Isu Rapid - Azalina Kemuka Fail Saman Tuduhan Fitnah Mazlan
Tuesday, October 23, 2012
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman akan mengemukakan fail saman kepada Pengerusi Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman pada minggu ini berhubung tuduhan berbau fitnah yang dilemparkan oleh Mazlan.
Menurut Azalina, peguamnya sudah menyediakan surat tuntutan kepada Mazlan untuk memberikan penjelasan mengenai ucapan beliau berbau fitnah yang dilemparkan kepada rakyat yang hadir ketika perhimpunan Hijau lepas.
“Saya telah dimaklumkan (oleh peguam) bahawa surat tuntutan akan diserahkan kepada Mazlan dalam minggu ini dan saya akan beri dia untuk masa untuk memberi keterangan.
"Kemudian (selepas membuat keterangan), saya akan buat tindakan susulan” katanya kepada pemberita di sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.
Azalina sebelum ini mendesak Mazlan Aliman membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjuran beliau mengaitkan nama bekas Menteri Pelancongan itu dengan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).
Mazlan membuat pertuduhan tersebut dalam ucapannya pada demonstrasi berkaitan projek berkenaan yang dianjurkan oleh Himpunan Hijau dan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di kawasan Parlimen Pengerang.
Tambah Azalina, beliau turut memberi 'ruang' kepada Pengerusi ANAK itu meminta maaf secara terbuka kepadanya.
“Saya akan failkan saman terhadapnya (Mazlan) kecuali jika dia meminta maaf kepada saya secara terbuka atas kenyataan yang beliau buat semasa Perhimpunan Hijau lepas.
“Itu adalah syarat saya. Jika tidak, saya akan membuat tindakan saman di makhamah," ujarnya.
Sementara itu, beliau juga yakin bahawa dokumen yang dimiliki oleh Mazlan adalah dokumen yang dirangka sendiri oleh Pengerusi ANAK itu bagi menjatuhkan beliau sebagai Ahli Parlimen Pengerang.
Beliau turut memberi reaksi apabila ditanya mengenai kenyataan Mazlan yang tidak gentar dengan saman yang bakal diberikan kepada nya.
"Kenyataan beliau sungguh angkuh," katanya.
Pada ucapan Mazlan di Perhimpunan Hijau lalu, beliau dikatakan membuat tuduhan terhadap Azalina yang kononnya beliau adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap isu projek RAPID dan mempengaruhi Perdana Menteri untuk memilih Pengerang sebagai lokasi bagi membangunkan projek RAPID atas alasan Barisan Nasional mempunyai kubu yang terkuat di Pengerang.

11 comments:
mazlan dihasut olih PR untuk membuat fitnah tentang projek RAPID.bukan apa kalaulah PR menang nanti dia[PR]yang nak buat projek tu[RAPID].kononnya.
sana fitnah sini, sini fitnah sini... bagosla tu
tak takut kunun..mp ni loyer. Dia tau undang-undang we..ko tu keldai
Mula-mula Azalina saman. Lepas tu kalau cakap banyak lagi, kasi Petronas pula saman.
Aku nak sangat tengok melayu mazlan ni jatuh tertiarap. Asal pasal kemajuan orang melayu je dia jadi penyibuk....dari felda hingga ke rapid. Mungkin zaman kejatuhan dia bermula dengan saman ini.
Siapa yang benar akan MENANG...
aku dengar khir toyo minta maaf dgn ronnie liu dlm mahkamah sebab fitnah die dulu dlm isu penghapusan kegiatan pelacuran d selangor.
http://paspb2.blogspot.com/2012/10/fitnah-adun-dap-khir-toyo-akhirnya.html
hahaha padan muka Mazlan Aliman , angkuh bukan main , walhal dah terang-terangan terkantoi , ke hulu ke hilir bawa kertas di tangan kata itu bukti , ptuihh pergi mamposs lah , sampai bila pun bukti tak keluar... bakal nak jadi ezam kotak?
Syabas MP Azalina. Kita didalam UMNO mesti beri tunjuk ajar kepada pencacai2 PR dan juga YBs dan MPs PR dari PAS supaya berfikir dan menyelidik sebelum membuat fitnah keterlaluan. Saya lihat vidoe bila MP Azalina memberi penjelasan di Parlimen tempoh hari. Bila Azalina hentam MP Lembah Pantai yang juga anak DSAI ada yang buat2 tak faham mengenai projek RAPID di Pengerang.
Mereka yang menyertai Bantahan Hijau dan juga Mazlan Aliman memang buta sejarah dan juga mata. Lihat apa kesan di Paka Terangganu. Limpahan projek Petrokimia oleh Petronas memberi limpahan ekonomi untuk raayat Terangganu dan hari ini anda boleh lihat sendiri kemajuan Paka jika mereka masih boleh berfikir dan melihat.
Projek RAPID akan menyebabkan ekonomi Singapura terjejas dari segi pendapatan kapal2 antarabangsa yang singgah di Singapura akan berlabuh di Penggerang.
Mereka raayat Malaysia terutama orang Melayu Penggerang termasuk didalam kategori pembelot bangsa sendiri. Lihat penyenaraian FELDA mereka mati2 kata kerajaan menjual FELDA kepada orang asing. Projek LYANAS di fitnah seolah2 akan mati orang2 di Kuantan dan disekeliling kilang LYANAS. Apa jadi kesudahannya mereka diklasifikasikan sebagai pembohong tersohor termasuk MP Kuantan .
lan oh lan..malangnya nasibmu.kerana mulut busukmu badanmu merana.bakal disaman kerana mencari publisiti semata-mata nk jd calon pru.kesiannya..cakap aje lebih si lan ni,suruh potong buah sawit pun belum tentu tau ni nk cakap pasal rapid projek berbilion
Aku nak sangat sampai dia menjilat air biji yang berlendir dari "anak" Felda yang diperjuangkan tuh...
Post a Comment