Pemuda UMNO Cabar DAP Komunis
Tuesday, January 24, 2012
Pemuda BN mencabar kredibiliti pemimpin DAP agar mengemukakan lebih ramai anggota daripada kaum Melayu bagi membuktikan parti itu sebagai sebuah parti berbilang kaum.
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata kemampuan DAP yang hanya mengemukakan tiga orang anggota bangsa Melayu tidak boleh membuktikan kewajaran parti itu menggunakan istilah 'DAP parti berbilang kaum'.
"Pemuda BN cabar DAP umumkan berapa ramai anggota yang datang daripada masyarakat Melayu...jangan hanya tunjuk tiga orang itu sahaja tapi (tunjukkan) keanggotaan keseluruhan jika benar mereka ini adalah parti berbilang kaum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong di Ipoh hari ini.
Beliau mencabar kepimpinan DAP di semua peringkat untuk membuktikan keanggotaannya daripada orang Melayu.
"...tetapi jangan cakap DAP parti berbilang kaum jika mereka tak dapat terima keanggotaan (yang lebih banyak) daripada masyarakat Melayu," katanya.
GOMO: DAP waktu ini dilihat gah dengan kemasukkan beberapa orang Melayu dalam parti terbesar serpihan komunis itu. Hanya beberapa kerat sahaja Melayu dalam DAP? Gomo setuju kenyataan Ketua Pemuda saudara YB Khairy Jamaluddin agar DAP berikan fakta jelas berapa jumlah ahlinya yang berbangsa Melayu yang sebenar.
Umum mengetahui DAP merupakan parti serpihan PAP yang asalnya adalah dari Komunis Malaya yang mana ideologi mereka adalah tidak lain bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik Komunis dengan memberikan Hak Sama rata kepada semua kaum yang mana menafikan hak bumiputera Malaysia.
Kemasukkan 2 ke 3 orang Melayu ke dalam DAP diwar warkan seolah olah DAP diterima Melayu yang merupakan majoriti dalam Malaysia. Inilah sebenarnya taktik yang dulunya digunakan Komunis dalam menarik orang Melayu menentang kerajaan.
Zaman Komunis dulu para pemberontak ini terdiri dari orang Cina yang Kemudiannya menarik beberapa orang Melayu yang berpengaruh menyertai mereka. Kemasukkan Melayu waktu itu didalam Komunis diwar warkan ke seluruh pelusuk agar menarik lebih ramai melayu pada waktu itu menyertai Komunis dalam melancarkan perang ke atas Rakyat yang menyokong kerajaan. Waktu ini modus operandi sama digunakan DAP dalam menyebarkan berita agar lebih ramai Melayu menyertai DAP.
Dengan berselindung disebalik parti politik DAP bebas melakukannya walaupun kita tahu Melayu yang menyertai DAP bukan atas sebab perjuangan yang dibawa DAP itu tetapi lebih kepada matlamat invididu itu sendiri yang ingin menjadi Calon pilihanraya dan juga dahagakan jawatan dan pangkat.
Orang Melayu terima DAP? Gomo yakin ramai lagi orang Melayu yang sedar bahawa agenda DAP adalah mematikan watak orang Melayu dibumi sendiri. Sudah terbukti apa yang mereka lakukan di Pulau Pinang bagaimana orang Melayu dihalau malah kaum India juga turut terkena tempias yang sama.
DAP parti yang RACIST, Cina yang menyokong DAP adalah Cina yang Racist yang mana mempunyai niat dan azam menghapuskan hak Bumiputera di Malaysia ini. Melayu yang bersama DAP adalah tali barut yang bersekongkol demi kuasa dan harta walaupun yang akan menjadi korban itu adalah Sebangsanya jua.
Psssttt... Jangan dibirakan DAP bermaharajalela di Malaysia ini, Kasi Potong mana yang patu
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Published with Blogger-droid v1.7.4





