Bila Nizar Lambai "Telan Ludah Sendiri"

Friday, April 6, 2012

r

Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membantah pembinaan hab pengagihan projek bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut, memakan diri sendiri apabila beliau sebenarnya yang menandatangani surat menyokong projek itu.

Mohammad Nizar hari ini mengaku bahawa beliau menandatangani satu surat bertarikh 17 Disember 2008 yang menyokong pembinaan hab pengagihan bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut semasa menjadi Menteri Besar Perak.

Pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu membuktikan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini kononnya tidak bersetuju projek tersebut dilaksanakan di Teluk Rubiah dan mencadangkan kawasan lain di Tanjung Hantu, Segari ternyata suatu pembohongan.

Beliau membuat pengakuan itu setelah Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Mohd. Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) menggunakan Perintah Tetap 23 (C) meminta Ketua Pembangkang DUN Perak berkenaan menyatakan sama ada surat tersebut yang dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebelum itu benar atau tidak.

"Syukur, saya mengaku saya tandatangani surat itu. Surat itu sahih dan benar. Saya ucapkan terima kasih kepada Pangkor (Zambry). Saya sahkan surat itu sebenar-benarnya benar," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.

Mohammad Nizar dan beberapa pemimpin pembangkang lain sebelum ini menggunakan isu Vale sebagai modal politik malah, turut menuduh Zambry menggadaikan tanah Melayu di Teluk Rubiah kepada syarikat asing.

Terdahulu, Zambry menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mengenai alasan kerajaan negeri meluluskan projek pelaburan Vale di kawasan pelancongan Teluk Rubiah, Lumut dan bukannya di Tanjung Hantu seperti dicadangkan kerajaan negeri pembangkang.

Zambry menjelaskan, Vale sebelum ini telah membuat kajian kesesuaian untuk melakukan pelaburan sama ada di Thailand, Vietnam dan Filipina namun memilih Perak dan kawasan Teluk Rubiah pada 2007 kerana keadaan persekitarannya yang lebih kondusif.

Sehubungan itu katanya, Vale telah mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan pembangkang pada Mei 2008 tetapi dimaklumkan kawasan tersebut merupakan hak milik persendirian, Harta Makmur Sdn. Bhd. (Harta Makmur).

Pada masa itu, tambah beliau, syarikat itu juga dalam rundingan dengan Gulf Petroleum Sdn. Bhd. untuk cadangan projek petrokimia melibatkan pelabur dari Qatar.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri pembangkang ketika itu mencadangkan alternatif lain di kawasan Bagan Datoh dan Vale menilai kesesuaian kawasan tersebut tetapi pada masa sama mereka terus berurusan dengan Harta Makmur untuk membeli tapak padang golf di Teluk

Rubiah," katanya.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, pada Ogos 2008, Vale sekali lagi membuat susulan perbincangan status projek pelaburan dan ingin mendapatkan sokongan kerajaan negeri serta menyatakan rundingan mereka dengan Harta Makmur menunjukkan tanda-tanda positif selain memperoleh persetujuan Ahli Lembaga Pengarahnya.

"Kemudian, satu surat sokongan telah dikeluarkan bertarikh 17 Disember 2008. Kandungan surat tersebut menyatakan kerajaan negeri mengalu- alukan permohonan Vale untuk mendapatkan lesen pengilang dan insentif daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Surat itu juga menyatakan kerajaan negeri sukacita dengan perkembangan positif rundingan dengan Harta Makmur berkenaan tapak padang golf di Teluk Rubiah dan akan memproses pindah milik dan pertukaran syarat tanah apabila perjanjian jual beli antara Vale dengan Harta Makmur selesai dan menerima permohonan tersebut," jelasnya.

Sementara itu, pada satu sidang akhbar selepas itu, Zambry memberitahu, beliau terpaksa mengelaskan semula dokumen sulit kerajaan negeri tersebut setelah berkali-kali dicabar Mohammad Nizar menerusi sidang medianya yang disiarkan akhbar-akhbar pro pembangkang.

Katanya, pengelasan itu dibuat kerana beliau tidak mahu isu pelaburan Vale dijadikan modal politik murahan sehingga menyebabkan rasa kurang senang di kalangan pelabur-pelabur asing lain.

Zambry menambah, Koo Ham ada memberitahunya bahawa dia terkejut kerana tidak mengetahui Mohammad Nizar ada menghantar surat tersebut.

Mengenai tuduhan Koo Ham bahawa beliau bersifat selektif dalam mendedahkan surat itu, Zambry meminta ADUN Sitiawan berkenaan mengemukakan bukti bahawa kerajaan pembangkang pernah mencadangkan projek Vale dipindahkan ke Tanjung Hantu.

Zambry juga menegaskan bahawa pelaburan Vale itu memenuhi kesemua 76 keperluan ketat yang ditetapkan termasuk Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA).

Sumber Utusan Malaysia

Betapa malunya Nizar bila akhirnya baru beliau perasan yang meluluskan projek tersebut adalah dirinya sendiri. Sebelum ini bukan main kepalang beliau dan beberapa pimpinan Pembangkang Perak menjaja cerita kesana kemari bahawa BN yang meluluskan projek tersebut. Tetapi hakikatnya beliau lah yang meluluskannya.

Apa yang anda nampak disini sebenarnya Nizar juga tidak tahu bahawa beliau meluluskan projek tersebut kerana seaktu Perak didalam pentadbiran Kerajaan Pakatan beliau hanyalah BONEKA kepada DAP semata mata. Gomo yakin DAP yang meluluskan projek tersebut dan Nizar lambai hanya luluskan tampa mengetahui apa yang hendak dibangunkan dan dilakukan.

Itulah hakikatnya di Perak sewaktu kerajaan Pakatan menguasainya. Semua dikawal DAP yang hanya menjadikan Nizar sebagai Boneka dalam memudahkan urusan DAP mengawal rakyat Perak.

Sekarang anda boleh lihat di Selangor pekara yang sama juga berulang yang mana Khalid Ibrahim hanya menjadi Boneka kepada DAP yang menguasai negeri Selangor. Jadi Rakyat Malaysia khusunya orang Melayu harus sedar dengan memberikan kuasa kemenangan kepada mereka PAS, PKR nanti yang akan menjadi Tuan kepada mereka ini adalah DAP yang dikuasai oleh puak Kafir Komunis.


Psssttt... Allah maha besar, tu baru sikit nak tunjuk kat rakyat apa yang DAP lakukan


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



28 comments:

Anonymous,  April 6, 2012 at 8:13 PM  

arghhh!..ko tipu papagemuk..
Fitnah semata2

Anonymous,  April 6, 2012 at 8:13 PM  

INI SEME KONSPIRASI UMNO!!

Anonymous,  April 6, 2012 at 8:18 PM  

tipu...tipu...tipah tertipu bang...hehe

Anonymous,  April 6, 2012 at 8:34 PM  

MALU MALU MALU. AKU TANDATANGAN PEJAM MATA LAH. MALU MALU MALU.

Ahmad Shukri Mokhtar April 6, 2012 at 8:42 PM  

dajal2 kecil ni menjanjikan shorga kpd rakyat wlaupun mereka tak layak ke sana, itulah cucu cicit iblis yg tlah berjanji dgn Allah SWT bhw mereka akan menggoda anak2 adam utk menjadi rakan mereka memenuhi neraka jahanam. Undi Pakatan undi ke neraka jahanam.

Anonymous,  April 6, 2012 at 11:57 PM  

salah satu tanda kiamat makin hampir... org hina buruk akhlak di sanjung!!! bangang sungguh pendukung anuar ibrahim!

ANGKATAN PEMIKIR April 7, 2012 at 12:06 AM  

http://angkatanpemikir.blogspot.com/
Nizar si munafiq..kejqb tahu kejab taktau...

Anonymous,  April 7, 2012 at 12:09 AM  

ahli keparat berwajah koperat telah berkata-kata...........

Anonymous,  April 7, 2012 at 12:12 AM  

salah satu tanda kiamat besar- fitnah berleluasa

JAWAPAN NIZAR..!!,  April 7, 2012 at 12:16 AM  

http://www.ohrakyat.org/2012/04/panass-zambry-kadiaq-dedah.html?m=1

Anonymous,  April 7, 2012 at 12:29 AM  

tuhan dah bagi akal... boleh bezakan fitnah dengan kenyataan. terpulang cara penerimaan masing2. org kata kalau dah taksub sangat benda betul pun jadi salah benda salah semua betul...

exPAShit

psstt... pendukung anuar ni kebanyakannya sokong anuar bukan sebab nak keadilan tapi nak kebebasan sek je...

Anonymous,  April 7, 2012 at 12:53 AM  

sepsis ni....yang berserban pun menipu apa lagi keturunan chjn peng ni..

Anonymous,  April 7, 2012 at 12:57 AM  

Takde scene guling-guling atas jalan raya lagi ke?

pengomen tetap,  April 7, 2012 at 1:30 AM  

kepada pkck kontraktor kelas f yg slalu antar komen pnjg2..



Saya yg x syg msia yg aman damai..sapa yg x berterima kasih thadap krajaan yg byk membangunkan negara..mana2 parti politik yg memerintah akan buat yg sama utk kesinambungan pemerintahan mereka..jgn ukur pr dgn pemerintahan negeri saja..disebabkan hmpir 80% pndapatan negara melalui cukai terutama pendapatan yg terus diberi ke kerajaan pusat..kerajaan pusat pulak yg x 'ngam' dgn negeri xkan bsungguh2 nk tolong..mesti pusat akan buat negeri lemah seolah2 x mampu tadbir..lain lah kalu cukai pendapatan diberi terus kepada negeri, cmfirm saya reject pr tahun nie kalu masih gagal urus negeri..so skrg persoalan, nape kite takut tukar pemerintahan? Sbb dh di 'urban legend' kan kalu umno kalah, melayu akan susah dan mundur, negara kucar kacir, cina pegang dll..itu adalah momokan yg dh lama terbuku dlm minda melayu kite..benar, umno byk bantu kite..tp adakah dgn ptolongan mereka kite boleh pejam mata dgn rasuah, penyelewangan kuasa, pecah amanah? Kite takut melayu akan hilang hak istimewa kalau pr menang? Boleh ke suka2 gubal perlembagaan kalau agung x setuju/sain? Anda rasa islam semakin sukar diamal? Anda tidak percaya dgn sultan anda sbgai ketua agama islam? dgn ada nya pru dan sistem 2 parti seperti di barat, msia akan semakin maju..kedua2 parti akan berusaha untuk jadi tbaik demi rakyat..gejala rasuah dan seleweng kuasa dpt dikurangkan dan pentadbiran lg efisyen kerana masing sentiasa hendak jadi juara rakyat..jgn takut untuk berubah..bak kata analogi najib - jgn tukar pemandu di tgh jalan..tp saya kata tukar lah pemandu, kerana pemandu yg lama dh mengantuk, nnti bwk bas tbabas masuk longkang..kite blum uji lg pemandu ke 2, samada lg bgus, lg cekap n cepat tp kite awal2 lg dh melatah ckp bukan2 seolah2 kite nie tuhan, tahu ape yg akan berlaku akan datang..Allahualam..

Ahmad Shukri Mokhtar April 7, 2012 at 2:41 AM  

pembangkang yg ada sekarang tiada kredibiliti utk jadi pemimpin. PENGOMEN TETAP, kalau anda ada anak perempuan yg bersedia utk dikahwini adakah anda akan memilih mereka jadi menantu anda? Anda boleh tukar pemandu bila gilirannya sampai ataupun knderaan itu mestilah diberhentikan dgn selamat sblum bertukar pemandu baru. Tidak sekali kali menukar pemandu ketika kenderaan masih bergerak di jalanraya.. Anda cuba berfikiran logik tetapi pembangkang tidak bertindak sbegitu. Mereka hanya guna perasaan utk menguasai rakyat.. Itulah yg berlaku dlm BERSIH, REFORMASI dan bermacam lg tindak tanduk mereka yg langsung tidak menunjukkan apa yg sepatut berlaku iaitu pemimpin menggunakan akal .. Apa yg nampak bgtu hebat pada pembangkang ialah mereka hanya pandai menunjukkan KEMALUAN bukan malu kepada ALLAH.

Anonymous,  April 7, 2012 at 3:14 AM  

Sebab Pusat dah bagi wang lah Kerajaan negeri dah banyak seleweng,sebab tu susah nak dpt lagi.Suruh settlekan kes air pun susah ni nak buat Stadium la plak!!! Apa punya mentaliti pemimpin Pembangkang nie.. Nak untung jer,bila rugi tuduh Kerajaan Pusat!!!! Kalau aku lah aku tak akan bagi Cina jadi pemimpin kat Malaysia tempat datuk nenek moyang lahir ni sebabnya ialah once a Chinese still a Chinese. Lu pikirlah sendiri!!!!

zam April 7, 2012 at 8:08 AM  

Bro lu nak tukar pemandu lu punya pasal. Saya tak mau sbb lu punya pemandu tak ada lesen dan kaki mabuk. Lu nak mati, lu mati lah sorang2...... Apa kami kisah

Anonymous,  April 7, 2012 at 8:40 AM  

Ko ni yakin sngat macam pr tu tak makan rasuah.Ko kena buat kajian dan check balik, betul ke pr tak ambik rasuah.
Aku memang tak hingin cina jadi pemerintah Malaysia ni.lebih lebih lagi dap. Eee..mintak dijauhkan.
Jangan dengor guruh dilangit air dlm tempayan ko curahkan.
Nanti yg ko kejor tak dapat yg ko kendong habis tercicir.

Anonymous,  April 7, 2012 at 12:09 PM  

Pi mampuslah nizar.

Anonymous,  April 7, 2012 at 12:32 PM  

haa ini macam...ya angkat tangan kiri...adjust tangan kanan..yaa...thaipusam juga ada sambut...vel vel...kavadi kasi mari...vel vel...yeahh...vel vel..semua ikut sama...vel vel...vel vel...tangan lagi angkat...vel vel...kanan kasi lambai...vel vel...vel vel...kavadi juga ada...vel vel...kejor yeop kejor...vel vel...ayei nizor lambei...vel vel...moh usung kavadi...vel vel

Anonymous,  April 7, 2012 at 12:44 PM  

Nak suh baca putar belit ke atau nak promote blog tak laku??

Kih kih kih!

Anonymous,  April 7, 2012 at 2:19 PM  

UMNO mengalu-alukan kebodohan ciptaan Pakatan Rakyat dan alhamdulillah Perak kembali ditangan mereka yang cukup sifat akalnya berbanding keldai didalam PKR, DAP dan PAS. Pilihan orang PERAK yang bijaksana. Takbir....Allahuakhbar(3x)

Anonymous,  April 7, 2012 at 6:22 PM  

bro pengomen tetap.....

Pemandu yng mengantuk atau kamu yng dah mabok sebenarnya hahahaha...


Expkr

Cousin Nizar,  April 7, 2012 at 7:07 PM  

Nizar ni antara contoh pemimpin jamban yg ada kat malaysia. cakap tak pernah guna otak. sama mcm sedara dia yg jadi imam besar tuh.

fairuzkhan,  April 7, 2012 at 7:54 PM  

aku masih tak dapat lupa gaya nizar ni time jd mb..perhhhhh...gaya mutu keunggulan..itu lah nizar...sampai camry pun tak nak lps hilang kuasa..opssss..walaupun berperwatakan alim tp nafsu manusia...hmmmmmmm!! umno ngan pas ni beza nya umno dia tunjuk depan org jahat baik dia tp pas ni tunjuk baik je..yg jahat pun klu dikesan dituduhnya fitnah!! kasi potong habis la itu tulur!!

Anonymous,  April 8, 2012 at 12:48 AM  

mantan MB boneka????

memang betul pun.. masa buat MB apa saja yg Dap suruh, mantan MB ni akan buat.. suruh tandatangan dia bagi tanda..suruh makan dia makan.. sbb tu dia tak tahu apa surat yg dia dah tandatangan...ialah MB boneka la katakan..kalau dalam surat tu kata awak MB berok pun dia akan tanda, asalkan yg bagi surat tu cina Dap yg disanjung2 oleh mantan MB ni...

masa tu jawatan memang MB tapi kuasa adalah cina Dap..sbb tu cina Dap ni seronok, ikut pungkok dia kemana saja dia pegi sbb dia ni boleh dijual..

nasib baik laaa dapat ke MB sekarang ni datuk seri Dr zambry, kalau sinizar ni pegang alamat habis lah tergadai semuanya..

berlagak mcm hero tamil, habis semua org disalahkan tapi kantoi rupanya sinizar ni yg punya angkara...hampeh

bila terkantoi baru nak mengaku

"syukur" saya mengaku..geli hati aku..dah salah tapi nak tunjuk kesalahan yg islamik guna perkataan "syukur" plak. fuhh..siul lah....
kenapa tak gunakan "syukur" aku berjaya buat fitnah.

itulah sikap pemimpin PR terutama PKR dan Pas ni, dah salah, tapi masih nak tunjuk kesalahan yg islamik. rosak agama dibuatnya
sepatutnya menyesal buat fitnah dan mohon maaf pada org yg difitnah

PR ni memang Perosak Rakyat...

ABU..Allah bersama Umno

Anonymous,  April 8, 2012 at 9:15 AM  

kesimpulannya, dia memang tak layak jadi MB. tak selidik dokumen terus sign. camtu ke nak jadi pemimpin?
kena pulak si kafir harbi dap yang celaka kat belakang...habislah..
mungkin kes perkampungan cina yang dapat leasehold 999 tahun pun kes sign tanpa selidik kot?..bila dah umum baru tersedar..betul2 la anjing dap je..

Anonymous,  April 8, 2012 at 9:26 AM  

NAK TUKAR PEMANDU??

HABIS? KORANG PUNYA DRIVER TU BERHEMAH SANGAT KE?
TIME DRIVE ASYIK JELING KIRI KANAN, TENGOK AMOI SEKSI KEPALA PUSING BELAKANG!!!

BILA TRAFFIC JAM, TERUS SALAHKAN POLIS TRAFFIC DAN LAMPU ISYARAT..TAK NAK PULAK TERIMA HAKIKAT MEMANG KERETA DAH MAKIN BANYAK DAN WAKTU ITU WAKTU PUNCAK!!!

BILA TERLIBAT ACCIDENT, SALAHKAN JALAN RAYA ATAU HIGHWAY TAPI TAK NAK SALAHKAN DIRI SENDIRI SEBAB TAYAR BOTAK, TAK BAGI SIGNAL, PANDU LAJU BLA BLA BLA...

CAMTU LE PAKATAN RAKYAT..TAKDE KUALITI LANGSUNG!! NAK JADIKAN DEPA DRIVER??? PLEASE LAAAAAAA...

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP