PANAS - Dato' Sri Ir Zin Dedah Skandal Suhaimi KDEB

Saturday, August 11, 2012


Barisan Nasional (BN) Selangor mendakwa mereka mempunyai maklumat bahawa pengarah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Suhaimi Kamaralzaman telah mengeluarkan surat arahan kepada Pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gallon sehari kepada hanya 120 juta gallon sehari.

Koordinatornya, Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed turut mendakwa tindakan yang dilakukan adalah penyebab berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Mohd Zin turut berkata dalam sidang media pada yang lalu, beliau pernah menyatakan sebelum ini bahawa KDEB iaitu salah sebuah anak syarikat kerajaan Negeri mempunyai 15% saham di dalam Syabas dengan seorang wakil dalam mesyuarat lembaga pengarah. Alasan bahawa Kerajaan Negeri tidak tahu menahu mengenai krisis air ini langsung tidak masuk akal dan seperti sengaja dipolitikkan oleh mereka.

" Mengapa Suhaimi mengeluarkan arahan tersebut kepada ABASS. Kami mahu tahu adakah pihak KDEB atau Kerajaan Negeri ingin melakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor dan Syabas.

"Mengapa pihak Syabas yang disalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan dikendalikan oleh ABASS. Siapakah yang mengarahkan Suhaimi supaya mengeluarkan arahan tersebut," katanya.

Mohd Zin juga menuntut pihak yang bertanggungjawab memberikan penjelasan dan menjawab persoalan ini kerana sebelum ini kerajaan Negeri hanya menunding jari dan menyalahkan pihak lain jika berlakunya krisis air terutamanya di kawasan Kajang dan Balakong.

Beliau turut menempelak sikap kerajaan negeri Selangor dan Pakatan Rakyat yang terus mempolitikkan isu air tanpa ada titik noktah serta masih lagi tidak mampu menjawab dengan kemas fakta dan angka yang telah dikemukakkannya.

Beliau turut memberitahu fakta bahawa lebih kurang 234 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan kerana tiada jaminan bekalan air dapat disediakan langsung tidak dinafikan oleh pihak kerajaan negeri dan telah mengakibatkan pembangunan negeri Selangor terbantut.

BN Selangor juga kecewa dengan sikap exco Selangor, YB Au Yong Heng Hua yang melakukan demonstrasi di pejabat Syabas Kajang seolah-olah masalah air ini bukan berpunca dari kelemahan Kerajaan Negeri.

"Adakah beliau lupa bahawa beliau kini merupakan kerajaan yang memerintah. Adakah beliau tidak tahu tanggungjawab kerajaan negeri ialah menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat. Mengapa masih mahu mengelirukan rakyat tentang isu ini," kata Mohd Zin.

Beliau juga berkata BMN Selangor mempunyai maklumat saham 15% yang dimiliki oleh KDEB dalam Syabas turut dicagarkan kepada sebuah bank bagi tujuan mendapatkan pinjaman sebanyak RM250 juta bagi kegunaan tertentu.

"Adalah begitu daif pihak kerajaan negeri sehinggakan terpaksa mencagarkan saham KDEB di dalam Syabas untuk membuat pinjaman.

" Jika benar ini berlaku, mampukah Kerajaan Negeri ingin mengambil alih Syabas kerana saham berjumlah 15% pun tidak mampu untuk diuruskan dengan baik inikan pula sebuah Syarikat Pengagihan Air yang begitu penting sekali.

"Adakah ini merupakan sikap good governance dan contoh tadbir urus yang beretika. Saya mempersoalkan adakah niat sebenar pengambilalihan Syabas hanya untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri. Apakah tujuan pinjaman tersebut dilakukan," tanya Mohd Zin.

Beliau juga memberitahu mendapat maklumat kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman sehingga RM300 juta setahun dengan kadar faedah sebanyak RM8 juta bagi tujuan memberikan air percuma ini.

"Adakah ini satu langkah pentadbiran yang bijak apabila kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan pihak bank untuk memberikan air percuma.

"Bagaimanakah pelan kerajaan negeri untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut. Adakah kerajaan negeri tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk melaksanakan pemberian air percuma seperti yang dijanjkan sehingga terpaksa berhutang.

"Jangan sampai nanti kita menjadi seperti Cerita Pak Kaduk, yang terpaksa menggadai negeri demi untuk melunaskan hutang," katanya.

Mohd Zin berkata kerajaan negeri Selangor tidak mampu untuk mentadbir dan menguruskan ekonomi dengan baik sehinggakan isu penting seperti pengurusan air juga tidak dapat diselesaikan dengan mudah.

Beliau mendakwa langkah terakhir dilakukan oleh kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat adalah mengelirukan rakyat dan tidak bercakap berasaskan fakta.

Dalam pada itu, Mohd Zin berjanji akan mendedahkan beberapa kelemahan lain dari masa ke semasa supaya rakyat Selangor dapat menilai sikap sebenar Kerajaan Negeri kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber KL POS

Mantap dan terbaik apa yang didedahkan oleh Dato Sri Ir Zin berhubung isu ini. Rupanya barulah kita nampak mengapa masaalah air di Selangor timbul rupa rupanya Kerajaan Pakatan Selangor yang punya angkara.

Sebelum ini apabila isu air dimainkan mereka menyerang SYABAS dan BN kononya punca permasaalahan air ini adalah kerana Syabas. Rupa rupanya mereka menyembunyikan permasaalahan yang sebenar yang mana tanggungjawap mereka sebagai Kerajaan adalah GAGAL sama sekali dalam membela rakyat Selangor.

So kita tunggu apa reaksi dari pihak Kerajan negeri Selangor berhubung kenyataan Dato Sri Ir Zin ini. Apakah penafian akan dibuat? Apakah mereka hanya mendiamkan diri? Sama sama kita tunggu.


Psssttt... Bila mereka salah maka kerajaan pusat yang dipersalahkan, hakikatnya mereka lah kerajaan waktu ini.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



22 comments:

Anonymous,  August 11, 2012 at 4:45 PM  

KONSORTIUM ABASS dan SPLASH milik Kerajaan Negeri melalui KDEB. Kedua syarikat tersebut merawat air bersih utk rakyat. Kenapa isu air ni kerajaan pakatan rakyat beriya sgt mahu politikkan....sbb kalau syabas mereka dpt maka kalah pilihanraya pun tak apa.....sbb mereka mahu kaut keuntungan saja

Global Products & Services Review August 11, 2012 at 5:05 PM  

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous,  August 11, 2012 at 5:28 PM  

Syabas ni syarikat kroni bn..di suruhlah oleh mereka sbotaj air di selangor.maka riuh-rendah rakyat di Selangor ..apabila ini berlaku mula lah umno bn campur tangan kononnya nak tolong rakyat Selangor segala masalah di tolak ke kerajaan negeri .mulakan umno bn main politik air dan sampah.bukankah ini satu taktik politik kotor umno bn supaya meraih undi...tapi dikorbankan dulu yang jadi mangsa ialah rakyat.siapa rakyat keliru pasti membenci kerajaan pakatan .ini lah hasil nya umnobn belajar dari apco 1israel.taktik Zionis memang begini.

Anonymous,  August 11, 2012 at 5:51 PM  

asal melayu dpt tender semuanya kroni.kaum lain dpt tender berbilion xplak jd kroni.agak pelik.ajaran sape ni?klu begitu selamanya melayu jd golongan pengguna.ditindas je.lepas tu salahkan kerajaan lg.semua umno punya salah.baghal punya org

Anonymous,  August 11, 2012 at 6:22 PM  

bg aku lantakla selangor xde air ke,letrik ke,rumah ke,tanah ke..tu pilihan dorang.xperllu umno sibuk.bg dorang rsa.umno patut tumpu negeri setia mcm johor.pahang.sabah.serawak.nsmbilan.selangor pn xkan kaya tanpa umno.bg aku biar dorg rsa.puiii utk paspispus.dominan yg xde kuasa

Anonymous,  August 11, 2012 at 7:45 PM  

Pemimpin umnobn banyak makan duit haram rasuah..dah perut buncit macam biawak ..bontot tempayan ..patut di sula dengan besi panas yang makan rasuah ni ..

Anonymous,  August 11, 2012 at 8:28 PM  

Padan bala pd rakyat slangor... itulah balasan pd mrk yg ak bersyukur...

itu menunjukkan kerajaan selangor bangang bodoh tak reti memerintah & mengurus mcm kelantan & Kedah...

Penang maju sebab Cina bijak....

melayu bodoh dengki sesama melayu sampai bila2 pun ditindas... buktinya cuba tgk perangai org2 PAS bangang & PKR jahat....

sesama islam dgn UMNO depa nak gaduh ... tuduh mcm2 kronism dsb tapi hakikat itulah yg berlaku dlm PAS, PKR & DAP....

pd melayu bangang PAS & PKR, bior Cina DAP amal kronism tak pe... jgn melayu UMNO... bodoh betul mrk ni..

Top 20 manusia terkaya Msia hnya 1 org melayu yg lain Cina...tp yg melayu sorang tu la jugak yg di serang hamPAS & PKR oleh Ketuanya DAP...

bangang kan melayu PAS & PKR?????

Anonymous,  August 11, 2012 at 9:57 PM  

diaorg sume tuh cuma nak duit je... gua dulu satu dept dgn one of de exco s'gor... keje slalu tuang... tak hormat bos langsung... perangai mmg hazabedah... alih2 jd exco kor agama fuckatan.... getik bulu ketiak aku... skunk da kayo jahhh.... tp kitaorg tau tahap ape exco tuh.... uwekkkk

Anonymous,  August 11, 2012 at 9:58 PM  

Aku pun heran..bila pas n pkr buat salah....kalau boleh tutup..cepat2 tutup alihkan isu lain...kalau bn buat salah...amboi...dalam kelambu pun boleh dengar diaorg fitnah...trend sekarang artis2 masuk pas kononnya diaorg nak mendalami islam...seolah-olah pas ini agama...dulu kafir...skrg dh convert ke islam....habis org parti lain...mengucap kalimah syahada, amalkan rukun islam n iman tak sah ker..kafir?...aduh pening klau pening melayu....jd layu lah gamaknya

Anonymous,  August 11, 2012 at 10:01 PM  

Anon 8:28 diorg dah mmg smula jadi bangang.sejak azali sbb dok baca harakahkah kah kah yg penuh fitnah.pastu kantoi plak tu.hahahaha.kalau diorg tu pandai.xdela smpai mengkafirkan org yg sokong umno .pastu smbahyang 2 imam ,x nak mandikan jenazah org umno sbb dikatanye kafir.siapa diorg tu nak tentukan org lain tu kafir ke tidak?diorg pun blum tentu masuk syurga kalau hati penuh hasad dengki dan dendam kesumat mcm tu.asyik aniaya org je.aku doakan ketua diorg yg pura2 memperjuangkan islam ni tp menyesatkan penyokong2 islam ni diturunkan peringatan oleh ALLAH.kerana ada pemimpin yg taksub dgn diri sendiri dah x ingat KEKUASAN ALLAH mcm nila yg buat umat islam berpecah belah.sempena ramadan yg mulia ni,aku berdoa semoga ALLAH melindungi kita drpd fitnah org2 sebegini.aminnnn

Anonymous,  August 11, 2012 at 11:17 PM  

memang hampehh..puak PR ni jika kerajaan sekarang.. Wow kemain lagi fitnahnya..zalim lah, rasuah lah, menindas lah, tak tau memerintah lah, patut dibuka keaiban mereka semua...

tapi yg hampehnya bila berlaku dalam pemerintahan PR seperti penyelewengan, kerosakan, kelemahan, kegagalan, penindasan, rasuah dan kroni dalam memerintah tetiba keluar lah patua2 siot depa..tak baik membuka aib org lain lah, dosa lah, neraka lah.. fuh..hampeh punya puak2 PR ni...

tang depa semuanya maksum, walau berlaku kemungkaran pun tapi tetap suci dapat pahala balasannya syorga tapi jika org lain semuanya dosa, neraka..hampehhh PR

GotYou!,  August 12, 2012 at 12:47 AM  

SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA, SEISRAEL...SENYANYUK NYANYUKNYA!

Anonymous,  August 12, 2012 at 2:18 AM  

Tra mari klate kalu nk tgk pemimpin pas make rasuah ke dok.aku blh bwk mun gi tgk sdiri.Jgn duk cakap byk.

Anonymous,  August 12, 2012 at 2:51 AM  

Kami org pr, ni tema merdeka kami - Janji Diliwati.. Clap clap clap..

Anonymous,  August 12, 2012 at 7:09 AM  

10:01pm.
Dilain masa kita kena lah mandikan jenazah.
Tak payah lagi nak harap orang lain.
Kita kalau nak jadi imam,maka perbaiki lah bacaan quran nya.
Kalau bacaan bagus tak ada masalah sapa jadi imam....

Kita kena lah rajin hadir ke kuliah2 agama,
bagi membetulkan apa yang silap/salah,
dan memahami islam secara keseluruhan,
bukan setakat solat, puasa, zakat & haji sahaja,

Muamalat,munakahat, jenayat, jihad, sasiah politik dan cara memilih pemimpin tertinggi dalam islam, itu semua kita wajib tahu...

Anonymous,  August 12, 2012 at 8:58 AM  

sebangsa, senegara, sejiwa tu maknanya 1Malaysia lah bangang betol puak2 PR ni...

"janji ditepati" ~ straight & direct to the point... Islam yg perintah utk tepati janji... so what??????

Anonymous,  August 12, 2012 at 12:05 PM  

SIAPA YG YAHUDI.MANGKUK JAMBAN

Anonymous,  August 12, 2012 at 12:08 PM  

X BOLEH BHAI.SELANGOR IBARAT KANTUNG DUIT PADA MEREKA.NANTI DI PERAH DISONGLAP DAN DANA AKAN DISALURKAN UTK KEMPEN MEMUSNAHKAN NEGARA DAN MENUKAR NEGARA INI MENJADI REPUBLIK

Anonymous,  August 12, 2012 at 12:09 PM  

2x5 5x2.SAMA JER BHAI

Anonymous,  August 12, 2012 at 8:38 PM  

Syabas sykt kroni bn....? kan kjaan neg sgor di bwh pakatan ada saham dlm tu. kjaan sgor kroni bn gak ke....? talam kroni siapa ye....?

mat d,  August 12, 2012 at 11:18 PM  

mslhnya janji ditepati bila tiba pilhn raya shj. Leps pilhn rya lupa plak jnji, bla dkt brulh igt jnji bagai...kesian puak umno ni, kna klentong dgn pemimpin srp (sijil rndah plajarn m'sia)...kah...kah... Nk buat mcm mn mahathir kt melayu mudh lupa.. Lg mau sokg dacing ke tatkala bulan cerah mengambang..adoi yai..

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP