Selcat Mahkamah Kanggaru Demi Menutup Keronisme Dan Salahguna Kuasa Azmin Ali
Thursday, March 8, 2012
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Selcat hanya ditubuhkan untuk menutup salah laku dan kepincangan Kerajaan Negeri, dan kerana itulah mereka tidak akan menjatuhkan hukuman kepada 'orang sendiri'
Menurut Noh, pendengaran Selcat sebelum ini seringkali mencapai kesimpulan bahawa mereka berpuas hati dengan penjelasan kerajaan negeri dan membiarkan pesalah laku bebas.
“Mereka (Selcat) hanya dedahkan sahaja, mereka tidak pernah menghukum sesiapa. Jika dilihat secara menyeluruh pendengaran awam itu, Kerajaan Negeri sebenarnya cuba untuk melindungi ‘orang mereka’ yang melakukan kesalahan," katanya pada sidang media, semalam.
Dalam sesi pendengaran awam yang diadakan kelmarian, Chang Khim mendakwa sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Yayasan Selangor, berlaku empat perbelanjaan tidak munasabah bernilai RM1.4juta.
Ia membabitkan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor, majlis berbuka puasa, majlis jamuan Aidilfitri dan Majlis Korban Perdana.
Justeru Noh mencabar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik juruaudit bebas bagi menjalankan siasatan terhadap ketirisan aset Yayasan Selangor berjumlah RM500 juta yang didakwa berpunca daripada pentabiran Barisan Nasional (BN).
“Pembangkang hanya pandai membuat tuduhan tanpa sebarang bukti, ini adalah bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan menutup kelemahan mereka. Saya ingin jelaskan bahawa dakwaan pembangkang adalah tidak benar malah kami mempunyai bukti mengenainya,” katanya.
Pada 15 November 2010, Noh dicabar Abdul Khalid agar mendedahkan secara terperinci kos perbelanjaan sebenar majlis sambutan ulang tahun yayasan Selangor tetapi Noh mengenakan syarat agar Menteri Besar Selangor itu memohon maaf secara terbuka jika dakwaannya itu benar.
"Saya tidak bercakap kosong. Setiap apa yang saya katakan, saya mempunyai bukti yang mencukupi. Oleh itu saya menuntut Abdul Khalid membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Selangor kerana saya telah mendedahkan perkara yang benar," katanya.
Noh turut mencabar Abdul Khalid mengambil tindakan terhadap Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki kerana beliau sendiri telah mengaku di hadapan Selcat bahawa wujud amalan kewangan yang lemah dalam menganjurkan pelbagai kegiatan yayasan pada 2010.
"Ini sekali menbuktikan bahawa dakwaan saya sebelum ini benar tetapi cuba dinafikan oleh Abdul Khalid," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan menghadiri pendengaran yang sedang berlangsung itu, Noh menjawab:
“Hanya buang masa. Mereka tidak pernah sepina saya. Sepatutnya, mereka perlu sepina saya jika mereka mahu saya datang. Mereka juga minta saya untuk memohon kebenaran.”
GOMO: Setuju dengan kenyataan Noh Omar dalam hal ini kerana tidak ada efektifnya langsung Selcat dalam menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya akan penyelewengan yang berlaku didalam pentadbiran Kerajaan negeri Selangor.
Semalam Gomo dah nyatakan dalam artikel terdahulu KLIK DISINI bahawa dalam membuktikan ketelusan kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR seharusnya satu Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi memberikan satu jawapan yang tepat dan jelas buat rakyat Selangor berhubung isu penyelewengan Pasir di Selangor.
Namun sehingga ke hari ini Khalid Ibrahim MB Selangor serta para kepimpinan Pakatan Selangor berdiam diri dari menjawap tuntutan diadakan suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu penyelewengan Pasir Selangor. Dimana Ketelusan dan BERSIH yang dilaungkan mereka pemimpin pakatan sebelum ini?
Teoh Beng Hock yang sudah mati bukan main bersungguh mereka mendesak diadakan Suruhanjaya Diraja sehinggakan Kubur simati pun digali semula kononya memperlihatkan yang Kerajaan Pakatan Selangor telus dan Bersih. Realitinya Teoh Beng Hock dah mati dan tidak membawa sebarang perubahan buat rakyat Selangor. Tetapi isu penyelewengan pasir yang penting buat rakyat Selangor juga yang mereka pemimpin pakatan pembangkang abaikan dek kerana takut tembelang mereka dalam menyamun hasil pasir terbongkar.
Rakyat Selangor bukan bodoh dan PRU 13 kelak mereka akan ajar Pakatan PAS, DAP dan PKR bagi memastikan Kerajaan yang ada di Selangor bertukar kepada Kerajaan Rakyat iaitu Barisan Nasional.
Psssttt... Beng Hock dah mampos pun depa nak layan, hak rakyat duit pasir depa sembunyikan....Celako
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT









