Penjelasan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek
Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya.
"Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing di sini, hari ini.
Noh berkata demikian ketika mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.
Ambrin dalam satu kenyataan berkata "perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN (Jabatan Audit Negara) tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.”
Ambrin dalam kenyataan itu juga menyebut pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau juga berkata pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.
Mengulas lanjut, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar.
Beliau berkata pertikaian yang ditimbulkan oleh pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai sebenarnya jelas menunjukkan mereka keliru.Ini kerana, katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada
6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan.
Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian berkenaan, katanya.
"Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut," katanya.
Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.
"Projek berkenaan tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian," katanya.
- BernamaGOMO: Dari awal lagi pekara ini telah dijelaskan oleh kami barisan Blogger yang mana mengetahui dan sudah sampai le Ladang Lembu NFC. Dari awal lagi kami menyatakan bahawa projek NFC ini berjaya walaupun mendapat kekangan dari pelbagai pihak terutamanya pihak RACIST yang tidak senang melihat Melayu menguasai bidang perniagaan daging lembu ini.
Ramai tidak nampak kesa jangka masa panjang mengenai Ladang lembu NFC ini. Ramai tidak sedar lembu yang dimakan hari hari itu datangnya dari mana dan bagaimana penyembelihannya.
Malah ramai yang tidak tahu apakah daging yang mereka makan itu daging lembu ataupun daging
KERBAU.Banyak sebenarnya Faedah buat negara jika anda membuka mata dan minda dalam isu NFC ini. Isu utama yang dimainkan pembangkang mengenai Geran RM250 juta adalah Fitnah semata mata. Sebaliknya NFCorp meminjam dari kerajaan dan ianya secara berperingkat peringkat.
Isu keduanya mengenai NFCorp yang membeli Kondo, pembangkang memainkan sentimen Lembu tinggal dikondo apabila NFCorp membeli aset tersebut. Jika orang yang cerdik akal sudah pasti bijak dalam melakukan
PELABURAN. Aset Kondo yang dibeli bukannya dibeli dikawasan
JIN BERTENDANG sebaliknya ianya dilokasi
STRATEGIK aset yang mana jika dijual balik ianya mendatangkan hasil pulangan yang lumayan dan itu semua merupakan aset NFCorp dan bukannya dibeli melalui milik Individu.
Tabung Haji juga Melabor, banyak lagi syarikat syarikat lain yang menjalankan pelaburan dalam pelbagai cabang sama ada, perhotelan, restoran, kedai, rumah, kondo, dan lain lain lagi.
Serangan dari Rafizi Ramli dan Zuraidah Mak Lampir semakin hilang sekarang barangkali mereka telah sedar yang mereka sebenarnya telah diperbodohkan oleh dua Orang Cina DAP yang menjadi agen dalam menjual maklumat TIDAK TEPAT mengenai NFCorp.
Sama sama kita lihat Rafizi Ramli dan Zuraidah mak lampir bayor Saman
RM 100 JUTA tu. Ha ha ha.... yang pasti orang yang paling gembira kerana tidak disaman adalah Saifuddin Nasution. Dia bijak kerana memperbodohkan Rafizi Ramli dan Zuraidah.....Kah Kah Kah
Psssttt.... Cuba pi ke pasar tengok daging lembu atau Kerbau yang depa Dok jual tu?DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...