Nazri Aziz Cadang Jawatankuasa Khas Bincang Laporan SUHAKAM.
Tuesday, October 23, 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mencadangkan jawatankuasa khas tetap ditubuhkan bagi membincangkan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai hak asasi manusia.
Beliau berkata dengan adanya jawatankuasa itu, perkara berkaitan hak asasi manusia dalam laporan Suhakam akan dapat diperjuang secara berterusan dan tidak hanya memperuntuk satu hari sahaja untuk membahaskan perkara itu di Parlimen.
"Isu hak asasi manusia ini satu isu yang penting. Saya tidak fikir kita boleh ketepikan satu hari untuk bincangkan laporan sahaja, kemudian apa? Mereka (Suhakam) telah menjalankan kerja dan dalam masa satu tahun telah membuat laporan tebal dan hanya dibentangkan, dan itu tidak adil untuk mereka (Suhakam)," katanya ketika menjawab soalan tambahan M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kulasegaran ingin tahu apa yang boleh dilakukan untuk memberi lebih makna kepada Suhakam serta laporan yang dibuat berhubung perkara hak asasi manusia.
Mohamed Nazri berkata seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), jawatankuasa khas tetap mengenai hak asasi manusia itu akan dianggotai beberapa anggota Parlimen dan boleh mengadakan persidangan serentak atau di luar persidangan Dewan Rakyat.
"Itu (Jawatankuasa Khas Tetap) lebih bermakna daripada hanya menghebahkannya. Kita bukan berminat untuk menghebahkan sahaja tapi menangani masalah hak asasi manusia dalam negara kita, dan ia boleh dilakukan dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tetap," katanya.
Sementara itu, Mohamed Nazri berkata kerajaan bersedia menerima cadangan dan kritikan yang membina daripada Suhakam sekiranya ia mempunyai asas untuk kerajaan menghentikan atau meneruskan sesuatu tindakan.
"Kerajaan tidak berhajat untuk mengongkong pesuruhjaya kerana kita telah berjanji bahawa mereka (Suhakam) diberikan kebebasan menjalankan tugas mereka," jelasnya.
Beliau berkata kerajaan telah memberikan perlindungan mencukupi di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia supaya Suhakam dapat menjalankan tugas dengan baik.
Peruntukan itu menyatakan dengan jelas memberikan perlindungan kepada suruhanjaya dan anggotanya daripada sebarang tindakan mahkamah yang melibatkan prosiding sivil atau jenayah pada ketika mereka menjalankan fungsi dan tanggungjawab sebagai anggota suruhanjaya, katanya.
Selain itu, Suhakam juga telah diberikan penarafan 'A' oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia di Geneva, kerana tidak menyekat peranan untuk menyiasat dengan sepenuhnya dan mengeluarkan kenyataan yang boleh dikatakan sebagai menegur kerajaan.
-KLPOS

29 comments:
Salam perjuangan..Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.
Hukuman mati mandatori pada pengedar dadah bakal dihapuskan. Bermakna siapa yang edar dadah walau selori sekali pun jika terbukti bersalah tidak akan dihukum gantung sampai mati. Kalau terlepas bila mengedar dadah yang berguni-guni anda akan menjadi jutawan dan membinasakan berjuta-juta fizikal dan jiwa.
Syabas Nazri kerana berjaya mencadangkan pindaan hukuman mati mengikut kehendak pengedar dadah antara bangsa. biar nyawa rakyat melayang kerana dadah, jangan nyawa pengedar dadah melayang. Nanti pegi ambek check dekat persatuan pengedar dadah antara bangsa di venezuela.... jgn lupa tuuuu
SELEPAS SOI LEK HINA ISLAM!!! Najib lulus peruntukan RM 30 Juta permintaan Soi Lek
Najib Razak telah mengumumkan peruntukan RM 30juta atas permintaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA, untuk Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina(SMKJC).
Pengumuman dibuat setelah Islam dihina dan diperlekehkan sebegitu buruk dan teruk oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek.
Seolah-olah memberikan gambaran dan mesej, lagi kuat menghina dan mencaci maki hamun Islam, lagi banyak peruntukkan akan dapat dari Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
GURU PONDOK YANG KELUARKAN FATWA HARAM SOKONG DAN UNDI DAP KERANA KAFIR HARBI SEKADAR DAPAT RM2JUTA SAJA...HINA, MAKI HAMUN ISLAM DAPAT RM30JUTA...ISLAM WASSATIYAH..
SEKOLAH AGAMA RAKYAT DILAYAN MACAM BANGSAT, YANG HINA ISLAM DIHORMAT
petang-petang macam ni best gak rileks sambil makan roti najib.
mamak, roti najib satu!!
Elok la buang hukuman mati tu. Tak berperi kemanusiaan. Hampir 98 negara di dunia dah tak laksanakan hukuman mati. Jiran kita Brunei tak pernah jalankan hukuman mati sejak merdeka. Hukuman-hukuman mati di Malaysia adalah atas kesalahan mengedar dadah merbahaya melebihi sukatan-sukatan tertentu; menggunakan senjatapi dalam kegiatan jenayah terancang; membantu dalam penggunaan senjata api dalam kegiatan jenayah terancang; kesalahan terhadap YDP; dan membunuh dengan sengaja.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, laporan Ketua Audit Negara 2011 langsung tidak menyentuh mengenai aliran wang haram berjumlah USD338 juta (RM1.03 bilion) yang mengalir keluar dari negara ini.
Katanya, penyembunyian ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah cuba melindungi perompak wang negara.
“Menurut Global Financial Index (GFI), ‘illicit financial’ (aliran wang haram keluar) berjumlah USD338 juta. Ini masalah besar. Belum dijawab oleh kerajaan.
(Seperti) ada muslihat untuk melindungi penjenayah yang merompak wang negara. Kita diberikan senarai oleh laporan ketua audit negara, hasil belanja, defisit dan akaun wang disatukan, (aliran wang keluar) tak disentuh langsung,” katanya di Dewan Rakyat semalam.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, teguran Ketua Audit Negara langsung tidak diambil berat, meskipun terdapat jawatankuasa yang memantau prestasi ekonomi negara.
“Dalam masa sama defisit membengkak. Keadaan semakin parah dari tahun ke tahun. Tapi, yang hanya disebut (Menteri Kewangan ialah serangan kepada Pakatan Rakyat),” tegasnya.
Beliau turut menyentuh kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia berjumlah RM571 juta, iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara.
“Ini kadar paling tinggi sewaktu (Ahli Parlimen) Pekan (Najib) sebagai Menteri Kewangan. Untuk diketepikan (fakta laporan) adalah tidak munasabah. Ini ada kaitan dengan beban rakyat.
“Di bawah Menteri Kewangan rujuk kepada prestasi, tetapi dalam masa sama (Najib) sebagai orang yang tak mampu urus ekonomi dengan baik,” tempelak Anwar.
Bercakap dalam sidang medianya sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian ‘berbilion ringgit’ yang didakwa ‘hilang atau dipadamkan begitu sahaja’ daripada laporan Ketua Audit Negara 2011.
Laporan Audit berkenaan dibentangkan di Parlimen 15 Oktober lalu selepas lebih dua minggu pembentangan Bajet 2013 yang diumumkan
MalAngnya orang kat atas ni..komen dia "mengikut kata ketua pembangkang,ANUwar ibrahim".cik abg oii..mane bole ikut kata sebelah pihak.kata kesaksamaan..kene dgr org lain gak
HEY GOMO KO LANGSUNG TAK SENSITIF PASAL SI GAMPANG SO LEK BABI HINA ISLAM DEPAN NAJIB....POSTING KO LANGSUNG TAK SENTUH PASAL PENGHINAAN SO LEK CELAKA....
BETUL2 LAH KO PUN SAMA GAMPANG MCM BABI SO LEK.......
ADA 250 ORANG , HAMPIR SEMUA MELAYU SEDANG DITAHAN DI LUAR NEGARA KERANA DADAH. BAGAIMANA KERAJAAN NAK TOLONG MEREKA JIKA KITA SENDIRI ADA HUKUMAN GANTUNG MANDATORI?
PEMBANGKANG TAK TAU NI SEBAB DIA TAK PEDULIPUN APA JADI PADA RAKYAT, MATLAMAT DIA KERUSI JER...
( TERMASUK 2 KERUSI RODA UNTUK KARPAL SINGH DAN NIK AZIZ )
Csl ada hina islam ke?dia ckp xnk hudud je.kapal sink pun xnk hudud siap ckp langkah mayat dia..ANUwar pn ckp klu dia jd pm akan ikot manifesto buku jingga,juga xde hudud..ape yg pas buat?hanya mampu pecat hassan ali,boikot ustaz nasa dan ckp shahnon nyanyuk.cuba pikir permainan dia
http://bebaskanmalaysia.blogspot.com/2012/09/dimalukan-atau-memalukan-pesta-gila.html
Meh kita ramai ramai tengok apa blog ni paparkan... Hebatkan...
kesian n.ajis dia x mau bertanding dlm pru 13,tapi penganut pas paksa dia utk bertanding lagi utk jadi mb klantan.ish ish ish
DAP cuba bangkitkan lagi Malaysia adalah negara sekular. Yang memulakan isu ini ialah Lim Kit Siang dan diikuti oleh beberapa pemimpin PAS.
Motif persoalan daripada dua parti ini adalah berbeza. DAP yang mahu kepastian bahawa Malaysia tidak boleh dikatakan sebagai negara Islam justeru kedudukan agama-agama lain atau pun mereka yang tidak beragama perlu sama dengan yang beragama Islam. PAS pula mahu bukti bahawa kerajaan sebenarnya mengenepikan Islam dengan mengamalkan sekularisme dalam dasar-dasar pentadbirannya.
Namun apakah objektif DAP dalam membangkitkan semula perkara ini? Mustahil sama dengan hasrat PAS dulu walau pun kini mereka bersekutu. Andai berbeza, ini merupakan satu lagi tamparan buat PAS kali ini daripada sahabat mereka sendiri.
Tertarik dan setuju dgn kenyataan TPM hari ini - kita berpandukan kepada Perlembagaan yang mengatakan bahawa agama rasmi negara ialah Islam dan tiada tercatat di dalam Perlembagaan mengatakan bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular.
Walau bagaimanapun sampai detik ini PAS cuma mendiamkan diri. Persoalan ini sebenarnya bukan ditujukan langsung kepada Kerajaan tetapi adalah satu bentuk amaran kepada PAS bahawa seandainya PR berjaya merampas tampuk pemerintahan negara, bukan sahaja Hudud tidak akan dilaksanakan malah kedudukan Islam dalam Perlembagaan akan dikaji semula.
Kalau lah ahli ahli JK ni diberi elaun khas darii kerajaan, bebas kah mereka ni dari kerajaan....kan itu mengongkong nama nya.
Anon 9.34 Geneva Convention dah bagi gred A kat suhakam bang.....
aku pernah jumpa dgn mat saleh south afrika dia condemn human right yg menetng hukuman mati mandotori.kat afrika terlalu ramai penjenayah dan mereka lebih suka duduk penjara kerana selamat
bole bunuh orng,rogol,curi..pastu dpt suaka dlm penjara,family mangsa x leh nk balas,makan free..klu kat luar blum tentu bole survive..lg pun sema tu rakyat yg tanggung..ramai org asing dr negara berjiran wat jemayah kat south afrika.
malaysia mngkn jd mcm tu suatu hari nanti
Lawakla atok ni .mcm la aku x tau wang haram tu dpt kat dia kan?sbb tu dia dan kroni kaya raya.pastu tuduh kerajaan lesapkan duit tu.diala kerajaan yg korup dulu n buat taik kat kerajaan yg baik.meroyan x tentu hala.masuk tg rambutan lg bgusss...
Tak apa la nak bincang pasal Suhakam. Bagus lah. Tapi yang aku pelik tu pahal dengan si menteri yang sorang nih bila dia juga sibuk nak mansuh hukuman mati terhadap pengedar dadah. Dalam paper ada keluar cerita pasal dia nak cadangkan supaya hukuman mati terhadap pengedar dadah di mansuhkan.
Aku nak tanya lah. Adakah kes penyalah gunaan dadah di Malaysia ni semakin berkurangan ? Adakah dia tak sedar yang ramai jadi penagih adalah budak2 melayu ?
Lain macam sikit lah menteri yang sorang nih. Tok Najib kena perhati dan tegor lah menteri kabinet dia yang sorang nih. Tok Najib kena tanya menteri nih apa agenda sebenar dia bila duk sibuk nak mansuhkan hukuman mati terhadap pengedar dadah. Sedang di China pun pengedar dadah di hukum mati.
asib baik merogol tak hukuman mati..tapi kita cadangkan perogol dan peliwat dihukum mati konek.
apa2 pun hak asasi manusia, manusia itu masih sebenarnya tiada hak mutlak sepenuhnya... kerana manusia itu sendiri adalah pinjaman, semua benda di dunia ini adalah pinjaman dari tuhan yang bila2 masa boleh ditarik balik...
betul3x.....perogol dan peliwat dihukum mati pucuk.
terkini wang pampasan untuk pekerje buruh landasan keretapi (jajahan jepun) bernilai rm207b yang telah dibayar oleh kjaan jepun pada kjaan malaysia pada 2004 kini menjadi tanda tanya. mana perginya wang tersebut. SUHAKAM perlu siasat di mana wang tersebut untuk di salurkan pada waris2 terlibat
HEY GOMO KO LANGSUNG TAK SENSITIF PASAL SI GAMPANG SO LEK BABI HINA ISLAM DEPAN NAJIB....POSTING KO LANGSUNG TAK SENTUH PASAL PENGHINAAN SO LEK CELAKA....
BETUL2 LAH KO PUN SAMA GAMPANG MCM BABI SO LEK.......
October 23, 2012 8:00 PM
Bro
Bini gomo pun cina sebab tu dia rilex je
tah tah bini dia pun dah kena gomo
Gomo CSL gomo
Sebab tu tak siap siap lagi video sex china doll yang baru
Bini dia tak nak berlakon jadi china doll
anon 1.05 tu tak khabaq angin saja. Kalau mangsa buruh paksa jalan keretapi tu dapat banyak tu berapa pulak amerika bayaq kat jepun pasai bom hiroshima & nagasaki? berapa jepun bayaq kat china pasai penyembelihan nanking?
anon 1.05 tu tak masuk akai. Kalau mangsa buruh paksa jalan keretapi tu dapat banyak tu berapa pulak amerika bayaq kat jepun pasai bom hiroshima & nagasaki? berapa jepun bayaq kat china pasai penyembelihan nanking?
anom oct27 1205 & 12.06 . ini bukan khabaq angin tahun sudah kes ini telah keluaq tapi pihak kjaan msia membisu . seramai 30,000 pekerje buruh melayu, cina dan india terlibat dlm pembinaan ini. dan salah satu pekerje itu adalah pakcik saya, dan isterinya masih hidup. negeri filipina dan thailand rakyat mereka telah terima pampasan dari jepun. saya bercakap pasai pekerje buruh malaysia bukannya pasai hirushima ke nakasaki dll yang tak ada kena mengena dgn malaysia
anom oct27 1205 & 1206..kalau anda tak percaya sila layari di fb, wang pampasan dari kerajaan jepun. sila baca dan faham. terima kasih
Post a Comment