100 ribu dengan berbaju merah memenuhi Stadium Bukit Jalil malam tadi sewaktu ulangtahun UMNO yang ke 66 tahun. Mungkin ada yang cuba menyangkal angka 100 ribu yang Gomo sampaikan namun itulah realitinya apabila Stadium Bukit Jalil menjadi saksi akan aura
"Gelombang Merah".Malah 100 ribu ahli UMNO yang hadir juga tidak melakukan pekara yang diluar akal difikiran seperti puak BERSIH 3.0 yang menjahanamkan harta awam dan menyusahkan orang ramai.
Sehari dua ini Gomo nak mengulas mengenai ulang tahun UMNO yang ke 66 tahun yang mana jika dihitung ianya sudah menghampiri
7 dekad UMNO bertahan dalam pentas politik negara. Malah setakat ini UMNO satu satunya parti di dunia yang mampu bertahan dalam Negara Demokrasi berbanding negara luar terutama negara barat. Itulah kekuatan UMNO yang merupakan tunjang kekuatan orang Melayu.
Apa yang menarik untuk Gomo ulas disini adalah perhimpunan aman yang berlangsung didalam Stadium malam tadi. Ternyata bahawa UMNO telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa pihak BERSIH 3.0 silap sama sekali yang mana sebelum ini menyatakan Stadium tidak sesuai digunakan untuk diadakan perhimpunan.

"I sorang pun boleh cover tau"
Malam tadi
100 ribu orang memenuhi Stadium Bukit Jalil yang mana 3 kali ganda dari pihak BERSIH 3.0 yang berdemo tempoh hari di sekitar Kuala Lumpur. Pihak Polis yang berkawal semalam di Stadium Bukit Jalil juga difahamkan hanya merangkumi kira kira
100 orang sahaja termasuk Polis Trafik, GD, SB serta dibantu Rela, dan Bomba. Jumlah tersebut jauh berbeza dengan perhimpunan
BERSIH 3.0 yang mana pihak Polis terpaksa meletakkan kira kira
2000 anggota dan pegawai bagi mengawal perhimpunan haram tersebut. Dan itu tidak termasuk lagin pihak DBKL, Bomba, Rela dan lain lain.

3 anggota Polis dalam suasana yang aman
Malam tadi juga rakyat sebenarnya diberikan petunjuk bahawa perhimpunan aman didalam Stadium dapat dilakukan jika penganjur perhimpunan ikhlas dan sememangnya mahukan perhimpunan yang aman. Tidak sepertimana BERSIH 3.0 yang mana perhimpunan aman tidak berlaku sebaliknya keganasan dan kekejaman peserta demo mengatasi segala kebatilan yang ada waktu itu menjadikan satu titik hitam dalam kalendar negara.

Mereka Lebih Berakal Dari Pendemo BERSIH 3.0
Malah malam tadi juga tidak kedengaran suara suara sumbang dari ahli UMNO yang hadir yang memaki hamun pihak pembangkang tidak seperti pihak Pakatan Rakyat yang pada BERSIH 3.0 tempoh hari memaki maki umno dan pemimpin umno dengan kata kata nista dan perbuatan yang cela. Ternyata ahli UMNO mempunyai akal ketamadunan yang tinggi berbanding mereka didalam Pakatan PAS,DAP,PKR ini.
Syukur atas kejayaan ulang tahun UMNO ke 66 malam tadi yang mana dapat memberikan gambaran jelas buat rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO adalah sebuah kerajaan yang
bertamadun dan layak mentadbir Negara Malaysia ini berbanding Pakatan Rakyat yang tidak tahu dimana arah tuju mereka dalam mentadbir negara.
Buat pemimpin UMNO Syabas diucapkan kerana telah menjaga UMNO sejak dulu sehingga waktu ini yang sudah menghampiri 7 dekad lamanya. an kesempatan ini juga Gomo mengucapkan syabas buat ahli UMNO yang hadir malam tadi dalam keadaan yang panas dan penuh sesak itu anda semua mampu membuktikan Akal anda semua waras dan bertamadun sama sekali.
Hidup UMNO
Hidup UMNO
Hidup UMNO
Psssttt... UMNO jauh lebih bertamadun dari Pakatan Rakyat Haram
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...