Yang Anda Perlu Tahu Diantara Wakil Rakyat Pembangkang & Kerajaan BN

Sunday, March 25, 2012



Cer dengar dengan jelas apa Nazri Aziz cakap.

Mereka ni jadi wakil rakyat bukan nak membela rakyat tetapi nak menfitnah UMNO, BN dengan melemparkan keburukkan, pekara negatif semata mata.

So rakyat Malaysia fikir fikirkanlah

Psssttt... tak caya cer lihat apa yang wakil rakyat pakatan ditempat anda ketengahkan didalam sidang Dun ataupun Dewan Rakyat


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Read more...

"Harimau Biru" Aummmmmmmmm





MATLAMAT MASKOT “HARIMAU BIRU” PDRM :

1.Lebih mesra bersama rakyat dan melihat PDRM sebagai figura badan berkuasa dan sahabat yang boleh dipercayai.

2.Mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang mantap mengenai fungsi dan peranan PDRM.

3.Melihat PDRM sebagai inspirasi untuk berhemah, bertanggungjawab dan berintegriti tinggi untuk menjadi yang terbaik.

4.Menghormati PDRM sebagai agensi penguatkuasa undang-undang negara yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

“Harimau Biru” menjadi harapan kepada kesinambungan kehadiran PDRM dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dan sentiasa mengekalkan minat masyarakat terhadap PDRM.




SELAMAT HARI POLIS YANG KE 205

Psssttt... Harimau Biru terbaik, jom kita sokong PDRM


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

Sejarah PDRM Yang Rakyat Perlu Tahu Sempena Ulangtahun Yang Ke 205 PDRM.



Serba ringkas mengenai sejarah PDRM yang anda perlu tahu terutama kepada mereka yang tidak peka dengan sumbangan dan jasa yang telah diberikan PDRM dalam menjaga keamanan negara. Jadi mari kita baca mengenai sejarah PDRM ini....

Sistem kepolisan yang moden dan teratur di negara ini bermula dengan berkuatkuasanya ‘Charter of Justice’ di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Piagam tersebut menjadi asas kepada peraturan dan undang-undang yang jelas kepada pihak yang dipertanggungjawab menyelenggarakannya dan menandakan bermulanya penubuhan pasukan polis pertama yang moden di negara ini.

Perkembangan politik dan ekonomi di Tanah Melayu telah membawa perubahan pada pasukan polis. Sistem kepolisan di negara ini telah beberapa kali mengalami perubahan sehinggalah membawa kepada penyatuan pentadbirannya di bawah Panji-Panji Polis DiRaja Malaysia pada 16 September 1963. Selepas Tanah Melayu bebas dari pemerintahan Jepun, pada 1 April 1946 Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah digabungkan di bawah Pasukan Polis Malayan Union di mana pemerintahan pasukan berpusat di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1948, pihak komunis telah melancarkan pemberontakan bersenjata dengan tujuan untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis di Malaya. Bagi menghadapi ancaman itu, Kerajaan telah mengisytiharkan “Darurat” pada 16 Jun 1948. Semasa perjuangan menentang pengganas komunis selama 12 tahun, seramai 1,246 orang pegawai dan anggota polis telah terkorban serta 1,447 orang lagi cedera. Berpunca daripada tindakan berani anggota polis ini seramai 6,711 orang pengganas telah dihapuskan dan 1,289 lagi berjaya ditawan.


Bagi menghalang orang-orang Asli dipengaruhi oleh anasir komunis, Pasukan Senoi Praaq yang terdiri dari pemuda Orang Asli telah ditubuhkan pada Mei 1956. Sebagai menghargai kerjasama dan jasa yang diberikan oleh Senoi Praaq, pasukan Rejiman ke 22, British Special Air Service (SAS) telah mentauliahkan “Beret Merah” mereka kepada Senoi Praaq. Beret ini masih menjadi kebangaan Senoi Praaq sehingga kini.


Perjuangan dan pengorbanan serta hikmat bakti anggota polis dalam mempertahankan negara dari ancaman dan pemberontakan bersenjata pengganas komunis semasa “Darurat 1948 -1960” telah membawa kepada penganugerahan gelaran “DiRaja” kepada pasukan polis oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 24 Julai 1958.


Pada 11 November 1961, Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong III, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalulail telah berkenan pula menganugerahkan Panji-Panji DiRaja kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Pada 16 September 1963, Pasukan Polis di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis DiRaja Malaysia dengan diperintah oleh seorang Ketua Polis Negara.

Pada 2 Disember 1989 Perjanjian Damai antara Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditandatangani di Haadyai, Thailand. Dengan termeterainya perjanjian tersebut PKM telah meletakkan senjata dan berakhirlah perjuangan parti tersebut. Pada 17 Oktober 1990 pula Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia dengan Biro Ke-2, Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) juga telah ditandatangani di Kuching, Sarawak bagi menamatkan semua kegiatan bersenjata oleh Biro Ke -2 PKKU di Sarawak.

Dengan perletakkan senjata kedua-dua parti komunis tersebut, Malaysia kini bebas daripada ancaman komunis, yang sering menggugat keamanan dan keselamatan negara ini, perhatian kini lebih banyak ditumpukan terhadap isu-isu pembangunan.

Polis Diraja Malaysia kini bergerak selari dengan wawasan kerajaan dengan memberi tumpuan kepada usaha membanteras jenayah dan dadah. Di samping itu PDRM juga terlibat dalam usaha mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin, membanteras lanun dan pemeliharaan alam sekitar seperti mencegah pembalakan haram. Pasukan polis juga bertanggungjawab dalam menentukan jalinan mesra dengan orang ramai terus dipelihara agar kerjasama di antara kedua pihak berjalan lancar di samping menonjolkan imej polis sebagai sahabat yang mesra dan bertimbang rasa.

Penutup

Pelbagai onak dan duri besulamkan keringat dan air mata terpaksa dilalui oleh anggota pasukan polis dalam mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan undang-undang demi memastikan keharmonian rakyat pelabagai kaum dan kemakmuran Negara dipertahankan.

Kini, pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menginjak usia dua abad meneruskan kesinambungan usahanya dengan menumpukan perhatian kepada usaha membenteras kegiatan jenayah yang boleh mengancam kesejahteraan umat sejagat.

Selari dengan peredaran masa dan globalisasi, pasukan polis kini telah dilengkapi dengan kemahiran untuk menangani sebarang permasalahan bagi mendukung tugas utamanya, iaitu menjaga ketenteraman Negara dan kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, segala perjuangan dan pengorbanan anggota pasukan polis dalam mencapai dan mengekalkan kemerdekaan akan tetap terus dikenang dan dijulang sebagai wira-wira penegak undang-undang negara.

Sumber: Buku ‘Perjuangan PDRM Dalam Mencapai dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara’


Harimau Biru


Gomo mengucapkan Selamat Hari Polis yang ke 205 buat seluruh warga Polis Di Raja Malaysia. Gomo mengharapkan agar PDRM akan terus berbakti dalam menjaga keamanan kami rakyat Malaysia dan terus berkhidmat dengan cemerlang membanteras penjenayah penjenayah.



Hidup PDRM


Psssttt.... Jasa PDRM besar buat rakyat Malaysia....

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP