Tak Nak Tergugat Dalam Politik, Baru Nak Minta Maaf

Saturday, September 22, 2012




Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini menyifatkan tindakan pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang memohon maaf melalui akaun Twitternya berhubung bantahan terhadap penyiaran sebuah filem anti-Islam, sebagai langkah psikologi untuk mengawal kerosakan, dan tidak ikhlas.

Beliau berkata Koo Ham sepatutnya segera memohon maaf selepas menyiarkan komennya yang menyifatkan perbuatan umat Islam di negara ini membantah penyiaran filem berkenaan sebagai tindakan membuang masa dan tenaga.

Walaupun ahli DAP itu telah memohon maaf, namun hakikat yang tidak boleh diubah ialah beliau pada mulanya berdegil dan enggan memohon maaf berhubung kenyataan tersebut.

Menurut Salleh, Koo Ham hanya memohon maaf selepas dikritik oleh banyak pihak, khususnya umat Islam.

"Jelas sekali, ini merupakan psikologi bagi mengawal kerosakan. Ia hanya dibuat setelah memikirkan akibat daripada perbuatannya itu. Beliau (Koo Ham) menarik balik kenyataannya melalui Twitter itu apabila didesak berbuat demikian kerana takut akibat yang akan ditanggungnya daripada segi politik.

"Komen itu mencerminkan belang sebenar para pemimpin DAP. Bayangkanlah sekiranya DAP berkuasa. Sekarang pun (seperti yang terjadi) para pemimpin DAP tidak peka terhadap perasaan orang lain, terutama umat Islam," kata Salleh ketika berucap pada satu majlis anjuran Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) Cawangan Keningau di Kampung Kota Ayangan, dekat sini.

Sebelum ini, Koo Ham telah mengeluarkan kenyataan mempersoal hasrat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin untuk mengadakan bantahan terhadap penerbitan filem itu dan bertanya sama ada umat Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga berkaitan isu itu.

Filem bajet rendah arahan Sam Bacile dari California itu menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan mencetuskan bantahan besar-besaran di seluruh dunia Islam.
 DAP ANTI ISLAM 
PAS ITU MELAYU 
UMNO ITU ISLAM 
 ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

20 comments:

Anonymous,  September 23, 2012 at 1:22 AM  

DAP buat takpo asalkan pangkoh pas kiro lo ni semuo doh jadi ahli syurgo belako. HOHOHO!!!

Borneo Bullet September 23, 2012 at 1:30 AM  

entah apa gunanya DAP duduk serumah dengan parti Islam PAS jika masih tidak sensitif dengan perasaan umat Islam.. main bedal saja!!

Mungkin DAP Sabah lebih sopan sikit berbanding dengan DAP PP kerana DAP Sabah lebih fokus kepada 'manhole', signboard, tiang lampu, dan longkang tersumbat berbanding dengan isu2 agama..

BY: Borneo Bullet

Anonymous,  September 23, 2012 at 1:30 AM  

Kemah ore klate kito.kito pakat pakoh pas blako.baru terjamin masuk srago.membangun berama sampah sarap d klate

Prince of Noob September 23, 2012 at 3:02 AM  

dah la tu cukup2 la tu... cina2 mca pun sampai sekarang xpernah nak mintak maaf bila buat pernyataan yg mempersoalkan islam... be fair la

Anonymous,  September 23, 2012 at 7:04 AM  

Sepanjang aku membaca mana blog.... komen kau paling sampah dan haramjadah skali.... baik kau blah jer dari blog pro kerajaan.... dasar lahanat.....kalau kau tahu mca x minta maaf, yg kau bg puak kau buat statement mcm tu dan kau sokong pulak buat apa...... bahalol...

Anonymous,  September 23, 2012 at 7:41 AM  

Prince of noob meme bahalol tahap parah doh.nk promote blog 5 sen dia tu...

tokgaru September 23, 2012 at 8:31 AM  

Terima lah hakikat.

Apa yang dilakukan oleh Ngeh Koo Ham telah di atur oleh Allah swt. Ada mesej yang jelas dari Allah swt yang nak di sampaikan kepada kita orang melayu/islam.

Mesej nya adalah : JANGAN PERCAYA KEPADA DAP KERANA DAP TETAP DAP YANG TIDAK AKAN MEMIHAK KEPADA ISLAM SAMPAI BILA-BILA.

Dengan mesej yang sebegitu rupa ADALAH AMAT MALANG KEPADA ORANG MELAYU/ISLAM JIKA ADA MELAYU/ISLAM YANG MENGIDAM NAK MEMBERIKAN UNDI KEPADA DAP DENGAN HARAPAN ALLAH SWT AKAN MENOLONG PAS UNTUK MENGUASAI PUTRAJAYA.

Percaya lah. Perjuangan Pas tak akan ke mana2. Yang akan meraih kejayaan adalah DAP.

DAP mungkin tidak boleh membentuk kerajaan. TETAPI yang pasti wakil rakyat mereka di DUN dan DR akan bertambah pada PRU 13 nanti. Maknanya suara mereka akan menjadi semakin kuat, dan suara melayu islam semakin lemah.

Masih boleh diterima jika anda tidak undi Umno. Tetapi teramat pedih untuk diterima jika anda mengundi DAP hanya kerana marahkan Umno.

DAP akan kekal pada kedudukannya atau akan balik kepada keadaan sebelum PRU12 andai kata orang melayu tidak mengundi parti itu.

TETAPI. DAP akan menambah wakil rakyatnya dalam DUN dan DR pada PRU 13 andai kata melayu islam menyokong parti itu pada PRU 13 nanti.

Hanya itu ingatan dari saya kepada melayu/islam yang masih belum nampak belang sebenar DAP.

Saya amat pasti tentang ini.

Global Products & Services Review September 23, 2012 at 8:43 AM  

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyURL.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

zam September 23, 2012 at 8:55 AM  

heeee prince oh noob BAHALOL heeeee

Anonymous,  September 23, 2012 at 10:51 AM  

aloooo kawan...itu mahadir, najib dok hina hukum islam dan nabi apa cerita??? ada ke depa ni smua mintak maaf???

tokgaru September 23, 2012 at 10:55 AM  

Satu pertanyaan kepada sahabat2 di sebelah Pas. Berfikir lah sebagai seorang islam ...

Persahabatan Tuan Guru Hadi Awang dengan Lim Kit Siang hanya akrab setakat di dunia sahaja. Di akhirat mereka tidak akan dapat bersama lagi. Tuan Guru Hadi Awang walau pun berat di hati terpaksa juga meninggalkan Lim Kit Siang di saat Tuan Guru Hadi Awang mengatur langkah untuk memasukki syurga jannah atas jemputan Allah swt.

Persahabatan Tok Guru Nik Aziz dengan Karpal Singh hanya akrab setakat di dunia sahaja. Di akhirat mereka tidak akan dapat bersama lagi. Tok Guru Nik Aziz walau pun berat di hati terpaksa juga meninggalkan Karpal Singh di saat Tok Guru Nik Aziz mengatur langkah untuk memasukki syurga jannah atas jemputan Allah swt.

TETAPI .... saudara2 ku ....

Permusuhan Tuan Guru Hadi Awang terhadap DS Najib hanya di dunia sahaja. Pada akhirnya DS Najib akan tetap dapat bersama dengan Tuan Guru Hadi Awang di dalam syurga. Walau pun Tuan Guru Hadi Awang masuk syurga lebih dulu tetapi akhirnya DS Najib akan ke syurga juga atas amalan dan kebajikan yang beliau lakukan semasa hayatnya. Itu janji Allah swt saudara2....

Permusuhan Tok Guru Nik Aziz terhadap TS Muhyidin Yassin hanya di dunia sahaja. Pada akhirnya TS Muhyidin Yassin akan tetap dapat bersama dengan Tok Guru Nik Aziz di dalam syurga. Walau pun Tok Guru Nik Aziz masuk syurga lebih dulu tetapi akhirnya TS Muhyidin Yassin akan ke syurga juga atas amalan dan kebajikan yang beliau lakukan semasa hayatnya. Itu janji Allah swt saudara2....

Kalian boleh membenci para pemimpin Umno yang islam sekarang, tapi akhirnya mereka akan bersama juga dengan kalian di dalam syurga jannah.

Kalian boleh menyanjung dan memuja pemimpin DAP sekarang, tapi akhirnya walau pun dengan hati yang berat kalian terpaksa juga melepaskan mereka berjalan menuju ke neraka jahannam di ketika kalian diarahkan berjalan menuju ke syurga jannah.

Mudahan2 kalian mula insaf dari sekarang. Siapa Umno kepada kalian DAN Siapa DAP kepada kalian ???

Anonymous,  September 23, 2012 at 11:09 AM  

Salman Rushdie yang menghina Rasulullah dalam novel dia The Satanic Verses sampai hari ni hidup dalam ketakutan di England. Rumah dia macam penjara high security dan dikawal oleh berpuluh body guard utk jaga dia pasal reward sampai berjuta dollar ditawarkan kepada sesiapa yang boleh putuskan nyawa dia. Salman Rushdie akan hidup macam tu sampai dia mati. Macam tu jugak Sam Bacile ni tak lama lagi. Tapi duit belanja utk jaga Salman ditaja oleh British pasal dia penulis terkenal. Macam mana pulak dgn Sam Bacile ni yang merupakan seorang penjenayah?

Anonymous,  September 23, 2012 at 12:48 PM  

Macam mana ko tau nik aziz dgn hadi awang masuk syurga dulu?

Gempak betul September 23, 2012 at 4:19 PM  

Aqu tidak mahu malaysia jadi seperti mana IRAQ yang tidak ada kuasa pemimpin.


.................
Allah selamatkan Malaysiaku ini

Anonymous,  September 23, 2012 at 5:13 PM  

Tolong cerita sikit pasal Najib dan Mahathir masa bila yg dok hina islam dan nabi tu.. Bagi fakta sekali

Anonymous,  September 23, 2012 at 9:11 PM  

Kalau benda ni elok sangat, kenapa tak kau saja yang melabur. . .

tokgaru September 24, 2012 at 8:16 AM  

Berita Harakah pasal demo Innocense of Muslim depan Kedutaan Amerika. Aku baru saja baca.

Nama2 pemimpin kanan Pas seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar, Nizar Jamaludin dan Khalid Samad - tak disebut langsung sebagai yang hadir.

Yang hadir adalah Tuan Ibrahim, Nasrudin Tantawi, Salehudin Ayob dan beberapa nama lagi sebagai pemimpin kanan Pas.

Yang hadir bukan pemimpin Pas adalah Nurul Izzah dan Tian Chua dari PKR.

Pemimpin DAP sekoq pun tak disebut. Adakah memang tak hadir sungguh ATAU hadir tapi tak disebut oleh wartawan. Kenapa ya ??????.

Sangat malang buat DAP. Selama ini mereka menyokong perjuangan Pas dan tidak anti islam - kata pemimpin2 Pas. Tapi bila event yang sebegini penting DAP di ketepikan.

Anonymous,  September 24, 2012 at 8:48 AM  

haiya sume pemimpin mau kena trun ka??? Najib xtrun apa cita???

Global Products & Services Review September 25, 2012 at 8:45 AM  

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyURL.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP