Krisis Air Selangor Jadikan Rakyat Sebagai Mangsa Politik Khalid Ibrahim

Wednesday, May 30, 2012



Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar mengenai kesusutan rizab air terawat di negeri Selangor yang kini hanya tinggal 2.4% berbanding rizab yang sepatutnya iaitu 20% .

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar ini mencerminkan tahap kritikal rizab simpanan air terawat di Selangor dan hal ini boleh dikaitkan dengan jangkaan yang dibuat oleh AWER (Association of Water and Energy Research Malaysia) melalui siaran media yang dikeluarkan pada 13 Januari 2012.

Siaran media AWER menjangkakan krisis air Selangor mungkin akan melanda sebelum tahun 2014. Dari kajian yang dibuat oleh AWER, pengeluaran air terawat dari tahun 2007 hingga 2010, menunjukkan peningkatan purata sebanyak 2.14% setahun.

Melalui siaran media pada 25 Mei 2009 , projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor dianggar bernilai RM 3.936 billion . 75% daripada jumlah itu dibiayai oleh JICA (Japan International Corporation Agency) dan selebihnya oleh kerajaan persekutuan.



Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor ini dijangkakan mampu untuk menyalurkan 1,890 juta liter sehari. Air mentah ini akan disalur ke Loji Rawatan Air Langat 2 sebelum diagih untuk kegunaan domestik.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim masih menangguhkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 melalui peruntukan kuasa yang ada pada mereka. Tindakan kerajaan negeri ini dipercayai untuk memberi tekanan kepada kerajaan pusat supaya mempercepatkan proses penstrukturan semula air di Selangor.

Pada masa kini, konsesi air di Selangor diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad , Konsortium ABBAS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sdn Bhd dan kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih syarikat-syarikat ini demi memastikan program pemberian air percuma kepada rakyat boleh diteruskan. Tawaran terakhir kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat ini sebanyak RM 10 billion telah ditolak.

Susulan itu, Tan Sri Khalid menggesa Menteri yang bertanggungjawab , Datuk Seri Peter Chin Fah Kui untuk menggunakan kuasa menterinya di bawah Akta Industri Perkhidmatan 2006 bagi memastikan syarikat-syarikat konsesi ini bersetuju dengan rancangan penstrukturan semula air.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam respon terhadap kenyataan Khalid membuat kenyataan bahawa Akta itu hanya boleh digunakan sekiranya terdapat kekurangan air yang kritikal.

Oleh itu, tindakan kerajaan negeri Selangor dalam melengah-lengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 pasti akan menyebabkan situasi kekurangan air yang kritikal berlaku di Selangor dalam tempoh 2 tahun lagi.

Dan pada ketika itu menteri bertanggungjawab tidak mempunyai pilihan melainkan mengambilalih pengurusan air Selangor dari konsesi-konsesi air yang terlibat. Walaubagaimanapun tindakan kerajaan negeri Selangor ini dilihat seolah-olah memperjudikan nasib pengguna-pengguna air di Selangor dan sekitar Lembah Klang.



Apabila konsesi-konsesi ini diambil alih kerajaan, diandaikan Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan dengan kelulusan kerajaan negeri Selangor.

Sementara menunggu Loji Rawatan Air Langat 2 siap pembinaannya, penduduk Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya terpaksa berada dalam tempoh ‘catuan’ air dan pastinya memberi kesan pada kawasan-kawasan perindustrian yang beroperasi di Selangor dan kawasan sekitanya.

Sekiranya diteliti, masalah ini berpunca dari polisi 20 meter padu air percuma yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat sekiranya kerajaan negeri menguruskan sendiri konsesi-konsesi air, kenaikan tariff air dapat dibendung dan kerajaan negeri Selangor berupaya untuk meneruskan program pemberian 20 meter padu air terawat percuma kepada rakyat Selangor.

Kerajaan pusat sebaliknya tidak menghalang pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi ini oleh kerajaan negeri, walau bagaimanapun tawaran kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat konsesi ini telah ditolak.

Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada satu ketika membidas kerajaan negeri Selangor yang mempolitikkan isu penstrukturan semula air dengan mengatakan tidak timbul isu tariff air di Selangor akan naik jika kerajaan negeri memberi kelulusan kepada kerajaan pusat untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Beliau turut menyatakan sebarang caj air ditentukan oleh kerajaan negeri dan bukan kerajaan pusat. Sekiranya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak dimuktamadkan secepat mungkin, akan tiba satu ketika penduduk di Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya akan mengalami krisis air yang serius.

Kerajaan negeri Selangor pada hari ini masih lagi mencongak-congak kos pembinaan projek yang dikatakan membazir itu, pelbagai cadangan yang dikatakan lebih baik dan menjimatkan diberikan pada saat-saat akhir ini sedangkan segala kajian dan rekabentuk telah dibuat untuk Loji Rawatan Air Langat 2 sejak tahun 2006 lagi.

Dalam keadaan yang agak mendesak, seharusnya sesuatu dilakukan untuk mitigasi bagi masalah yang bakal melanda dan bukannya mengalihkan tumpuan tentang
apa yang sepatutnya dilakukan pada peringkat permulaan. Kebajikan rakyat haruslah diutamakan dengan mengetepikan sentimen politik.

Harga yang perlu dibayar sekiranya krisis air berlaku Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan kos pembinaan projek itu sendiri.

Sumber KL POS


Psssttt.... Takkan Rakyat Selangor nak duduk diam je?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

7 comments:

Anonymous,  May 30, 2012 at 5:36 PM  

Pegi melancong ribu2 boleh bayar tapi hutang PTPTN tak boleh bayar...

Student activist loses PTPTN defamation suit
BY QISHIN TARIQ

KUALA LUMPUR: A student activist lost his suit against the National Higher Education Corporation Fund (PTPTN) after the court ruled that he failed to prove that being in the fund's blacklist was defamatory.

Mandeep Singh, 27, had filed the suit after he was detained by Immigration officers at LCCT in Sepang on July 6 as he was about to leave for a holiday in Guangzhao.

The officers detained him on the grounds he was on the PTPTN blacklist.

Sessions Court judge Unaizah Mohd also ruled that Mandeep Singh failed to prove his claim that his detention by the Immigration officers was unlawful.

The judge ordered that tax costs be paid to the defendants.

Mandeep said that had he won the suit, it would have set a precedent encouraging other students to step forward.

"That is why I continue this legal action. This is not the end, I take it to a higher court if necessary," Mandeep told reporters.

Counsel Abdul Malik Hakim said his client would be filing an appeal against the decision to the High Court.

In Mandeep's suit filed on Sept 20, 2011, he said he was unlawfully detained by Immigration officers at LCCT, stopping him from going on his holiday in China.

Mandeep's statement claimed the PTPTN had damaged his reputation, making him look like a criminal by not removing his name from the Immigration Department's blacklist.

The former bank officer had been put on the PTPTN blacklist in December 2010 when he fell behind on his arrears.

Mandeep claimed that he had asked PTPTN to remove his name from the Immigration database after settling his outstanding student loan arrears on March 8, 2011, but the fund had failed to do so.

The bank officer sought RM19,000 in special damages for the flight ticket and hotel booking as well as interests, costs and other relief deemed fit by the court.

Anonymous,  May 30, 2012 at 6:56 PM  

1.keluaq ceghita bab ayaq la pulak noo!!kalau bab ayaq ni tak boleh lawan bab kebodohan distem umno bila buat perjanjian dengan singapura!!nampaq benaq kebodohan puak-puak umno dulu!!
2.ada sapa-sapa yang dok di selangoq mati kerana tak boleh minum ayaq!!ada hangpa semua dengaq rakyat selangoq hadapi krisis ayaq!!kalau ada dah jadi BERITA DEPAN di media umno la!!!depa akan jaja habis-habisan!!!
3.yang dok pertikai idea guna ayaq lombong!!kotoq la!!kuman banyak la!!hangpa pernah pi singapura!!depa proses ayaq kumbahan je!!jadi ayaq minuman yang paling bersih!!malah pernah menang di peringkat antarabangsa dalam bab-bab proses dan merawat ayaq minum ni!!!
4. ala!!kat negeri yang diperintah bn macam perlis!johor atau pahang!!hangpa ingat bersih ka ayaq tuu!!!kalau bersih pasai apa tokey ayaq mineral!ayaq bertapis kaya melana kerana juai ayaq botoi jee!!!tu tokey-tokey penapih ayaq MLM pun siap jadi jutawan kerana juai penapih ayaq macam rx water tu!!hangpa kigha dok meleleh ayaq lioq je dok tenguk bangloq da merc berkilat depa!!!
5. lagi pun noh omaq ni macam khir toyol jeee!!2 X 5 saja!!awatla pemimpin umno ni kaki songlap duit jeee!!mula dari harun!mike tyson hinggalah khir toyol!!
6.siannnnnnnn kat khir yoyol!!waktu jadi doktor gulu lughussss betuiii!!!masuk umno jeeee!!!terus jadi kaki rasuah!!!!

Anonymous,  May 30, 2012 at 7:04 PM  

1.tu bhaiii yang dok mengoyan bab tak bayaq hutang PPTN tu!!!anak-anak mat det dah bayaq ke duit rakyat yang digunakan untuk selamatkan syarikat depa!!itu lembu nfc dah bayaq kebelum duit pecah amanah depa!!!itu baru dua tiga kera jee!!tak masuk lagi duit rasuah kapai selam sebelum dan sebelum ini!!semuanya masuk dalam poket puak-puak umno gitu jee!!!kaya melana tujuh keturunan!!campoq semua jumlah duit rakyat yang depa sapu!!!kita akan nampaq jumlah pinjaman pada beratuih pelajaq tu nampaq kecik jee angkanya!!
2.depa ingat rakyat malaysia la ni dok guna akai dikepala lutuit lagi kotttt nooooo!!!

Anonymous,  May 30, 2012 at 7:20 PM  

Bo bo laa loyo kawe nyo..

Anonymous,  May 30, 2012 at 9:01 PM  

leee... hai khelid2 mne ckp air lombong tu khelid, ptut ko impot air batu kat antartica baru le ckup khelid oi...

Anonymous,  May 30, 2012 at 10:45 PM  

Peliaq al-juburi dgn assmin bleh laa hangpa nak tegakkan, benang yg basah nak tegak tang manaaaaaa!

jjjebat May 31, 2012 at 3:00 PM  

Bro Anon 5:36; Hang gila apa sembang air kat Selangor…TARIF air di kedah dan penang pun dah naik lagi hang bodoh nak citer air kat Selangor. tu kat kedah air melimpah ruah tapi kenapa tariff air tinggi? Cuba habaq mai!...tu kat penang pun sama, air laut kan ada, guna je air laut mcam singapork tu…tapi lain jadinya kan…lagi dinaikkan tariff air lagi ada la….hamPAS…dan bodoh hang ne!

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP