Altantuya Altantuya Altantuya - Fitnah Pembangkang Terbongkar.

Tuesday, April 10, 2012




Asalnya Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PR yang lain mengharapkan kedatangan bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu ke Malaysia akan membantu pembangkang untuk memanaskan semula wayang fitnah kisah pembunuhan bekas model Mongolia yang selama ini di propagandakan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, namun sebaliknya pula yang berlaku.

Semalam, Dr Setev Shaariibuu dalam satu wawancara dengan media tempatan telah menjawab khabar angin kononnya kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah merasuah imbuhan wang supaya menutup mulut berkaitan kes kematian anaknya, Altantuya.

Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.

Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya.

"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Petikan: Mstar Online

Kenyataan Setev itu bukan sahaja mematikan terus khabar angin berkaitan isu menutup mulut, lebih dari itu ia juga membuktikan Perdana Menteri sedikit pun tidak pernah campurtangan dalam kes tersebut apatah lagi terkesan dengan cerita dongeng dan fitnah pembangkang yang berusaha mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.

Mereka cuba menggambarkan seolah-olah Najib adalah kekasih Altantuya dan kematian Altantuya pula dikaitkan dengan arahan langsung atau sebaliknya dari Najib dan Rosmah. Realitinya tidakpun begitu. Kalaupun misalnya semalam Setev tidak menyatakan sedemikian pun, hakikatnya antara Najib dan Altantuya bukannya saling mengenali satu sama lain.

Malah Najib sendiri sejak fitnah tersebut hebat didendangkan pembangkang suatu masa dulu telah sekurang-kurangnya tiga kali mengangkat sumbah mubahalah atas nama Allah s.w.t dengan mengucapkan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataalahi" menafikan dirinya pernah mengenali Altantuya apatah lagi terbabit dalam pembunuhan kejam tersebut.

Lebih tiga tahun berlalu hingga kini, Alhamdulillah tiada bala mahupun laknat Allah s.w.t menimpa Datuk Seri Najib sebaliknya satu demi satu tembelang & fitnah ciptaan Anwar pula yang pecah menyebabkan bau busuk ke seantero pelusuk negara termasuklah pendedahan terbaru oleh bapa Altantuya dalam isu rasuah menutup mulut yang terbukti hanya omong kosong puak pembangkang sahaja.

Isu Komisyen RM540 Juta

Demikian jua halnya dengan fitnah oleh Anwar, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene juga terbukti tidak berasas apabila laporan rasmi kontrak perolehan menjelaskan sebaliknya.

Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.

Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan & koordinasi misalnya;-

i. Penyediaan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd.

Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.

Berkemungkinan untung bersih tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan.

Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.

Pendek kata lain yang diharapkan oleh Anwar lain pula yang dia dapat. Bala yang diharapkan jatuh atas batu jemala Najib akhirnya jatuh gedebuk menghempak kepala Anwar dan pemimpin PR.

Sumber Beruang Biru


Psssttt... Fitnah mereka keatas Perdana Menteri Dato Seri Najib akan terus dilakukan sehingga ke PRU 13 nanti...


"Bila Badrul Amin PKR Nak Diambil Tindakan?"

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

Kerajaan Tidak Manghalang Perhimpunan BERSHIT Jika Syarat Dipatuhi - Hishammuddin Hussein




Kerajaan tidak menghalang penganjuran perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 28 April ini kerana ia dilihat tidak membabitkan isu keselamatan.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penganjur perlu mengadakan perbincangan dengan pihak polis berhubung tempat dan masa penganjuran yang sesuai bagi memastikan ia tidak mengganggu ketenteraman orang ramai.

Perhimpunan BERSIH 3.0 yang dipengerusikan oleh Sasterawan Negara A.Samad Said dijangka bakal berlangsung pada hujung bulan ini susulan daripada 4 daripada 22 cadangan PSC yang ditolak majoriti Dewan Rakyat mengenai penambahbaikan sistem Pilihan Raya.

Beberapa NGO termasuklah 3 parti yang bergabung di bawah Pakatan bakal menyertai Perhimpunan tersebut.

Sumber KL POS



"Ni yang patut depa lakukan"


Psssttt.. Depa nak berdemo? Biar pilah dengan depa kerana jutaan rakyat lagi mahukan kenteraman dari sibuk menyalak bagaikan anjing macam pembangkang lakukan.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Video Adun DAP Mengamok Dalam Dewan




Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) mengaruk di sidang DUN Perak hingga MB Zambery pun terkejut.

Ming Kai ini yang kami pernah dok tegur pasal kerja mengheret seorang wanita Melayu hingga kelihatan bekas ditengkok tapi asyik lari bila ditanya pasal kahwin. Dia memberi beberapa soalan tapi naik marah apabila exco yang dimahu jawab tidak menjawab atau menjawab ikut yang dia harapkan. Soalan dipercayai melibatkan balak, pertanian, kuari dan pertanian.

Menurut speaker Dato R.Ganesan, setiap soalan perlu releven untuk dijawab. Kat situ dah faham. Lagi yang dia tak faham adalah Standing Order 23 (1)(a) yang menegah sebarang nama disebut dalam soalan. Langsung Chan pergi ke podium speaker untuk berkelahi sbelum akhirnya dihalau speaker.

Untuk Lihat Video Kebiadapan Adun DAP Bangsat ni KLIK DISINI

Tahniah le DAP yang dah makin berani lebih kehadapan menunjukkan belang mereka dalam pentadbiran sistem negara. Makin menyerlah mereka ini bila tuntutan mereka tidak diperolehi dan bertindak keterlaluan. Syabas juga buat PAS dan PKR yang menjadi sahabat karib DAP.


Psssttt... Rakyat boleh nilai apakah kita mahu Dewan Undangan Negeri disemua negeri dijadikan Sarkas oleh mereka pakatan pembangkang ini?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

BN Patut Malu Dengan KejayaanKerajaan Pakatan Selangor



Kejayaan selama 4 tahun pentadbiran Selangor patut membuatkan Kerajaan pusat Barisan Nasional berasa malu. Urus tadbir negeri yang cekap menjadikan Selangor negeri Maju dibawah pentadbiran Pakatan PAS,DAP,PKR yang diketuai MB nya iaitu Khalid Ibrahim.

Malah turut berkembang adalah sampah yang kini diurus setia oleh Keroni keroni Pakatan Selangor sehingga menjadikan Selangor Negeri Sampah terbaik sepanjang pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor menewaskan pentadbiran Kerajaan BN sebelum ini.


















Tahniah Kerajaan PAS,PKR,DAP Selangor atas kejayaan mendominasi sampah didalam Selangor. Sememangnya BN patut malu kerana sewaktu BN Mentadbir dahulu tidak berlaku pekara sedemikian.


Selangorku Sampahku
Syabas Khalid Ibrahim


Psssttt... Depa memang suka makan sampah le puak pakatan ni...


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP