"Jangan Kacau Sabah" Pesan Musa Aman Kepada Bapak Pembohong Si Anwar Ibrahim.

Sunday, August 5, 2012



HAMPIR 12.40 tengah malam Khamis lalu, barulah Ketua Menteri Sabah, DATUK SERI MUSA AMAN muncul di depan kami. Sebelum itu sejak pukul 7 malam lagi beliau menghadiri program tahunan iaitu majlis berbuka puasa di PWTC, Kuala Lumpur dengan anak-anak Sabah di perantauan yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di Semenanjung.

Musa yang pernah diwawancara oleh kami pada akhir tahun lalu masih tetap tenang dan ceria. Jika pada November lepas dalam pertemuan itu beliau mengingatkan kepada pemimpin UMNO dan BN Sabah jangan sesekali tikam belakang mensabotaj parti, baru-baru ini apa yang dibayangkan oleh Musa telah pun terjadi.

Ia susulan tindakan dua Ahli Parlimen BN dari Beaufort dan Tuaran, masing-masing Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar parti.

Pengerusi BN Sabah itu bagaimanapun kelihatan tidak gusar malah sepanjang temubual yang menghampiri pukul 1 pagi itu, ungkapan-ungkapan beliau sarat dengan suara ketegasan, berterus-terang yang sesekali diselangi ketawa kecil - bahawa perjuangan BN untuk memartabatkan maruah dan impak perkhidmatan wakil-wakil rakyatnya di mata rakyat Sabah harus mengatasi segala kepentingan peribadi.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia ZULKIFLI JALIL, TERMIZI CHE ANUAR dan jurugambar SAFRIZAL AZMI, Musa berkongsi harapan BN dan Kerajaan Pusat kepada rakyat Sabah termasuk buat ahli dan pemimpin BN negeri itu. Manakala di Sabah TARMIZI ABDUL RAHIM mewawancara Timbalan Dekan Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah, ZAINI OTHMAN, bagi mengupas perkembangan yang berlaku.

MINGGUAN: Ada tanggapan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah kini goyah dengan tindakan Lajim dan Wilfred baru-baru ini?

MUSA: UMNO dan BN di Sabah tidak tergugat dengan tindakan tersebut. Saya yakin rakyat Sabah bijak menilai sendiri siapa yang benar. Tanggapan itu merupakan dakyah-dakyah yang digunakan pemimpin pembangkang untuk mengelirukan rakyat di Sabah kerana mereka tidak memiliki kekuatan. Oleh sebab itu, pembangkang terpaksa menggunakan cara kotor itu sambil menabur pelbagai janji palsu yang tidak mungkin tercapai bagi mendapatkan sokongan rakyat. Ini berbeza dengan BN yang memang terbukti menggunakan pendekatan kata dikota, janji ditunai. Rakyat sendiri boleh melihat segala pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri meliputi kesemua kawasan sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Untuk makluman, sebenarnya tahun lalu sahaja Sabah telah menerima pelaburan swasta berjumlah RM10 bilion. Ini bukti kerajaan negeri telah melaksanakan tugas dengan baik. Rakyat dapat menerima faedah secara langsung dengan pelaburan itu dan saya tahu semua gembira dengan keadaan sekarang. Hasil pelaburan itu juga meningkatkan taraf infrastruktur lain yang berbeza berbanding 10 atau 20 tahun lalu. Saya sendiri sebagai Ketua Menteri, selalu mengadakan perjumpaan pemimpin akar umbi seperti dengan ketua kampung, kapitan Cina dan ketua daerah untuk mendengar sendiri masalah-masalah yang dihadapi kawasan yang terlibat. Justeru, jika ada pihak yang mendakwa BN Sabah kini tergugat, itu tidak benar sama sekali.

Apakah punca mereka bertindak demikian?

MUSA: Saya rasa mereka mahukan jawatan yang lebih besar berbanding sekarang. Ada yang bercita-cita tinggi dan sudah pasti mereka berbuat demikian bagi mencuba nasib. Itu hak masing-masing. Kita perlu mementingkan parti lebih daripada kepentingan peribadi serta ikhlas untuk berkhidmat, bukannya mengejar pangkat dan kedudukan semata-mata. Jika kita ikhlas, Insya-Allah akan berjaya. Tetapi yang menghairankan saya, mereka itu sekarang sibuk mengatakan akan berjuang untuk membantu nasib rakyat. Sepatutnya ketika memegang pelbagai jawatan sama ada menteri atau timbalan menteri yang berkuasa waktu itulah sepatutnya sudah melakukannya. Adakah ketika memegang jawatan tersebut yang memiliki ruang dan peluang, mereka ini tidak berbuat apa-apa. Ini menunjukkan mereka ini tidak ikhlas berjuang untuk rakyat dan ia juga hanyalah sekadar gimik politik sahaja. Ini semua adalah alasan lemah yang digunakan individu-individu terbabit untuk keluar daripada parti demi mengejar cita-cita lebih besar.

Pembangkang mendakwa kerajaan negeri Sabah terlalu bertuankan Kuala Lumpur. Apa komen Datuk Seri?

MUSA: Itu tidak betul. Hala tuju negeri ditentukan oleh kita sendiri melalui Jemaah Menteri atau Kabinet Negeri yang ada. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak pernah campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri Sabah. Sebaliknya kita bersyukur mempunyai seorang pemimpin yang sentiasa merasai denyut nadi rakyat dan amat prihatin terhadap keperluan rakyat di seluruh pelosok negeri Sabah, terutama di kawasan luar bandar. Ini dibuktikan menerusi peruntukan yang besar daripada Kerajaan Pusat kerana Sabah negeri kedua terbesar di Malaysia dan banyak permintaan telah diluluskan. Malah, banyak permintaan lain yang turut diterima oleh Kerajaan Pusat. Antaranya saya mahu melihat ramai anak tempatan memegang jawatan pengarah negeri dan itu juga sudah tercapai. Sekarang, kita lihat jawatan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Pengarah Kastam, Pengarah Imigresen dan Pengarah Pelajaran Negeri telah diketuai oleh pegawai-pegawai tempatan Sabah. Itu antara bukti Kerajaan Persekutuan mengiktiraf kebolehan orang Sabah dan menghormati pentadbiran kerajaan negeri. Jelas dakwaan itu adalah fitnah jahat semata-mata yang cuba menafikan kejayaan dan pencapaian Sabah sekarang.

Mereka turut memainkan isu kebanjiran melampau pendatang asing tanpa izin di Sabah dalam beberapa tahun ini dan mungkin ada yang boleh dikongsikan kerajaan negeri dalam isu tersebut?

MUSA: Kemajuan dan kemakmuran ekonomi hasil usaha kerajaan negeri selama ini telah menarik minat warga asing mahu bekerja di Sabah. Kita sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut. Dan saya akui bukan mudah menyelesaikannya dalam tempoh yang singkat. Kita sudah mempunyai jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga jawatankuasa negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut secara bersama. Banyak program yang dijalankan termasuk penguatkuasaan melalui pelbagai agensi iaitu polis, tentera dan imigresen bagi menghantar pulang mereka ke negara masing-masing. Di Sabah yang paling ramai adalah warga Indonesia dan Filipina. Bagi warga Indonesia, kita tidak ada masalah untuk menghantar pulang kerana mereka mempunyai konsulat di Sabah. Malangnya, masalah melibatkan warga Filipina agak sukar diuruskan kerana negara itu tidak mempunyai konsulat di sini. Jika pembangkang mengatakan kita tidak berbuat apa-apa, ia adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana kita sedaya upaya telah berusaha menyelesaikan masalah ini yang sudah pasti akan mengambil masa.

Bagaimana pula Datuk Seri melihat janji pembangkang mahu memberikan royalti minyak 20 peratus kepada kerajaan negeri jika mereka menang PRU13?

MUSA: Itu janji yang tidak logik. Sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur. Kita sedar sejak Sabah bersama-sama membentuk Malaysia, Kerajaan Pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membangun pelbagai infrastruktur termasuk sekolah, hospital, jalan raya dan sebagainya. Itu belum lagi dicampur dengan kos pertahanan dan keselamatan negeri yang memakan belanja besar. Kita perlu mengambil kira banyak pengagihan lain yang diberikan oleh Kerajaan Pusat melalui pelbagai kaedah. Kita perlu lihat dari skop yang lebih luas.

Apakah BN telah bersedia di semua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bagi menghadapi PRU13?

MUSA: BN Sabah telah lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum nanti daripada semua aspek. Saya telah bertemu semua jentera di setiap bahagian dan gembira dengan tahap kesiapsiagaan mereka bagi menghadapi pilihan raya. Saya juga sentiasa berpesan kepada pemimpin-pemimpin BN agar terus turun padang bagi mengetahui segala masalah yang dihadapi. Seterusnya cuba untuk membantu menyelesaikannya. Jika ini berterusan, rakyat akan menghargai dan terus memilih BN sebagai tempat mengadu nasib. Dengan rekod baik BN selama ini, ia tentu sekali akan dinilai sendiri oleh rakyat. Dalam bulan penuh keberkatan iaitu Ramadan ini juga, saya bersama-sama exco dan pimpinan parti turun padang untuk majlis berbuka puasa di enam zon UMNO di seluruh negeri bagi mendekati rakyat. Inilah tradisi kita, yang bukan sahaja dihadiri umat Islam, bahkan juga pemimpin parti-parti komponen dan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Sabah menerima pelaburan berjumlah RM10.2 bilion pada suku pertama tahun ini dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat. Apakah usaha kerajaan BN bagi memastikan ekonomi Sabah terus mantap untuk dinikmati rakyat?

MUSA: Ini satu petanda yang menunjukkan mereka (pelabur) berani melabur di Sabah kerana politiknya stabil. Pelabur tertarik kerana negara ini aman dan selamat tanpa kekacauan jika dibandingkan sesetengah negara yang porak-peranda. Ini sudah tentu akan turut memberi nikmat kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. Contohnya perniagaan udang kara yang dijalankan di Semporna yang berjumlah berbilion ringgit turut memberikan peluang kerja kepada penduduk tempatan termasuk nelayan dan juga pengusaha di situ. Begitu juga industri pelancongan yang semakin berkembang di Sabah.

Jumlah kehadiran pelancong asing seperti dari Korea Selatan, Eropah serta Amerika Syarikat yang semakin meningkat turut menjana ekonomi negeri ke tahap lebih tinggi. Pelbagai tempat menarik di negeri ini seperti Pulau Sipadan dan Gunung Kinabalu adalah anugerah Tuhan. Ini menjadikan Sabah pilihan ramai pelancong. Sebab itu rakyat perlu sedar semua kejayaan itu adalah hasil komitmen dan kesungguhan pemimpin BN dalam memacu pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Sebab itu pentingnya mengekalkan kestabilan politik dan juga keamanan di Sabah agar menarik lebih ramai pelabur untuk melabur. Jika sentiasa ada demonstrasi dan suasana tidak aman, mana mungkin ada pelabur yang akan berani untuk melabur. Saya percaya rakyat Sabah bijak memilih.

Apa nasihat Datuk Seri kepada mereka yang terpilih menjadi calon BN dan tidak terpilih pula bagaimana?

MUSA: Kepada yang terpilih untuk menjadi calon, saya mahu mereka berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira masa kerana ia adalah satu tanggungjawab serta amanah yang diberikan. Jika sudah menang, jangan sibuk mahu menjadi Yang Berhormat sebaliknya perlu menjadi seorang Yang Berkhidmat supaya nasib rakyat dapat dibela. Rakyat telah memilih kita, justeru khidmat terbaik perlu diberikan kepada mereka sebagai tanda membalas budi. Bagi yang tidak terpilih pula, perlu ingat bahawa perjuangan parti perlu diletakkan melebihi kepentingan peribadi. Jangan cuba sabotaj parti kerana kekalahan parti adalah kekalahan bersama.

Apa mesej Datuk Seri kepada parti-parti pembangkang yang masih suka mengadu domba dalam kalangan rakyat Sabah serta rakyat Sabah keseluruhan?

MUSA: Itu memang cara pembangkang yang suka membuat hasutan dan tohmahan untuk meraih undi. Mereka terpaksa buat begitu. Tetapi terpulanglah kepada rakyat untuk menilai dan memilih. Saya berharap rakyat dapat membuat pilihan yang tepat dan menilai mana baik dan yang mana tidak. Rakyat, saya percaya sedar bahawa kerajaan BN adalah parti terbaik, kerajaan terbaik dan memiliki rekod yang baik. Apa yang penting kita tidak mudah leka dan akan terus bekerja untuk pilihan raya dan juga selepas pilihan raya.

Mingguan Malaysia


Psssttt.... Nuar Berahim janji Lajim Ukin jawatan Timbalan Perdana Menteri..,,hahaha


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



21 comments:

Anonymous,  August 5, 2012 at 1:59 PM  

Tak payah nak pesan gitu pada orang sabah,
Orang sabah dah bijak belaka.

Bn kenapa kata gitu macam dah tak yakin ke dengan rakyat sabah...

Janji Ditepati......,  August 5, 2012 at 2:03 PM  

lajim,kit siang,hadi awang, bumburing, baru bian,guan eng... perhhhh ramai betul timbalan perdana menteri kabinet nuar berahi ni... senag cakap jadikan ah semua ahli parlimen pakatan tu jadi timbalan perdana menteri nuar..habis cite... tu hari ko nak pancing mp bn.. ko dah terlepas perak... mursyidul am pakatan..tok garu kapal sink dah suruh ko bertaubat..la ni ko pancing plak bumburing ngan lajim... lajim tu pun baru je dapat buah pinggang.. ko jangan caya sgt ngan dia nuar... nanti ko bukan hilang status mp..silap haribulan hilang akal ko nanti nuar.. kemaruk sgt ke putrajaya......

p/s kak jijik nak siasat skandal assmin???? butut ka???? yg pasti kalau lcw menag badminton malam ni ada ice cream free..bukan ice cream assmin tau..baskin punya beb!!! BASKIN mantap!!

Global Products & Services Review August 5, 2012 at 2:12 PM  

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous,  August 5, 2012 at 2:12 PM  

sabah ni da mcm bangladesh...ngri kaya tp rkyat miskin

Prince of Noob August 5, 2012 at 2:39 PM  

tolong jgn nak politik2 sgt kat sabah bah... kami dah lama hidup bersatu padu bah...

Anonymous,  August 5, 2012 at 2:43 PM  

alamat Musa tak lagi merasa Aman. Hehehehehe.

Anonymous,  August 5, 2012 at 2:43 PM  

woi g0m0 ko ni pal0i bah.....

Anonymous,  August 5, 2012 at 3:03 PM  

1.ceh!!pemberi maklumat barang seludup pada kastam!!dapat wang berjuta!!
2.pemberi maklumat tentang pecah amanah NFC!!kena tangkap!!
3.ceh!!memang umno ni dok guna undang-undang dalam hutan!!
4.jom kita nyahkan pengamal undang-undang hutan ni kedalam hutan pada pru 13 nanti!!

Anonymous,  August 5, 2012 at 3:05 PM  

Bah bah.berlagak nk jadi orang sabah konon.ptuiii

Anonymous,  August 5, 2012 at 3:10 PM  

Jom kita minta Pas laksanakan hukum hudud d kelantan.aku dah tak tahan dengan kes jenayah di kelantan.rata2 pelaku jenayah adalah dri puak nik taik

Anonymous,  August 5, 2012 at 3:17 PM  

1.pasai kelantan!!hangpa tok sah dok mimpi!!
2.semua kajian yang dilakukan oleh NGO atau IPTA!!kelantan ketap di bawah Pas selepas Pru 13 nanti noo!!
3.lepas ni puak kelantan beraya sakan dengan royalti minyak!!
4.teleleh ayaq lioq puak umno kelantan!!

Anonymous,  August 5, 2012 at 3:34 PM  

22 tahun pas perintah kelantan.taik pun tarak.sudah sudah la tipu.mu ore luar tok tahu derito ore klate.tok tahu duk die.

Anonymous,  August 5, 2012 at 3:45 PM  

Sabah kuar dari malaysia lagi baik , padang muka papagomo tak dapat rembat duit hasil post artikal fitnah dan bodek bn tentang sabah.

omeGAY,  August 5, 2012 at 3:46 PM  

aduh bhai bhai..awat la bingai sgt hang ni....

bg maklumat kat kastam dapat duit...

bg maklumat kat wartawan dapat jail la.... pasai kastam tu pihak berkuasa.. wartawan tu pihak berkuasa ke??? simple things pun tak leh fikir ka???

kalau rafizi bg maklumat tu kat SPRM pastu dia kena tangkap haa barulah betul cakap hang tu!!!

wei hangpa ni dah tak siuman ka??? awat bengap sgt ni haa??

Anonymous,  August 5, 2012 at 5:02 PM  

Musa Aman, sekali skala jgn tgk dari atas ja tp cuba2 jga tgk dari bawah... baru ko tau keadaaan rakyat sabah yg sebenar... Mana ko rasa apa2 sbb ko bnyk duit, projek mega, ko dan kroni mu jga yg nakakan.. Bnyk betul bah tukang cuci pantat d sini.. ptuuih!

Anonymous,  August 5, 2012 at 5:31 PM  

Teori RAHMAN..

Puasa puasa ni sebenarnya malas nak bercakap politik ..

Tapi bila melihat gelagat manusia manusia politik ..
Geli ada , jengkel pun ada,

R .. Rahman
A.. Abdul Razak
H.. Hussein..
M .. Mahathir
A.. Abdullah ??????????????
N.. Najib ..

Mengapa aku letak tanda soal pada nama Abdullah..???
Banyak sebabnya .. yg mungkin anda boleh fikir sendiri..

Anda tahu kenapa Anwar meroyan sampai hari ini?

Di kiranya A itu adalah dia ..
tapi malangnya A yang sepatutnya Anwar ..
bertukar menjadi Abdullah.. walaupun malang tetap ada ..
Maka dicanangkanlah satu dunia ..
yang sepatutnya menduduki takhta Putra Jaya..
itu adalah dia .. si A Anwar ..
maka jangan heran jika sampai hari ini dia terus meroyan..
gadai segala galanya .. bangsanya, agamanya, kelelakiannya. keluarganya ..
pokoknya semualah ... janji A menduduki takhta Putra Jaya
yang penting .. TEORI RAHMAN MENEPATI KEHENDAKNYA walaupun A itu terpaksa diulang ...
Maka ramailah juak juak yang turut memasang angan angan mahu mengubah teori RAHMAN..
yang terbaru termasuklah si Lajim..
malangnya L tidak ada dalam urutan itu..
Maka mahu di buatnya satu teori baru pula ..
mungkin selari dengan slogan PAS for ALL ..
maka akan lahirlah teori baru .. sempena PAS for All..
yang malang mungkin PAS yang akan hanya menggigit jari
sebab.. tiada calon mereka termasuk dalam teori ini..

ALL ..
A .. Anwar..
L .. Lim Kit Siang ..
L .. Lim Guan Eng ..
Mungkin Lajim berasa bahawa L yang kedua itu sepatutnya dia..
maka cepat cepatlah dia melompat sebelum pilihanraya ke 13 diadakan..
dengan harapan jika PR menang pilihanraya ..
dia akan jadi orang ke dua penting negara ..

PAS sampai bila bila pun akan tetap terus gigit jari ...

Tun M tetap idola ku..
YA ALLAH .. SELAMATKANLAH NEGARA KU DARI SEGALA KEJAHATAN ..
BAIK DARI LUAR MAHUN DARI DALAM...

Anonymous,  August 5, 2012 at 6:41 PM  

apa hukun jd pengikut taksub kpd org yg nak berkawan dgn syaitan n pengamal pluralisme

Anonymous,  August 5, 2012 at 9:29 PM  

Saya hairan bangsa Paki pakis Pakistan semakin ramai jadi warganegara di Sabah apa sebab?peringatan Pakistan jangan rompak hak peribumi Sabah .apa cerita 400 juta USD hasil balak yang jadi duit haram di luar negara.bukti begitu jelas transit bank di hong kong yang di bocorkan oleh Sarawak report..kenapa tak berani saman sehingga kini .indah bila di dengar kata-kata kepada orang lain.tetapi tahukah rata-rata rakyat Sabah sudah tahu kebusukan ini ..cuma cara senyap-senyap...Kini pru13 kalau jika ketulusan pruini umnobn pasti bungkus bendera di Sabah...jangan jadi pengkhianat dan tali barut kepada berua-berua penyamun dari semananjung umpama kena sumpahan.

Anonymous,  August 5, 2012 at 9:40 PM  

Macam mana mahu aman 400 juta USD sudah di bocorkan Sarawak report dengan bukti-bukti bil pembayaran.

umar August 5, 2012 at 9:57 PM  

kekalahan LCW adalah kemenangan mutlak dlm perjuangan..
kekalahan dlm kemenangan..
semangat beliau untuk kemenangan ..
perjuangan sebenar untuk kemenangan..
biarpun kekalahan yg terpaksa diterima ..
berbeza dg kekalahan2 beliau sebleum ini kpd LD dari cina itu..yg byk provokasi..

TAHNIAH DATO' LEE CHONG WEI..

KEKALAHAN ANDA ADALAH KEMENANGAN SEBENAR SEORANG PEJUANG ...!!

p/s minta maaf lari tajuk.hehe

Anonymous,  August 5, 2012 at 10:22 PM  

anjing pr akan spin nanti...lcw kalah sebab barisan nasional... dapig terus kata betol2...

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP