Altantuya Altantuya Altantuya - Fitnah Pembangkang Terbongkar.
Tuesday, April 10, 2012
Asalnya Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PR yang lain mengharapkan kedatangan bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu ke Malaysia akan membantu pembangkang untuk memanaskan semula wayang fitnah kisah pembunuhan bekas model Mongolia yang selama ini di propagandakan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, namun sebaliknya pula yang berlaku.
Semalam, Dr Setev Shaariibuu dalam satu wawancara dengan media tempatan telah menjawab khabar angin kononnya kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah merasuah imbuhan wang supaya menutup mulut berkaitan kes kematian anaknya, Altantuya.
Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.
Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya.
"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Petikan: Mstar Online
Kenyataan Setev itu bukan sahaja mematikan terus khabar angin berkaitan isu menutup mulut, lebih dari itu ia juga membuktikan Perdana Menteri sedikit pun tidak pernah campurtangan dalam kes tersebut apatah lagi terkesan dengan cerita dongeng dan fitnah pembangkang yang berusaha mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.
Mereka cuba menggambarkan seolah-olah Najib adalah kekasih Altantuya dan kematian Altantuya pula dikaitkan dengan arahan langsung atau sebaliknya dari Najib dan Rosmah. Realitinya tidakpun begitu. Kalaupun misalnya semalam Setev tidak menyatakan sedemikian pun, hakikatnya antara Najib dan Altantuya bukannya saling mengenali satu sama lain.
Malah Najib sendiri sejak fitnah tersebut hebat didendangkan pembangkang suatu masa dulu telah sekurang-kurangnya tiga kali mengangkat sumbah mubahalah atas nama Allah s.w.t dengan mengucapkan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataalahi" menafikan dirinya pernah mengenali Altantuya apatah lagi terbabit dalam pembunuhan kejam tersebut.
Lebih tiga tahun berlalu hingga kini, Alhamdulillah tiada bala mahupun laknat Allah s.w.t menimpa Datuk Seri Najib sebaliknya satu demi satu tembelang & fitnah ciptaan Anwar pula yang pecah menyebabkan bau busuk ke seantero pelusuk negara termasuklah pendedahan terbaru oleh bapa Altantuya dalam isu rasuah menutup mulut yang terbukti hanya omong kosong puak pembangkang sahaja.
Isu Komisyen RM540 Juta
Demikian jua halnya dengan fitnah oleh Anwar, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene juga terbukti tidak berasas apabila laporan rasmi kontrak perolehan menjelaskan sebaliknya.
Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.
Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan & koordinasi misalnya;-
i. Penyediaan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.
ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.
iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.
iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.
v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.
Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd.
Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan.
Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.
Berkemungkinan untung bersih tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan.
Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.
Pendek kata lain yang diharapkan oleh Anwar lain pula yang dia dapat. Bala yang diharapkan jatuh atas batu jemala Najib akhirnya jatuh gedebuk menghempak kepala Anwar dan pemimpin PR.
Sumber Beruang Biru
Psssttt... Fitnah mereka keatas Perdana Menteri Dato Seri Najib akan terus dilakukan sehingga ke PRU 13 nanti...
"Bila Badrul Amin PKR Nak Diambil Tindakan?"
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


41 comments:
Ya saya sokong gomo....sebab tu muka 2 orang tertuduh tu ditutup 24jam kerana mereka disuruh letupkan mayat tu dari arahan kerajaan batelsta gelektika...bahaya dedah muka takut lebih dasyat dari ajaran ayahpinpong...
aku pong sokong papagomo.. apa kata papagomo gi interview lawyer perancis yang terlibat dalam kes komisen kapal selam tu. tanya gak polis dan umno, pesal takut sangat lawyer tu masuk mesia? bab 2 polis pembunuh tu, papagomo tolong post gambar sat. kan ker papagomo hebat. mesti ada connection & kabel kuat.. alahai.. pm kan ada.. kacang ajer la.. err.. pm tak terlibat dalam kes bunuh tu kan.. sure boleh punya.. boleh papagomo? boleh? hidup papagomo hidup fitnah.. wahahahaha..
papashit..... stupid news and otak bwah luttut....
shiT U!
ekekekek.....penjilat2 nuar jubo suka dengo ckp omputeh...
omputeh kencing dlm molot pon minumm...ekekeke....yekkk..
mmg pengoto la pencacai2 nuar, sama koto mcm nuar jugek suka main jubo...ekekeke
He!he!he! Kalau betu mcm cakap Anwar bahawa kerajaan Malaysia ada buat transaction duit ke Monggolia,buktikan dulu? Nampak sangat Parti Kencing Rakyat ni Kimak.
GOMO X TAU KE PAPA SI AL-TANTUYA ADA MENTION YANG DIA PERNAH NAMPAK GAMBAR ANK DIA DENGAN NAJIB NGAN RAZAK.. PAPA X TAU KE?
Ceh...gambo superimpose pun nak jecoh...video anwar keluar masuk lif dgn saiful, dgn eskay walhal dia menafikan adegan jubur dan cina doll..
Nafi je la..
Bukti tarak.. Mubahalah TAKUT.
Gomo tak sempat baca berita hari ni...kah kah kah.... Commision sokongan kunun..... Su razak mana tahu service kapal selam....Tunggu kat kort prancis...
Allah Maha Kaya..
Makin byk fitnah yg anwar tabur berserta janji janji manis..makin ceria wajah najib...makin keroh nak mampos wajah anwar.
Allahuakbar!
Anwar Ibrahim pereka fitnah terbaik.
Pembohong terbaik.
Pelakon terbaik.
Talam 1000 muka terbaik.
Anugerah syaiton terbaik.
Sapa yang paling kuat di atas muka bumi ni menyokong israel.....barack usama kan...pernah nampak gambar atau video siapa yang bersalaman dan bercakap dengan dia...hidup umno
Salam suma.....aku akan percaya cerita si anugay nie setelah dia berani bersumpah laknat secara langsung dlm tv yg dia bukan biseksual...Najib dah bersumpah dan kalau anugay ada teloq...silakan bersumpah..kepada penyokong setia biseksual...bertobatlah sblm terlambat....mahukah kita jadi negara Islam pertama ada PM biseksual?????...belum ada dlm sejarah dunia Islam....tepuk dada tanya selera....xreformis 1998
Kalau dia jadi pm lepas ni perkara pertama dia buat ialah tepuk punggung ah gor
boring la selalu cerita anwar dgn najib.pono dah lama xde ni.blog pono tp cerita politik...mcmn ni
Anon 9 suku..yg 3 suku..
Pertama..barack obama bukan barack usama.
Kedua..dia dari US.
Ketiga..bersalam dgn bergambar..maknanya sokong segala usaha menjaga keselamatan negara israel ke?
Kalau cakap dgnlidah sendiri tanpa dipaksa..yg mcm anwar ibrahim buat tu..
Itu baru lahmenyokong israel.. Segala usaha menjaga keselamatan israel..
Bunuh bayi, bunuh wanita dan kanak kanak bagi menjaga keselamatan israel..
Pendek kata ANWAR IBRAHIM mmg lahanat.
Bukankah bergambar dan bersalam menunjukkan hubungan yang rapat..ko pernah bersalam atau bergambar nagn makbapap ko?...cakap tu 47 tahun lagi orang lupa la...gambar tu 134 tahun pun tak berubah...hidup ku li...hidup pak lah...hidup umno di dunia.
Kalu fitnah tak nak SAMAN kah sama pembangkang, Mongolia dan mahkamah Prancis. A-G PUN DAH TERKECUT BIJI TELOR ......gomo, gomo.
Gomo, baik hang tulis article yg ada umphh sket mcm nuar reform laaaaa...ni semua sampahhhhh...apa kecoh kecoh ni gomo?
Anonymous said...
Gomo, baik hang tulis article yg ada umphh sket mcm nuar reform laaaaa...ni semua sampahhhhh...apa kecoh kecoh ni gomo?
April 10, 2012 10:57 PM
Ye ke artikel aku sampah? Emm takpelah sampah pun sampah lah janji HANG MASUK BACA..hua hua hua
papagomo hri tu aku jumpa hang makan kt nasi bryani mj asal gigi kau kuning,x sangka ko ni pengotor kan
kita tunggu makamah perancis ckp ape nanti ehh pasal kes kapal selam. semua bakal terbongkar.
gomo, kau xde idea lain eh nak letak ABAI tu? tak payah nak tiru ABU= asalkan bukan umno sgt la wehh. kering idea!
alahai papagomo. bosan r artikel kau. samar-samar. tu baru sekerat je daripada ape yg sharibuu ckp. ni baca ni betul-betul. http://anwaribrahimblog.com/2012/04/10/shaariibuu-dakwa-malaysia-buat-senyap-kes-altantuya/
Tulisan anuar reform bagus? Adoii nak terkucil...
Kalau dah namapun pencacai N.Ajis jgn harap la mereka nak terima fakta sebenar. Kepala hotak diorang ni mmg dah dikunci dgn cerita tahyul rekaan Nuwar Berahem. Gomo, sbg pembaca setia gua harap lu teruskan usaha membongkar kebenaran dan jgn lupa buat liputan bersih 3.0 supaya kami dpt mengetahui perjalanan sebenar. I mmg tak sabar2 nak tahu sapa pulak yg 2X mati kali ni HAHAHA..
Jangkaan - Samad Said kena heart attack dan Nuwar naik wilcha lagi.
Fakta : Cerita ini ditimbulkan selepas perbicaraan kes kematian Altantuya. Sesiapa yg mengetahui perbicaraan ini hanya melibatkan Razak Baginda. Fitnah Najib ini dimulakan oleh RPK yg tidak tahu langsung bukti kesahihan cerita ini. Dia mula menulis hanya apabila dia diarah oleh Anwar sendiri. Jadi sila nilai sendiri kredebiliti pencerita tersebut
Saman dulu laa kes video China Doll. Takut laa tu, takde telur...
ABU tu Allah Bersama Umno
RPK tu bodoh macam ko ke???
Peserta Konket Rakyat... pas GE 13 ghamailoh wokil2 asing akan dtg bawok gambaq si Ah Nu Gay sodang berkawat dgn mem2 semasa lawatan di negara masing termasuk dengan k jelly dan juga stokin belalai terjuntai bersekali dengan ayaq dio....
TQ Gomo kerana memasukkan info berkaitan lawatan Dr.Shaaribu dan isu fitnah komisyen 500++ juta. Kalau pun Gomo.copy paste, itu bukan isunya. Yang penting adalah content. Puak2 fuckatan tu takkan percaya. Video Anwar main jongkang jongkit pun mereka tak percaya. Agaknya kalau sedara dia org yang dijongkangjongkitkan oleh Anwar pun mereka tak percaya. Mata lendir dan mata hati dah tertutup rapat. Biarkanlah mereka.
Dia org ni dh sampai peringkat taksub sma mcm pengikut ayah pin atau arqam. Apa pun org ckp semua tk btul sama mcm pkcik aku sorng ni. Tpi bru2 ni tah mcm mana bleh tersedar plak dia. Dia kata slama ni hati kecik dia mmg terpikir yg PR ni lagi bnyk tk btul dr yg btul tapi kerana taksub malu pd kwn2 lain di tolak tepi rasa hati kecilnya tapi bila LGBT pun anwar bleh sokong.dia trus ikut kata hati kecik dia. Skang dia dok ats pagar kerajaan pun tak PR pun tak. Malam seblum nak ngundi dia nak buat solat istikhorah. Mintk Allah tunjuk mana yg dia patut pangkah.
duit rakyat kena songlap..sampai bunuh2..yg kau seronok ada bukti kjaan tk byr duit kat bapa mangsa..
Gomo Gomo...otak hang mmg kat lutut..
Elok pun pompuan jalang tu mampus awat yang ko orang sebok nak bela sangat. Pompuan tu nak jahanam kan negara ko orang tak tau.
Aku pun ingat nak buat macam pakcik kau la. Aku sebenarnya dah confuse sapa betul sapa tak betul so aku sekarang duk ats pagar je. Sana aku tengok sini aku teropong. Malam sebelum gi ngundi aku pun nak buat solat hajat ngan istikharah. Mintak allah beri ilham dan petunjuk mana satu aku nak pangkah nanti. Insyaallah...
(refer muka dpn kosmo kt artikel atas)alo alo puak cacai umno..ape citer kes khalwat badrul amin? Apsal dh bbulan xde kes kt mahkamah lg? Bukti xde ke? Fitnah je lebih ke?
korang jgn memain, seorang blogger pencacai umno special gile dulu smpi dpt keistimewaan masuk msia punya submarine..yg tahu time tu, menteri bn ngan pr je dpt masuk..sape ye..hehehe
dulu timbul citer sub x leh tenggelam ckp puak pr buak fitnah..last2 pegawai turus mengaku masalah teknikal..ada lg gtau sub tu recon/2nd tp dinafikan jgk..ada citer byk duit 'hilang atas angin' semasa pembelian sub org kata fitnah jgk..entah lah..erm, apa citer razak baginda, diam je..dulu ingat lg, kerap keluar tv3 buat analisa politik/ketenteraan..
wehh korang fikirkan lah ehh. ape motif 2 koperal tu nak bunuh altantuya? sape dorang ngan altantuya tuh? helloo... yg fitnah tu bukan rpk yg buat dulu lah. masa perbicaraan kes altantuya, cousin dia sebagai saksi ade kata yg altantuya nak jumpa najib razak. dia ingatkan najib razak adalah razak baginda sebab nama lebih kurang sama. yelah, dia mongolia pnya org kan, mesti la termangu2 nama lebih kurang. tu bukan fitnah ye kaitan nama najib dgn kes itu. saksi yg berkata sedemikian. tu laahh. baca utusan meloyaaa je memanjang, apa pon tak taw! nak bahan anwar jee.. takde cite lain. takut betul ngan anwar ehh. kalo org tu tak menggugat kerajaan, takde nya kena serang selalu... fikir2kan lah..
sedara sekalian, sape kata najib tak kenal altantuya? ni baca artikel ni dulu http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/altantuya-came-to-malaysia-to-meet-najib-her-father-alleges/
ape korang nak kata? pkr bayar dia supaya sia ckp camtuh? sudaahh laahh. kalo anak anda yg mati, boleh ke terima duit and buat camtu tanpa inginkan kebenaran untuk mendapatkan keadilan? grow up people! analisis dulu yee sebelum pakai tulis suka ati korang je.
so najib taknak jawab ke isu nih? bukan ke najib dah sumpah tak kenal altantuya? tapi cm ne leh timbul isu nih? najib, ape lagi, pi la saman ke, bersemuka ngan bapak dia tuhh. nape diam diri? ini boleh mndatangkan fitnah kan.. ish3. do something PM.. :)
Ape susah bro, dakwa saja kalau banyak dan cukup bukti. Setakat main andaian gitu-gitu semua orang boleh cakap. Sdangkan dah terpampang gambar dia dengan kawan yang dia kenal pun korang masih tak percaya, so jangan harap orang lain nak percaya dakwaaan tanpa bukti begitu saja. Korang dah terkena tipu banyak kali pun masih percaya lagi ka sipenipu tu, dulu kena racun arsenik, disuntik virus HIV dan macam-macam lagi kerja siapa tu? kerajaan ka? kalau dah biasa sangat dok tipu itu penipu besar namanya. kalau dah penipu besar ini dok dakwa yang bukan-bukan just dengar je,,,, pecaya jangan.....baru ada akal. Ni tak asyiki kena menipu memanjang...wahaha,,,
ahahaa. nak dakwa? nak saman? sedangkan isu kapal selam scorpene pon tak dibicarakan di malaysia, tapi mahkamah di france yg beria-ia nak selesaikan kes tu. dakwa lah mcm mana pun, mahkamah akan tetap melindungi pemimpin tertinggi sebab semuanya dah dikawal. mana tak nya, bekas ketua hakim negara sebelum ni pun bekas bendahari umno. is that fair? kalau ada pendakwaan yg melibatkan parti politi atau pemimpin politik terutama pembangkang, bukankah itu boleh menjadi isu? sangat memalukan bila kes yg melibatkan pemimpin negara sndiri tak dbicarakan di negara sndiri, sebaliknya negara lain yg bersikap profesional untuk cuba membicarakan kes tersebut. so macam mana nak dakwaye? setelah krajaan mongolia banyak kali approach malaysia untuk membicarakan kes altantuya yg terlibat dgn pembelian kpl selam itu, tiada apa tindakan diambil... sistem dah teruk dah....
Post a Comment