Blogger Parpu Kari & Haji RBF Onlie Lebih Baik Diam Dari Terus Memekak Pertikai Kemenangan Aaron Aziz
Friday, April 13, 2012
Mereka Memang Layak Menang
Makin meleret leret si Parpu Kari ni menghentam Aaron Aziz Artis Bintang Paling Popular Berita Harian. Tak cukup dengan itu dipertikaikan pula kerakyatan Aaron Aziz yang mendapat PR Malaysia. Apa masaalah Parpu Kari ni? KLIK DISINI
Turut menyampuk dalam pertelagahan Gua dan Parpu Kari ni si Blogger Haji RBF Online. Mula mula bila baca tulisan KLIK DISINI dia berhubung isu ni nampak macam Neutral tapi last sekali dia corner baring sokong si Parpu Kari pulak. Apa punya Haji ni? Patut Neutral bukan nya menyebelahi pihak Parpu atau Gomo.
Tapi gua tak kisah lah sapa nak sokong Parpu Kari pun yang pasti Aaron Aziz memang layak menang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian. Si Haji RBF Online kata pihak Berita Harian tak patut senaraikan Aaron Aziz dalam kategori tersebut yang menunjukkan si Blogger RBF Online dan Parpu Kari ni BUTA dengan apa yang tercatat pada Borang Berita Harian. Meh sini tengok wahai sahabat Blogger Haji RBF Online dan Parpu Kari.
Bagaimana pula dengan syarat syarat bagi menentukan Artis Bintang Paling Popular Berita Harian 2011? Apakah ianya tidak telus ataupun satu Konspirasi sehingga menyebabkan Aaron Aziz menang? Meh sini baca Syarat syarat nya pula:
Terma dan Syarat-syarat undian melalui akhbar
- Anda hanya boleh memlilih LIMA (5) CALON BAGI SETIAP KATEGORI dengan menandakan pangkah (x) di ruangan yang disediakan dan lengkapkan soalan.
- Pemilihan Bintang Paling Popular adalah tidak termasuk calon-calon untuk kategori Anugerah Seri Perak.
- Anda perlu lengkapkan borang sebelum dihantar kepada pihak penganjur.
- Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi MESTI menggunakan BORANG ASAL. Salinan borang tidak diterima.
Kemenangan Aaron sekali gus mengenepikan pemenang tahun lalu juga pelakon Shaheizy Sam serta tiga lagi finalis dengan undian tertinggi, Zizan Razak, Maya Karin dan Najwa Latiff.
Lima tahun tercalon sebagai calon Top 5 untuk kategori Pelakon Lelaki TV Popular, namun kemuncak kerjaya Aaron dilihat begitu ketara sejak tahun lalu.
Lima tahun Aaron Aziz didalam senarai TOP 5 tidak ada mana mana pihak pun membantah beliau tetapi bila beliau menang Anugerah tersebut maka ada pula pihak yang tidak puas hati. Sepatutnya sepanjang 5 tahun beliau didalam senarai Top 5 sudah ada pihak yang bantah dan bukanya sekarang ianya perlu dipertikaikan.
Buat Blogger Haji RBF Online dan Parpu Kari sepatutnya anda juga membantah tercalonnya Aaron Aziz 5 tahun berturut turut dan bukannya sekarang. Ni lah sikap orang Melayu Haprak yang dari awal tidak mahu protes tetapi bila dah menang sibuk nak protes sana sini.
Si Blogger Parpu Kari kata Aaron Aziz ni lupa diri dan bla bla, Aaron Aziz rakyat Singapura dan tak layak menang di Malaysia dan sarankan Aaron Aziz balik Singapura. Ehhhh Parpu Kari! Aaron Aziz memang rakyat Singapura dan beliau akui memang beliau anak Singapura. Tidak pernah beliau Hipokrit menyatakan beliau bukan rakyat Singapura.
Sebelum ini ada beberapa individu diberikan taraf penduduk sementara atas jasa mereka dalam membantu negara seperti Jurulatih Badminton Malaysia. Salah kah mereka ini diberikan Taraf Penduduk tetap atas jasa mereka?
Aaron Aziz memang layak mendapat taraf penduduk tetap kerana membantu menaikkan persana seni tanah air. Malah beliau mempertingkatkan lagi mutu perfileman negara. Takkan lah kita tak boleh fikir? Bukan Aaron Aziz boleh mengundi pun.
Gomo tahu sebenarnya Parpu Kari ni Bengang dan marah pada Aaron Aziz kerana artis popular tu telah tolak tawaran yang Parpu Kari berikan untuk berlakon dalam Drama nya. Si Haji RBF Online ni pula bukan ambik tahu pun perkembangan artis lain selain dari Wardina.
So Parpu Kari hang toksah lah nak meroyan marah Aaron Aziz bila dia taknak berlakon dalam drama hang tu. Patut hang cari lah artis melayu lain yang rakyat Malaysia. Toksah cari Aaron Aziz rakyat Singapura. He he he.
Apa sekalipun Aaron Aziz memang layak menang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011. Kalau kau orang nak baca artikel lagi PEDAS yang teramat Dasyat meh layan Blog Kak Jee ni KLIK DISINI.
Pssstttt.... Parpu Kari dengan Haji RBF Online ni macam Gay pulak....hahaha
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT








