Kerajaan Negeri Selangor mengambil berat dengan spekulasi susulan laporan penahanan seorang lelaki oleh pihak berkuasa Indonesia yang dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan Exco Kerajaan Negeri, Yb Elizabeth Wong.
Kerajaan Negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran Negeri Selangor.
Perkara ini juga akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera.
Kerajaan Negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahguna isu ini bagi
mempertikaikan kredibiliti seseorang individu.Kerajaan Negeri menyeru rakyat supaya tidak mengizinkan politik kotor dan serangan peribadi digunakan untuk mengalih pandangan terhadap agenda utama Kerajaan Negeri yang mentadbir Negeri Selangor secara telus, berkesan dan efektif yang diterapkan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
SEKRETARIAT AKHBARPEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGORItulah kenyataan Rasmi dari Kerajaan Negeri Pakatan Selangor. Kenyataan yang pada pandangan Gomo yang cuba sekali lagi
menutup kesalahan yang dilakukan EXCO Kerajaan Negeri Elizebeth Wong dan juga Parti Keadilan Rakyat.
Kerajaan Pakatan Selangor menyatakan akan membuat tindakan susulan mengenai pekara ini namun jika kita masih ingat apabila tercetusnya kes dimana Gambar Bogel Eli tersebar maka Kerajaan Pakatan Selangor juga bercakap pekara yang sama iaitu akan mengambil tindakan susulan.
Elizebeth Wong EXCO dan juga Adun Bukit Lanjan pada waktu itu tahun 2009 telah menyatakan untuk meletakkan jawatan kerana sudah tidak sanggup lagi berhadapan dengan rakyat apabila masaalah moralnya diketahui rakyat. Dan beliau juga turut mengakui beliau sudah tidak berkreabiliti untuk menjadi pemimpin.

Campurtangan Anwar Sokong Eli Wong
Tetapi atas faktor Anwar Ibrahim selaku ketua dalam Pakatan maka pengunduran Elizebeth Wong tidak dibenarkan sama sekali. Elizebeth Wong disarankan agar bercuti sahaja dan selepas itu menyambung semula tugasnya seperti biasa. Tidak ada tindakan diambil apatah lagi tindakan disiplin diatas masaalah Moral yang berlaku pada Eli Wong.
Rakyat Selangor hendak diperbodohkan lagi kali ini dengan kenyataan ungkal seperti ini. Rakyat Selangor nak ditipu lagi bahawa pihak Kerajaan akan mengambil tindakan berhubung pekara ini. Sampai bila Rakyat nak di butakan dengan kata kosong Kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Pakatan PAS,DAP, PKR ini?
Dalam kata kata Khalid Ibrahim MB Selangor untuk menipu rakyat bahawa beliau akan menjalankan tindakan susulan beliau turut melindungi Elizebth Wong apabila berkata
mempertikaikan kredibiliti seseorang individu.
Ini bukan soal politik kotor, tetapi ini adalah soal moral yang mana pemimpin yang bertanggungjawap pasti akan tampil kehadapan dan tidak lari. Pihak kerajaan Selangor seharusnya tidak membela seorang EXCO nya yang telah terbukti menghadapi masaalah moral. Sebuah kerajaan yang baik mesti berani untuk menyingkirkan pemimpin yang mempunyai masaalah moral.
Lihat sahaja di Amerika yang mana
Bill Clinton Presiden Amerika yang ke 42 meletakkan jawatan apabila tersebar ceritanya yang mempunyai skandal dengan seorang wanita bernama Monika Lewisky. Bukan gambar Bogel mahupun video seks tetapi hanya kenyataan dari seorang wanita bernama
Monica Lewisky sahaja menyebabkan Bill Clinton yang berada di tampuk Kuasa yang paling atas meletakkan jawatan kerana mempunyai sikap bertanggungjawap kepada rakyat Amerika dan tidak mahu mencemarkan nama negara Amerika.
Di Malaysia ini? Fikir fikirkanlah wahai rakyat Malaysia terutama Rakyat Selangor. Kerajaan Pakatan PAS,DAP,PKR melindungi seorang pemimpin yang menghadapi masaalah moral. Apakah ini sebuah kerajaan yang Telus dalam menjaga rakyat?
Lagi Menarik Gambar Teman Lelaki Elizebeth Wong
KLIK DISINIPsssttt.... Rakyat Selangor nak ditipu lagi oleh Pakatan, Parti Kencing RakyatMereka Sentiasa Bodohkan Rakyat
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...