Yb Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil
Pelbagai reakis diterima berhubung kenyataan D.S.Shahrizat Jalil semalam yang mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan sebaik sahaja tempoh senator nya berakhir pada 8 April 2012 ini. Ada yang kata beliau memang patut meletakkan jawatan dan ada yang kata beliau tidak patut meletakkan jawatan.
Gomo? Gomo seorang yang bersifat terbuka dalam pekara ini dan Gomo rasa ada baikkanya Gomo mengulas mengenai apa yang berlaku dalam isu Shahrizat Jalil ini.

Kehebatan Malaysiakini portal pembangkang dalam
mengenakan Shahrizat Jalil
Umum mengetahui bahawa Shahrizat Jalil tidak terlibat dalam NFCorp walaupun suaminya pemilik kepada NFCorp. Pembangkang merekayasakan fitnah dengan Malaysiakini sebagai mediuam dengan mengkaitkan Shahrizat dengan NFCorp dan ianya memberikan impak kerana Shahrizat Jalil adalah menteri dan juga ketua wanita UMNO.
Ditambah dengan beberapa kepimpinan UMNO yang menokok tambah dan mencurahkan minyak maka pandangan rakyat dan ahli UMNO ke atas Shahrizat Jalil menutup ruang buat dirinya dalam membersihkan dirinya dari apa yang didakwa pembangkang. Maka sebab itu Shahrizat Jalil bercuti selama 3 minggu tempoh hari dan membiarkan pihak PDRM dan juga SPRM menyiasat secara total sama ada beliau bersalah ataupun tidak.
Watak utama penfitnah yang disaman Shahrizat Jalil
Tidak cukup dengan itu demi membersihkan namanya Shahrizat Jalil menyaman Rafizi Ramli dan Zuraidah dari parti PKR ekoran fitnah yang dilemparkan dengan mengaitkan namanya dalam isu NFCorp. Pendek kata segala galanya telah Shahrizat Jalil lakukan kerana beliau yakin beliau tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah pihak pembangkang.
Mungkin prestasi BN waktu ini menjadi keutamaan yang mana sokongan buat Barisan Nasional semakin meningkat dan pengaruh Perdana Menteri Najib Razak ke atas rakyat juga baik menjadikan isu NFCorp dan juga Shahrizat Jalil perlu dibersihkan dalam menghadapi pilihanraya ke 13 kelak.

PM & TPM
Gomo difahamkan bahawa memang ada perbincangan diantara Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan juga Shahrizat Jalil berhubung perletakkan jawatan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga yang disandang oleh Shahrizat Jalil. Mungkin hasil dari perbincangan itu memaksa Shahrizat Jalil meletakkan jawatan bagi membersihkan imej Kerajaan dan juga memastikan tidak ada isu yang akan terus dibangkitkan menjelang Pilihanraya ke 13 nanti.Pada pandangan Gomo apa yang dilakukan oleh Shahrizat Jalil adalah satu keputusan yang terbaik memandangkan beliau sanggup berkorban demi parti UMNO dan Barisan Nasional dalam memastikan BN menang 2/3 pada Pilihanraya ke 13 kelak.
Beliau sememangnya tidak bersalah namun inilah dunia politik yang mana mengheret sesiapa sahaja untuk dikorbankan demi kepentingan semua pihak. Gomo mengucapkan syabas dan rasa bangga kerana Shahrizat Jalil komited dalam membantu BN menang PRU 13 nanti.
Pihak pembangkang menyatakan kerana mereka lah Shahrizat Jalil melepaskan jawatan Menteri yang disandang dan pada pendapat Gomo ianya tepat kerana hasil dari mainan pembangkang dalam menfitnah Shahrizat Jalil mereka berjaya membuatkan kepimpinan UMNO kurang selesa dengan isu yang melanda Shahrizat Jalil.
Taktik serangan bersiri dan secara berterusan membuatkan pimpinan UMNO meluat dengan isu tersebut didalam keadaan mood yang baik buat BN untuk menang 2/3 PRU 13 ini.
"Shahrizat Jalil mesti dikorbankan".Keputusan sudah diberikan oleh Shahrizat Jalil dan jawapan yang pasti adalah dari mulut Perdana Menteri sendiri iaitu Najib Razak memadangkan yang berkuasa melantik menteri ini adalah Najib Razak dan ianya terpulang kepada kebijaksanaan beliau untuk apa yang berlaku seterusnya.
Disini sebenarnya kita dapat lihat
moral kepimpinan kerajaan BN yang telus dan akur dengan pandangan umum. Satu contoh yang baik buat rakyat melihat jurang perbedaan kepimpinan BN dan juga parti pembangkang.
Lihat sahaja Ketua Pembangkang Dato Seri
Anwar Ibrahim yang sudah terbukti melanggan pelacur dengan video yang telah disahkan 99% tulen dan asli masih belum melepaskan sebarang jawatan. Sudah terbukti bersalah tetapi masih lagi menggilakan jawatan yang ada.

Exco Kerajaan Selangor terbukti mengalami masaalah moral
Dilindungi oleh Kerajaan Negeri dan juga PKR
Begitu juga dengan
Elizebeth Wong yang sudah terbukti beraksi lucah dengan gambar bogelnya tersebar masih lagi mendiami kerusi empuk EXCo kerajaan negeri Selangor.

Badrul Amin Penasihat Ugama Islam MB Khalid Ibrahim
Yang ditangkap Khalwat
Tidak diambil tindakan lanjut oleh Kerajaan Negeri dan PKR
Badrul Amin yang ditangkap Khalwat tempoh hari juga masih lagi menjawat jawatan Penasihat Ugama Islam MB Selangor sedangkan beliau sendiri telah mengakui beliau berkhalwat dengan isteri orang. Dimana moral kepimpinan Pakatan dalam hal ini?
Suhaimi Adun Sri Muda dna juga
Khalid Ibrahim pula masih berdolak dalih berhubung penyelewengan wang yang dikaut hasil pengorekkan pasir Selangor dan sampai ke saat ini tidak ada sebarang tindakan diambil oleh MB berhubung penyelewengan yang berlaku. Dimana Moral mereka?
Nik Aziz MB Kelantan yang melantik menantunya sebagai boss besar dalam syarikat kerajaan negeri juga masih duduk dikerusi empuk walaupun jelas telah menggunapakai kuasa sebagai MB dalam lantikkan menantunya itu. Belum lagi dikira dengan sponsor ke Haji yang Nik Aziz terima dari syarikat yang berkepentingan dalam projek di negeri Kelantan. Nik Aziz masih lagi disanjung hebat oleh ahli PAS semalaysia.

Salahgunakuasa Nga Kor Meng DAP
Ditutup Pemimpin Mereka DAP
DAP juga begitu apabila melepaskan dan menyatakan
Nga Kor Meng tidak bersalah walaupun telah terbukti dokumen yang ada mengesahkan syarikat isteri Nga yang memperolehi tender hasil salahgunakuasa Nga sewaktu beliau menjawat jawatan EXCO kerajaan negeri Perak. telus kah mereka ini dalam menjadi parti yang Bersih?
Banyak sebenarnya yang berlaku dan ini semua perbandingan yang jelas dan postif untuk rakyat Malaysia menilai apa yang berlaku serta tindakan yang diambil oleh kerajaan BN dan pakatan Pembangkang.
Akhir kata dari Gomo ini semua melibatkan semangat parti itu sendiri. PAS tetap menyokong ahlinya walaupun telah terbukti bersalah. PKR tetap menyokong Eli Wong, Anwar Ibrahim, Badrul Amin walaupun telah terbukti bersalah. DAP tetap menyokong pemimpin mereka walaupun terbukti bersalah. Tetapi tidak dengan UMNO kerana pemimpin UMNO lebih suka
menokok tambah cerita fitnah pembangkang itu menjadiakan ianya lebih sedap diulas oleh masyarakat.
Kerana Shahrizat Jalil isteri kepada pemilik NFCorp maka beliau diserang. Jika Shahrizat Jalil bukan isteri kepada Datuk Seri Salleh pemilik NFCorp sudah pasti tidak ada yang menjadi buah mulut pembangkang dan juga ajli UMNO itu sendiri.
Pada pengiraan Gomo ada 3 korban politik demi PRU 13. Lain hari le Gomo ulas siapa penama penama yang dikorbankan demi PRU 13.
Psssttt.... Apalagi kita yang takat Blogger ni? Lebih senang untuk dikorbankan pemimpin.....DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...