Rafidah Aziz Malu Alah Pada Shahrizat Jalil

Saturday, February 4, 2012




Bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri RafidahAziz dikesan telah menyelar Shahrizat melalui laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan.Rafidah dilihat mengambil kesempatan atas isuini turut'membantu' serangan jahat PKR dengan nada sindiran membuat desakan yang sama seperti MP Kinabatanga dan Ketua UMNO Bahagian Cheras secara terbuka kepada pihak media.

Tindakan Rafidah dilihat bertentangan dengan prinsip yang didakwa beliau ketika memegang jawatan No. 1 sayap parti tersebut yang berbunyi,"Bukan prinsip saya menyerang mana2 individu dalam parti jika adalah masalah timbul melibatkan saya dengan mereka. We ar family. Prinsip saya sewajarnya ditanam dalam setiap pemimpin UMNO adalah menyelesaikan segala isu melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi. Rakyat memandang kejujuran kita melalui aspek itu."Kenyataan tersebut diberikan Rafidah pada Sidang Media disaksikan ha,pir kesemua wakil Wanita parti komponen BN ketika kempen PRK Kuala Terengganu.

Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang disoal wartawan ketika selamat tiba dai menunaikan ibadah umrah menjelaskan, beliau tidak diberitahu mengenai hal tersebut sepanjang berada di tanah suci Kota Mekah. Namun beliau dengan rasa rendah diri tetap menghormati Rafidah selaku bekas Ketuanya itu.

Ditanya mengenai situasi beliau sepanjang mengerjakan Ibadah Umrah, beliau berkata tiada apa yang terlintas di mindanya melainkan Solat dan berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan iman dalam berhadapan dengan cabaran fitnah Pembangkang ini.Lantas dengan semangat baru menegaskan beliau tidak akgan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang menggesanya meletak jawatan.

Beliau berkata tidak ada pemimpin politik yang tidak menghadapi tekanan dan menurutnya perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat malah akan menjadikannya seorang pemimpin yang kuat dalam menghadapi cabaran."Saya anggapnya sebagai asam garam dalam politik, saya dah lama dalam arena politik, tidak ada mana-mana pemimpin yang tidak melalui pelbagai pancaroba. "Dan kalau orang yang tahu salasilah kepimpinan wanita Umno dan siapa yang membuat saranan seperti ini (meletak jawatan) pasti ada sejarahnya yang tersendiri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)..

Mengenai sama ada beliau akan terus berada dalam barisan Kabinet, katanya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.

GOMO : Jawapan yang terbaik dari Kak Jat buat Rafidah Aziz dalam isu yang mana diangkang dan dicanang puak pembangkang. Apa pun Kak Jat memang steady dengan fitnah dan cerca yang ada hari ini. Kebenaran semakin muncul waktu ini dalam membersihkan nama Kak Jat Sekeluarga. Amin


Psssttt..... aku rasa belakang Rafidah dan Syed Ali ni ada tangan Ghaib le.


PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

PAS Gila Talak Kata Hassan Ali




Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menjelaskan beliau tidak akan sama sekali mengemukakan sebarang rayuan menyertai semula PAS setelah diberi tempoh hingga 7 Februari ini.




Bercakap pada Sidang Medianya dirumahnya itu, beliau menjelaskan dengan tegas tidak mempunyai sebab untuk bertindak sedemikian dan bertegas akan mempertahankan prinsip yang beliau yang dianggap selari dengan perjuangan PAS.




Hasan Ali juga menegaskan beliau akan meneruskan Siri Jelajah ke seluruh Negeri setelah mendakwa ianya mendapat sambutan yang menggalakkan.Malah ramai pihak yang menjemput beliau sendiri untuk ke kawasan mereka agar penjelasan mengenai perjuangan yang dibawa bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dapat diterangkan kepada semua pihak.




Hasan sebelum ini telah melaksanakan beberapa Siri Jelajah ke beberapa Negeri termasuklah di beberapa kawasan di Selangor seperti Shah Alam dan Meru.




Beliau turut berulangkali mengkritik salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad menjadi antara Pemimpin PAS menghalang beliau mengambil beberapa tindakan mengikut peruntukan Enakmen Syariah Negeri termasuklah berkaitan isu penjualan arak di kawasan Parlimen Shah Alam.


sumber KL POS
>

Satu isyarat jelas dari Hassan Ali buat PAS yang sekarang ini sedang cuba memujuk rayu beliau agar kembali kepada PAS. inilah namanya Gila Talak bila dah pecat sekarang terhegeh hegeh pulak nak rujuk Hassan Ali.


PAS bukan Islam dan kita sendiri dapat lihat bagaimana apabila Hassan Ali dipecat beliau masih lagi sebagai seorang Islam dan PAS pun tak boleh nak tentukan sorga mahupun neraka buatnya.




Semoga Hassan Ali akan bersama umat Islam lain menyedarkan rakyat Malaysia akan kejahilan yang terancang yang dilakukan Pakatan Diketuai DAP. Amin



Psssttt..... puak PaS ni dah makin gelabah, tu lah akibat lacurkan ugama.


Published with Blogger-droid v2.0.3



Read more...

20 Juta - U Liwat With Me, U Liwat With The Best







Hari ini Blogg Papa Gomo mencapai Jumlah Pageview 20 Juta yang mana dibina sejak penghujung 2008 sehingga ke hari ini 4.02.2012 iaitu kira kira 3 tahun lebih. Rangking blogg? no 1 ke no 10 ke semua tu ada turun naiknya. tetapi angka 20 juta Hits ini sekali dalam seumur hidup.

Perjuangan ini dalam dunia Blogg bermula kerana Manusia Dajal bernama Anwar Bin Ibrahim setelah Gomo melihat Video dibawah ini di sebuah Cyber Cafe pada penghujung tahun 2007.



Bertitik tolak dari kesedaran dalam membantu rakyat Malaysia dari ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim maka Gomo mengambil inisiatif dengan menjadi pengomen Tegar dalam Blogg Anwar Ibrahim dengan menggunakan TIGER MALAYA pada tahun 2007 sehingga 2008.

Nak bina Blogg tak pandai kerana Gomo buta IT dan yang menjadi perjuangan waktu itu hanyalah sekadar pengkomen tegar Blogg Syaitan bernama Anwar Ibrahim. Namun pada 2008 Gomo berupaya membina Blogg setelah membeli sebuah Buku yang memberikan TIPS cara cara membina Blogg yang pertama. Buku tersebut masih lagi Gomo simpan ke saat ini yang berharga RM 28.00.

Mungkin ada rakan Blogger hari ini diarahkan membina Blogg namun bagi Gomo dan rakan rakan seperjuangan yang ada sejak tahun 2008 seperti GAP,Parpu Kari, RBF Online, Medan Info Kita, Darul Ehsan Today, Wadaat, Apai Ngelai, Sumandak Bayu, Taipingmali, Garamanis, Pisau, Sekupangdua,Panglima Perang Cyber, Bro jinggo, Flying Kick dan ramai lagi bukan dari arahan mana mana pihak. Kami hasil atas perjuangan kami dalam membantu Kerajaan iaitu UMNO.

Tidak kami gunakan nama UMNO dalam perjuangan ini kerana pada kami kebebasan yang ada dalam dunia Blogg mestilah diterjemahkan tampa halangan dan sanggup menempuh rintangan walaupun dihinjak hinjak oleh Blogger Pembangkang.

Blogger pertama yang Gomo kenal adalah Parpu Kari dan boleh Gomo katakan tahun 2008 dan 2009 Gomo dan Parpu Kari berjaya mengucar kacirkan pembangkang dengan menyerang setiap Blogg mereka dalam mempertahankan Kerajaan. Medium utama kami dalam berjuang adalah Blogg Perak Bangkit sewaktu Perak didalam Kerakusan Pakatan DAP,PAS,PKR.

Pernah bergaduh dengan Parpu Kari dan boleh Gomo katakan Seteru pergaduhan antara Gomo dan Parpu Kari memakan masa sekitar 2 tahun yang mana akhirnya Blogger RBF Online menjadi kepada pendamaian kami. Walaupun kami Bergaduh berbeza pendapat kerana isu Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin (KJ) Namun tidak pernah sama sekali baik Gomo mahupun Parpu Kari saling menyerang antara satu sama lain didalam Blogg sebaliknya medium lain yang kami gunakan dalam Pertelagahan pendapat.



Hari ini masing masing sudah membesar dan boleh Gomo katakan Blogger yang seangkatan dengan Gomo sewaktu 2008 dimana kami menggotai BLOGGER PEMBELA NEGARA dibawah YDP Panglima Perang Cyber telah berjaya. Berjaya kerana mempunyai pengikut dan pembaca tersendiri dan paling hebat apabila semakin hari semakin baik penulisan kami dalam Blogg.

Hari ini ada juga rakan Blogger yang telah lenyap seperti Blogger Gotahlatun, Yeop Perak, Pas Muda dan lain lain. Turut menjadi kehilangan besar apabila Blogger Yang Gambi kembali ke Ramatullah pada 12 Januari 2011 yang lalu. Al Fatihah......

Adat dalam berpolitik, walaupun kami hanyalah Blogger namun apabila dicampuri oleh orang orang Politik yang berkepentingan ianya sedikit sebanyak mempengaruhi kami sehingga kan waktu ini Gomo boleh katakan Blogger Blogger Pro Kerajaan berpecah belah akibat Percaturan Politik mereka yang berkepentingan untuk mengawal Blogger.

Dulu sewaktu dalam Kumpulan Blogger Pembela Negara kami dilantik oleh YDP Panglima Perang Cyber dengan jawatan yang berbagai bagai. Jawatan yang mana hanya kami syok syok sahaja dan tidak langsung memikirkan Level mana yang tinggi dan level mana yang rendah. Pendek kata Kami didalam BPN utuh bila tiada campurtangan Politik.



Hari ini rakan seangkatan dengan Gomo seperti Parpu Kari, GAP, MIK, Garamanis, RBF Online, Darul Ehsan Today, Sekupangdua,The Flying Kick, dan yang lain masih kekal utuh walaupun banyak pihak cuba memecahbelahkan kami. Namun Memang ada diantara kami yang sealiran pada 2008 kini berpecah kerana mungkin taksub kepada pemimpin seperti Panglima Perang Cyber YDP Blogger Pembela Negara.



Hari ini nama Papa Gomo lebih kehadapan berbanding Blogger Blogger lain yang seangkatan. Papa Gomo lebih mendapat tumpuan kerana banyak mencetuskan isu Kontroversi dalam melanyak PAS, DAP, PKR sehinggakan Blogg Papa Gomo menerima Laporan Polis paling banyak dari pihak Pembangkang.

Kejayaan yang Gomo ada hari ini tidak sesekali mendatangkan perasaan CEMBURU mahupun IRI HATI dari rakan seangkatan Blogger Parpu Kari, MIK, GAP, RBF Online, Flying Kick dan yang lain kerana mereka sedar bahawa mereka juga mempunyai pengikut yang setiap dan dengan Tumpuan keatas Gomo lebih dari pihak Pakatan maka mereka turut sama merasa Bangga kerana siapa sangka Blogger Jalanan seperti kami semua ini mampu Mengoncangkan Arena Politik Tanah air dan mendatangkan Ketakutan buat PAS, DAP dan PKR.

20 Juta Pageview
hari ini dan Gomo mengucapkan Jutaan terima kasih buat sahabat sahabat seperjuangan Blogger, Pembaca dan pembangkang kerana membantu Blogg Papa Gomo menjadi Blogg terkenal waktu ini tidak kira sama ada dikenali melalui Video Lucah Anwar mahupun tidak. Namun pucuk pangkalnya Blogg Papa Gomo ditakuti PEMBANGKANG.

Pau Pau Gomo waktu ini dimainkan oleh rakan rakan Blogger UMNO yang mana melabelkan Gomo kaki Pau. Biarlah apa yang rakan Blogger dari UMNO nak kata kerana Gomo lebih lama makan asam Garam Berblogg dari mereka yang baru muncul hasil dari arahan pemimpin. Apa lah nak dikesah dengan Blogger baru hari ini yang menyerang Gomo kerana Pemimpin Pembangkang pun Gomo tak heran dan tak lali dengan tuduhan demi tuduhan.



Tak Kenal maka Tak cinta, Jika sudah kenal Gomo sepertimana sahabat Nadi Rakyat, Azmy Awang, PAS Beruk, Encik Asam, Jas Salleh, Padi Jantan, Cat Woman dan yang lain mereka akan tahu apa yang Gomo lakukan. Mereka tahu perangai Papa Gomo.

Akhirkata dari Papa Gomo buat semua terutama para Sahabat seangkatan yang kenal dan tahu perjuangan Papa Gomo terima kasih diucapkan. Buat Blogger Blogger Wangsa Maju speerti Gelombang Wangsa Maju, Badut Rakyat, Gelombang Rakyat, Malay Delima, Suara Lensa dan BN4 Wangsa Maju Gomo terima kasih kerana sentiasa bersama Papa Gomo tika dalam saat sukar mahupun senang. Kita semua adalah BROTERHOOD yang susah senang bersama.

Terima kasih buat para pembaca Blogg Papa Gomo kerana angka 20 Juta hari ini dan untuk hadiah buat anda semua akan Gomo berikan dalam sedikit masa lagi. Hadiah yang bermakna dalam kita menyedarkan rakyat yang lain siapa manusia Dajal bernama Anwar Bin Ibrahim.



Kepuasan Paling Besar setakat ini dalam Berblogg apabila Anwar Ibrahim musuh Utama Papa Gomo telah menyebut nama Papa Gomo sepertimana diatas pada tanggal 10 Disember 2011. Memang sudah lama Gomo menantikan si Dajal Anwar Ibrahim menghentam Papa Gomo dan akhirnya termakbul. Cuma sampai kehari ini Gomo masih mengunggu Surat Saman dari Anwar Ibrahim yang entah bila beliau akan sampaikan pada Papa Gomo.

" U Liwat With Me, U Liwat With The Best"

Psssttt.... Tak kenal Gomo secara dekat, jika kenal macam Blogger Wangsa Maju maka anda akan tahu hati budi Blogger bernama Papa Gomo ini


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP