Cybertroopers UMNO Gagal, Syabas Buat Jentera Pembangkang.

Sunday, May 13, 2012




Satu pekara yang menjadi kebanggan buat pembangkang adalah jentera Cybertroopers mereka yang begitu efektif dalam menyerang setiap sudut pekara yang memihak Barisan Nasional. Tak dinafikan jentera mereka begitu komited dalam melaksanakan tugasan yang diberikan yang mana untuk PRU 13 ini jentera BN sememangnya tidak mampu mengatasinya.

Lihat video dibawah ini:



Apa salah video ini? Seorang yang neutral sudah pasti tidak melihat sebarang isu politik yang ada dalam video tersebut melainkan lawak jenaka yang pastinya menghiburkan penonoton.



Tapi kenapa video tersebut DISLIKE lebih banyak dari LIKE?

Inilah kekuatan jentera Cybertroopers pembangkang yang tahu melalui jentera mereka ini mampu memberikan kesan buat rakyat Malaysia. Bukan Gomo nak memuji meninggi langit akan jentera Cybertroopers pembangkang ini namun kita perlu menerima hakikat mereka cukup efektif dalam menyerang dan mempertahankan kepentingan mereka Pakatan Rakyat.

Pembangkang tahu dimana ruang untuk menguasai media baru maka melalui jentera cybertroopers mereka berjaya melakukannya dan kita sendiri dapat lihat melalui apa yang mereka lakukan sepertimana didalam video diatas. Komen tidak lah sampai beribu didalam video diatas kerana jentera Cybertroopers nmereka hanya diberikan arahan untuk DISLIKE apa sahaja video yang tidak menguntungkan mereka Pakatan rakyat dan LIKE kepada video yang menguntungkan mereka.

Setiap orang Jentera Cybertroopers menggunapakai sehingga 30 akaun dalam satu satu masa yang mana kerja yang dilakukan hanyalah klik DISLIKE, LIKE, menguasai akaun facebook, Fan Pages, Twiiter dan semestinya menguasai komen didalam portal pembangkang Malaysiakini.

Itulah jentera mereka yang cukup Efektif sama sekali dan Gomo memberikan pujian buat Kordinator cybertroopers pembangkang yang sememangnya tidak mensia siakan Peruntukkan yang diberikan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat. Sememangnya berbaloi sama sekali pelaburan keewangan yang diperuntukkan buat jentera Cybertroopers pembangkang ini.

Di pihak Barisan Nasional macam mana? Oh tidak boleh mengharapkan kami blogger jalanan yang ada kerana kami berblog atas faktor diri kami yang terpanggil untuk berjuang membantu UMNO dan Barisan Nasional. Malah kami lebih tidak berupaya membina kekuatan cybertroopers kerana kami tidak ada akses untuk serba serbi kemudahan didalam UMNO ataupun BN.



Kekuatan Cybertroopes BN sebenarnya patut digalas oleh Unit Media Baru UMNO yang mana merupakan sayap Jenter Pemuda yang disahkan dan di IKTIRAF oleh kepimpinan UMNO. Peruntukkan yang disalurkan buat UMB sepatutnya digunakan untuk menghasilkan cybertroopers dan bukanlah menghasilkan Blogger semata mata seperti yang dilakukan sebelum ini.

Sepertimana yang Gomo nyatakan sebelum ini untuk menjadi Blogger bukan satu pekara yang mudah. Benar kalau setakat create satu nama Blog dan mengisikan Blog itu dengan artikel sudah menjadi seorang Blogger tetapi dimana impak dan kesannya kepada pembaca?

Tidak ada guna jika UMB terus melahirkan Blogger yang tidak mampu memberikan impak kepada Kerajaan Barisan Nasional dan mengadakan kursus dari masa ke semasa jika tidak mampu melahirkan jentera Cybertroopers. Jika begini dilakukan menjelang Pilihanraya kita disebelah BN hanya dilambakkan Blogger sahaja dan hanya berjaya dari segi Kauntiti tetapi bukan kualiti.


Lihat gerakan Blogger Jingga 13 milik pembangkang yang cukup efektif dalam membuat laporan Polis, SPRM dan lain lain lagi. Walaupun pekara yang mereka bawa tidak betul dan satu rekayasa namun mereka berjaya menaikkan imej kumpulan Blogger mereka Jingga 13 dengan cukup efeksyen melebihi keupayaan UMB itu sendiri. Jika UMB kata mereka berwibawa dengan tampil melalui wajah mereka adalah janggal tidak berupaya menandingi kumpulan Jingga 13 milik pembangkang ini.

Gomo bukan nak mendabik dada dengan keupayaan Blog Papa Gomo ataupun blog sahabat lain seperti Gerakan Anti PKR, Parpu Kari, RBF Online, The Unspineer, Dr Novandri, Pisau yang mempunyai impak luar biasa apabila menghasilkan artikel yang dikeluarkan melalui Blog. tetapi itulah realitinya kerana untuk menjadi Blogger yang blog nya dibaca oleh rakyat dengan kunjungan puluhan ribu sehari adalah amat sukar sama sekali.

Jadi untuk apa UMB terus mengadakan kursus mengenali Blogger blogger dan juga menghasilkan Blog baru sedangkan UMB sepatutnya menghasilkan jentera Cybertroopers yang begitu mudah melaksanakan tugas berbanding Blogger yang lebih sukar menghasilkan berita dan mendapat pengaruh dari pembaca?


Tidak ada kesan buat UMNO.

Gomo minta pihak UMNO yang bertanggungjawap keatas Unit Media Baru UMNO terutama Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin yang sebelum ini mengakui UMB sebagai wadah rasmi media baru UMNO untuk memberikan lebih penekanan atas pekara ini. Jika bantuan sebelum ini sebanyak RM 300 Ribu sebulan belum mampu menghasilkan jentera Cybertroopers adalah sewajarnya UMNO memberikan peruntukkan tambahan kepada UMB agar mereka dapat membina kekuatan cybertroopers buat UMNO dan Barisan Nasional.

Hentikan dari terus melahirkan Blog baru dan juga Kursus yang membazir masa dan wang UMNO. UMB perlu melakukan Tranformasi jika benar hendak berjuang dan tidak perlu untuk syok sendiri dengan mengejar rangking Blog dan Paopulariti dengan menyatakan didalam kursus yang mereka lakukan.



Hentikan dari melakukan pembaziran wang UMNO dengan membuat beratus ratus helai baju untuk menujukkan Kuantiti. Mentaliti seperti ini seharusnya sudah tiada didalam UMNO dengan menunjukkan Kuantiti sebaliknya impak kualitinya tiada. Jentera pembangkang tidak bergaya dengan baju Unit Media mereka sebaliknya kewujudan mereka amat dirasai didalam media Baru melalui komen komen yang mereka lakukan.

Papa Gomo, Parpu Kari, Gerakan Anti PKR Blogger Jalanan yang sudah bermula dari 2008. Bukan mudah untuk dikenali dan mendapat puluhan ribu pembaca sehari tetapi ianya mengambil masa yang begitu panjang untuk diterima pembaca. Malah ada rakan blog yang sama sama berjuang sejak 2008 juga belum mampu dapat menarik pembaca yang ada.

Usah UMB membuang masa sebaliknya hasilkan Cybertroopers lebih baik dari menghasilkan Blogger dan mengadakan Kursus itu dan ini. Kami Blogger jalanan yang lain tidak diiktiraf oleh UMNO jadi peluang yang ada buat UMB yang diiktiraf ini perlulah dilakukan secara efektif dan mengambil peluang ini sebaik mungkin.

Dan nasihat Gomo buat Unit Media Baru UMNO, jangan jadikan Blogger yang dibawah naungan UMB sebagai alat politik pemimpin tertentu. UMB yang diktiraf seharusnya terus menumpukan kepada serangan dan sokongan buat UMNO dan BN. Usah berpolitik didalam UMB dan menjadi alat politik pemimpin tertentu. UMB untuk UMNO dan bukan untuk pemimpin tertentu didalam UMNO.





Psssttt... Kecewa dengan kegagalan kita dalam menguasai jentera Cybertroopers....


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

52 comments:

Anonymous,  May 13, 2012 at 3:07 PM  

haha, yg like tu, mknenye, xde spe sokong lawak bodo tu, dan hilangnya sokongn rakyat kpd BN

Harap Be-End

Anonymous,  May 13, 2012 at 3:08 PM  

Sebab tak ikhlas kot...bila duit jadi keutamaan

Anonymous,  May 13, 2012 at 3:15 PM  

patutla kalau tgk komen2 yg menyebelahi PR susunan ayat dan gaya penulisan dorang serupa je...ada kemungkinan datang dari orang yang sama..

Anonymous,  May 13, 2012 at 3:32 PM  

Pada aku kan Gomo, tak terkesan pun undi masing2 dgn like/dislike tu. Dgn tarikh pru yg makin hampir semua orang dah tekad siapa yg mereka nak pangkah. Biar cybertroopers mereka ganda 100 dislikes....mereka boleh terus bohong diri sendiri.

Aku nak ambil kesempatan ucapkan tahniah dan terima kasih pada semua blogger mesra BN (especially yg tak bertuan) yang tak tidur malam membongkar kepincangan PR. Kami tetap menyokong anda semua. Kami bangga ada blogger mesra BN yang mewakili kami semua.

Anonymous,  May 13, 2012 at 3:42 PM  

Gomo kalo pihak lawan buat byk akaun ko ade bukti ke??Tengok la video tu
majoriti dislike..sia2 je perjuangan tentera blog kerajaan kalo mcm tu..
Jadi yakin BN akan menang besar Pru -13???
Tunggu dan lihat je la..

@Pemerhati Politik@

Anonymous,  May 13, 2012 at 3:50 PM  

Komen yg di atas sekali tu boleh tak ckp baik2 dan hormat menghormati ??
Tiada positif langsung..

@Pemerhati Politik@

Anonymous,  May 13, 2012 at 3:57 PM  

pemerhati politik.....jika yang dislikes tu budak-budak bawah 21 tahun....emmmm malas nak cakap. Boleh ke base on satu video? U should compare bersih with umno66. Even NGO bersih pun hentam Anwar dlm PC dia sebab langgar undang2...apa cerita.

Anonymous,  May 13, 2012 at 4:05 PM  

Gomo gua cybertroopers bebas yang mengikuti lu sejak 2008 lagi...lu orang tetap maintain...syabas....

lalat troop pembangkang...aha.ha..mereka syok sendiri...ayat tipikal...isi asal boleh...tuduhan takde bukti...pertanyaan selalu tak berjawab....guna ayat dan perkataan sama.....ha..ha.satu ciri penting kuat meroyan....bab ni gua suka melayan...

Anonymous,  May 13, 2012 at 4:22 PM  

Cara cybertrooper menyerang umno ala ala yahudi. Mungkin mereka diajar seseorang yg belajar dari yahudi.
Main cakap atau main buat ayat je asalkan ade comment. Contoh, kalau mereka tengok kote bengkok dgn mata tetapi mereka mata fikiran mereka akan kata kote itu lurus, tak bengkok. Itulah cara yahuidi.
Pembangkang tak kan kemana dlm pru ni.
Aku jamin kali ni. Tapi aku tak boleh jamin syurga atau neraka.

Kalau BN menang maka kebumikan terus pembangkang yg suka mengangkang ni.

Bunga Jawi,  May 13, 2012 at 4:23 PM  

Barisan Nasional dan UMNO sebenarnya mempunyai banyak sympathisers yang ingin menolong.

Saya dan GOMO pernah berjuang di AIDC Forum dr tahun 2008 (saya menggunakan nick name lain yang tentu papagomo kenal) dan kami tak pernah mengharapkan bantuan sesiapa

Bloggers dan cybertrooper yang lahir selepas 2009 selepas UMB terhasil lebih manja dan mereka mengharapkan imbuhan kewangan-yg ni saya pernah dengar sendiri rayuan mereka dalam satu forum meet to face dengan Menteri berkenaan

Bagaimanapon apa yang ingin sata sampaikan ialah gerakan kita tak seragam dan tentangan kita tak bersepadu

Contohnya jika menentang sesuatu kumpulan eseeloknya menentang ketua iaitu DAP tapi kita hentam PAS secara keterlaluan-pada masa yang sama PAS juga perlu idesedarkan dengan cara yg baik terutama yg melibatkan isu PAS menyesatkan AKIDAH ummah melalui wahhabi tapi tidak perlu aibkan party tersebut.

Oleh itu baik kiranya kita senaraikan kegagalan DAP sebagai peneraju Pakatan kerana ini akan membuka mata orang Melay Islam utk menjauhi party tersebut.

Ingat kita perlukan 30 percent lagi undi dari golongan atas pagar untuk mencapai 2/3 majoriti dalam PRU 13 dan tahun mendatang

Utamakan strategi yg smart dan jangan keterlaluan dalam gimmick politik serta memaki hamun-we do noy want to stop as low as PAS,PKR and DAP by immitating thier behaviour.

Bunga Jawi-sahabat lama dr AIDC Forum

Anonymous,  May 13, 2012 at 4:50 PM  

Usah bermimpi. PR yg bermimpi di siang hari. Parti yg mengajar rakyat supaya tidak bersyukor. Pemimpin kau akhlak hancur dapat sodok depan belakang, penderhaka ibu lagi. Tu yg kau tegakkan. Pemimpin kau sedap2 kena ais krim dan dessert haram kau melopong jer. Kesian....

QalamQabut May 13, 2012 at 5:04 PM  

Aku setuju dengan pendapat Bunga Jawi. Masih banyak yang perlu dipelajari oleh cybertroopers dan juga bloggers pro BN.

Aku sendiri merasa jelek bila membaca tajuk-tajuk yang sensasi dan menggemparkan tetapi berunsur fitnah.

Jika bloggers ada berita, persembahkan dengan nyata, bukan ditokok tambah. Jika pengulas nak komen macam tu, lantaklah. Bagi diri kita biar ada kredebiliti.

Aku ambil satu buat contoh di sini: http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/05/puak-pencacai-pakatan-kantoi-lagi-kali.html.

1. Modal dah ada nak malukan blogger pro pembangkang yang buat fitnah, tetapi blogger yang mana? Siapa yang keluarkan fitnah tu? Mungkinkah tuan tanah itu sendiri yang buat-buat cerita kot?
2.Penulis berkata mereka itu anak Kelantan... betul ke? Mana buktinya? Takkan tengok hidung saja dah tau. Fitnah lagi.
3. Peluang untuk tunjukkan betapa sopannya pakaian wanita UMNO. Tunjukkan dengan jelas, di sini, sana, dan merata-rata.
Bukan saja kita boleh patahkan fitnah mereka tetapi memberi promosi kepada UMNO di masa yang sama.
Perlu diingat, pembaca dan pengulas seperti saya tidak akan menyusahkan diri meraba-raba mencari dari blog pembangkang mana yang siarkan gambar photoshop itu. Jangan fikir semua orang bijak seperti anda, atau bodoh untuk disogokkan dengan cerita tanpa bukti yang nyata.

Akhir sekali, jika sudah tiada berita yang terkini, yang asli dan segar untuk dimasukkan ke dalam blog, lawati blog pembangkang dan bawa berita palsu yang mereka siar agar boleh dikupas dan ulas secara terbuka di blog kita. (Jangan sekali-kali lupa bagi kredit busuk kepada blog berkenaan.) Dah berkali aku cuba buat komen di blog depa, satu pun tak tersiar.

Anonymous,  May 13, 2012 at 5:16 PM  

Apa pun blog Pakatan Haram ada effect sebab hari-hari bekerjasama untuk letupkan isu walaupun benda tu fitnah.itu jer.matlamat UMB pulak Untuk Makan Bro itu jer.tak pun Untuk Main Bro ataupun yg terakhir Untuk Makan dan Bazir lepas tu letup isu ntah apa2.bila blogger lain letup isu mula lah isu bangang keluar.isu peribadi dan sbgnya.bukan nak tuju utk Puak Pakatan Haram.x ker bodoh namanya tu.lepas tu asyik dok kejar ranking kononnya nak masyuk dr pak menteri.kononnya ada keja ada duit.kalau x ada duit x jalan keja tu.aku pun dah lama lihat semua papa.dah bosan dgn permainan UMB ni.bukan nak berjuang.tp nak masyuk.kejap lg ko tgklah komen dr puak UMB yg x puas hati apa yg ko kata ni.

Anonymous,  May 13, 2012 at 5:40 PM  

harammjhadahhhh........,,,,harammjhadah

Anonymous,  May 13, 2012 at 6:06 PM  

bezanya dari segi bahasa..
sgt berbeza bahasa2 yg digunakan diantara 2 pihak ini.

kesat caci maki hina lucah bukan budaya kita.


renung2kn.

Anonymous,  May 13, 2012 at 6:17 PM  

perbezaan antara Cybertrooper UMNO degan Cybertrooper pembangkang hanyalah satu garisan kecil sempit yg memanjang tak ada akhirnya ...

Cybertrooper pembangkang kerjanya serang , serang dan serang siang malam , walau ianya perkara bohong ...itu senjata mereka , menabur kebohongan dimana saja , memutar belit cerita ikut sedap hati , bohong dan bohoooongggg , yg penting mereka ada artikel utk ditulis , ada bahan utk rencana , betul atau tidak itu belakang kira .

manakala Cybertroper UMNO kerjanya tangkis , menangkis dan menangkis siang malam , terutama blooger dibawah UMB , ada duit ada artikel , tiada duit tiada artikel , ada kepentingan individu yg ketara , ada budaya ampu dan jolok ..budaya bela dan tikam menikam walau sesama bloogers, ada ego yg melangit , ada niat dan matlamat tersirat pada setiap jelingan mata dan anggukan kepala !

bloogers UMB ?? sejak dulu aku tak hormat mereka , walau bukan semua tapi sebahagian besar daripada mereka itu bahaya , susah utk diberi kepercayaan , kita hanya mampu berikan 40% kepercayaan pada bloogers UMB , 60% lagi mesti disimpan sebagai persediaan utk kecewa !!

Anonymous,  May 13, 2012 at 6:40 PM  

kebanyakan yg dislike tu anak2 cina kolej yg menyamo jadi melayu. mereka kalau nak maki hamun melayu guna nama cina mereka tak berani dan tak dak impak punn.

tapi bila mereka gunakan nama melayu dan gambar anak melayu mereka jatuhkan semua institusi melayu, yg di kelemahan org melayu sbb org melayu tak boleh ckp mandarin.

aku sebeanrnay berpendapat biarlah anak cina dislike usaha org melayu, biar undi cina sebelah pada dap pada pru 13 nanti.

pru 13 nnti gerenti umno akan menang, sbb populasi melayu sendiri dah mengatasi org cina, cuma berapa besar kemenangan bn dan umno tu yg kita masih samar2.

biarlah dlm 5thn lagi kaum cina tak dak dlm perancangan kjaan. tak dak bahagian atau kek ekonomi utk kaum cina for the next 5 years.

bior bangsa keparat ni sedar diri sket. org melayu dah banyak sangat sabar dgn bangsa keparat ni. sbb tu kita tgk skeg kjaan najib tak malu2 bagi peruntukan kepada rakyat kebanyakan, brim la, krim la, bagi 15 pada felda, tu yg najib buat tu semata2 nak tunjukkan pada kaum cina yg berlagak ni yg kata org melayu tak tau urus ekonomi, mereka kata org cina penyumbang terbesar pembayar cukai.

hahaha.... rasakan , najib lanyak duit pembayar cukai kaum2 cina dan beri cash semua pada majoriti rakyat terbanyak yg terdiri dari org2 melayu. tahniah najib. gaya najib mmg sukar di fahami oleh rakyat kebanyakan, tapi kalau diperhatikan betul2 kita akan nampak kaum mana yg najib seksa sekarang.

so , semuanay terpulang pada ketua kaum masing2 samada nak bersama najib atau tidak pada 5 thn akan dtg. aku doakan kaum cina akan terus khayal dgn tonik anwar dan yg pastinaya mereka akan diketepikan pada perancangan msia di masa depan.

tahniah najib, kami rakyat yg analisa setiap langkah kjaan. tahniah.

oranje

Anonymous,  May 13, 2012 at 6:55 PM  

yang paling hebat kini mestinya mynewshub

Anonymous,  May 13, 2012 at 7:05 PM  

LAWAK HAPAK DAH TEWAS MAHARAJA LAWA NAK BUAT PROMO PULAK.......
SIAPA PERNAH MEMPERLAWAK ISTERI PM KAT ASTRO NI , LEPAS SATU MINGGU MASUK AHLI AMNO....SESUAI PULAK DENGAN JIWA DUA KEHKEHKEH

Anonymous,  May 13, 2012 at 7:05 PM  

aku tak peduli...
one thing for sure video ni kelakar giler...
siapa terasa pegi mampus lagi baik..

YB Raz May 13, 2012 at 7:10 PM  

dalam hal ni UMB kena buat kerja lebih keraslah dowh.

kita ni cuma blogger jalanan, blogger tak bertuan.kita kerja keraspun bukan dapat hasil sangat.lagipun kita ada kerja hakiki lain..bukan hidup makan hasil blogging.

anyway aku memang setuju dgn ko bro..memang inilah taktik pembangkang nak tunjuk power.

UMB, dimana korang sekarang?

Anonymous,  May 13, 2012 at 7:36 PM  

blogger tak bertuan?? aku dapat tau polong tak bertuan ni dapat 15k sebulan...tu tak termasuk pak menteri lagi..tiap2 kali jmpa menteri busuk2 pun dpt 3k sorang..tu duit untuk buat blog.belum masuk edisi khas lg..satu lagi duit konvensyen sosial tah apa2 tah tu..beratus ribu rembat tp habuk pun tarak..kesian pemimpin umno negeri negeri kena tipu oleh pelobi dalam geng ni..siap guna pangkat 'dato'tu...utk bersih geng geng ni ada turun kah??atau upah blogger dan pekerja bawahan hantar gambar memalui bbm group..dah la dapat 3k utk job bersih tp tak turun.pantau dari bbm grup saja..itu pun cakap polong x bertuan.??kalau x bertuan xkan boleh hidup mewah bro..

QalamQabut May 13, 2012 at 7:36 PM  

Masanya masih belum terlambat untuk bloggers pro BN. Masa masih panjang untuk kita memperbaiki diri walaupun tahu besok hari kiamat. Tugas dan tanggungjawab hanya akan terhenti bila kita mati. Tetapi kebenaran harus ditegakkan walaupun keris memakan tuan, jika tuan itu sendiri yang mengkhianati perjuangan. Kita kena ingat perjuangan kita adalah untuk agama, nusa dan bangsa, bukan UMNO dan BN semata-mata.

Jika kita mahu menjadi relevan, kita mesti mematangkan diri, berpandangan jauh, mampu menyelam hati dan fikiran orang lain. Setiap tutur kata mestilah berhemah, menghormati orang dan pendapat yang berbeza dari kita, dan semestinya sentiasa jujur. Kita juga tidak perlu mengikut kata sesiapa, walaupun Pak Menteri jika kejujuran itu perlu dikorbankan.

Tujuan utama kewujudan blog pro kerajaan ini bukan setakat memerangi fitnah dan tohmah pembangkang sahaja, tetapi mahu menarik lebih ramai lagi pembaca untuk meneliti, menganalisis dan memberi pandangan. Kita mahu mereka yang berkunjung ini berfikiran terbuka, membaca apa yang kita tulis dan mengulas dengan cara yang bebas. Kita mahu agar fikiran mereka tidak terbelenggu dengan minda yang sudah beku. Oleh yang demikian perlulah kita hidangkan dengan makanan yang enak-enak, bukannya yang cantik-cantik saja tetapi hambar dan menyakitkan hati.

Kita perlu tegas dengan pendirian dan kepercayaan kita disamping memberi kebebasan untuk siapa saja meluahkan pendapat dan isi hati. Censor perkataan-perkataan lucah tetapi jangan censor pendapat yang diajukan walaupun bertentangan seratus persen dengan pendapat kita. Pastinya sedikit demi sedikit akan ada perubahan dalam perbincangan, menarik lebih ramai lagi pembaca untuk berkunjung.

Topik yang dipilih juga perlu relevan dengan perkembangan semasa. Tidak perlu dikorek cerita lama semata-mata untuk dihebohkan semula jika ianya tiada kaitan dengan apa yang dihebohkan kini. Peranan kita cukup setakat menjadi pencetus perbincangan dengan topik semasa. Sebab itulah kita perlu bijak dan bersikap matang. Kredibiliti dan kepercayaan tidak boleh didapati dengan mudah, dengan membuat sensasi segala berita yang dijumpai. Sekejap saja bilangan pengunjung akan susut.

Pembaca, pengulas atau pemberi komen sekarang ini sudah matang, tidak kira yang pro kerajaan mau pun pembangkang. Bukan saja tahu menyokong atau membangkang, tetapi juga mengutarakan fakta dan fikiran yang bernas. Jika pun ada segelintir yang hanya pandai memaki hamun, sekejap saja sudah ada yang menegur. Jika mereka selesa meluahkan pandangan dan pendapat mereka di sini, pastinya itu satu kejayaan bagi kita. Tidak perlu untuk kita pengaruhi mereka untuk menyokong sesiapa. Bila tiba masa mengundi nanti, mereka tahu siapa yang harus dipilih.

Bila memperkatakan mengenai blogging ini, aku tertanya-tanya juga jika ada mana-mana pihak yang boleh memberi kursus, menambah ilmu bukan saja dari segi teknologi IT tetapi juga penulisan, komunikasi yang berkesan, perhubungan antara manusia dan entah apa lagi tajuk yang relevan dengan dengan cabang baru dalam sains politik ini. Apa yang dapat aku perhatikan kini, komunikasi propaganda saja yang ada.

Apapun keikhlasan dan kejujuran perlu diutamakan.

Prince of Noob May 13, 2012 at 7:41 PM  

apa masalahnya dgn video ni, aku tak nampak pun. org melayu mmg emo tak tentu pasal.

Anonymous,  May 13, 2012 at 8:47 PM  

GOMO..APA YANG HANG NAK SEBENARNYA?...BENDA JLN ELOK JE AKU TENGOK... KENAPA PERLU ANTI CLIMAX?

ANWAR EJEN ISRAEL,  May 13, 2012 at 9:57 PM  

aku setuju 100% dgn kau pasal mende ni.
Cybertroopers pembangkang macam ada wisel yg cukup kuat utk blow apa saja isu yg tujuannya tidak lain utk membunuh UMNO dan BN.

Tak kira la isu tersebut betul atau pun fitnah. Yang penting just blow the wisel.

Yang percaya, percaya, yang malas cari info, percaya. Yang mahu berfikir, analisa, mungkin tidak mudah diperdaya.

Kalau main bola pun, mana boleh main defend je? UMB main defend. Cemana mahu menandingi pasukan yang main attacking.

Mungkin at certain times, defending boleh menang. Tapi, atmost of the time, attacking lah yg membuahkan kemenangan.

Tgk cemana cybertroopers pembangkang keluarkan isu pengerusi spr ada nombor ahli umno. Tujuannya mudah dibaca,utk menggoyangkan kredibiliti spr.

Keluar pulak nombor ahli umno khalid ibrahim, maka senyap lah mereka.

Saya menyeru cybetroopers pro kerajaan, terbalikkan senario ini. Tapi kita jangan ikut tempo fitnah mereka. Bentang fakta yg mampu membunuh terus hayat pakatan.

Walaupun mereka selalunya akan diam, tiada reaksi atau membalikkan semua kesalahan atas bahu umno, lama kelamaan rakyat biasa yg tak tahu hujung pangkal, dapat melihat mainan mereka.

Selamat berjuang semua. Allah Bersama UMNO dulu, kini dan selamanya.

QalamQabut May 13, 2012 at 9:58 PM  

http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/05/skandal-seks-pimpinan-pas.html

Pada aku ini salah satu berita yang tak beretika yang bukan saja merosakkan kredibiliti sendiri tetapi juga blogger lain. Tajuk sensasi digunakan semata-mata untuk menarik pengunjung tak ubah seperti blog pembangkang juga. Hairan bila teguran simple aku tak tersiar, mungkin malu.

Ini membuat orang seperti aku menyampah untuk mengunjunginya lagi. Bukan sebab komen aku tak disiar tapi cara kerja dan etika yang ditunjukkan.

Tapi mungkin juga aku salah sangka, blog pembangkang yang memakai topeng hanya untuk menjatuhkan maruah blog pro BN yang lain.

Anonymous,  May 13, 2012 at 10:30 PM  

kebanyakn org umno yg dikenal pasti guna media baru utk tunjuk p rombongan sana sini,tunjuk gambar2 yg tak menguntungkn prjuangan bg org getik nak baca..bila bagi komen tak reti nak balas & nak serang balik dgn fakta..patut guna fb, twitter ni jwb & matikn fitnah cybertroper pmbgkang ni..sy pernah baca entri fb bumiputera berjaya produk mckk & geng sialjub laknatullah dlm fb seorg ketua wanita bhgn..dia tak berani jwb serangan sibumiputera berjaya tu hingga sy tolong settlekn & hntikan tuduhan tdk berasas trhadp umno sdgkn sy bukan org umno..inilah kelemahan ketara dlm cybertroper umno yg bunyi je gah ttpi isinya ntah apa2...

Anonymous,  May 13, 2012 at 11:11 PM  

salam, papa gomo yang dihormati....tiada kata kata simpati mahupun berahi dapat saya ungkapkan kepada papa gomo dalam menilai luahan begitu juga penjelasan papa gomo terhadap cybertropper UMB. Semua sedia maklum bahawa kepala segala kepala kepada cybertropper UMB ini dah memang sesial sial nya malah kawasan yang memilih dia pun sama sial maka dicadang, dijelas, atau apa sekalipun buah fikiran yang peringkat bawahan beri dilihat tidak intelektual atau tiada kepentingan nya maka kita tunggu sahaja PRU nanti sebagaimana PRU 12 memang dia juga punca segala sial yang berlaku kepada UMNO. Malah lebih menjijikan apabila di lantik jadi pengerusi anu dan ini oleh kepimpinan tertinggi umno. Papa gomo kena sedar bahawa papa gomo didisuapkan nasi dengan sudu emas. Berjalan pun hanya dijalanan yang penuh asap dan habuk. Bagi puaka seorang ini segalanya disediakan dengan tandas emas maka kepimpinan tertinggi umno pun nak sama tandas emas kelak kita lihat tandas bagaimana semua kita menangung angkara mereka ini. Diharap Papa Gomo suarakan apa sahaja kecelakaan yang mereka bawa tanpa mengira bulu bulu

warisantamar @ KualaLumpur May 13, 2012 at 11:14 PM  

nasib baik aku bukan umb punya biaya....hahaha....sekecil2 blog aku, yg penting aku tak ikut telunjuk sesiapa...

UMB, pasal apa tak offer aku?...hehehe

QalamQabut May 13, 2012 at 11:58 PM  

Memang menghairankan dan menyedihkan jika benar fulus menjadi keutamaan. Yang bergaji buat kerja sesuka hati, yang buat kerja free pulak bermati-mati. Itu yang aku cakap tadi... keikhlasan dan kejujuran perlu diutamakan.

Aku memang baru dalam dunia ni, harap ada sesiapa boleh tolong tunjukkan kat mana yang dikatakan UMB ni! hantar kat nama aku di gmail. Aku ucap terima kasih sangat-sangat.

Malaysia Bangkit May 13, 2012 at 11:58 PM  

MB di sini sangat setuju dengan Bunga Jawi dan QalamQabut... Harap apa yang di suarakan disini dapat di terima dengan hati yang terbuka.

Mungkin ada pihak yang pedih mendengar isu yang dibangkit ini. Apa yang MB dapat katakan agar ia dapat ditukarkan ke arah yang positif. Ini sentiasa diajar dalam kursus-kursus motivasi. Now or Never.....

MB masih baru dalam dunia blogger ini. diharapkan papagomo dan rakan2 serta Bunga Jawi dan QalamQabut dapat membantu memberi tunjuk ajar.

Apapun harapan MB hari ini adalah berharap kita semua kembali bersatu. Matlamat perjuangan kita adalah sama walaupun pendekatan yang berbeza. Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.

Demi alif ba ta.... kita HARUS BERSATU....

Anonymous,  May 14, 2012 at 12:58 AM  

Saya tak risau sangat tengok dislike yang lebih banyak dari like kerana:

1) Penyokong UMNO dan kerajaan adalah penyokong kepada POWER OF INCUMBENCY, kepada yang tidak berapa faham, mereka adalah Silent Majority yang selalunya tidak banyak berligar di alam siber kerana meraka ada media-media arus perdana sebagai sumber, berbanding dengan penyokong pembangkang, satu-satunya media yang tumpuan dan interaktif mereka adalah di alam siber, sebab itu aktiviti di alam siber lebih menyerlah kepada penyokong pembangkang, bila time PRU-13, silent majoriti akan bersuara melalu peti undi dan ini akan membuatkan penyokong pembangkang terkejut beruk dengan kekalahan muktamad mereka itu dan mcam tak percaya ya amat.

2) Untuk pengetahuan semua walau apapun, jika kita tengok trend di FB dan Tweeter, Penyokong pembangkang ni tak lebih 300 ribu sahaja, kalau apa-apa title seperti "satu juta rakyak memohon Najib Letak Jawatan" atau yang seumpamanya maksimum pun 300k LIKE shj yang boleh di capai,memang laju LIKE nye untuk 24-48 jam pertama, tapi akan terhenti bila cecah 100k keatas, bandingkan peningkatan FB Najib, ia sentiasa bertambah secara organik sehingga melebihi 1 Juta Like dan Tun M sehingga 1.6 juta Like, di Tweeter pun jika di lihat, Anwar terpaksa bertweet sebanyak 17,000 tweeter tetapi hanya ada 100k follower shj, bandingkan denga Tun M, cuma 10 tweeet shj, tapi followers 60k, DS Najib, cuma 2000 tweet untuk ada 500,000 followers, inilah kekuatan sebenar yang perlu di jadikan kayu ukur sokongan Silent Majoriti.

Jadi janganlah bimbang kerana sokongan majoriti hanya akan berbunyi di peti undi, tidak di youtube,tweeter atau FB.

budak kampung,  May 14, 2012 at 2:59 AM  

Satu lagi,cybertroopers PR kalau bagi komen mcm anon yg kat atas,capital letters semua.Keypad diorang rosak ke apa?hehe

Anonymous,  May 14, 2012 at 5:29 AM  

Unit Media Bingai

Anonymous,  May 14, 2012 at 7:29 AM  

Artikel kau ni Gomo membuatkan ada bloggers UMB dah panas bontot. Siaplah lepas ni kutuk mengutuk. Tapi inilah hakikatnya walau pun pahit terpaksa terima. Cuba baca dengan fikiran terbuka bukan cepat melatah tak tentu pasal.

Anonymous,  May 14, 2012 at 8:08 AM  

Setuju dgn gomo, sebab PM mmg pengguna IT yg tegar tapi tak nampak pulak sifat itu diwarisi UMB. Hey gomo kenen UMB ke?

Anonymous,  May 14, 2012 at 9:05 AM  

Aku kompius dgn hang ni, bunyi mcm cina gaya bahasanya. Apakah bodoh sgt komen ni?

Anonymous,  May 14, 2012 at 9:07 AM  

tabur dan biar...ini teknik pembangkang...bila dijawab kembali oleh jentera BN hanya berapa orang sahaja yang sedar.?yg percaya pula berapa orang??

Anonymous,  May 14, 2012 at 10:07 AM  

UMB hanya tau porno je, rakyat dah x nak layan, buat malu jer. cuba bongkar penyelewengan siap dengan bukti sekali

genxhibrid May 14, 2012 at 10:50 AM  

..betul la cam jer bunyi die ni..

genxhibrid May 14, 2012 at 10:54 AM  

pelik die ni..nak backing sape ni?

Anonymous,  May 14, 2012 at 3:55 PM  

dapat tengok terutama di forum2.. cybertoopers pembangkang ni bergerak secara sahut menyahut..

tapi...

sekit sebanyak cara mereka ni akan makan tuan.. kerja mereka hanya menyahut atau menyokong tiap fakta berauta yang keluar. dalam waktu yang sama ada pelbagai golongan pembaca yang membaca.

Kepada golongan pure pembaca, yang menggunakan akal untuk menerima sesuatu maklumat tu.. skill sokong menyokong, sahut menyahut auta yang ada tu akan menjadikan ianya menjengkelkan dan sangat ketara pembohongannya.

QalamQabut May 14, 2012 at 4:17 PM  

Kat Malaysia Bangkit,
Terima kasihlah sebab sebut nama aku. Tapi nak mengajar ni, aku takde sijil. Aku pun baru dalam dunia blogging ni. Aku rasa yang aku terlebih sikit dari kamu mungkin sebab rambut aku 'blond'.

Kalau MB baca, sila hantar link kamu kat gmail aku. Teringin jugak nak tengok, nak support setakat yang aku mampu.

Kat blogger pro BN, aku seru supaya kuatkan lagi azam dan usaha. Jangan ingat usaha kita semata-mata kerana perut ataupun UMNO/BN saja. Letakkan alif-ba-ta seperti kata MB tu sebagai matlamat utama. Biar kita seiring menyokong yang benar dan menyanggah yang mungkar. Kita lawan musuh, tapi dengan cara kita, budi bahasa kita. Nak lawan anjing bukan semestinya kita kena menyalak, nak lawan babi bukan kita kena menyondol.

Malaysia Bangkit May 15, 2012 at 2:01 PM  

kepada QalamQabut...

maaf sbb aku xleh ataupun xreti nak hantar link ke gmail kamu tu. aku hantar ke sini jer la.

http://malaysiabangkit.blogspot.com/

maaf admin papagomo coz letak link kat sini.

aku tengok dah mula dah beberapa blog hentam papagomo. seperti yang aku katakan sblm ini bahawa jika kita amik sebagai +ve,positif la jadinya.Tapi aku kecewa apabila ada yang mengambil atau melihat isu ini dr sudut -ve hinggakan membuka pekung di dada menceritakan apa dia telah buat hasil perjuangan dia.

maaf jika komen MB ini ada juga yang bakal terasa hati. Niat MB,MB nak semua blogger-blogger kita bersatu hati mencampai matlamat yang sama.

Demi Alif Ba Ta... Kita sudah tiada masa....

PAPA GOMO May 16, 2012 at 1:24 PM  

setuju Malaysia Bangkit, ambil secara positif..

QalamQabut May 16, 2012 at 1:35 PM  

Itu yang aku nak dengar. Semua blogger pro kerajaan juga kena lebih professional, jgn setakat tangkap muat saja.

Blogging juga satu bentuk journalism, ada etikanya.
Kalau dah kata pro kerajaan, kena hayati pendirian itu, kena sokong menyokong.
Jika kita kata niat kita baik, perbuatan kita juga mestilah selari.

Anonymous,  July 21, 2012 at 5:01 AM  

Cakap aje upah tak cukup mintak tambah athu naik gaji.......... Tak payah berbelit belit.

Anonymous,  July 21, 2012 at 7:12 AM  

Lu ada bukti ke gomo yg pembangkang buat byk2 akaun?jgn ckp srupa tin kosong,..isi xde, bunyi je lebih..kasi up 1 entry la bukti depa buat mcm tu.aku cabar ko..kl xde bukti, mmg ko ni tin kosong je la..atau korg mmg slalu buat mcm tu..pastu tuduh pembangkang?meludah ke langit tkena muka sndri..aku blog umno ke, pembangkang ke, kl stkat ckp kosong mmg aku tibai

Anonymous,  May 3, 2013 at 11:29 PM  

Hahahahahaha alif ba ta ya.

Anonymous,  May 3, 2013 at 11:31 PM  

Betullah bro.stakat sembang tok ki aku pun blh la.blah la korang

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP