Tun Mahathir Mahafiraun, Mahazalim Hantar Surat Pada Israel Minta Dana - Geng Reform
Thursday, March 1, 2012
Fitnah dan terus fitnah itulah puak pakatan Pembangkang yang tidak akan berhenti untuk terus melemparkan fitnah keatas kerajaan BN terutama para keatas pemimpin UMNO.
Mahafiraun, Mahazalim dan macam macam lagi dilabelkan mereka ini dalam menghancurkan Tun Mahathir dan memastikan rakyat membenci beliau. Pelbagai tomahan, Fitnah dan cerita kurap disajikan mereka yang mengemari platform REFORM ini.
Sebelum ini pihak pembangkang menyatakan bahawa Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel bagi meminta bantuan. Malah Anwar Ibrahim yang menjadi Idola puak Reform ini menyatakan Tun M meminta Bajet untuk bertanding dalam pemilihan UMNO dengan mengekalkan jawatan Presiden Parti.
Hebat serangan mereka sehinggakan lah pada kelmarin apabila Kerajaan Malaysia mengeluarkan surat yang dikatakan mereka puak Reform pembangkang ini Tun M meminta bantuan keewangan dari Israel.
21 Disember 1993
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.
Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.
Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.
Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)
DR. MAHATHIR MOHAMAD
- Bernama
Itulah kebenaran yang disampaikan buat rakyat Malaysia mengenai fitnah yang dilakukan oleh pihak pembangkang terutama dari kalangan puak Anwarinas. Bertahun tahun mereka menghentam Ayahnda Tun M.
Gomo nak tegaskan disini kepada rakyat Malaysia, yang menjadi Barua dan pencacai kepada Amerika dan Israel adalah Anwar Ibrahim. Yang mendapat bantuan keewangan adalah Anwar Ibrahim dan juga parti PKR. Yang membantu PAS dan DAP dalam keewangan menjelang pilihanraya adalah Anwar Ibrahim iaitu duit dari Amerika Israel.
Semoga rakyat Malaysia sedar dan bersama samalah kita menolak Fitnah jijik puak pembangkang terutamanya puak Anwarinas yang hidup menumpang didalam Kerajaan BN hari ini. Parasit parasit sebegini perlulah dinyahkan dari terus menghancurkan Negara.
Psssttt.... Puak Pembangkang nak spin apa lagi mengenai Surat Tun M ni? Otak depa pastinya dok berlegar nak buat Fitnah.
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


