Khairy Sifatkan Gaza 'Penjara' Terbesar di Dunia.

Friday, November 23, 2012




Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia susulan tindakan Israel menyekat bekalan bantuan kemanusiaan di pintu sempadan negara itu.

"Walaupun mereka (Israel) telah mengumumkan pintu sempadan telah dibuka tetapi laluan ke tebing barat tetap disekat. Mereka (sukarelawan) tidak dibenarkan menghantar bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan", katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Tabung Save Gaza Aman Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.


 Beliau menegaskan,  genjatan senjata pada masa ini bukan bermaksud rakyat Palestin sudah pun tamat daripada serangan Isreal pada masa akan datang.

"Kita bersyukur buat masa ini perjanjian itu telah menamatkan serangan daripada tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin yang ada di Gaza dan kita bersyukur kerana setiap hari bilangan mayat yang kita lihat di kaca tv kebanyakannya dari rakyat Palestin akan dapat dihentikan dengan genjatan senjata yang telah diumumkan.

"Tetapi jangan salah faham, genjatan senjata yang telah diperolehi pada hari ini bukan satu isyarat bahawa penindasan terhadap rakyat Palestin sudah pun tamat yang mana ia hanya menghentikan sementara sahaja", ujarnya.

Menurutnya, penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin tidak akan pernah selesai sekiranya Amarika Syarikat terus mengambil sikap berat sebelah.

"Kita bukan sahaja kecam tindakan Isreal tetapi di sini atas nama Pemuda Barisan Nasional (BN) mendesak supaya Amerika Syarikat tidak lagi mengambil pendirian berat sebelah.

"Kita harap mereka (rakyat Palestin) mendengar suara kecil yang mengingatkan mereka bahawa mereka tidak kesorangan dan mereka mempunyai sokongan di seluruh dunia termasuk di Malaysia", katanya.

Pada Majlis berkenaan, hadirin turut menunaikan Solat Hajat bagi meminta genjatan senjata dihentikan serta merta di Bumi Palestin.



Sumber KLPOS

11 comments:

jerantutonline November 23, 2012 at 4:55 PM  

PAUTKAN BLOG,.TQ
http://jerantutonline.blogspot.com/

Anonymous,  November 23, 2012 at 5:55 PM  

Tak usah risau penduduk gaza.pok nik ajis ado kuasa untuk tolong kamu semua.nati sy gi mitok tulun nga pork nik ajis sblah rumah sy ni.dio mb klate lamo doh.dgr kato dio tu maksum.baru2 ni doa hancurkan umno.nati sy g mitok tlg n.ajis hantar bantuan.ore umno tlg pun x leh gapo jgk sbb kno kafirkan ko pok nik ajis doh.biar pok nik ajis la plk tlg

wak November 23, 2012 at 5:56 PM  

Yer...ia memang penjara besar.
Tapi apa yang pstut kita lakuksn pada yahudi tu?
Kutuk?
Kecam?
Diam je?
Serang?
Atau semua masjid mengadakan solat hajat dan berdoa bagi mengKOkan yahudi laknat tu?

Setuju?

Anonymous,  November 23, 2012 at 6:07 PM  

Di masjid kariah sy td selepas solat jumaat ada mendoakan para mujahidin di Palestin. Mungkin di masjid kariah lain juga ada melakukan perkara yg sama. Mungkin ini salah satu jalan yg dibuka Allah utk kita sama-sama mengambil peluang menghulurkan sekecil-kecil bantuan. Yg utama umat islam di Malaysia perlu bersatu.

Anonymous,  November 23, 2012 at 7:17 PM  

kedaulatan utk umat islam seluruh dunia akan datang kalau semua umat islam duduk dalam iktiqad ahlul sunah waljamaah.kalau masih duduk dlm 72 puak lagi,tunggu kemusnahaan akan tiba.keluarlah dari parti pas n pkr kerana fikrah khawarij,wahabi,syiah yg termasuk dlm 72 puak ada dlm pas n pkr yg akan di humban dlm neraka walau dpt kerajaan kerana fahaman mereka terkeluar dari alul sunah waljamaah

Anonymous,  November 23, 2012 at 8:20 PM  

Tolonglah jangan perang lagi ! Satu mahu menang satu tak mengaku kalah. Tak habis-habis pergaduhan ini ! Manusia tidak bahagi kaum dan agama pasti akan aman dan damai.

Anonymous,  November 23, 2012 at 10:24 PM  

1)ulamak ada 2,ulamak akhirat pewaris nabi ,ulamak suk bala tentera dajal laknatullah 2)islam ada 73 puak,yang diterima allah 1 iaitu ahlul sunnah waljamaah,72 lagi di campak dlm neraka

Prince of Noob November 24, 2012 at 1:02 AM  

mari kita sama2 doakan umat islam di gaza...

btw jom join contest dapat hadiah pen drive 8GB/16GB klik kat sini, sangat mudah dan senang.

Anonymous,  November 24, 2012 at 7:25 AM  

palestin kena ubah strategi, by now u should realise u will not win this war with guns and bomb. u will definitely lose

is a war of perception that palestinian are thieves and animal that need to be slaughtered

everytime u fight back with your puny guns or stones it will on enhance the label against u and create the justification to eridicate u by CNN and other zionist propaganda


u need a new strategy to win this. united as one and protest without force.

my 2 sens. someone says war is won by words not forces



Anonymous,  November 24, 2012 at 3:52 PM  

Betul Palestin harus mencipta senjata yang paling canggih di dunia kalau tidak sia-sia berperang. Israel mempunyai Iron Dome yang dapat menyekat serangan rocket. Jika Palestin dapat menebus Iron Dome ini pasti boleh menang. Tetapi takut Israel mengguna nuklear boom keadaan lebih teruk akan terjadi. Rasa jangan perang baik-baik kerja lagi baik. Amin.....

Anonymous,  November 27, 2012 at 12:17 AM  

Kj bohong aje tu..

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP