Lembaga/Pusat Zakat Dah Jadi Haramjadah

Friday, March 16, 2012



Kisah seorang anak yang terpaksa meninggalkan ibunya yang sudah lumpuh di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur minggu lalu, sememangnya menyayat hati. Dan ramai sebenarnya menyalahkan anak muda itu kerana mengabaikan ibunya yang sudah tua dan lumpuh.

Semalam, anak muda itu mendapat pembelaan daripada seorang usahawan dengan memberikan pekerjaan, rumah untuk berlindung, dan kenderaan untuk bergerak!

Sekali imbas, memang tidak kelihatan cacat celanya.

Namun yang sadisnya, ANAK MUDA ITU DAN IBUNYA ADALAH ORANG ISLAM!

Sungguh memalukan apabila ada orang Islam yang menerima nasib seperti itu. Anak muda itu tidak boleh dipersalahkan kerana 'terpaksa' meninggalkan ibunya kerana masalah kewangan yang sangat teruk selain buntu mengenangkan tiada tempat untuk berlindung.

Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan, tetapi sebagai orang Islam, anak muda itu seharusnya mendapat PEMBELAAN DARIPADA LEMBAGA DAN PUSAT ZAKAT!!!

Mana pergi duit ratusan juta ringgit Lembaga dan Pusat Zakat? Mengapa masih ada umat Islam yang terbiar, sedangkan anak muda itu sendiri layak untuk tiga asnaf iaitu fakir, miskin dan gharimin.

Mengapa anak muda itu dan ibunya DIABAIKAN oleh Lembaga dan Pusat Zakat? Mengapa tidak ada pegawai Lembaga dan Pusat Zakat yang benar-benar amanah menjalankan tugas mereka sedangkan mereka yang seharusnya mencari orang fakir, miskin dan gharimin, bukannya golongan itu yang mencari dan memohon bantuan zakat?

Jadah apa duit zakat yang bertimbun-timbun dan sesetengahnya digunakan untuk membiayai perniagaan sepertimana tertegaknya Pusat Rawatan Islam di Jalan Tun Razak yang mengenakan bayaran yang sama tarafnya dengan hospital-hospital swasta lain yang tidak menggunakan modal zakat?

MENGAPA LEMBAGA DAN PUSAT ZAKAT DAH JADI HARAMJADAH?

Setiap seorang Islam yang daif dan sengsara kerana keperluan hidup, maka SELURUH KESALAHAN TERSEBUT perlu dijatuhkan ke bahu mereka yang hidup berlagak di Lembaga dan Pusat-Pusat Zakat di seluruh negara!

Setiap derita dan air mata golongan fakir, miskin, muallaf, gharimin iaitu golongan yang berhutang untuk keperluan asas dan tidak berkemampuan untuk membayar kembali dan Ibnu Sabil iaitu orang yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan yang bertepatan dengan syarak, maka LEMBAGA DAN PUSAT ZAKATLAH yang harus dipertanggungjawabkan!

Setiap sen yang dibawa ke hadapan dalam akaun Pusat Zakat sedangkan, terdapat mereka yang tergolong dalam kelapan-lapan asnaf yang tidak dipedulikan, maka TERLAKNATLAH SELURUH KAKITANGAN DAN PEGAWAI-PEGAWAI di Lembaga-Lembaga dan Pusat-Pusat Zakat di seluruh Malaysia!!!

TIDAK SEHARUSNYA ADA ORANG ISLAM YANG MISKIN DAN MENDERITA KERANA DIHIMPIT MASALAH-MASALAH KEWANGAN DALAM MENGURUSKAN KEPERLUAN ASAS, KERANA ORANG ISLAM ADA ZAKAT YANG ALLAH TAALA SENDIRI PERINTAHKAN 'PENUBUHAN DAN PERLAKSANAANNYA'!!


Gomo: Benar apa yang digarap oleh The Flying Kick mengenai apa yang beraku dalam isu pusat Zakat sepertimana yang dinyatakan diatas. Gomo sendiri pun agak hairan mengapa masih ramai lagi orang Melayu Islam yang terpaksa merempat sedangkan kita mempunyai pusat Zakat yang diwujudkan dalam menyalurkan bantuan buat umat Islam yang memerlukannya.

Persoalan yang kita semua harus tanya kepada pihak yang bertanggungjawap mengapa pekara sebegini masih lagi berlaku? Apakah mekanisma yang ada waktu ini perlu dibuat satu perubahan Drastik bagi memastikan pekara sebegini tidak berulang menimpa umat Islam di Malaysia.


Psssttt..... Beratus juta wang zakat yang kita raih tetapi ramai lagi yang benar benar memerlukannya.....Bantulah demi matlamat Pusat Zakat itu sendiri.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


19 comments:

Anonymous,  March 16, 2012 at 3:44 PM  

Gomo, matlamatnya sempurna tapi perlaksanaannya karut... Sebab apa? Sebab pegawai2 yang diambil kerja oleh pihak zakat skrg ni bukan betul2 nak amik tanggungjawab untuk bantu org susah, tapi sebab dah takda keja... Jadi mintak la keja kat pusat zakat... Ditambah dgn birokrasi yg dan org tamak yang mengawal selia dana yang ada tu... Aku sendiri penah nampak mcm mana org yang ada kuasa kat pusat zakat nak simpan duit yang ada daripada salurkan pada yang memerlulan... Kononnya dia pandai urus duit sampai bertimbun2 dana zakat tu tak digunakan....

Anonymous,  March 16, 2012 at 3:49 PM  

....yang mengherankan, pihak akhbar tidak pula nak mengenengahkan permasaalahan anak muda tersebut, malah dihentam lagi oleh rakyat2 marhain, juga tidak pula ditimbulkan akan jalan keluar bagi permasalahan tersebut...Ketua Auditor akhbar haruslah bertanggungjawab bila sesuatu berita seperti ini dikeluarkan dan harus mencari jalan penyelesain terbaik. Bukan untuk tujuan melariskan akhbar sahaja!...pihak akhabar harus ada rasa tanggungjawab...mencari permasalahan rakyat dan jalan keluar penyelesaiannya!...dan bila duit zakat digunapakai bagi tujuan keuntungan, seperti pembinaan Pusat Rawatan Islam...sedangkan caj rawatan sama malah lebih mahal dari sesetengah hospital swasta dan dalam masa yang sama golongan yang berhak mendapat peruntukan dari zakat tersebut diabaikan, maka pihak Lembaga Zakat harus dipertanggungjawabkan!...jawablah nnt di akhirat kelak!
...DS Najib perlu melihat perkara ini!

UB46
Al-Jubail, KSA

Prince Noob March 16, 2012 at 3:58 PM  

what to expect? lembaga/pusat zakat ni dijalankan oleh orang gomen dan melayu... mcm tak masak pulak perangai orang melayu

Anak Lenggong March 16, 2012 at 4:02 PM  

Yang ni haramjadah

Tanggung malu nasi hujan panas kena kebas

GEORGETWOWN: “Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan,” kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.

Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.

Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.

“Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.

“Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan.

“Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur. Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu.

“Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar,” katanya.

“Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu.

“Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.

“Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar,” katanya.

Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin.

Harian Metro 16/3/2012

Anonymous,  March 16, 2012 at 4:50 PM  

Metro nie jgn percaya sangat. Banyak mensensasikan sesuatu cerita, lebih sudu dari kuah.

Anonymous,  March 16, 2012 at 5:18 PM  

parti pembangkang di pulau pinang? siapa tu ye?

Anonymous,  March 16, 2012 at 5:27 PM  

first time ko klua kn artikel yg bernas gomo...syabas

Anonymous,  March 16, 2012 at 5:31 PM  

Tabuh banyak2 Pusat Zakat kat Mesia ni... Cuba tengok time banjir, rumah terbakar, tanah runtuh, org susah kat berita, selalunyer kaum mana??? Dan apa yg Pusat Zakat buat???

Anonymous,  March 16, 2012 at 5:41 PM  

ABU ==> Aku Benci UMNO
ABU ==> Aku Balun UMNO
ABU ==> Anything But UMNO
ABU ==> Asalkan Bukan UMNO
ABU ==> Aku Bukan UMNO
ABU ==> Aku Babikan UMNO
ABU ==> Aku Buang UMNO

ABU ABU ABU ABU ABU ABU ABU ABU ABU

Anonymous,  March 16, 2012 at 6:34 PM  

ABU ==> Allah Berkati Umno

Anonymous,  March 16, 2012 at 6:45 PM  

Jgn salahkan Pusat Pungutan Zakat...tugas Pusat Pungutan Zakat hanya untuk menjalankan kutipan (Amil) sahaja...PPZ hanya menerima 2% hasil kutipan zakat..yg selebihnya diserahkan kepada Baitulmal di bawah Majlis Agama Islam negeri...Pihak Baitulmal lah yg bertanggungjawab untuk menbuat agihan wang zakat kepada asnaf yg layak...

Anonymous,  March 16, 2012 at 6:56 PM  

1.baru sedaq ka oii!!selagi zakat diurus oleh puak-puak umno!!gitulah jadinya oii!!
2.hangpa tenguk muka jamil khir tu!!muka mengalahkan penyangak!!tak dak seri muka orang pas agama pun!!

Anonymous,  March 16, 2012 at 7:35 PM  

Sib baik kt puak umno kalu atok totey nya kroni yg urus... agak2 dia buat ape... he he.. buat kilang kondom... buat kilang ayam idup... import ayam dr cina... siam... he he ... yg laen.. sila sambung sendiri

Anonymous,  March 16, 2012 at 8:32 PM  

umno ke, pkr ke, pas ke..atau siapa2 saja sama aje; kalau tak buat kerja dgn ikhlas semata2 kerana Allah semuanya akan menjahanamkan.. So, sama2lah KITA CERMIN DIRI KITA DULU..

Anonymous,  March 16, 2012 at 8:55 PM  

Pasal zakat tanyalah Jamil

Anonymous,  March 16, 2012 at 9:59 PM  

bila yg tk baik kena atas batang hidung sendiri,baitulmal,lembaga zakat le, bukan pusat pungutan zakat le,klu bukan korang semua sape,aritu aku pegi pusat zakat selangor,ingat nak mintak bantuan anak masuk u,baru mintak borang dah bagi klu cam tk layak,gaji saya laki bini dlam rm 3k bnyak sangat ke,rasa cam mintak sedekah je,last2 borang buang dlm tong sampah,puas hati.pssst..dia punyer iklan best,klu tk byar zakat mati nanti kena belit ular,tapi kalau tk agihkan zakat dgn betul mati nanti korang cari le hadis yg sesuai,

Anonymous,  March 16, 2012 at 11:05 PM  

kenapakah tidak dipermudahkan penagihan zakat kepada yg layak semudah kita membayar zakat,tanpa birokrasi?

Anonymous,  March 16, 2012 at 11:52 PM  

1stly tahniah kepada papagomo kerana artikel serbagini..walau slalu aku posting anti blog ko tp kali nie aku puji..

Anonymous,  March 16, 2012 at 11:56 PM  

apa citer masa prof bari pertikai lembaga zakat selangor yg x perlu diaudit, dh dia kena gantung..sepatutnya kena audit luar untuk check brapa dapat dan kemana dibelanja kan..open audit sbb tu semua duit rakyat

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP