Warga Saudi Hina Nabi Dihantar Pulang Hari Ini
Sunday, February 12, 2012
Mohammad Najeeb A. Kashgari
Penahanan Warga Negara Arab Saudi
Saya mengesahkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap Mohammad Najeeb A. Kashgari, warganegara Arab Saudi, berumur 23 tahun di atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi pada 9 Februari 2012 jam 9.40 pagi di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang, Selangor. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk menentukan tindakan lanjut.
Kenyataan Media
YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri
Kenyataan diatas menjelaskan mengenai tangkapan seorang warga Arab Saudi yang dikehendaki oleh Kerajaan Arab Saudi berhubung penghinaan yang dilakukannya keatas Nabi Muhammad SAW. Malah suspek juga dikehendaki oleh kerajaan Arab Saudi kerana turut dikaitkan dengan penglibatan beliau dalam pertubuhan Al Qaeda.
Gomo menyambut baik langkah Kerajaan Malaysia yang mengekstradisi suspek pulang ke negara beliau hari ini untuk tindakan selanjutnya. Inilah satu sikap Profesional Kerajaan Malaysia dalam menjaga keselamatan Negara dan memberikan satu mesej jelas buat mana mana pengganas dan juga pelarian agar jangan menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk bersembunyi.
Apa hukuman kepada Mohammad Najeeb A. Kashgari, biarlah kerajaan Arab Saudi yang akan menentukannya dan kita rakyat Malaysia harus bersyukur kerana sepanjang suspek berada di Malaysia tidak ada sebarang pekara yang tidak diingini berlaku.
Syabas buat PDRM kerana berjaya menangkap suspek ini dan tahniah buat Kementerian Dalam Negeri atas semangat Profesional antara dua negara antara Malaysia dan Arab Saudi. Syukur Malaysia aman dan tenteram.
Psssttt... Puak pembangkang nampak gayanya cuba nak backup si suspek ni, apa plan depa?
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


