Polis Acu Pistol Tindakan Tepat Bagi Menyelamatkan Anggota Polis Yang Dipukul Pakatan Rakyat
Thursday, May 3, 2012
Pihak pembangkang cukup hebat memainkan sentimen Polis cuba membunuh para peserta BERSIH 3.0 tempoh hari. Bermacam macam cara yang mereka cuba lakukan dan yang paling pasti berhubung insiden dimana seorang anggota Polis Trafik mengacukan Pistol ke arah pendemo BERSIH 3.0 sepertimana didalam video dibawah ini.
Jika kita lihat apa yang dilakukan oleh anggota Polis Trafik tersebut ianya mungkin keterlaluan namun apa yang dilakukan oleh anggota Polis tersebut adalah demi menyelamatkan nyawa beliau dan juga anggota polis yang teruk dibelasah oleh pendemo waktu itu di hadapan Sogo.
Keganasan yang mereka pihak BERSIH lakukan pada 28hb agak luar biasa yang mana pihak Polis yang mengawal keselamatan turut mendapat pukulan dan amukan dari pendemo Pakatan Pembangkang sehingga angota Polis cedera parah dan dimasukkan ke ICU.
Serba sedikit jawapan berhubung insiden Polis Trafik mengacukan senjata api:
"Merujuk kepada kejadian seorang anggota polis trafik mengacukan pistol ke arah para perusuh seperti yang dipaparkan dalam video : Cop Points Gun At Protester " oleh Syed Jaymal Zahidd bertarikh 2 hb Mei 2012.
Insiden ini adalah rentetean daripada kejadian sebuah kenderaan polis yang telah dibaling, dirempuh, dirosakkan dan akhirnya diterbalikkan oleh perusuh perusuh. Dalam masa yang sama, seorang anggota polis trafik yang berada dekat tempat kejadian pada ketika itu telah cuba mendapatkan bantuan, namun anggota polis tersebut telah dikepung oleh para perusuh.
Justeru itu, dalam usaha anggota tersebut untuk mengawal keselamatan diri dari para perusuh yang ramai dan agresif, maka angota polis tersebut telah mengeluarkan senjata api untuk tujuan keselamatan diri. Namun tiada tembakan yang dilepaskan dan para perusuh telah berundur dan keadaan menjadi reda. Tanpa berbuat demikian nyawa anggota polis tersebut dalam keadaan terancam memandankan jumlah perusuh yang ramai dan agresif.
Berdasarkan faktor tersebut tindakan anggota polis tersebut tidak menyalahi undang-undang dan "justifiied".
Itu adalah fakta dan bukannya auta sepertimana yang disebarkan oleh Pakatan Pembangkang melalui media Fitnah mereka yang menyatakan Polis cuba membunuh peserta Demo BERSIH 3.0.
Namun apakah anda semua tahu bahawa seorang anggota Polis Trafik telah patah Kaki akibat dipukul oleh peserta BERSIH 3.0 ? Apakah anda tahu pada waktu kejadian anggota Trafik tersebut dipukul, disepak bertalu talu tampa belas ehsan mereka pendemo yang terdiri dari ahli PAS,PKR dan DAP ini?
Psssttt... Kalau Gomo jadi Polis tu sah sah ada yang kena tembak beb, lebih baik selamatkan nyawa kita dari jadi korban keganasan puak tak bertamadun.
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Al Fatihah
Berita Selanjutnya KLIK DISINI











