Esok Kau Orang Free? Jom Ke Himpunan Barisan 1 Malaysia

Friday, November 23, 2012


Ayuh kita beramai ramai ke PWTC dimana perhimpunan Barisan 1 Malaysia yang akan dirasmikan oleh D.S. Najib Tun Abdul Razak pada Sabtu ini jam 8.30 pagi.




Himpunan Barisan 1 Malaysia ini pastinya akan menggegarkan otak puak pembangkang Malaysia... Jom kita sertai Himpunan Barisan 1 Malaysia ini.

Psssttt.... Yang pasti Pembangkang gerenti jelous dnegan himpunan BN ini.

11 comments:

Anonymous,  November 23, 2012 at 11:13 PM  

meshti dtg bro...

Anonymous,  November 23, 2012 at 11:23 PM  

Dpt duit x??dpt bru pegi la...

Anonymous,  November 23, 2012 at 11:24 PM  

buang masa jer
ada duit ada mkn boleh pergi
pergi blah

Anonymous,  November 23, 2012 at 11:27 PM  

Wadooo...wadooo pak
ini macam boleh kaya izzah pak


Nurul Izzah pula saman Utusan

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan dan ketua pengarangnya berhubung laporan berkenaan dengan kenyataan menyentuh kebebasan beragama, yang menurut beliau telah diputarbelitkan oleh akhbar terbitan syarikat berkenaan.

Syarikat itu merupakan penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.

Saman itu berhubung empat artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia antaranya bertajuk: "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.

Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapan Utusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan.

Menurut pernyataan tuntutan, tiga lagi artikel yang diterbitkan akhbar berkenaan di muka surat lima bertarikh 6 November 2012 pula adalah "Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu"," Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politik" dan "Kenyataan Nurul Izzah bertujuan jadikan Malaysia negara Pluralisme agama".

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga menuntut injunksi kekal ke atas Utusan Malaysia bagi menghalang akhbar tersebut terus menyiarkan artikel sama.

Beliau tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut dalam saman tersebut.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu didakwa membuat kenyataan tersebut sewaktu menjadi panelis forum “Negara Islam: Versi yang Mana; Siapa Bertanggungjawab?" di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lalu.

Berikutan itu, beliau kemudiannya dikecam beberapa pihak termasuk Sultan Sultan melahirkan rasa kesal.

~ Sinar Harian

Anak Sungai Derhaka at Friday, November 23, 2012

Anonymous,  November 23, 2012 at 11:30 PM  

SAPA2 BOLEH EXPLAIN NGAN AKU TAK. AKU TAK FAHAM NI.
FRIDAY, NOVEMBER 23, 2012

Anak Sungai Derhaka at Friday, November 23, 2012

Scandal RM40 Juta, kini mendapat perhatian Media Antarabangsa

Akhbar berbahasa Inggeris berpengaruh di Hong Kong, South China Morning Post (SCMP) hari ini menyiarkan laporan berhubung pertemuan antara delegasi Pakatan Rakyat dari Malaysia berjumpa dengan Suruhanjaya Anti Rasuah negara itu (ICAC) semalam bagi mendesak suruhanjaya itu membuka semula siasatan skandal wang RM40 juta yang dibawa jutawan balak Sabah, Michael Chia empat tahun lalu.

Selain disiarkan di dalam keluaran cetak akhbar itu, SCMP turut menyiarkannya di laman web akhbar mereka dalam ruangan 'City Digest' yang turut diterbitkan hari ini dan disiarkan ke seluruh dunia.

Memetik laporan mereka bertajuk 'Malaysia Delegation Seeks ICAC Inquiry' (Delegasi Malaysia Tuntut Siasatan ICAC), delegasi Malaysia itu yang diwakili empat pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan perjumpaan dengan pegawai ICAC dengan membawa bukti baru bagi menyokong permohonan mereka supaya ICAC membuka kembali siasatan mereka yang dikatakan sudah ditutup oleh Menteri di Jabatan Perdana Mentri, Nazri Aziz tahun lalu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang masih berada di negara bekas tanah jajahan British itu juga memuat naik gambar berhubung laporan SCMP di laman Twitter miliknya sebentar tadi.

Dalam mesejnya, Rafizi menulis:

@rafiziramli: With attention from SCMP, Reuters etc, HK legislators & Alliance (prominent NGO), the RM40m scandal is not going away #fb

@rafiziramli: Dengan perhatian (laporan) dari SCMP, Reuters dan lain-lain, Pegawai Undang-undang dan Perikatan HK, skandal RM40 juta tidak akan hilang lagi #fb

SCMP merupakan akhbar paling luas edarannya di Hong Kong dan Selatan China termasuk pusat kewangan negara itu di Shanghai serta berada pada kedudukan ke-11,184 dunia menurut ranking terbaru Alexa.com yang dikeluarkan semalam.

Pastinya, Musa, Chia dan Nazri akan mendapat perhatian dunia selain Malaysia terpalit sekali lagi dengan skandal memalukan imej negara di peringkat antarabangsa.

Satu sidang media akan diadakan di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, Selangor petang ini sejurus sekembalinya delegasi itu hari ini ~ Jalan Pulang

Anonymous,  November 24, 2012 at 6:45 AM  

Kalau nak lagi ramai orang datang....umno kena jemput ustazah JLO ber'ceramah' secara percuma, saya yakin yang akan hadir lebih dari 3juta....
Buat sekali, dan lihat.

Anonymous,  November 24, 2012 at 8:01 AM  

YB Nurul Izzah menyaman krn dia fikir dia benar. Dan jika utusan tidak meminta maaf dan saman diteruskan maka utusan juga fikir ia benar. Maka terserah kpd badan perundangan dan kehakiman utk menetukan siapa yg menang. Keputusan mahkamah berdasarkan bahasa perundangan dan teknikal. Tetapi masyarakat tetap menilai kenyataan YB Nurul Izzah itu berdasarkan apa yg dia nyatakan. Sama juga dgn kes YB Mohd Sabu ditangkap berkhalwat lama dahulu, kes digugurkan krn isu teknikal tetapi perkara pokoknya dia tetap ditangkap berdua di dlm bilik hotel itu.

Tentang siasatan ICAC, jika ada bukti berikan shj kpd kerajaan Hong Kong dan terserah mereka utk menyiasat. Tidak manis mendesak kerajaan negara lain melakukan siasatan krn ia samalah juga mempertikai krediliti dan ketelusan sistem perundangan negara mereka yg berdaulat.

ahmad albab,  November 24, 2012 at 8:41 AM  

tak payah lah buang masa saja.
buat letih badan.
habis banyak dapat rm50.

mereka tidur hotel.
kita tidor dalam bas.

mereka makan di cafe hotel.
kita nasi bungkus saja.

lepas itu muka kita pun mereka tak kenal.

dato,tan sri makan sama mereka dihotel.
kita haprak makan dikaki lima hotel.

buang masa saja.

mereka takut hilang jawatan dan kuasa.

sekarang baru nampak rakyat macvam kita.

ini semua kerja bodoh saja.

rakyat kena tipu lagi.

Anonymous,  November 24, 2012 at 8:52 AM  

Ahmad Albab...
aku setuju sesangat ngan mu
kalau dengar ceramah agama ada faedahnyer
ni dengar ceramah ngarut2 jer
cakap nyer nanti cam orng hilang akal
fitnah sana fitnah situ macam gomo
banyak sangat baca akhbar utusan ngan tv3
bodek ngampu banyak
baik dok rumah goyang telok
kahkahhhkhhhhhkahhhhkahhh
sapa pergi orng tu bengap

Anonymous,  November 24, 2012 at 9:07 PM  

PR lagi banyak buat program utk rakyat...

hari2.. siang malam buat ceramah rakyat utk rakyat...
setiap kali ceramah rakyat mesti derma utk penceramah2 PR...

kan hebat tuuu... mari datang beramai2 dengar ceramah PR utk rakyat sambil menderma utk penceramah2 PR...(tolong bawak duit dgn secukupnya)

Anonymous,  November 26, 2012 at 8:10 PM  

JANGAN DOK KATA KERAJAAN DOK PERBODOHKAN RAKYAT, FIKIR DENGAN HATI TERBUKA, SECARA FAKTA, TUHAN BERI AKAL FIKIRLAH DENGAN BAIK, MOGA-MOGA TUHAN TUNJUKKAN JALAN YANG BENAR. PAKATAN RAKYAT SELAMA INI DIA BUAT APA? KERJA2 MEMAKMURKAN NEGARA/NEGERI SEMUANYA ATAS PERBELANJAAN KERAJAAN PUSAT. DI KEDAH KHUSUSNYA DI KULIM HI TECH APA YANG PAKATAN BUAT SATU PELABURAN BARU PUN TAK MASUK, TAPI GAJI PARA PEGAWAINYA [ KERABAT / PAS ] AMAT BESAR TAPI KERJA HABUK PUN TARAK KOSONG...KOSONG,.....KOSONG. DARI SEJAK PAS PERINTAH KEDAH. KALAU BEGINILAH CARANYA PAS PERINTAH KEDAH,HANCURLAH EKONOMI KEDAH LAMA KELAMAANNYA. OLEH ITU FIKIR2 PARA PENGUNDI DI NEGERI KEDAH. TU TANG EKONOMI. TANG SONGLAP DUIT RAKYAT LAIN CERITA, PARA PEMIMPIN PAS DAN PENCERAMAH MEREKA BUAT PROGRAM/CERAMAH DAN BUAT CERITA YANG BUKAN2 TANPA FAKTA TAPI YANG PELIKNYA YANG BUAT CERITA TU KOPIAH PUTIH ATAS KEPALA ,PUAK2 NILAH YANG MENJATUHKAN MARUAH ISLAM SELAMA INI. DAPAT SEMALAM TIGA EMPAT RATUS DAN CUBA KIRA DALAM SEBULAN BERAPA RIBU PUAK2 NI DAPAT? YANG BODOOOOOO ORANG2 BAWAHAN SAMBIL DENGAR CERAMAH SAMBIL HULUR DUIT KEPADA UNIT AMAL [ KUDA KAYU ] PAS. KALU TANG PARTI TAK APA TAPI BAYARAN PIBG BERKIRA , BABI PUNYA MANUSIA AKAL TUHAN BAGI TAK MAHU PAKAI. TU PUN KATA BN NI KAFIR, KALAU BRIM DEPA LAH YANG MULA2 SAPU [ TAK HARAM ] DEPA KATA ITU DUIT MEREKA. KEPALA BAPAK MEREKA ,DEPA BAYAR KE CUKAI BERAPA BANYAK SETAHUN, SETAHU AKU CUKAI TANAH DEPA BAYAR LA TU PUN TAKUT KENA LELONG LAIN CUKAI HABOK PUN TARAK, KADANG2 FITRAH PUN TAK BAGI. TAK USAHLAH BERLAKON YANG HANGPA TU LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN. ISLAM KE TAK ISLAM KE? KAFIR TAK KAFIR TU BUKAN KERJA KITA, BIAR TUHAN YANG TENTUKAN , AWAT HANGPA NAK GANTI KERJA TUHAN KE?

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP