Anwar Lebih Baik Jadi Pelakon

Wednesday, January 25, 2012




Gua setuju dengan kenyataan video sembang rakyat ni bahawa Anwar Ibrahim ni lebih layak menjadi seorang pelakon. Hahahaha
Published with Blogger-droid v1.7.4



Read more...

Kerajaan BN Dilihat Lemah Bila Berhadapan Desakan Pembangkang



Banyak yang Gomo perhatikan selepas Barisan Nasional menjadi kerajaan selepas tamat PRU 12 yang lepas pada tahun 2008. BN tetap utuh sebagai kerajaan walaupun Perdana Menteri waktu itu Pak Lah meninggalkan Barisan Nasional didalam tampuk kuasa yang rapuh yang mana BN tidak memperolehi majoriti 2/3 Parlimen.

Gomo cuba melihat sedikit sebanyak kenyataan kerajaan dan juga tindakan kerajaan dalam hal ini dan apabila Gomo selidiki Gomo dapati Kerajaan BN pada hari ini amat LEMAH dan banyak tunduk pada kehendak yang bukan bukan dari pembangkang.

Tidak perlu untuk Gomo nyatakan apa yang Lemah dan apa yang Lembik namun Gomo tahu rakyat Malaysia khusunya ahli BN sendiri tahu dimana kelemahan itu pada hari ini. Semua ini berpunca atas satu sebab yang mana kerajaan LEMAH dan tunduk pada desakan pembangkang.

TIDAK MEMPUNYAI MAJORITI DALAM PARLIMEN 2/3.
Inilah punca sebenar yang menjadikan Kerajaan BN pada hari ini dilihat banyak dibolosi dengan tekanan demi tekanan yang datangnya dari pihak pembangkang dan juga pihak yang berkepentingan dalam pembangkang.

Gomo tidak mahu lagi mengulas panjang namun jika kita pada masa akan datang ingin melihat sebuah kerajaan yang Utuh dan kuat maka seharusnya kita memberikan kemenangan yang mutlak buat Kerajaan BN dalam meraih 2/3 Parlimen yang ada.

Rakyat Malaysia boleh melihat Australia, Britain dan lain lain negara yang mana pentadbiran kerajaan mereka tidak mempunyai Majoriti didalam parlimen yang mana banyak tindakan dan keputusan yang mereka bawa amat lemah dan adakalanya ditolak mentah mentah walaupun ianya bermaanfaat buat rakyat.

PRU 13 Barisan Nasional akan menang dan ini tidak dapat dinafikan namun jumlah kerusi yang BN menang itu akan meningkat ataupun menurun tidak dapat dipastikan. BN tetap menang dan itu hakikatnya dan pihak pembangkang tahu akan hal ini.

Majoriti 2/3 Parlimen menjadi kewajipan kita untuk melihat sebuah kerajaan yang Utuh dan Kuat dalam terus membela rakyat Malaysia. Kebajikan yang dijalankan oleh Kerajaan BN selama ini perlu diteruskan bagi memastikan setiap generasi memperolehi hasilnya.



VOTE BN


Psssttt... Banyak kelemahan bila tidak mendapat 2/3 mojoriti Parlimen....



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

Setelah 3 Bulan NFCorp Diaibkan Baru Pihak Audit Negara Tampil


Mangsa Fitnah Pihak Pembangkang


Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kemelut dalam Laporan Audit Negara 2010 dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan entiti perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan tersebut sebenarnya merujuk kepada Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp seperti yang didakwa.

"Saya akan memaklumkan penjelasan mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat," kata Ambrin.

Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan.

Kemelut tercetus setelah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin mendakwa berlaku penyelewengan dana pinjaman dan pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Kedua-dua pemimpin PKR tersebut turut mendakwa Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya menggunakan hampir RM600,000 dari dana yang diperuntukkan bagi membayar hutang kad kredir pada tahun 2009.

Walaubagaimanapun, NFCorp menafikan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berniat jahat terhadap syarikat milik persendirian tersebut. NFCorp turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta dimasukkan kedalam akaun syarikat itu sebelum perjanjian berkenaan ditandatangani.

Sumber KL POS


BODOH

GOMO: Selama tiga bulan pihak National Fiedlot Coporation berhempas pulas menjelaskan dan menafikan tuduhan liar dari pihak pembangkang dan sekarang bila 3 bulan diaibkan seluruh keluarga yang mana mangsa utamanya adalah Dato Seri Shahrizat Jalil maka pihak Audit Negara mula tampil menjelaskan keadaan yang sebenar.

Ini lah satu masaalah yang sebenarnya perlu diberi perhatian oleh Kepimpinan Dato Seri Najib Razak yang mana pekara yang sebegini telah menyebabkan satu keluarga menjadi mangsa aib fitnah dari pembangkang dan ditambah pula dengan penambahan cerita cerita sadis dari kalangan UMNO dan BN sendiri.

Bagaimana sebuah badan Audit yang berpengalaman telah melakukan salah taksiran mengenai pusat Nasional Fiedlot Kebangsaan dan juga National Fiedlot Coporation? Apakah dalam hal ini terdapat agen agen liar pakatan pembangkang yang sebenarnya sedang siap sedia untuk mengkuburkan Barisan Nasional pada PRU13 kelak?

Bayangkan selama 3 bulan D.S. Shahrizat Ketua Wanita UMNO diaibkan sebegitu rupa. National Fiedlot Coporation pula yang mana dimiliki oleh Suami D.S. Shahrizat dan anak anak beliau telah difitnah dengan begitu kejam sama sekali tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Dari awal kami segelintir para Blogger telah berhempas pulas menjelaskan pekara ini kepada rakyat namun tampa sokongan dan kenyataan jelas dari pihak berkenaan maka ianya menjadi duri dalam daging buat kami membersihkan nama Shahrizat Jalil ketua Wanita UMNO Malaysia.

Gomo pinta agar pihak AUDIT NEGARA yang BANGANG menjelaskan seberapa segera mengenai apa sebenarnya yang berlaku dan minta pihak Audit Negara membuat permohonan Maaf secara terbuka kepada Syarikat National Fiedlot Coporation dan seluruh keluarga D.S. Shahrizat Jalil yang difitnah sebelum ini angkara kesilapan Audit Negara menyamakan National Fiedlot Kebangsaan dengan National Fiedlot Coporation.

Psssttt... Bayangkan 3 bulan sebuah keluarga diaibkan begitu hebat sama sekali angkara kesilapan Audit tersalah tafsir.... Sewel...


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP