru ETP, bukan buku jingga. Kaum Cina sikkit punya melompat dapat participate dalam PPP. Orang Melayu ada juga yang dapat. Tak dapat masuk jadi towkeh, masuk jadi pekerja. Macam mana nak masuk, kenalah usaha.

Belajar jangan takat SPM je lepas tu terus kerja tanpa skill atau expertise. Kalau kerja tanpa skill, itu yang jadi tukang cuci, delivery boy, runner, pembantu am rendah etc. Nak belajar, kena invest, jangan pikir sebagai beban.

Anonymous,  February 5, 2012 1:10 PM  

Kenapa tungas menyedarkan diabaikan. Bos ko Nazri, ambil tak kesah je hal pilihanraya, cakap banyak macam taiko keling je.

Anonymous,  February 5, 2012 1:38 PM  

"macam mana nak masuk kena usaha"
bodoh anon 1:05pm ni
kalau x ampu/jilat bontot pemimpin BN sampai kiamat,big bang sekali lagi pun x akan dpt jadi tokey atau pekerja
usaha konon, usaha kepala-but
bodoh-bengap

Anonymous,  February 5, 2012 2:11 PM  

aiseh bang gomo..

kalo geng kelantan / ganu balik kampung time ngundi dapat dua tiga ratus duit minyak...maklum le,area undi tipis..

kalo geng selatan balik.. pegi ngundi.. kamu menang punya.. haram kamu tak kisahkan kami..

bukannya kami kejarkan duit tu.. soalnya kenapa double standard..??

dengar citer ketua2 cawangan / bahagian semua dah dapat bajet pilihanraya.. suruh tarik pengundi kata org atas.. kamu tau ke duit tu pegi mana..?masuk poket ketua muda mudi tua tui tu la.. ahli2 biasa ni dapat tengok je.. time undi pandai pulak kamu feri kami gi tempat ngundi.. maklumla.. ramai kami ni dah tua dah tak aktif..

cuma untuk info bang gomo.. bahagian tpm tu dah tak berapa selamat.. baik you check balik apa ketua2 cawangan tu dah buat.. dia peduli tak orang2 bawah ahli2 biasa ni..

tapi yang pasti.. tak balik ngundi kerajaan 1000x lagi baik dari ngundi pakatan baghal.. kah kah

Anonymous,  February 5, 2012 2:12 PM  

Mungkin kena dipermudahkan lagi urusam memdaftar pemilih.. Banyak budak2 Yg dah cukup umur lom mendaftar.. Tu yg angka dia sampai juta2 tu... Kena wat lam internat supaya urusan lebih mudah...
Atau mungkin yg kecoh jea kebih macam kat atas tu yg lom mendaftar..
Yg bising2 tapi tengok2 lom daftar..
Mmg mangkuk ayun tol laa mamat nie...

Anonymous,  February 5, 2012 2:17 PM  

gomo,,

hang patut bubuh banner(mcm iklan)

-tentang cara2 nk daftar mengundi

-senara alamat pejabat2 SPR,

Sebab, aku rasa, ramai yg duk baca blog hang mungkin ada yg belum daftar..

sebarkan kpd semua cybertrooper umno

Anonymous,  February 5, 2012 3:11 PM  

tipikal penyokong tegar UMNgOk
x dpt wang undi rosak
dari atas smpai ke bwh makan suap
sendiri setan hina parti laen setan
melayu oh melayu

Anonymous,  February 5, 2012 4:56 PM  

anon 1.38pm dah terkenal dgn kepala otak subsidi. Typical the chosen one mcm Zionist. Tapi Zionis bernasib baik sikit. Dapat makanan dari Syurga semasa Exodus dari Mesir ke Judea, berkat doa Nabi Musa a.s. Tu yg jadi pandai sampai pandai menipu Goyim dgn sistem riba', ubah kitab ikut sedap moncong. Tapi anon 1.38pm, dgn berkat doa imam mahdi chegubard, tggu duit dari langit. Lol!

Anonymous,  February 5, 2012 9:09 PM  

bodoh betul anon 4:56pm
kerajaan yg bgs adalah kerajaan yg beri byk subsidi pada rakyat jelata spt kerajaan kafir australia&UK
kerajaan islam UMNgOk pula koleksi zakat dsbnya byk,hanya diagih2kan pada penjilat2 bontot so called pemimpin BN
kerajaaan kapir lebih baek dari kerajaan islam
bangang sungguh

Anonymous,  February 5, 2012 9:25 PM  

oh macam tu ker. kerajaan kapir lebih baik dari kerajaan islam? kalau macam tu baik aku masuk kapir macam papagomo. hari-hari leh tunggang arak. cheers papagomo

Anonymous,  February 5, 2012 10:27 PM  

Kerajaan yg banyak bagi subsidi adalah kerajaan yang berkiblatkan sistem Komunisme, Sosialisme. Kerajaan kapir Australia dan UK telah mencapai taraf negara maju yang mana majoriti rakyat berpendapatan tinggi, berpelajaran tinggi, berkemahiran tinggi. Negara kapir ini juga adalah negara pure capitalist dan pure secular. Ramai juga rakyat Malaysia telah berhijrah ke negara kapir itu untuk mengecapi pencapaian dan status negara maju. Anda juga dialu-alukan anon 9.09pm

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

BREAKING NEWS - KLIK IMEJ

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP