BERSIH 3.0 Yang Anda Perlu Tahu

Thursday, April 5, 2012



Walaupun beberapa tuntutan Bersih 2.0 telah pun diberi perhatian serius oleh SPR dan juga kerajaan, mereka masih juga berdegil ingin mengadakan Himpunan Bersih 3.0 konon kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi. Sedangkan, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih, khasnya, ataupun mana-mana pihak.

Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya. Namun, seperti juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka. Dan Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.

Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos. Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali.

SPR juga telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun ia terbukti punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang menggunakan sistem ini. Motif Bersih ingin menggunakans sistem yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua. Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini.

Namun, yang paling mencurigakan sekali ialah apabila Bersih bersungguh-sungguh inginkan tempoh kempen yang lebih panjang dengan minimum 21 hari. Apakah kena mengena tempoh kempen dengan proses pengundian yang bersih? Bagaimanakah tempoh kempen yang panjang boleh memastikan tiada manipulasi ketika proses mengundi dan pengiraan undi?

Tidakkah Bersih tahu bahawa tempoh kempen 21 hari dalam plihanraya 10 Mei 1969 itulah yang menjadi punca tercetusnya tragedi rusuhan kaum 3 hari kemudiannya iaitu pada 13 Mei 1969?

Apakah Bersih tidak belajar dari sejarah atau sengaja ingin mengulangi sejarah? Maka tepatlah tekaan kita bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan huru-hara dan rusuhan semata-mata.

Jika dilihat dari himpunan-himpunan yang dibuat oleh Bersih, reformasi, 901, kumpulan Hijau, Dong Zong dan kumpulan-kumpulan yang sewaktu dengan mereka sebelum ini, semuanya hampir atau telah menimbulkan huru-hara dan juga keganasan. Walaupun himpunan dibuat dalam masa hanya beberapa jam, namun ucapan-ucapan provokasi dan hasutan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka cukup untuk mengganggu keselamatan dan menggugat keamanan negara.

Bayangkan jika ucapan atau ceramah kempen yang sedemikian diadakan selama 21 hari berturut-turut maka adalah tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang dan mungkin akan berulang dalam skala yang lebih besar.

Dan inilah sebenarnya matlamat Bersih.

Hanya orang-orang dungu sahaja yang sanggup turun berdemonstrasi bersama Bersih kerana tidak menyedari bahawa diri mereka menjadi umpan dan mungkin juga korban, demi sebuah pengkhianatan terhadap negara sendiri.

Dari satu sudut, dengan bekerjasama dengan pembangkang, Bersih telah dengan sendirinya membuktikan yang pertubuhan itu sendiri sebagai tidak bersih.

Manakan tidak, sedangkan dalam pemilihan parti pembangkang sendiri, amalan memanipulasi undi, menipu, mengugut dan pergaduhan dapat ditonton secara ‘langsung’ oleh sekalian rakyat. Malah, parti pembangkang juga mengamalkan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan di mana hanya anak-beranak, saudara-mara atau sahabat handai yang rapat dengan kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan tertinggi di dalam parti sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi.

Rasuah politik yang konon ditentang Bersih juga diamalkan secara berleluasa oleh pembangkang sehinggakan parti yang konon memperjuangkan Islam juga kini dikuasai oleh golongan berfahaman liberal, syiah, komunis atau tiada pegangan langsung asalkan dapat wang dan jawatan.

Bagaimana Bersih akan dapat membersihkan apa-apa jika alat pembersih yang digunakan juga amat kotor sekali? Bersih seolah-olah cuba mengemop lantai dengan air selut. Atau mungkin juga Bersih boleh digambarkan sebagai seekor khinzir ingin menyamak diri sendiri.

Justeru, tidak usahlah Bersih berpura-pura lagi kerana semua orang tahu Bersih adalah tersangat kotor. Dengan pengakuan Pengerusi Bersih sebelum ini iaitu Bersih menerima dana dari pihak yang bertanggungjawab melatih perusuh untuk menggulingkan kerajaan yang sah di negara-negara yang strategik di seluruh dunia, sudah cukup untuk membuktikan betapa kotornya pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya.

Akhirnya, semua ini menjurus kepada satu kesimpulan sahaja iaitu Bersih adalah pengkhianat negara. Dan pengkhianat negara adalah sebenarnya sekotor-kotor manusia….

Sumber Beruang Biru


Psssttt... Khabarnya penyokong Ambiga tidak puas hati dengan A. Samad Said...nanti Gua story..hehehe


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

Isu PSC - Pembangkang Takut Dengan Bayang Sendiri - Nazri Aziz







Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Nazri Aziz berkata pihak pembangkang seharusnya lebih serius di Dewan Rakyat dengan membahaskan laporan PSC daripada menjadikannya sebagai polemik politik yang tidak berkesudahan.Nazri turut berkata ianya adalah rancangan yang sengaja dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mengaburi mata rakyat dengan mengatakan bahawa isu SPR yang diperjuangkan oleh mereka tidak diterima oleh kerajaan.

Maklumat Lanjut Layari KL POS
Psssttt... Rakyat Malaysia yang cerdik pandai fikir fikirkanlah apa agenda pembangkang yang sebenarnya.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Menarik - Pembangkang Gesa Kerajaan Naikkan Minyak Ron 95




Tidak sah jika semakin hampir menjelang Pilihanraya maka isu harga minyak tidak dimainkan oleh Pakatan Pembangkang ini. Gomo masih ingat sebelum PRU 12 yang lalu pembangkang melaungkan kata kata

"Hari ini Kita Tawan Putrajaya, Esok harga minyak turun"

Maka bergemalah seluruh alam cakrawala dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan pembangkang ini. Modal air liur sebenarnya cukup laku berbanding aliran subsidi yang ditanggung kerajaan BN selama ini.

Kelmarin pihak pembangkang memainkan semula plot drama 2007 yang mana isu harga minyak dimainkan dengan mengembar gemburkan sekali lagi. Kali ini agak berbeza kerana tidak banyak peluang untuk merekayasa cereka mereka namun ianya tetap berkisar kepada harga minyak.

Ikuti penjelasan dari Menteri yang bertanggungjawap:

"Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Dato' Sri Ismail Sabri bin Ab Yaakob berkata keputusan kerajaan untuk menaikkan harga minyak RON 97 tidak akan membebankan rakyat yang tidak menggunakan kenderaan mewah.

Beliau menambah keputusan itu juga sebenarnya disebabkan harga minyak RON 97 tidak dikawal oleh kerajaan sepenuhnya malahan harga minyak petrol tersebut telah diapungkan sejak setahun lebih yang lalu, tidak seperti harga pasaran bagi RON 95.



Ismail turut berkata RON 97 adalah minyak untuk kenderaan berprestasi tinggi dan bagi kenderaan mewah. Malah minyak ini turut dibeli oleh warga asing di kawasan sempadan. Adalah munasabah kata beliau bagi kerajaan untuk mengawal harga RON 95 yang majoriti besar kenderaan yang digunakan oleh rakyat berpendatan rendah dan sederhana.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan memberi jaminan tetap akan mengekalkan harga RON 95, diesel dan gas masak."

Sumber KL POS

Satu penjelasan yang sememangnya tepat buat rakyat Malaysia menilai apa yang telah dilakukan kerajaan Barisan Nasional dalam menjaga kebajikan setiap rakyat Malaysia ini. Ianya bukan satu sandiwara sepertimana yang dilakukan pemimpin pembangkang tetapi ianya adalah satu ketelusan dan keterbukaan yang diamalkan kerajaan dalam menjadi pentadbir kepada negara yang berdaulat ini dengan jujur dan amanah.

Sebagaimana yang kita tahu Ron 97 digunakan oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan sudah pasti harga yang mereka tampung untuk minyak Ron 97 adalah keputusan mereka dan bukannya keputusan kerajaan.



Ron 95 yang diberikan subsidi yang mana digalakkan oleh kerajaan Malaysia untuk digunapakai oleh rakyat Malaysia. Dan setakat ini Ron 95 memang terbukti menjadi pilihan kepada pengguna kenderaan dan atas dasar itu juga kerajaan terus memberikan subsidi kepada Ron 95 agar rakyat Malaysia menerima manfaat dari Kerajaan Barisan Nasional.

Isu jika Ron 97 dinaikkan harga tidak langsung membebankan rakyat Malaysia kerana yang Mewah, Kaya Raya, Berpendapatan Tinggi dan mempunyai selera tinggi akan menggunakan Ron 97. Bagi rakyat Marhaein macam kita ini cukuplah sekadar Ron 95 yang telah terbukti mampunyai keupayaan yang juga hebat dari Ron 97.

Gomo sendiri menggunakan Ron 95 walaupun kenderaan Gomo dikatakan tidak berupaya mencapai prestasi kerana tidak menggunakan Ron 97. Hakikatnya telah terbukti Ron 95 berupaya dengan berkesan apabila Gomo memandu dari Tol Skudai hingga ke Tol Sg Besi dengan catataan 2 jam 2 minit dengan kelajuan 170-180 km sejam. Jadi apa lagi yang nak dikisahkan rakyat dengan propaganda pembangkang ini?

Apa yang kita perlu sama sama fikir adalah Ron 95 yang jika kenaikkan melampau kepada Ron 95 pasti memberikan impak kepada seluruh rakyat Malaysia. Jika Ron 97 tu naik pada Gomo ianya masaalah pemilik kenderaan yang menggunakan Ron 97 itu sendiri. Ron 95 ada tapi tidak mahu menggunakannya.


Hakikat yang sebenar PRU 13

Kerajaan Malaysia dengan konsep
1 Malaysia membawa maksud,
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"


Psssttt... Pemimpin pembangkang pakai Ron 97 tu sapa suruh? banggang!!!



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Read more...

UMNO Punca Saya Hidap Barah Payudara Kata Nurul Izzah PKR




Kenyataan Nurul Izzah anak kepada pelakon Porno Anwar Ibrahim.
Semua salah UMNO.
Yang salah UMNO.
UMNO Mesti Bertanggungjawap.

Itu jelah yang depa tahu cakap puak puak pembangkang ni. Sebab tu lah Gomo dah meluat dan menyampah dengan kenyataan dari pemimpin pembangkang yang setiap pekara yang berlaku pasti dipersalahkan adalah UMNO.

- Anwar Ibrahim ambil Saiful Bukhari sebagai pembancuh Kopi UMNO Dipersalahkan.
- Saiful Bukhari yang Anwar Liwat UMNO juga dipersalahkan.
- Elizebeth Wong beraksi Lucah UMNO Dipersalahkan.
- Anwar Ibrahim Beraksi Lucah dengan China Doll UMNO Dipersalahkan.
- Badrul Amin ditangkap Khalwat UMNO Disalahkan.
- Hassan Ali dipecat PAS tetapi UMNO Dipersalahkan.

Pendek kata kalau seseorang itu mendapat penyakit BARAH PAYUDARA pun yang akan dipersalahkan adalah UMNO. Semuanya adalah salah UMNO.

Gomo dah bosan dengan kenyataan sebegini, macam lah depa tu pemimpin pembangkang MALAIKAT yang tak pernah melakukan sebarang kesilapan.

Psssttt.. Kau orang tak muak ke?



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP