Kenapa Anwar Ibrahim Bawa Wan Azizah Kawin Lari Di Thailand?

Sunday, April 1, 2012




Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.

Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya.

Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat.

Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.

Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.

Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.

Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.

Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang.

Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.

Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan.

Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.

Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam.

Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan.

Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya.

Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar.

Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali.

Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.

Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya.

Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya.

Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.

Hasil penulisan Beruang Biru


Psssttt.... Sekeping gambar kawin pun antara Jijah dan Anwar takde....isy isy isy


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


9 comments:

Anonymous,  April 1, 2012 at 3:36 PM  

walau macam mana po dia masih lagi mahu menikah.....

yang ke hulu ke hilir jantan/betina tapi tak nak nikah....puak yg ni perlu kita ambil kira..


neonazi

Adi Kencana April 1, 2012 at 4:29 PM  

Cinta epik ni...

NURUL IZZAH TAKUT DITELANJANGKAN RAJA NONG CHIK? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous,  April 1, 2012 at 5:04 PM  

Srupo jah..pakat boloq woq blako...dok kejar ko hok tok kekal...ingat wei doso nga DIO mungkin boleh ampun...dosa sesama manusia ni berat wei yi...

Anonymous,  April 1, 2012 at 5:28 PM  

Tulisan Penipu!!Cete pun menipu..hahahha..

Anonymous,  April 1, 2012 at 10:55 PM  

oii neonazi.. meh sini aku bawak lari anak ko pastu aku kasi dia sengsara seumur hidup. nak jugak aku tengok samada ko akan cakap "walau mcmana pon dia masih mau lagi menikah"!!!
haha.. belum terkena batang idung.. boleh la berlagak..
otak tu jgn letak bontot.

Anonymous,  April 1, 2012 at 11:46 PM  

Lu orang ni asik kempen nuar je. Najib ngan Muhyidin tak nak ke ko kempen. Seisn dia orang, kering modal nampak

Anonymous,  April 2, 2012 at 4:54 PM  

korang sibok ngan anwar dan azizah. mereka masa tu dua2 bujang. cm na pula cerita ketua umno yg dah ada isteri blh kawin ngan isteri org. mesti cerita ni hebat sbb dlm masa jd suami org dia blh pula rebut isteri org. apa mereka buat sblm kawin nak gak aku tahu

Hang Kebun,  April 2, 2012 at 6:38 PM  

abg gomo support anwar sebenarnya kan..asik2 nak popularkan anwar je kan? ekekekekeke kasi la promote najib lak bos...makin bos cita pasal anwar..makin menjadi2 rakyat sokong dia..makin dedah cita saipul bau kari..eh makin byk lak negeri meraka tawan..ermmm..risau sy ni abg gomo..buat strategi lain abg gomo..

Anonymous,  April 2, 2012 at 9:59 PM  

tanpa nama 07:55am....
bawak lah kalau nak sangat...
kalau kau dah sanggup tanggong dosa anak aku,
dipersilakan..



neonazi

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP