Pengganas Cuba Sabotaj Hari Belia Negara Digagalkan Comando Malaysia

Friday, May 25, 2012





Demonstrasi Banteras Pengganas Oleh Angkatan Tentera Malaysia
Sempena Hari Belia Negara 2012 Di Putrajaya.


Psssttt... Terbaiklah Abang Tentera kita.....Lepas ni PDRM pulak...


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



32 comments:

Anonymous,  May 25, 2012 at 2:25 AM  

askar hebat dan berani..tapi tang undi pos kurang hebat dan takut pada tekanan org atasan..haihh

Tukang Komen May 25, 2012 at 4:16 AM  

Terror betul diaorang! Tak jadi aku nak jadi pengganas.

Anonymous,  May 25, 2012 at 5:36 AM  

Sekarang nie penganas malaysia nie cari buntut2 yg pejal dan montok... Bos depa dah bagi arahan.... Cari eemasa hari belia nie utk stok boss.... So adik2 semua jaga2 lah sebab nanti ada agen2 yg menyamar .... Tapi tak susah... Kalo depa asyik tengok buntut sah lah tu depa....

Anonymous,  May 25, 2012 at 5:36 AM  

Assalamualaykom w.b.t.

YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato’. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah me

Anonymous,  May 25, 2012 at 5:40 AM  

berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.


Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.


Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Anonymous,  May 25, 2012 at 5:41 AM  

berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.


Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.


Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Anonymous,  May 25, 2012 at 5:44 AM  

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato’ merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato’ tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato’ dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka

Anonymous,  May 25, 2012 at 5:46 AM  

pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

Yakinlah Dato’, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato’ pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato’ menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.

Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato’ lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui

Anonymous,  May 25, 2012 at 5:57 AM  

pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato’ ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato’, malah dipandang

Anonymous,  May 25, 2012 at 5:58 AM  

malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Dato’ anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Dato’ benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato’ lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato’. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato’ untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato’ miliki. Mungkin juga Dato’ boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato’ sibuk dengan tugas exco, kini Dato’ lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato’ yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato’ juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato’ itu.

Anonymous,  May 25, 2012 at 5:59 AM  

Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato’ untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato’ kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato’ berdakwah seperti itu, Dato’ akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

Dr Maszlee Malik
Ahli Akademik Politik Warga
UIAM

Anonymous,  May 25, 2012 at 7:20 AM  

Dr Maszlee malik...
sorang lagi barua Nuar di UIAM selepas Aziz bari...

inilah yg dikatakan ada ilmu tapi tak cerdik......

hangkedee May 25, 2012 at 7:43 AM  

Dr.apa adakah udang di sebalik batu diatas perlawaan debat PM dengan Anu war.mana lebih baik banyak bercakap dari buat kerja.ceramah ceramah ceramah bila buat kerja hampas pun tak ada sebaliknya bila gagal menyalahkan pihak lain.Isu.debat bagus kalau kita masyarakat Malaysia bersedia.adakah kita bersedia menerima demokarasi ala barat.Dari segi mentaliti adakah kita lebih advance dari barat terutama Amerika.Sedar atau tidak kita masih jauh terkebelakng dari mereka.jaraknya beratus tahun.Kita masih duduk rumah atap rumbia dalam hutan tak kala mereka telah datang belayar menjajah kita.Adakah kita waktu kita jauh maju dari mereka.Adakah waktu itu kita sudah mampu belayar menjajah negera mereka pula.Adakah waktu itu negara sudah ada ramai yang menjadi Dr.seperti Tuan?.Sedar tak Tuan kita hanya baru setahun jagung Merdeka 56 tahun.Sedar tak Tuan kita di jajah selama 400 tahun lebih dan akan di jajah semula dek kerana rakyat yang seperti Tuan sudah berasa kuat pandai cerdik bijak sedang membantu pihak yang sedang merancang secara halus menjajah kita kembali.

hangkedee May 25, 2012 at 7:48 AM  

Dr.apa adakah udang di sebalik batu diatas perlawaan debat PM dengan Anu war.mana lebih baik banyak bercakap dari buat kerja.ceramah ceramah ceramah bila buat kerja hampas pun tak ada sebaliknya bila gagal menyalahkan pihak lain.Isu.debat bagus kalau kita masyarakat Malaysia bersedia.adakah kita bersedia menerima demokarasi ala barat.Dari segi mentaliti adakah kita lebih advance dari barat terutama Amerika.Sedar atau tidak kita masih jauh terkebelakng dari mereka.jaraknya beratus tahun.Kita masih duduk rumah atap rumbia dalam hutan tak kala mereka telah datang belayar menjajah kita.Adakah kita waktu kita jauh maju dari mereka.Adakah waktu itu kita sudah mampu belayar menjajah negera mereka pula.Adakah waktu itu negara sudah ada ramai yang menjadi Dr.seperti Tuan?.Sedar tak Tuan kita hanya baru setahun jagung Merdeka 56 tahun.Sedar tak Tuan kita di jajah selama 400 tahun lebih dan akan di jajah semula dek kerana rakyat yang seperti Tuan sudah berasa kuat pandai cerdik bijak sedang membantu pihak yang sedang merancang secara halus menjajah kita kembali.

Anonymous,  May 25, 2012 at 8:02 AM  

Ckp berderai2...sudah baca ka kanun hudud versi pas???
Pi baca dulu...
Baru hang tau ikhlas x ikhlas hudud vrsi pas kelantan...caca marba...
X yah ckp luar negara...tgk pas kat mesia ni
Dulu ckp kerjasama dgn kapir HARAM...
X HALAL sembelihan..perkahwinan....imam makmum
Sekarang HALAL pulak ke??
Dlm quran ade ke versi hukum berubah2???
Ade ke versi 2.o??3.0????
INGAT LAH JUA AKAN KEWAJIPAN KAMU TAAT KPD PEMIMPIN SESAMA ISLAM...
TP NYATA...KAMU LEBIH TAAT DGN SEORG KAFIR PERJUANG LGBT ITU...

Anonymous,  May 25, 2012 at 8:16 AM  

Dr Maszlee
You xllayak bergelar Dr. Kajian anda membandingkan negara asia barat dan afrika yg d perintah oleh diktator/regim yg zalim, kejam dan menindas rakyat. Negara kita negara Islam termaju d dunia dah melalui 12x pilihanraya. Anda ibarat memvandingkan antara epal dan oren. Majoriti org Islam tolak perjuangan parti yg menjual agama ALLAH utk undi. Ini adalah KAJIAN DARI LONGKANG! Bleh sesape siatan dr mana mamat ni dpt gelaran Dr? Dr universiti mana? Yg dr UIA semua macam ni ke?

Anonymous,  May 25, 2012 at 8:21 AM  

Alahh dr,org bukan tak tau awak tu sebelah
mane.nak tulis surat terbuka pd dr hassan
pi lah hantar ke blog jati.
Hantar blog gomo buat ape.nak suruh org
ramai baca la tu....weekkss

Anonymous,  May 25, 2012 at 8:23 AM  

Apa salah doktor tu... Takkan ko nak suruh dia angguk angguk macam lembu condo

Anonymous,  May 25, 2012 at 8:24 AM  

Pandai sampai jadi dr pun tak tau le masa
kerajaan mana perintah, ye.....!!!

Anonymous,  May 25, 2012 at 8:30 AM  

Takkan Dr tu suruh Najib debat ko semua dah sawan do... Pasal kerangka ekonomi pun dah kecut teloq dan kote...malu do PM takut, malu...satu dunia dah tahu.... Jadi sejarah tuu.. KJ janji tu kat London...

Anonymous,  May 25, 2012 at 8:53 AM  

Kj yg janji.bukan tuan badan.dtk najib hanya
akan berdebat dgn orang yg betul2 boleh
membawa perubahan kemajuan kpd negara.
Bukan dgn si putar alam.banyak kerja lain
yg lebih penting dtk najib perlu lakukan.
Anua banyak masa pergi lah debat ngan umi.
Apa kelas dtk najib nak debat dgn dia.
Korang cari peluang nak live kat tv dan hentam kerajaan,kannn. Lari dari tajuk debat.
Belahh lahh korang.

Anonymous,  May 25, 2012 at 9:13 AM  

Kakak aku pernah kena tipu dengan pas..pergi satu majlis kat damansara kononnya nak tau masalah untuk bantu orang islam...tapi bila sampai kat sana dengar ceramah yang duk maki orang itu orang ini tak betul siap burukan orang lagi tuh...last sekali baju bersih yang duk pakai buat merusuh dilelong dengn harga rm 200sehelai..kata nak tolong tu takde...pa lagi nak bertanya dan bersuamuka..ini semua politik yng berkepentingan sendiri...kepada dr mazslee..soalan saya kepada awak..adakah awak sanggup untuk melakukan perubahan untuk orqng malaysia terutamanya bekorban kan kerjaya awak? Mesti tak punya..sebab gaji awak pun kerajaan yang bagi.. Awak belajar samapi dapat dr pun pakai duit ptptn..fikirkan lah sedara

Anonymous,  May 25, 2012 at 10:23 AM  

apa la mamat uiam ckp mlalat mlalut mcm langau pkena tahi....

pas bkn parti islam...
jgn samakn d afrika atau asia barat...tpt yg miskin/celaru dn tk bilang kaum dn bangsa spt malaysia....

terus kn Dato...biaq allah tentu kn mreka2 ni yg brsahabat dgn setan dn iblis...

takbirrr....

Anonymous,  May 25, 2012 at 10:32 AM  

BETUI KER

Anonymous,  May 25, 2012 at 10:34 AM  

DR YANG BUTA HATI

Anonymous,  May 25, 2012 at 11:06 AM  

Rasanya ko yang buta kot. Dr tu menulis mengikut panduan dan tertib ilmu. Kamu hanya umpama gelandangan tiada ilmu untuk berhujah. Jadi lebih baik pergi belajar dari menjatuhkan martabat diri sendiri

Anonymous,  May 25, 2012 at 11:18 AM  

Yang di sini ulasan nya banyak yang menggunaka emosi daripada berdasarkan ilmu. Barangkali ini kesannya apabila sistem pendidikan lebih dari mencari keduniaan daripada konsep wasatiah. Kesian anakuda penyokong umno. Pi belajar balik.... kalau perlu masuk kelas adab dan sopan

Anonymous,  May 25, 2012 at 1:40 PM  

hampeh punya Dr....
tak respek dah kat UIAM ni..selepas si aziz bari, dtg sorang lagi pengganti, mcm firaun... sorang mati sorang lagi muncul...

ramai benar pelapis dididik oleh Nuar cilaka..

Tun Dr M yg genius hebat tu juga tiada tanding gantinya...

cukuplah sorang je anak aku belajar kat sana...

nasib baik yg lain belajar di U lain... tak sanggup berpensyarah kan si jahat bahlol & bengap ni... perosak bangsa...

hati dah tertutup tak nampak kebaikan akibat "arab spring" hanya kemusnahan sj tapi dilihat sesuatu yg membanggakan & patut ditiru oleh si bahlol ni...

Anonymous,  May 25, 2012 at 2:18 PM  

sopan cam assmin ke.... cam abg non... cam nik ajis... cam mat sabu... cam nizar... ha ha ha

Anonymous,  May 26, 2012 at 12:13 AM  

Ape pun korang cakap, gua tak peduli. Gua tak akan sokong pemimpin2 yang kaki penipu, kaki pembohong, kaki putar alam, kaki belit, kaki kelentong, kaki kencing, kaki rasuah, kaki songlap, kaki jantan, kaki betina, kaki cina doll, kaki siam doll, kaki balun bini orang, kaki muka tebal, kaki muka tak malu, kaki muka kering, kaki sara hidup dari dana Yahudi, kaki sokong keselamatan Yahudi, kaki gila kuasa, kaki fitnah, kaki jamban blowjob, kaki durhaka pada ibu, kaki kaunseling jam 2 pagi, kaki kafir mengkafir, kaki nyanyok, kaki pluralisme, kaki LGBT, kaki ampu, kaki spin, kaki rasiscm, kaki kroni, dan tah ape2 lagi kaki yang akan muncul. Kalau korang nak sokong, nasib korang lah. Gua mahu bungkus sama dia.

Anonymous,  May 26, 2012 at 1:55 AM  

Tidak sekali kali tunduk dibawah manusia yng nabi saw tidak akan mengaku umatnya..... Dato telah dibukakan hatinya oleh yng Esa....

Anonymous,  May 26, 2012 at 8:55 AM  

Hmm..rasenye x salah dr.mazle bg pandangan.aku bace ok je.xpun sentuh bab2 lucah,serang peribadi org dlm ayat dye 2.yang korang serang dye pehal??korang ni melayu x bermoral,xbermaruah.sesama islam pun nak gadoh.kate agama islam suci,terbaek,mulia.perangai x ubah cam budak2.aku xsokong pas umno coz slalu islam dye xsame.
6803man

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP