Terima Kasih Cybertroopers Pro Kerajaan & Pembangkang
Friday, February 3, 2012
Hasil bantuan dari rakan Cybertroopers Pro Kerajaan dan Pembangkang hari ini maka satu kejayaan kita perolehi. Emel dari Kak Suraya buat kita semua.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah....syukur dan syukur ke hadrat Illahi kerana telah menemukan kembali Mohd Nor Fitri dengan keluarganya.
Kak Su bagi pihak keluarga Mohd Nor Fitri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Papagomo dan rakan-rakan blogger yang lain yang telah menolong menghebahkan tentang kehilangan adik Mohd Nor Fitri dan dengan Kehendak Nya juga kami telah berjaya menjumpai Mohd Nor Fitri di Bukit Mertajam, Penang sebentar tadi. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang begitu prihatin menalipon dan sms memberi maklumat tentang adik Fitri.
Disini kak su juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Omar (wartawan metro) kerana telah menyiarkan berita kehilangan Fitri hari ini.
Disertakan gambar Mohd Nor Fitri semasa dijumpai bersama ibu dan kakak.
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih dan semoga Allah merahmati dan melindungi kalian semua....
-Kak Suraya.
Tahniah dan syabas buat seluruh sahabat Blogger, Facebooker, Twiiter baik dari pro Kerajaan mahupun pembangkang kerana perjuangan kita hari ini dalam membantu mencari remaja OKU yang hilang telahpun ditemui.
Inilah hasil usaha kerjasama tampa mengira fahaman politik dalam membantu masyarakat. Syabas para Cybertroopes Malaysia.
Psssttt... Kalau rakyat ada masaalah sebegini maklumkan pada kami..hehehe
6 comments:
Elok juga sekali-sekala PapaGomo tulis cerita bukan hal politik.
Isy tapi tak best lah, mau baca citer politik jugak, hehe.
meh baca macam mana Anwar terkejut beruk bila Cina-Cina di kubu kuat anaknya di Lembah Pantai menolak PR. Persediaan dibuat untuk 5,000 org, yang datang hanya 300!
Tragedi Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan 2 Naib Presiden PKR di Lembah Pantai - Jangka 5000 datang tapi hanya 300 yang hadir!
Nurul Izzah nampaknya akan lari. Kalau tak gerenti kalah!
syukur alhamdulillah..jumpa juga..
Terbaik Berita Lembah Pantai.
Assalam...Gomo...ni aper citer ni gomo....??? bukak dan baca link dibawah...
http://addin77.blogspot.com/2012/02/papagomo-akan-pencen-pasal-benda-nih.html
http://www.youtube.com/watch?v=wtKkHUIE92M&feature=related
alangkah baiknya kalau kita boleh bersatu dalam semua perkara.. semoga ini langkah permulaan unutk penyatuan umat, politik-politik juga.. tapi bersatulah untuk agama, bangsa dan negara.. bersama menentang pengkhianat negara...
Alhamdulillah. Fitri ni cam Forrest Gump jugak life is a box of chocolate tinggal lagi Fitri tak kuat lari mcm Forrest Gump :)
Post a Comment