Negatif Atau Positif Himpunan Jutaan Belia?

Sunday, June 3, 2012




Berakhirlah sudah Perhimpunan Jutaan Belia 2012 yang mana telah menghimpunkan seramai 2 Juta belia dari seluruh pelusok negara dalam menyertai pelbagai acara di Putrajaya. Macam macam cerita yang bergema sama ada dari sudut positif ataupun negatif.

Untuk makluman semua, Gomo berada di Putrajaya sejak 23hb yang lalu dan sehinggalah pada tanggal 27hb lalu dalam melihat sendiri program HBN 2012 berlangsung. Malah boleh Gomo katakan setiap lokasi program Gomo telah sampai dan melihat sendiri apa yang berlaku sepanjang himpunan Jutaan Belia berlangsung.



SUKSESS dan sememangnya perlu diadakan pada tahun hadapan dan ianya tidak perlu untuk capai sasaran 3 atau 4 juta belia memadai hanya Sejuta belia. Gomo nyatakan demikian kerana sepanjang Himpunan Jutaan Belia berlangsung Gomo melihat satu fenomena yang luar biasa iaitu rakyat Malaysia khususnya golongan belia dapat berhimpun dan beriadah dalam aktiviti yang berfaedah dan mendatangkan Manfaat buat para belia itu sendiri.



Ini merupakan satu himpunan Belia yang terbesar di Malaysia, Asia malah boleh dikatakan di dunia sekalipun. Satu perhimpunan hadiah dari kerajaan buat para belia dalam mengiktiraf bidang yang mereka ceburi ataupun menjadi minat mereka seperti sukan Ekxstream, Bermotor, Berkhemah dan lain lain.



Paling membuat Gomo teruja apabila melihat ramai rakyat Malaysia berkunjung ke Putrajaya dalam suasana yang harmoni tampa sebarang insiden tidak diingini seperti pergaduhan dan sebagainya. Ini merupakan satu suasana yang benar benar harmoni dengan penyertaan pelbagai kaum baik Melayu, Cina, India dan lain lain. Suasana ini belum tentu dapat dilakukan pada program program besar yang lain dan dalam keadaan suasana yang santai sama sekali.

Dimalam hari Gomo lebih teruja kerana melihat bermacam gelagat para belia dan juga yang sudah berkeluarga hadir dan duduk disetiap pelusuk bangunan bangunan kerajaan. Dan yang paling sempoi apabila padang padang yang ada dijadikan tempat bersantai sampai ada yang membaringkan diri diatas halaman rumput disitu. Suasana sebegini belum pernah dilihat disekitar Putrajaya dan jika tidak kerana Himpunan Jutaan Belia belum tentu rumput tersebut mendapat manfaatnya.



Ada komen negatif yang menyatakan HBN 2012 ini sekadar syok sendiri dan kalau tak kerana memanggil artis belum tentu para belia akan datang. Komen negatif sebegini sebenarnya adalah satu kenyataan yang boleh Gomo takrifkan sebagai kurang bijak dan tidak berfikiran matang. Satu kenyataan yang sebenarnya bersifat iri hati ataupun kenyataan orang yang kecewa kerana program HBN 2012 berjaya menghimpunkan para belia.



Harus kita ingat bahawa program HBN ini bukanlah satu program politik ataupun ceramah politik. Himpunan Jutaan Belia adalah satu program dimana Kerajaan menghargai peranan belia di Malaysia serta cuba memberikan kepuasaan kepada para belia untuk menikmati segala kemudahan yang diberikan kerajaan sepanjang program berlangsung.

Dalam masa yang sama juga Kerajaan telah memberikan imej jelas kepada para belia dan rakyat Malaysia bahawa Putrajaya adalah milik bersama dan sesiapa sahaja boleh datang ke Putrajaya dan beriadah disana. Ini hasrat murni kerajaan yang ada dan sudah pasti kedatangan para belia ke Putrajaya mestilah disulami dengan persembahan kumpulan artis yang menjadi kegilaan para belia.


Apakah kita hendak memanggil para belia ke Putrajaya dengan menyogok mereka gambar pemimpin politik ataupun bendera politik? Apakah kita perlu memaksa para belia hadir ke Putrajaya bagi memegang bendera BN dan parti komponen BN yang ada?

Hasrat Kerajaan yang mahukan Putrajaya dijelajahi oleh rakyat Malaysia telahpun tercapai sama sekali. Malah rata rata yang Gomo temui kagum dengan Putrajaya dan kepimpinan Kerajaan kerana mengadakan satu hari khas buat para belia beriadah dengan tenteram, aman dan kemudahan yang cukup buat mereka.



Inilah yang diinginkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir yang merupakan pencetus kepada Putrajaya ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Impian beliau untuk melihat Putrajaya dikunjungi oleh rakyat Malaysia telahpun terlaksana dan dengan peranan Najib Razak Perdana Menteri kita ini Putrajaya menjadi medan untuk para belia beriadah yang mungkin Tun M sendiri tidak terlintas program sebegini yang diilhamkan oleh Najib Razak ini.



Itulah hasrat murni kerajaan Barisan Nasional yang ikhlas dalam mendekati anak anak muda golongan belia agar terus mempertahankan Putrajaya lambang pentadbiran negara Malaysia yang tercinta ini.



Syabas buat Menteri Belia dan Sukan Dato Sri Shabery Cheek yang begitu komited dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawapkan kepada beliau oleh PM kita. Beliau dibantu dengan Timbalan Menterinya, Presiden Belia dan mereka yang terlibat berjaya menghidupkan Putrajaya sebagai denyut nadi kepada negara Malaysia ini.

Gomo berharap agar tahun hadapan dan juga seterusnya Himpunan Jutaan Belia dapat dijalankan di Putrajaya ini. Meriahkan Putrajaya dengan aktiviti untuk para belia kerana belia di Malaysia sememangnya mengharapkan kasih sayang dari kerajaan untuk diri mereka dihargai.







Syabas Najib Razak, well Done Shabery Cheek dan Tahniah kepada para belia yang mengambil bahagian dalam Himpunan Jutaan Belia 2012. InsyaAllah tahun hadapan kita ketemu lagi dan pastinya para belia tidak sabar untuk menyertai perhimpunan yang akan datang.

Psssttt... Majority belia ingin didekati pemimpin politik, HBN merupakan satu langkah yang baik buat kerajaan BN mendekati dab menghargai para belia.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP