Public Bank Sucks Customer Information Revealed
Thursday, August 9, 2012
Public Bank sebuah Bank yang boleh Gomo anggap merupakan bank yang sangat berjaya waktu ini didalam Malaysia. Kejayan yang diraih Public Bank bukan sedikit malah sudah banyak anugerah yang mereka raih hasil dari sokongan pelanggannya yang begitu setia dengan kecekapan dan kebertanggujawapan Public Bank.
Tetapi itu semua tidak kekal lama malah menjadi keistimewaan pula kepada Public Bank untuk besar kepala sampaikan maklumat pelanggan didedahkan kepada pihak luar sepertimana yang berlaku waktu ini.
Umum mengetahui kes Rafizi Ramli dari PKR yang bersubahat dengan pekerja Public Bank dalam mendedahkan maklumat pelanggan mereka Dato Seri Salleh adalah satu tindakan KORUP yang kita mungkin terlepas pandang. Isu ini sebenarnya besar dalam mendatangkan ketakutan kepada para pelanggan Bank bahawa bank amat mudah memberikan maklumat pelanggan mereka walaupun ianya adalah SULIT.
benar pekerja yang bersubahat dengan pihak PKR sudah pun diberhentikan dari Public Bank namun itu bukan satu alasan untuk pihak Public Bank lepas tangan dan menggangap ianya tidak berlaku. Apa jaminan Public Bank selepas ini terhadap para pelanggan mereka? Apa jaminan yang dapat diberikan bagi menjaga kerahsian penyimpan akuan mereka?
Pada Gomo Public Bank yang nama nya sudah besar semakin besar kepala. Isu BAFIA yang sepatutnya diulas oleh pihak Public Bank dibiarkan sebegitu sahaja seolah olah ianya adalah satu kes yang terpencil berlaku.
Kita harus ingat apabila maklumat pelanggan bank mudah dibolosi sehingga diperolehi pihak ketiga maka adalah tidak mustahil wang didalam simpanan kita juga boleh LESAP begitu sahaja. Malah anda juga mungkin pernah dengar mengenai insiden dimana wang pelanggan bank secara tiba tiba hilang dan ini semua adalah kerana bank tersebut yang memberikan maklumat peribadi akaun kepada pihak luar iaitu penjenayah sepertimana yang Rafizi Ramli PKR perolehi.
Lihat video dibawah ini:
Kejadian tersebut berlaku di Amerika dan ianya merupakan satu pekara yang sama seperti apa yang berlaku di Malaysia. Cuma yang membezakan adalah maklumat pelanggan diambil dan kemudiannya pekerja tersebut mencuri wang pelanggan bank tersebut. Begitu juga dalam kes Rafizi Ramli yang mana maklumat pelanggan sudah diperolehi secara dokumen malah ianya juga disebarkan kepada pihak lain. Apakah tidak berkemungkinan untuk wang para pelanggan dicuri?
Public Bank perlu tampil kehadapan dalam pekara ini. Boleh Gomo andaikan dengan keadaan sekarang ini Public Bank seolah olah bersubahat dengan pihak PKR dalam mendedahkan maklumat pelanggan. Keengganan pihak Public Bank memberikan jaminan kepada para pelanggannya jelas menunjukkan wujud aktiviti penjualaan maklumat pelanggan selama ini.
Pihak Public Bank berani tampil kehadapan menjelaskan keadaan ini? Ataupun pihak Public Bank takut untuk berhadapan dengan rakyat diatas apa yang berlaku dalam pembocoran maklumat pelanggan mereka? Jadi dimana kreabiliti Public Bank selama ini?
Anda bagaimana? Apakah kesalahan sebegini mahu dibiarkan berterusan? bagaimana dengan kita sebagai pelanggan Bank? Mahu maklumat kita didedahkan?
PUBLIC BANK SEKUTU RAFIZI KLIK DISINI
Psssttt.... Public Bank Sucks....
22 comments:
bile kebenaran terbongkar, abes smua jadi sucks!!
umno sucks!
Ini klu bank glc atau melayu mg teruk lah kene boikot..abes kua kt fb,twitter,malaysiakini.situasi agak pelik skrg
Tulisan yang menarik Bro..Depa ingat dah besar kepala kot !! Mohon dilinkkan blog sy mahamissa.blogspot.com
1Malaysia semua...
Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.
Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.
Kalau berminat, sila layari :
(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld
(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com
( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)
Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.
Belum cuba belum tahu, selamat melabur.
nama pun public bank... so semunya haruslah 'public'.
minta2 doa aku dimakbulkan oleh Allah....
minta org2 yg begitu angkuh menyokong perlakuan rafizi ni terkena benda yg sama ataupun lebih teruk lagi...
bila akaun bank mereka ditrace dan duit dicuri dari akaun mereka..nak tgk apakah ayat yg akan terkeluar dari mulut mereka2 ini???
adakah masa itu mereka akan merujuk akta BAFIA ataupun sekadar merelekannya atas alasan 'DAH NAMA PUN PUBLIC BANK..MESTILAH SEMUA PUBLIC'.........
Ayuh ramai2 kita boikot public bank....
Mari kita keluarkan semua duit kita dari bank yg langsung tak melindungi pelanggan nya...
Apa tunggu lagi mari launch fb boikot public bank...
Gomo sdh jadi pakar undang2 bab perbankan
Salut gomo!
Blue filem 1!
Ini lah petanda UMNO dah nak pupus.. Maklumat akan datang dari segenap ruang pelusuk, demi untuk mendedahkan kebenaran.. MAKLUMAT tu yang lebih penting, isu integriti pihak bank ini isu no 2.. Bukan semua orang bodoh GOMO oi..
Kesian gomo.. Bagi makan anak bini dengan cara cacam ni.. Pi keja jadi jaga lagi mulia la.. Hasil makan minum, pakai, tmpat tinggal dn kesenangan lain yg datang dari sumber yang jijik..! Nauzubillah..
Orang umno je yg nk boikot
Penyokong PR ni sial lah...kekayaan org Melayu ko dedahkan...kekayaan bangsa lain korang diam..
Memang sial...#%@#^
Yang kayapun bangsa melayu kita...yang diorang dengki apsal...
Nak duit banyak ...usahalah.
apsal lak lu sakit hati...betulkan pendedahan mcm ni buat penyangak mcm korang tkut...hamlau punya org
Public mutual camna plak.....bahaya betul.....
apa kena mengena umno dlm hal ni plak? dh mmg bafia tu akta bank. mungkin niat rafizi tu elok tp silap terlanggar akta tu plak. senang je nk bg sapa2 paham. klu org dlm reveal berapa duit korang dlm akaun, apa korang dok senyap je?. x kan nk salahkan umno lg kot
Pakai mcm akal gomo je..gua x dedah kalau anwar bukan sesiapa..tp anwar nak jd PM, jd kena dedah kburukan dia..sama juga rafizi x dedah kalau duit nfc tu duit personal tapi itu duit rakyat..maka perlu dedah..dak gitu gomo..baru best ada fight..kihkihkih
Aku tak heran kalau ramai lg org kat dlm Pubic Bank ni yg korup
Cuba korang tgk binaan head office dia kat Jalan Ampang sana. Dari luar sampai ke dalam penuh dgn unsur2 MASONIC:
- piramid di puncak bangunan
- hiasan piramid separuh siap di dinding kanan sebaik pintu masuk
- tempat mengambil brochure&borang yg berbentuk obelisk. Ada 2-3 bijik tiang kat dlm tu.
- lampu2 hiasan berbentuk piramid
Korang rasa benda ni sekadar kebetulan, merepek & takde side effect? Korang Google la sendiri & cari jawapannya!
Hanya yg worship dgn dajjal je yg buat binaan mcm ni. Org biasa yg taknak percaya akan terus anggap ni semua kebetulan & hiasan semata2
P/s: korang lupa ke lambang kat bendera PKR tu gambar apa?
Melayu kaya pun dengan cara haram ,raja rasuah, tipu,seleweng ini yang Melayu umno boleh...bukan dengan usaha gigih
Org PAS x simpan DUIT DERMA kat bank takut kena audit. Itu pasai depa suka sgt lompat. Lagi pun bukan ada duit pun nak simpan. Duit tipu derma mana ada berkat? P belajaq agama hafal dua tiga ayat pastu baca depan 'pecacai bongok'nak dpt syurga Abby Abadi...ABU 'Asal Boleh Uang'
Mereka akan kata ini semua konspirasi umno....
Jangan suka menuduh secara am. Sanggupke tanggung dosa semua orang kaya? Ramai yang berusaha sendiri. Cina2 & india kaya2 tu macamana. Redha pulak ya. Kalau semua rasuah tidaklah malaysia boleh membangun macam ni.
AYUH MELAYU SEMUA, BOIKOT PUBLIC BANK. PINDAHKAN ASET DAN DEPOSIT ANDA KE DLM BANK YG DIKUASAI MELAYU/ISLAM (BANK ISLAM,MUAMALAT,BANK RAKYAT ETC)
Post a Comment