Nik Aziz Terancam Bila Suara Rakyat Kelantan Mahukan Ku Li Menggantikan Beliau

Wednesday, April 4, 2012



Desas desus persetujuan ramai pimpinan UMNO negeri mahu menobatkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Menteri Besar semakin kencang tersebar ke hampir seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah.Perkhabaran yang amat dialu-alukan ramai itu dianggap satu lonjakan besar untuk merealisasikan hasrat menawan kembali Kelantan dari tangan PAS.

Tinggal lagi sekarang hanya menanti buah butir persetujuan dari mulut Ku Li sendiri untuk mengesahkan kesediaan beliau memikul tanggungjawab tersebut yang tentu saja akan disambut gembira oleh segenap lapisan anak Kelantan di dalam negeri mahupun yang berada di perantauan.

Rata-rata pimpinan UMNO tempatan percaya dengan ketokohan dan pengalaman yang dimiliki Ku Li diyakini mampu memperbetulkan semula hala tuju negeri untuk kembali ke landasan yang betul setelah 22 tahun tersasar dari arus perdana disebabkan dasar pemerintahan PAS yang lebih banyak mengutamakan politik kepartian berbanding jasa bakti untuk kemakmuran negeri dan rakyat.


Pun begitu, khabar tersebut menjemput kerisauan pimpinan PAS negeri apabila ada sesetengahnya cuba meremehkan pengaruh Ku Li dengan menggambarkannya sebagai tidak lagi sekental dulu. Mereka menjadikan kegagalan Ku Li memimpin UMNO pada tahun 1999 sebagai ubat penenang bagi menutup kerisauan yang mula berputik.

Umum mengetahui dalam PRU ke 10 tahun 1999, PAS hanya bernasib baik untuk kekal mentadbir Kelantan disebabkan keadaan tika itu ramai kalangan orang Melayu terperangkap dan terkeliru dengan peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telah membolehkan PAS meraih bonus sokongan.

Malah pandangan sesetengah pemerhati politik yang mendakwa UMNO hanya layak berangan untuk menawan kembali Kelantan selagi Nik Aziz mengetuai PAS memerintah negeri sebenarnya hanyalah satu teori atau hipotesis politik yang tidak berpaut pada fakta dan angka. Realiti hari ini menunjukkan sokongan rakyat semakin condong bersama UMNO khususnya dari kalangan pengundi generasi muda jelas meningkat dengan ketara.

Pilihanraya kecil Manek Urai dan Galas sebelum ini menjadi bukti nyata yang akan kekal dalam lipatan sejarah politik Kelantan sebagai perintis jalan ke arah memacu kebangkitan Gelombang Merah. Ditambah dengan faktor Ku Li sebagai calon MB, peluang untuk UMNO dalam pilihanraya akan datang pasti menjadi kenyataan.

Hakikatnya masih ramai pemimpin PAS tidak dapat menolak kenyataan bahawa Ku Li tetap satu ancaman serius yang mampu mengakibatkan mudarat terhadap penguasaan PAS di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu tambahan lagi disaat pengaruh Nik Aziz yang semakin surut dan hanya berlegar sekitar penyokong & ahli PAS sahaja.

Sejarah membuktikan kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada tahun 1990 bertitik tolak dari kebangkitan & keyakinan teguh rakyat menyokong kepimpinan Ku Li maka tidak mustahil PRU ke 13 ini faktor Ku Li sebagai Menteri Besar pula yang akan menjadi penutup tirai kekuasaan PAS di Kelantan.

Sumber Beruang Biru


Psssttt... Gua anak Kelantan dan sudah pasti Ku Li lebih layak dari Nik Aziz Yang Dah semakin nyanyuk

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Ugutan Bunuh Ke Atas Nallakarupan Bukti Anwar Ibrahim Pengecut



Datuk Nallakaruppan hari ini membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul di ibunegara kira-kira jam 1petang tadi. Beliau sebelum ini dalam sidang medianya menyatakan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang 'biseksual'.
Surat ugutan berbahasa Inggeris itu diterimanya pada hari semalam (Selasa) kira-kira jam 12 tengahari.

Antara ayat yang terkandung dalam surat ugutan tulisan tangan itu, 'becareful' (berhati-hati) yang menurut Datuk Nalla sebagai satu ugutan dan 'Paria'.

Bekas orang kanan Anwar Ibrahim itu menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Sumber KL POS

Apa yang dinyatakan oleh Senator Nalla adalah tepat dengan apa yang sebelum ini berlaku keatas Dato Eskay. Ugutan demi ugutan akan diperolehi oleh mereka yang mendedahkan Moral pelaku Porno Anwar Ibrahim. Cubaan mematikan langkah pendedahan mengenai moral pemimpin Imam Mahadi PKR ini akan diteruskan sehingga ke PRU 13 nanti.

Gomo masih ingat bagaimana Sumpah Lakhnat yang dilakukan Dato Eskay telah dihalang oleh PKR dengan menggila didalam rumah Allah. Walhalkan yang ingin bersumpah lakhnat keatas dirinya adalah Dato Eskay dan bukkannya sumpah Lakhnat keatas Anwar Ibrahim tetapi mereka PKR menghalang apa yang cuba dilakukan oleh Eskay.

Dengan pendedahan oleh Nalla ini membuktikan kepada kita Kebenaran yang cuba disampaikan dalam membongkar siapa Anwar Ibrahim dinafikan oleh pihak PKR yang kononya menyatakan kebebasan bersuara.

Rakyat boleh lihat bagaimana Fitnah mereka Pakatan Pembangkang yang sebelum ini menfitnah Najib Razak, Altantuya, Rais Yatim dan ramai lagi tetapi tidak sekali pun cuba disekat kebebasan bersuara oleh pihak Kerajaan terutamanya UMNO walhalkan apa yang dibawa oleh Pembangkang adalah Fitnah semata mata.

Rakyat perlu tahu kebenaran dan apa sahaja pendedahan yang cuba dibuat oleh mana mana individu harus kita terima bagi kita sendiri memastikan pemimpin mana yang layak menerajui negara.

Berani kerana Benar, Takut kerana Salah. Jadi usahlah bertindak keterlaluan dengan menggugut individu yang mempunyai Bukti dan maklumat lengkap mengenai individu tertentu. Buktikan Kebebasan bersuara yang dilaungkan sebelum ini kepada rakyat Malaysia. Biar kami yang menilai Kesahihannya.


Psssttt... Lain modal takda depa ni, Ugut ugut ugut tu jelah, agak tak boleh jalan Bunuh macam kes TBH.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Read more...

Setelah Ratusan Ribu Wang Rakyat Dibazirkan Maka PSC Ditolak Pembangkang - P. Kamalanathan



Kita lihat video diatas ini yang mana menunjukkan ahli Parlimen Pembangkang yang menggila di Dewan Rakyat Semalam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan DEMOKRASI PSC.

Apa komen anda tentang karenah pemimpin Pembangkang yang ala ala Monkey?







Diatas ini pula kenyataan YB P. Kamalanathan yang menjelaskan dengan terperinci kekecohan yang berlaku dalam dewan rakyat semalam. Syabas Yb P. Kamalanathan dengan penerangan dan penjelasan yang diberikan.

Gomo tidak mahu mengulas panjang tetapi nak cakap beberapa pekara sahaja.

- Komuniti didalam PSC terdiri daripada wakil Pembangkang, Kerajaan dan Bebas yang mana merupakan satu DEMOKRASI bagi menentukan hasil perbincangan dalam penambahbaikan Pilihanraya Malaysia.

- RATUSAN RIBU RINGGIT Wang Rakyat telah dihabiskan bagi membawa semua ahli jawatankuasa PSC ke luar negara bagi melawat beberapa parlimen di negara Eropah terutamanya.

- Hakikat yang sebenar mereka PEMBANGKANG sememangya tidak mahu keputusan PSC diluluskan kerana mereka tidak mengamalkan DEMOKRASI walaupun keputusan awal dalam jawatankuasa PSC Pembangkang bersetuju dengan 80% hasil PSC sebelum dibentangkan didalam parlimen.

- Fakta paling jelas kenapa pembangkang bertindak sedemikian adalah kerana mereka sememangnya ingin Mencetuskan huru hara pada 28hb April ini bagi mengadakan Demontrasi BERSIH 3.0 dengan alasan Kerajaaan tidak melakukan perubahan Sistem Pilihanraya.

Itulah hakikatnya yang sebenar agar rakyat menilai agenda sebenar pembangkang didalam Malaysia ini. PSC yang telah dipersetujui dari awal penubuhannya dengan menggunakan Wang Rakyat ratusan ribu ringgit bagi membawa Pemimpin Pembangkang ke Luar Negara bagi lawatan ke Parlimen di negara Eropah telah dibazirkan begitu sahaja kerana sememangnya mereka mahukan PSC dijadikan alat buat mereka mengadakan Demo BERSIH 3.0.

Percayalah mereka akan menyatakan kepada rakyat Malaysia bahawa pembahruan Pilihanraya tidak berlaku dan dinafikan oleh Kerajaan Malaysia. Itulah yang mereka akan jaja bagi menghasut rakyat menyertai demo BERSIH 3.0.

Buat rakyat Malaysia yang celik akal dan bijak maka diharapkan dapat menilai apa yang sebenarnya dilakukan oleh Pembangkang Malaysia ini. Sikap yang keterlaluan ini memalukan Malaysia kepada negara luar yang tabiat mereka ini bagaikan binatang didalam Sarkas.


Psssttt... Agenda mereka tidak lain tidak bukan hanya untuk mencetuskan Kekecohan pada BERSHIT 3.0.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Kerajaan Selangor Kerajaan Dracula



KENYATAAN MEDIA

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2012 bertemakan Selangorku: “Hasil Negeri Untuk Rakyat” telah memperuntukkan RM87.5 juta untuk pembangunan belia di negeri ini.

Pecahan peruntukan itu adalah seperti berikut:

Program latihan belia - RM3.5 juta

Program keusahawanan muda - RM50 juta

Pembangunan sukan - RM4 juta

Penyediaan infrastruktur sukan - RM30 juta

Jumlah - RM87.5 juta


Agak menghairankan apabila pada satu majlis baru-baru ini, beliau mengatakan jumlah peruntukan kepada belia ialah sebanyak RM67.5 juta sahaja. Menjadi persoalan apabila bajet yang dinyatakan itu tidak sama seperti ketika beliau membentangkan bajet 2012. Ke mana menghilangnya lagi RM20 juta? Jika dalam Bajet 2012, peruntukan di bawah program keusahawanan muda sebanyak RM50 juta tetapi dalam kenyataan baru-baru ini telah meyusut kepada RM30 juta sahaja.

Justeru, Majlis Belia Selangor (MBS) mahu Kerajaan Negeri membuktikan ketelusan dengan menyenaraikan jumlah penerima, jenis perniagaan yang dijalankan dan jumlah pengagihan geran Program Keusahawanan Muda yang sudah dibelanjakan di bawah Geran Selangorku sehingga kini. Kejayaan yang dicapai setakat ini juga perlu dinyatakan program tersebut sangat penting dalam memberi impak ekonomi di negeri ini.

Ini kerana sejak permulaan Program Keusahawanan Muda ini, MBS tidak pernah diberi peluang dan ruang untuk terlibat secara langsung apatah lagi persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS yang mempunyai keahlian melebihi 400,000 ahli belia.

Sebagai sebuah organisasi yang memayungi banyak persatuan belia, MBS sepatutnya diberi hak tersebut untuk sama-sama melahirkan belia yang berdaya saing dalam ekonomi namun telah diketepikan atau dengan kata lain, dianak tirikan oleh kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, MBS juga membantah keras kenaikan sewa tapak-tapak penjaja pasar pagi, pasar malam dan gerai di bawah pengelolaan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membantutkan usaha menaikkan lagi ekonomi peniaga-peniaga kecil di negeri ini.

Janji kerajaan negeri untuk “memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama” hanya tinggal janji. Jika dilaksanakan sekalipun, hanya pada dua tahun pertama kerana selepas itu golongan peniaga kecil khususnya usahawan muda telah dipinggirkan.

MBS juga mahu kerajaan negeri melaksanakan janji-janji yang pernah dilaungkan pada pilihan raya umum yang lalu tetapi masih belum Berjaya direalisasikan:

Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor

Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nursery

Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama

Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah

Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti

Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor

Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga

Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia

Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda

MBS mewakili seluruh golongan belia di negeri ini mahu kerajaan negeri telus dan bukan sekadar retorik dalam melaksanakan konsep Negeri Berkebajikan. Jika golongan muda terus diabaikan, jangan harap kami akan memberi undi pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Cukup lah sekali kami dipermainkan serta diperbodohkan dengan pelbagai janji manis yang sampai sekarang masih tidak dilaksanakan.

Jangan hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikan!

Sekian

Terima Kasih.



Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden

Psssttt... Lihat sekelilng bagaimana DAP mengawal negeri Selangor.....Dasyat Menghisap Darah Rakyat

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Nur Alert - TOLONG Papa Gomo Please.....



PERNAHKAH ANDA MELIHAT KANAK-KANAK INI?

DURINA BINTI BEHI, 12 TAHUN, HILANG SEJAK 1/4/2012

JIKA ANDA MEMPUNYAI MAKLUMAT MENGENAI

KANAK-KANAK INI,

SILA HUBUNGI SJN NORAZLI BIN LIMAT

DI TALIAN 013-5577792

ATAU

BALAI POLIS TANJONG ARU

088-242111

TEMPAT TERAKHIR DIJUMPAI FLAT KEPAYAN RIDGE JLN H.Q.E KOTA KINABALU.


Psssttt....TOLONG SEBARKAN


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP