Rumah Allah Dijadikan Medan Penyebaran Aktiviti Songsang

Saturday, April 21, 2012



Risalah BERSIH yang diedarkan di sebuah Masjid di Selangor semalam. Gambar ini diemelkan kepada Gomo oleh seorang muslim yang bersolat Jumaat di Hulu Selangor. Kata beliau:

"Sedang duduk mendengar Khutbah orang dibelakang saya mencuit bahu saya dan kemudiannya memberikan kertas yang dilipat. Saya mengambil kertas tersebut tampa rasa curiga dan apabila membukanya alangkah terkejut kerana mendapati kertas yang diberikan kepada saya itu adalah risalah BERSIH yang mengajak rakyat menyertai BERSIH"

"Sungguh saya kecewa apabila ada yang begitu taksub sehinggakan rumah Allah dijadikan bahan kempen dengan tindakan sedemikian. Apakah sudah hilang kewarasaan mereka ini dalam melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam sehingga lupa membezakan yang mana medan politik dan yang mana medan ugama?"

Saya hanya mampu mengucap panjang dan dengan kejadian semalam. Semoga pekara sebegini tidak lagi berulang didalam rumah Allah dalam menyebarkan dakyat serta politik yang tidak ada kena mengena dengan Islam".

Kiriman Emel Dari Hulu Selangor


Psssttt... Apa nak jadi dengan mereka pelampau sebegini sampaikan Rumah Allah dijadikan tempat berkempen menentang Kerajaan Islam.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT





Read more...

Video Tok Him Balun Mahasewel


"PAS For ALL'






Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali percaya mahasiswa yang berdemo di Dataran Merdeka dalam usaha memansuhkan pinjaman PTPTN hanyalah permainan politik pembangkang.Beliau mendakwa kegiatan berkampung di Dataran Merdeka malah mendirikan khemah yang melanggar undang-undang dalam taman
itu sebenarnya ada dalang di sebaliknya.

"Saya tengok ada kereta berhenti hulur duit,khemah. Saya tak percaya mereka
duduk 3-4 hari secara sukarela jika tidak dibayar"-ujarnya.


Sumber KL POS

Memang benar kata Tok Him yang mahasiswa robot yang berdemo di Dataran tu telah dibayar oleh pihak tertentu. Dan pihak yang menaja mereka adalah Pemimpin pembangkang. Depa memang dah dijadikan robot oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang.


Psssttt.. Steady lah Tok Him...memang mantap penerangan dan penjelasannya.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

Tempoh Kempen Pilihanraya 13 10 Hari Satu Tindakan Tepat






Pilihanraya Umum ke-13 kali ini akan menyaksikan tempoh masa kempen selama 10 hari minimum, akses penuh bagi media kepada semua parti-parti politik dan undi pos untuk media, pekerja pilihanraya dan juga rakyat yang berada di luar negara, menurut Suruhanjaya Pilihanraya.

Panel SPR, yang ditemui kelmarin, telah bersetuju untuk melaksanakan kesemua cadangan yang dibuat, juga termasuk 22 cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan akan perkara tersebut dalam satu kenyataan.

Suruhanjaya tersebut telah melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dibawa oleh jawatankuasa itu di dalam laporan mereka.

Berkenaan dengan cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen, tujuh daripada panel yang terlibat telah bersetuju untuk melaksanakan kajian terhadap perlaksanaan cadangan tersbeut.

"SPR kini sedang bertungkus-lumus dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan PRU. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti proses pilihanraya selaras dengan rangka kerja undang-undang dan keupayaan kami untuk melaksanakannya, " kata beliau.

Bagi tempoh untuk berkempen, Abdul Aziz berkata bahawa SPR akan menentukan perihal tersebut dalam satu mesyuarat khas setelah Parlimen dibubarkan dan juha tarikh-tarikh penting bagi PRU-13.

SPR juga telah bersetuju untuk mengambil beberapa langkah penting supaya setiap parti dan calon boleh mendapat akses yang adil kepada media. "Untuk perkara ini, kami akan mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua parti bagi membingcangkan akan hal ini," tambah beliau.

SPR juga telah bersetuju untuk menambah jumlah kemudahan undi pos untuk digunakan oleh rakyat yang berada di luar negara. "Cara ini adalah cara yang paling sesuai. Setiap undi yang dibuat akan dihantar ke pegawai-pegawai negeri bagi mereka yang sudah mendaftar sebagai pengundi,"

Bagi media pula, SPR menyatakan bahawa mereka perlu memohon untuk undi melalui pos kepada pegawai di kawasan masing-masing dan permohonan mereka perlulah disahkan oleh majikan mereka.

Bagi pekerja pilihanraya pula, suruhanjaya tersebut berkata bahawa mana-mana pegawai pilihanraya yang bertugas semasa hari pengundian dijalankan, mereka boleh membuat undi secara pos.

Bagaimanapun, SPR akan memberi lebih perhatian bagi mereka yang bertugas di kawasan pengundian. "Pengundi-pengundi ini akan membuat undian mereka di tempat kerja," kata beliau.

Psssttt... hangpa boleh fikir puak pembangkang ni punya kerja jahat nak menghabiskan duit rakyat


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

DAP & PAS Kecam PKR



Berita ini penulis dapati dari sumber dalaman yang kuat dan boleh dipercayai.Kelmarin , di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat akibat dari isu pemansuhan PTPTN.

DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri. Kini, seluruh parti Pakatan Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN.

Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut. Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan. Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.

Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP. Oleh itu, walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit ‘muka’ kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Bagaimanapun, menurut mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya.

Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam. Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.

Kita percaya, PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini. Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri. Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.

Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran.

Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh. Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3.

Apa nak dikata, bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang melantiknya. Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri. Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya.

Sumber Beruang Biru

Psssttt.. Memang tak masuk akal untuk mansuhkan PTPTN, jangan kita diperbodohkan oleh mereka pembangkang


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP