Berkaitan kenyataan media yang di buat oleh Rafizi Ramli keatas National Feedlot Corporation (NFCorp) yang telah membuat aduan kepada BankNegara Malaysia (BNM) dan Public Bank (PB) . Dari awal paparan sidang media, kenyataan yang dibuat Rafizi ke atas NFcorp,beliau tidak habis-habis mendedahkan pelbagai maklumat yang telah diciptanyasendiri sebagai maklumat sahih berkaitan NFCorp.
Benar, Rafizi Ramli mungkin seorang akauntan yang bertauliah,tetapi Rafizi Ramli bukanlah seorang yang hebat dalam strategi komunikasi yangtelah distrukturnya dengan begitu membabi buta dan akhirnya telah menjeratbeliau ke gaung dalam yang dinamakan Banking and Financial Institution Act 1989(BAFIA). Satu tragedi yang maha hebat dalam industri perbankan Negara!
RAFIZI DAN BAHASASebagai pencinta, pengamal dan pemerhati komunikasi, sayamelihat dalam konteks penstrukturan strategi komunikasi yang dibuat oleh RafiziRamli sangat menarik.
Dari awal kemunculan Rafizi Ramli dalam sketsa NFC yangdiciptanya, dia telah secara kita sedar atau tidak, telah memilih danmenggunakan kuasa bahasa dan perkataan yang cukup meruntun jiwa pendengar(rakyat Malaysia). Semua perkataan dan susun atur bahasanya berbaur provokasi,simpati kerana semua orang tahu bahawa hanya dengan provokasi dan simpati bolehmembuatkan rakyat Malaysia bangkit amarah.
Antara bahasa yang digunakan ialah seperti
“PENYELEWENGAN,DANA AWAM, WANG RAKYAT, BERTUBI-TUBI, MEMBURU RAKYAT, PERIUK NASI, HARTANAHMEWAH dan sebagainya. Bahasa-bahasa yang digunakan Rafizi untuk menarikperhatian rakyat telah menyebabkan rakyat benci dengan bukan sahaja pada Dato’Seri Salleh Mohamad (Salleh), Pengerusi Eksekutif NFCorp, malah kepada KerajaanMalaysia secara keseluruhannya.
Walaupun begitu, Rafizi lupa bahawa lenggok bahasa dan penggunaanayat yang elok untuk meruntun jiwa dan minda rakyat Malaysia bukan bermaknabeliau boleh mengatasi kuasa Undang-undang Malaysia yang berdaulat.Sesungguhnya, simpati kemanusiaan tidak boleh sama sekali menafikan hakkebenaran. Nah, hari ini akibat dari sikap “tamak” Rafizi dengan merakus mindarakyat Malaysia telah menyebabkan beliau berada dalam tekanan BAFIA danUndang-undang Malaysia. Oh ya, kita jangan lupa bahawa sejak azali lagiorang-orang PKR telah dididik dan dimomokkan dengan Ketidakadilan undang-undangMalaysia, orang-orang PKR telah sejak azali lagi telah dilagukan dengan pelbagaikelemahan dan rasuah dalam undang-undang Malaysia. Selagi undang-undangMalaysia tidak berpihak kepada ekpektasi dan kehendak PKR, selagi itulah dansampai bila-bilapun, orang-orang PKR akan terus di “okestra”kan denganketidakadilan sistem perundangan Malaysia.
RAFIZI, SIMPATI DAN JOHARI MOHAMADSejak Rafizi dihadapkan dengan tekanan BAFIA yang dia sendirialpa (atau mungkin buat-buat tidak tahu kerana sangkakan NFCorp juga tidaktahu), Rafizi tidak sudah-sudah menagih simpati rakyat. Contohnya dalam artikelyang ditulisnya dalam Malaysia Chronicle, beliau cuba untuk menggaburi hakikatundang-undang dengan cuba mengalih pandangan rakyat keatas kesilapan yang beliausendiri telah lakukan (iaitu melanggar akta BAFIA).
Iya, mungkin rakyat boleh simpati dengan segala runtun bahasayang diciptanya, tetapi beliau jangan lupa bahawa rakyat tidak mungkinmemaafkan beliau andainya rakyat juga akan tahu akhirnya nanti apa yangdilakukan Rafizi selama ini ke atas NFCorp dan Salleh hanyalah sekadar helahbeliau untuk mendapat tempat dalam politik dan untuk menjatuhkan kuasa melayusendiri dalam industri daging Negara yang selama ini dimonopoli oleh kaum bukanbumiputra dan kuasa asing.
Tiba-tiba, entah dari mana, nama dan figura Johari Mohamadberada dalam sketsa polimik Rafizi Ramli. Johari Mohamad telah didakwa Rafizimenjadi mangsa kepada aduan bertubi-tubi yang dibuat Salleh ke atas BNM dan PB.Ini adalah satu penipuan yang cukup dasyat dibuat Rafizi. Salleh dan NFCorptidak pernah kenal siapa Johari Mohamad. Salleh dan NFCorp tidak pernah membururakyat seperti yang didakwa Rafizi. Tetapi, atas dasar hak rakyat Malaysia yangpatut dilindingi privasi maklumat akaun, Salleh dan NFCorp wajar melaporkankepada BNM dan PB diatas pendedahan maklumat akaun peribadi dan syarikat NFCorpyang dibuat oleh Rafizi. Yang dipersoalkan oleh Salleh kepada BNM dan PB ialah,bagaimana maklumat akaun peribadinya dan syarikat NFCorp boleh terlepas kepadaorang ketiga? (Rafizi).
Akibat dari aduan dan laporan yang dibuat Salleh dan NFCorp,BNM dan PB telah menjalankan siasatan. Apa yang mengejutkan ialah, Rafizi Ramlidalam keadaan panik dan gelisah akibat dari tekanan BAFIA keatasnya, telah menuduhSalleh menutup periuk nasi rakyat dan Johari Mohamad menjadi mangsa buruanSalleh. Inilah manipulasi bahasa dan fakta yang di buat Rafizi hanyasemata-mata untuk menggaburi minda dan pandangan rakyat Malaysia.
Rafizi jangan lupa bahawa tekanan yang beliau buat selama hampirsetahun keatas Salleh dan NFCorp telah menyebabkan Salleh diheret ke Mahkamah,Shahrizat letak jawatan, aset syarikat dibekukan, operasi syarikat tergendala,kakitangan NFCorp terpaksa diberhentikan, perniagaan merudum – semua ini angkaraRafizi Ramli yang tidak cukup-cukup lagi hingga hari ini memanipulasi pelbagaifakta hingga menyebabkan reputasi Salleh dan juga syarikat-syarikat NFCorp terjejas teruk.
KESIMPULANRafizi boleh terus dengan strategi yang dibuatnya. Semakinkerap beliau bercakap, semakin banyak kelemahan yang akan dapat dilihat. Beliauboleh terus pengaruhi minda rakyat dengan pelbagai provokasi dan manipulasifakta yang beliau cipta, tapi akhirnya nanti undang-undang Malaysia yangberdaulat akan menentukan segala-galanya.
Psssttt... Rafizi Ramli cukup kuat dengan Fitnah dan rekayasa melampaui batas demi bodok nya kepada Anwar untuk menjadi Calon PRU dan Ketua AMK yang baru.DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...