Dari Dataran Merdeka Ke Stadium Merdeka Bakal Menyaksikan Pertumpahan Darah
Thursday, April 26, 2012
"Niat mereka adalah Mengganas pada 28hb ini"
Bermula esok akan ramai penyokong Pakatan PAS,DAP dan PKR akan masuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0. Paling ramai yang hadir dijangkakan datangnya dari Kelantan ekoran Fatwa Nik Aziz yang mewajibkan rakyat Kelantan turun ke Demo Bersih. Turut sama menghantar kontijen ke Perhimpunan BERSIH adalah negeri Selangor dan Kedah dan Pulau Pinang.
Pakatan Pembangkang di negeri lain juga menghantar ahli mereka ke Demo BERSIH kali ini dan boleh Gomo katakan jumlah yang hadir berkemungkinan sekitar 30 ribu orang yang mana merupakan satu perhimpunan yang paling ramai pernah dibuat pembangkang.
Namun demikian sasaran utama yang sebelum ini dinyatakan oleh Anwar Ibrahim adalah kehadiran ahli peserta seramai 500 ribu orang. Dan jika 30 ribu sahaja yang hadir maka membuktikan bahawa Demo tersebut telah GAGAL sebelum berlangsungnya hari tersebut pada 28 hb ini.
Apa yang menarik untuk Gomo ulas disini adalah penolakkan Ambiga dengan tawaran yang telah diberikan pihak DBKL, Stadium Bukit Jalil, Stadium Merdeka dan juga jaminan keselamatan oleh pihak PDRM jika Ambiga mengadakan perhimpunan aman di Stadium yang ditawarkan. Mengapa AMbiga ketua pada BERSIH 3.0 ini menolak tawaran yang telah diberikan?
Ambiga menyatakan tawaran tersebut lambat ditawarkan dan masa yang tidak cukup maka pihak BERSIH tidak dapat bersetuju dengan tawaran yang diberikan untuk diadakan perhimpunan aman di Stadium. Betul ke masa tidak cukup?
Gomo lihat apa yang dinyatakan Ambiga ini tidak lain dan tidak bukan sememangnya satu alasan yang Bodoh dan tidak berakal sama sekali. Mana mungkin masa tidak cukup jika lokasi yang hendak ditukarkan itu adalah bersebelahan sahaja dengan Dataran Merdeka.
Stadium Merdeka yang jaraknya kira kira 3 kilometer dari Dataran Merdeka semestinya tidak memberikan sebarang masaalah untuk pihak BERSIH menukar plan perhimpunan mereka. Apakah berbatu jauh sampai patah tulang lutut jika berarak ke Stadium Merdeka?
Jika benar mendatangkan masaalah buat para peserta perhimpunan BERSIH sekalipun pihak Polis pastinya akan membantu para pendemo ini dengan memberikan laluan buat mereka untuk menuju ke dalam Stadium Merdeka. Pendek kata tidak ada sebarang halangan buat mereka ini untuk berhimpun di Dataran Merdeka jika niat mereka ikhlas dan suci untuk berhimpun.
Tapi bila tawaran yang baik untuk berhimpun ditolak maka kita rakyat Malaysia pastinya sudah mengetahui apa niat mereka ini pihak BERSIH yang didalangi Pemimpin Pembangkang. Lain dan tidak bukan adalah kerana agenda mereka yang cuba mencuetuskan huru hara pada 28hb ini di kawasan orang ramai yang akhirnya akan menyebabkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas mereka.
Itu sebenarnya yang mereka mahukan iaitu Rusuhan yang kemudiannya akan dicanang seluruh dunia bahawa Malaysia menzalimi peserta perhimpunan BERSIH. Mereka akan jaja akan kekejaman pihak POLIS walhalkan sejak dari peringkat awal lagi pihak Kerajaan Malaysia, Polis, DBKL sudah memberikan tawaran yang terbaik buat mereka malah jaminan keselamatan juga diberikan dalam memastikan perhimpunan BERSIH yang mereka lakukan berjalan lancar.
Rakyat Malaysia boleh nilaikannya sendiri dan sama sama fikir apa faedah untuk kita menyertai satu perhimpunan yang akhirnya akan mewujudkan kacau bilau dan menggangu kententeraman awam. Ingat kata Mat Sabu PAS tempoh hari:
"Kita akan tawan Dataran Merdeka biar Bermandi Darah sekalipun"
Ikhlas ke mereka nak berhimpun aman?
Psssttt...Agen Asing sudah mula masuk ke Malaysia, nantikan wajah wajah mereka di lokasi Perhimpunan BERSHIT
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT






