Nallakaruppan Dedah Azmin Ali Gadai Body Shamsidar Buat Anwar Ibrahim

Wednesday, March 28, 2012




KUALA LUMPUR 28 Mac - Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Senator Datuk Nallakaruppan bertegas tidak akan mengubah pendiriannya dalam membuat pertuduhan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa merupakan seorang Biseksual.

Beliau berkata tindakan penyokong Anwar yang telah membuat ugutan terhadapnya agar menghentikan segala tuduhan-tuduhan beliau langsung tidak akan dipedulikan malah telahpun menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis.Malah Nalla turut membuat satu lagi pertuduhan secara terbuka mengenai hubungan Ketua Umum PKR itu bersama isteri kepada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

"Ya. Anwar ada hubungan sulit dengan Shamsidar," katanya pada Sidang Media yang diadakan di sini sebentar tadi. Turut serta bersama Nalla 2 orang peguam yang bakal mewakili dirinya pada kes saman tersebut.

Nalla juga menambah, beliau akan terus mencabar dan menunggu untuk mengadili segala pertuduhan yang beliau lemparkan terhadap Anwar di mahkamah.Anwar sebelum ini telah menfailkan saman berjumah RM100 Juta baru-baru ini terhadap Nalla yang mengaitkan dirinya terlibat dalam aktiviti hubungan Biseksual.Ia disusuli dengan laporan polis Nalla kelmarin kerana mendakwa telah diugut oleh sekumpulan penyokong PKR yang mahu beliau menghentikan kesemua pertuduhan yang dilemparkan.


Sumber Kl Pos


Psssttt. . . . Dasyat beb Puak PKR ni sampai berkongsi isteri.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Pandikutty - Bila Si Betina Jalang Lathefa Koya PKR Kemaruk Gilakan Kuasa



Betina Jalang PKR
Ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya


Bila kita berkuasa maka semuanya akan berubah dalam sekelip mata, dari seorang yang agak merendah diri boleh bertukar menjadi seorang yang bongkak dan gila kuasa. Apatahlagi bila kuasa yang ada pada kita datang tampa diduga.

Gomo mungkin agak terlewat berbanding rakan rakan lain dalam mengupas insiden yang berlaku di sebuah padang bola bertempat di Petaling Jaya yang mana seorang jurulatih Rugby dikelilingi oleh para pendemo menggangu kanak kanak berumur bawah 12 tahun menjalani latihan sukan Rugby.



Didalam video diatas kita sebenarnya melihat satu bentuk kerakusan pemimpin Pembangkang yang mana Lathefa Koya dari PKR yang merupakan Ahli majlis Perbandaran Petaling Jaya memarahi Jurulatih Rugby yang tidak berpuas hati apabila latihan yang beliau lakukan bersama kanak kanak diganggu oleh pendemo yang sudah pastinya dari Pakatan PAS,PKR dan DAP.

Kerana mempunyai kuasalah Lathefa Koya dari PKR bertindak memarahi jurulatih tersebut sehinggakan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis juga disebut kepada jurulatih itu seakan menunjukkan kuasa yang ada pada beliau agar jurulatih tersebut akur dengan kuasa yang ada pada Pemimpin PKR.

Dari respon yang Gomo lihat melalui komen komen dalam Malaysiakini rata ratanya tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan para pendemo yang diketuai Lathefa Koya PKR serta kepimpinan pembangkang yang lain. Namun demikian ramai yang tidak sedar terjemahan didalam video tersebut yang sebenarnya mengambarkan satu bencana kepada seluruh rakyat Malaysia apabila mereka ini mentadbir Malaysia.

Itu baru di Selangor mereka menjadi pentadbir, bagaimana dengan seluruh Malaysia jika mereka menawan Putrajaya? Apakah pekara sebegini tidak akan berulang? Apakah mereka tidak akan melakukan kerakusan dalam kuasa yang ada ditangan mereka?

Gomo memberikan beberapa contoh bagi anda melilai pekara yang berlaku ini:


Kanak kanak terpaksa merempat dibawah khemah
angkara Kerakusan pembangkang apabila Meraih kuasa
Menjadi pentadbir Kerajaan Negeri


Di Kedah apabila PAS menjadi Kerajaan
Tabika Kemas untuk kanak kanak ditutup
memaksa para pelajar merempat.


Di Terengganu sewaktu PAS menang pada pilihanraya 1999
pekara pertama mereka lakukan adalah dengan menutup
semua sekolah Tadika Kemas yang ada di negeri itu.


Juga berlaku di negeri Terengganu dengan memaksa
kanak kanak yang tidak kenal erti politik ini menjadi
mangsa kerakusan Kuasa Pakatan PAS.


Di Selangor apabila pekara yang sama berulang hasil dari
Kerajaan PAS,PKR dan DAP.


Apakah dosa kanak kanak ini?

Banyak lagi kerakusan yang mereka lakukan apabila mendapat kuasa dan video berhubung jurulatih yang dipaksa keluar dari padang demi memberi laluan kepada Lathefa Koya Ahli Majlis PJ yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor adalah sedikit dari apa yang sebenarnya berlaku di negeri Selangor ini.

Bayangkan jika mereka ini Pakatan PAS,DAP,PKR mendapat kuasa Politik dan menawan Putrajaya apa bakal berlaku? Apa akan terjadi keatas kita semua rakyat Malaysia?

Sepanjang Gomo menceburi bidang Politik melalui blogg ini Gomo dapati dan melihat bahawa Barisan Nasional tidak sama sekali melakukan kerakusan dalam aktiviti berpolitik mereka. Usah kata nak menggangu kanak kanak malah untuk menutup rezeki mereka penyokong Pakatan Pembangkang ini pun tidak BN lakukan. Tetapi mereka Pakatan PAS,DAP dan PKR?

Agak malang bila Jurulatih yang hanya seminggu sekali mengajar kanak kanak bermain sukan Ragby di herdik oleh seorang Ahli majlis PKR sebegitu rupa dan dihadapan khalayak ramai. Kanak kanak yang melihat kejadian tersebut mungkin tidak mengerti apa apa kerana tidak faham kuasa yang ada ditangan Lathefa Koya tetapi kanak kanak yang dulunya dihalau dari tadika Kemas sepertimana gambar diatas pasti mengingati sejarah mereka yang terpaksa merempat kerana sekolah tabika mereka dikunci oleh Kerajaan yang Zalim dibawah Pakatan PAS,DAP dan PKR.






Gomo ingat seorang teman berkata kepada Gomo:

"BN ni depa dah berkuasa, kalau depa lapar pun depa makan sikit sikit je. Tapi kalau Pakatan PAS,DAP, PKR ni jadi kerajaan jangan kata makan sikit tapi habis semua depa kebas apatah lagi kuasa sudah berada ditangan mereka"

Benar apa yang rakan Gomo katakan itu kerana sudah terbukti hanya menjadi Kerajaan di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Terenggau, Perak, Kedah kerakusan mereka dalam melakukan penjarahan dan kegilaan kuasa yang dipegang mengakibatkan rakyat merana dan sengsara.

Semoga rakyat Malaysia dapat memahami apa yang Gomo sampaikan ini kerana tidak ada lagi orang lain yang dapat menentukan nasib anak anak kita kelak melainkan kita yang akan mengundi pada PRU 13 kelak.


Hanya inilah yang anak kecil diajar oleh mereka
Pakatan PAS, DAP dan PKR.

Psssttt..... Baru sedikit kuasa mereka ada, bayangkanlah jika mereka berkuasa sepenuhnya.....


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

Speaker Dun Selangor Akui Beliau Hantar MMS Porno Kepada MP Serdang




Kecoh semalam didalam dewan sidang Undangan Negeri Selangor apabila Pembangkang iaitu Barisan Nasional bertindak keluar dari dewan kerana membantah tingkah laku yang boleh dikatakan tidak bermoral dilakukan oleh Speaker Dewan yang dari Kerajaan Negeri.

Puncanya kerana BBM yang telah dihantar oleh Speker kepada semua barisan Exco dengan arahan arahan tertentu yang menunjukkan satu Game Plan yang dilakukan walaupun didalam dewan yang mulia.

Apa kata Speaker berhubung pekara tersebut? Mari kita layan penjelasan yang diberikan oleh Tuan Spekaer yang tidak bermoral ini:



Hebat bukan? Sudah salah tetapi masih menyalahkan UMNO dalam pekara ini. Inilah sebenarnya mentaliti pemimpin pembangkang yang akan menyalahkan UMNO setiap kali musibat menimpa mereka.

Penjelasan yang diberikan oleh Spekar bahawa beliau masih menggangap Yb Hassan Ali sebagai EXCO dan BBM tersebut dihantar kepada beliau sebenarnya satu Penipuan kerana ingin menutup malu bahawa beliau sebenarnya tidak KEMASKINI senarai Exco dalam Blackberry Massenger beliau. Oleh kerana itulah YB Hassan Ali mendapat BBM dari Speaker yang terbukti melakukan pekara yang keji dalam dewan yang mulia.

Speaker mestilah berlaku adil dan dengan terbuktinya penyebaran BBM yang sebegini dalam sidang Dun membuktikan Ketelusan dan BERSIH yang mereka laungkan itu boleh lah dibuang ke dalam Bakul sampah.



Tuhan Maha Besar dan Maha Adil, hari demi hari pembohongan, penipuan dan penyelewengan ditunjukkan kepada kita semua terutama rakyat Selangor. Bukan UMNO yang menyebabkan mereka Terkantoi tetapi mereka lah yang sebenarnya melakukan kesilapan dek kerana kuasa Tuhan yang Maha Besar lagi Maha Agong.

Semoga rakyat Selangor dan juga Malaysia mampu menilai perbuatan yang dilakukan oleh Speaker Pakatan PAS,DAP,PKR ini wajar dicontohi ataupun sebaliknya. renung renungkanlah......


Psssttt... Dah kantoi salah sendiri nak juga salahkan UMNO, ntah apa lah depa puak Pakatan haram ni.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP