Bila Nizar Lambai "Telan Ludah Sendiri"

Friday, April 6, 2012

r

Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membantah pembinaan hab pengagihan projek bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut, memakan diri sendiri apabila beliau sebenarnya yang menandatangani surat menyokong projek itu.

Mohammad Nizar hari ini mengaku bahawa beliau menandatangani satu surat bertarikh 17 Disember 2008 yang menyokong pembinaan hab pengagihan bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut semasa menjadi Menteri Besar Perak.

Pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu membuktikan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini kononnya tidak bersetuju projek tersebut dilaksanakan di Teluk Rubiah dan mencadangkan kawasan lain di Tanjung Hantu, Segari ternyata suatu pembohongan.

Beliau membuat pengakuan itu setelah Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Mohd. Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) menggunakan Perintah Tetap 23 (C) meminta Ketua Pembangkang DUN Perak berkenaan menyatakan sama ada surat tersebut yang dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebelum itu benar atau tidak.

"Syukur, saya mengaku saya tandatangani surat itu. Surat itu sahih dan benar. Saya ucapkan terima kasih kepada Pangkor (Zambry). Saya sahkan surat itu sebenar-benarnya benar," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.

Mohammad Nizar dan beberapa pemimpin pembangkang lain sebelum ini menggunakan isu Vale sebagai modal politik malah, turut menuduh Zambry menggadaikan tanah Melayu di Teluk Rubiah kepada syarikat asing.

Terdahulu, Zambry menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mengenai alasan kerajaan negeri meluluskan projek pelaburan Vale di kawasan pelancongan Teluk Rubiah, Lumut dan bukannya di Tanjung Hantu seperti dicadangkan kerajaan negeri pembangkang.

Zambry menjelaskan, Vale sebelum ini telah membuat kajian kesesuaian untuk melakukan pelaburan sama ada di Thailand, Vietnam dan Filipina namun memilih Perak dan kawasan Teluk Rubiah pada 2007 kerana keadaan persekitarannya yang lebih kondusif.

Sehubungan itu katanya, Vale telah mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan pembangkang pada Mei 2008 tetapi dimaklumkan kawasan tersebut merupakan hak milik persendirian, Harta Makmur Sdn. Bhd. (Harta Makmur).

Pada masa itu, tambah beliau, syarikat itu juga dalam rundingan dengan Gulf Petroleum Sdn. Bhd. untuk cadangan projek petrokimia melibatkan pelabur dari Qatar.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri pembangkang ketika itu mencadangkan alternatif lain di kawasan Bagan Datoh dan Vale menilai kesesuaian kawasan tersebut tetapi pada masa sama mereka terus berurusan dengan Harta Makmur untuk membeli tapak padang golf di Teluk

Rubiah," katanya.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, pada Ogos 2008, Vale sekali lagi membuat susulan perbincangan status projek pelaburan dan ingin mendapatkan sokongan kerajaan negeri serta menyatakan rundingan mereka dengan Harta Makmur menunjukkan tanda-tanda positif selain memperoleh persetujuan Ahli Lembaga Pengarahnya.

"Kemudian, satu surat sokongan telah dikeluarkan bertarikh 17 Disember 2008. Kandungan surat tersebut menyatakan kerajaan negeri mengalu- alukan permohonan Vale untuk mendapatkan lesen pengilang dan insentif daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Surat itu juga menyatakan kerajaan negeri sukacita dengan perkembangan positif rundingan dengan Harta Makmur berkenaan tapak padang golf di Teluk Rubiah dan akan memproses pindah milik dan pertukaran syarat tanah apabila perjanjian jual beli antara Vale dengan Harta Makmur selesai dan menerima permohonan tersebut," jelasnya.

Sementara itu, pada satu sidang akhbar selepas itu, Zambry memberitahu, beliau terpaksa mengelaskan semula dokumen sulit kerajaan negeri tersebut setelah berkali-kali dicabar Mohammad Nizar menerusi sidang medianya yang disiarkan akhbar-akhbar pro pembangkang.

Katanya, pengelasan itu dibuat kerana beliau tidak mahu isu pelaburan Vale dijadikan modal politik murahan sehingga menyebabkan rasa kurang senang di kalangan pelabur-pelabur asing lain.

Zambry menambah, Koo Ham ada memberitahunya bahawa dia terkejut kerana tidak mengetahui Mohammad Nizar ada menghantar surat tersebut.

Mengenai tuduhan Koo Ham bahawa beliau bersifat selektif dalam mendedahkan surat itu, Zambry meminta ADUN Sitiawan berkenaan mengemukakan bukti bahawa kerajaan pembangkang pernah mencadangkan projek Vale dipindahkan ke Tanjung Hantu.

Zambry juga menegaskan bahawa pelaburan Vale itu memenuhi kesemua 76 keperluan ketat yang ditetapkan termasuk Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA).

Sumber Utusan Malaysia

Betapa malunya Nizar bila akhirnya baru beliau perasan yang meluluskan projek tersebut adalah dirinya sendiri. Sebelum ini bukan main kepalang beliau dan beberapa pimpinan Pembangkang Perak menjaja cerita kesana kemari bahawa BN yang meluluskan projek tersebut. Tetapi hakikatnya beliau lah yang meluluskannya.

Apa yang anda nampak disini sebenarnya Nizar juga tidak tahu bahawa beliau meluluskan projek tersebut kerana seaktu Perak didalam pentadbiran Kerajaan Pakatan beliau hanyalah BONEKA kepada DAP semata mata. Gomo yakin DAP yang meluluskan projek tersebut dan Nizar lambai hanya luluskan tampa mengetahui apa yang hendak dibangunkan dan dilakukan.

Itulah hakikatnya di Perak sewaktu kerajaan Pakatan menguasainya. Semua dikawal DAP yang hanya menjadikan Nizar sebagai Boneka dalam memudahkan urusan DAP mengawal rakyat Perak.

Sekarang anda boleh lihat di Selangor pekara yang sama juga berulang yang mana Khalid Ibrahim hanya menjadi Boneka kepada DAP yang menguasai negeri Selangor. Jadi Rakyat Malaysia khusunya orang Melayu harus sedar dengan memberikan kuasa kemenangan kepada mereka PAS, PKR nanti yang akan menjadi Tuan kepada mereka ini adalah DAP yang dikuasai oleh puak Kafir Komunis.


Psssttt... Allah maha besar, tu baru sikit nak tunjuk kat rakyat apa yang DAP lakukan


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Read more...

PANAS - SPRM Serbu Pejabat Siapa Ni?






BENARKAH PEJABAT RAZAK ni diserbu SPRM? kalau tak benar, habis tu gambar atas tu apa cerita? Betul ke Razak dah lari sebab takut? Apa kes dia kena sampai macam ni sekali?

Adakah pasal cerita yang didedahkan sebelum ini Atau pasal kes KU Band dengan Telekom? Atau pun, siapakah yang di kawtim sampai dah jadi kes Rasuah ni? Semalam korang ingat aku ada cerita pasal pendedahan panas tahap babi PANGGANG?

pendedahan Panas Berapi dari House PK KLIK SINI



Psssttt.. . . Yang pasti Blogger Anjing besar sudah panas punggung. hahaha

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

TERKINI - Anwar Ibrahim Umumkan Biasiswa Kerajaan Negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang Dimansuhkan Serta Merta



Pembangkang memainkan isu Mansuh Yuran PTPTN, sejak seminggu lalu semakin hebat mainan mereka yang mahukan PTPN dimansuhkan kononya Kerajaan telah melakukan satu penindasan keatas para Mahasiswa dan Mahasiswa yang ada hari ini.

Cas sebanyak 1% yang dikenakan dalam pinjaman PTPTN dikatakan telah membebankan para pelajar sehinggakan para pekajar tidak mampu membayar balik wang pinjaman tersebut. Malah kata pembangkang lagi Mahasiswa dan Mahasiswa dihimpit kesengsaraan atas kadar pinjaman PTPTN yang ada hari ini dan ianya wajar dimansuhkan.

Ok lah, Gomo SETUJU PTPTN Dimansuhkan!

Gomo setuju pinjaman PTPTN dimansuhkan dan jika perlu Gomo akan berjuang bersama sama pakatan Pembangkang dalam pekara ini jika ianya satu pekara yang Relevan. Relevan membawa maksud yang agak dalam buat renungkan semua.



Pertama apa kata Kerajaan yang ditadbir Pakatan PAS,DAP,PKR di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang MEMANSUHKAN dulu Pinjaman yang disediakan oleh kerajaan negeri kepada para pelajarnya? Gomo percaya jika Kerajaan yang ditadbir pakatan Memansuhkan pinjaman dari kerajaan negeri waktu ini sudah pasti BN akan tumbang pada PRU 13 kerana jika Negeri Pakatan boleh laksanakan sudah pasti Kerajaan BN juga mampu melakukan pekara yang sama.



Pekara keduanya adalah mekanisma dalam membantu para pelajar ini mendapatkan pinjaman Biasiswa. Jika PTPTN yang dikenakan caj 1% dari jumlah pinjaman dimansuhkan apakah mekanisma yang terbaik boleh dicadangkan pembangkang kepada Rakyat Malaysia? Sudah pasti pembangkang sudah ada cadangan yang masuk dek AKAL dalam membantu para pelajar mendapatkan wang bagi meneruskan pembelajaran mereka.



Yang ketiganya adalah Pusat pengajian tinggi swasta. Bagaimana dengan yuran para pelajar tersebut? Jika pinjaman PTPTN sudah dimansuhkan bagaimana pihak Kolej dapat menerima yuran dari para pelajar? Apakah Pakatan Pembangkang akan membayar terus kepada pusat pengajian tinggi Swasta tersebut? Jika dibayar terus berapa jumlah yang bakal diperuntukkan? Sumber keewangannya pula dari mana?



Gomo akan SOKONG Pakatan Pembangkang dalam isu Mansuh PTPTN ini jika mereka laksanakan ketiga tiga pekara diatas. Jadi usah berlengah lagi buat pakatan Pembangkang, Mansuhkan terus Pinjaman yang dikelolai oleh kerajaan negeri Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang terlebih dahulu bagi membuktikan anda pembangkang mampu melakukannya untuk Malaysia.


Psssttt... Pelajar dapat biasiswa tukar handfone, beli motor, beli kereta, tukar sport rim dan sebagainya..... Dah pinjam bayar lah balik NGOK


Kejam Ke Pinjaman PTPTN Ni Dengan Cas 1%?

Lagi Menarik KLIK DISINI



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Read more...

Video Nazri Aziz Diserang Binatang Sarkas







Lu orang tengok video diatas tu sampai habis, lu orang lihat betapa sempoinya Menteri DI Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Nazri Aziz berhadapan dengan asakan dari pemimpin pembangkang yang bingai macam Tin Chua dan Dzulkifly. Satu pekara yang memang diakui oleh ramai pemimpin politik sememangnya Nazri Aziz layak untuk menjaga Parlimen Malaysia dari terus terusan dijadikan Sarkas oleh pemimpin Pembangkang.

Sampai kehari ini ramai pemimpin pembangkang cukup meluat bila nak berdebat dengan Nazri Aziz. Ramai dikalangan mereka undur diri dan ada pula yang cuba membodek Nazri Aziz macam YB PKR EHem EHem... nanti le Gomo Strory..huhuhu.

Apa pun orang nak cakap pasal Nazri Aziz, sememangnya beliau layak menjaga Parlimen Malaysia dari dicemari oleh puak puak pemimpin pembangkang yang kelakuan mereka melebihi dari binatang Sarkas.


Psssttt....Nazri Aziz memang COOL....hehehe, naik sawan babi pemimpin pembangkang bila berhadapan dengan Nazri Aziz.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP