Aaron Aziz satu nama yang cukup popular waktu ini dengan lakonan beliau yang boleh Gomo katakan mantap dan berkesan sekali.Watak yang beliau lakonkan dibawa dengan begitu baik dan boleh Gomo nyatakan disini selepas
Rosyam Nor beliau layak diangkat sebagai
Hero Malaya yang baru.Tempoh hari beliau memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian yang mana keputusan tersebut telah mencetuskan Kontroversi pelbagai pihak baik dari rakan artis mahupun dikalangan Blogger. Isu yang kononya dikatakan Aaron Aziz tidak layak mendapat anugerah tersebut kerana beliau adalah rakyat Singapura.
Rakan
Blogger Parpu Kari ataupun dikenali dengan nama House PK telah mengkritik Aaron Aziz diatas kemenangan yang beliau perolehi. Kata Parpu Kari dalam blog beliau.
"aku rasa negara kita ni tak le ketandusan pelakon sampai kita nak angkat orang-orang SINGAPORK jadi Champion ok, kepada rakyat malaysia yang memilih Aaron tu, bawak0-bawak la bertaubat sikit. Apa nak jadi dengan korang ni? Apa negara kita dah takde palkon yang boleh tandingi mamat Singapork tu ke? mmat tu dok bangga tunjuk IC Singapork dia sampai orang terperasan tangan dia berkurap tu tak sedar ke bahawa dia sayangkan negara dia?"
House PKGomo langsung tidak bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Parpu Kari dalam blog beliau berhubung kemenangan Aaron Aziz tempoh hari. Pada pendapat Gomo Parpu Kari Naif sama sekali kerana tidak peka akan dunia semasa hari ini.
Apa salahnya Aaron Aziz memenangi Anugerah Bintang Paling Popular dalam Malaysia ini? Dimana pula yang menyatakan ada akta bahawa setiap Anugerah Bintang Popular mesti diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja?
Parpu Kari dan juga mereka yang mengkritik kemenangan Aaron Aziz sepatutnya lebih cerdik dalam hal ini kerana mereka harus ingat bahawa setiap pemenang Anugerah Bintang Harian adalah ditentukan oleh para pembaca melalui undian yang diadakan. Kemenangan yang bukannya ditentukan oleh seorang individu mahupun pihak Berita Harian sebaliknya ditentukan oleh para pembaca itu sendiri. Majoriti pembaca Berita Harian sudah memutuskan untuk memberikan kemenangan Anugerah Bintang Popular kepada Aaron Aziz.
Kemenangan melalui sistem demokrasi dan bukannya konspirasi sehingga memberikan kemenangan kepada Aaron Aziz.

Borang Anugerah Bintang Popular Melalui Proses Demokrasi
Secara Undian dari pembaca.
Gomo tidak kenal secara dekat Aaron Aziz tetapi melalui lakonan dalam beberapa buah filem yang Gomo tonton memang memperlihatkan bakat yang ada pada Aaron Aziz dan memang beliau sesuai dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Bintang Popular 2011.
Apakah kita perlu menafikan bakat seseorang itu kerana beliau bukan anak Malaysia?Ini masaalah rakyat Malaysia macam Parpu Kari dan beberapa yang lain mengkritik kemenangan orang yang bukan anak Malaysia. Mereka tidak peka dengan perkembangan dunia yang mana tidak semestinya pemenang itu mesti anak tempatan. Anugerah Bintang Popular Berita Harian bukannya satu anugerah Tertutup yang dikhaskan untuk artis Malaysia sahaja tetapi ianya merangkumi seluruh dunia.
Jika artis Korea ataupun Indonesia yang memenangi Anugerah tersebut perlukan dikecam sepertimana Aaron Aziz? Apakah kerana bukan rakyat Malaysia maka kita perlu menafikan kemenangan mereka yang mana keputusan untuk memilih pemenang ditentukan oleh para pembaca Berita Harian itu sendiri?
Cukuplah berada ditakuk lama, kembangkan lah minda tu untuk melihat persekitaran dunia yang tampa sempadan hari ini. Di Hollywood pelbagai anugerah diberikan dan ianya juga tidak tertumpu hanya untuk warganegara Amerika sahaja. Begitu juga di Britain, France dan lain lain negara lagi.
Jika seseorang itu layak untuk menang mengapa kita perlu lagi mempertikaikannya?
Aaron Aziz Layak Menang
Buat Blogger Parpu Kari bermuhasabah diri anda agar menerima keputusan undian dari para pembaca Berita Harian yang telah memilih Aaron Aziz sebagai pemenang. Jika anda tidak berpuas hati dengan Aaron Aziz kerana
menolak tawaran berlakon Filem dari syarikat anda maka jangan jadikannya sebagai mangsa dendam dalam hal ini. Berfikir secara matang dan lihat jauh ke hadapan dalam memajukan industri seni negara agar diangkat lebih tinggi dan setanding dengan negara dunia luar.
Dan tak lupa kepada artis artis Malaysia lain yang turut mengkritik kemenangan Aaron Aziz. Mantapkan lagi kerjaya anda dan sepatutnya jadikan kemenangan Aaron Aziz seorang warganegara Singapura ini sebagai pemangkin untuk berjaya dan berada dikedudukan lebih baik melalui cara yang positif dan lebih berakal.
Gomo dengan ini
menyokong penuh keputusan Anugerah Bintang Popular tempoh hari dengan memberikan Kemenangan kepada Araon Aziz seorang rakyat Singapura yang menyumbangkan bakat yang beliau ada bagi mewarnai dunia seni lakonan tanah air Malaysia ini. Walaupun beliau rakyat Singapura namun bakat yang beliau ada tidak patut diukur dan dibezakan kerana beliau bukan rakyat Malaysia.
Gua Sokong Aaron Aziz Anak Melayu Singapura
Kemenangan beliau meraih Anugerah Bintang Paling Popular 2011 anjuran Berita Harian adalah keputusan para pembaca yang terdiri dari rakyat Malaysia. Satu keputusan yang adil melalui proses Demokrasi secara telus.Psssttt.... Negara luar bagi penghargaan kepada artis Malaysia tu kita tak kritik pulak? SengalDAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...