Yb Zulkifli Nordin Akui Batang Lawan Batang Perjuangan Utama Ambiga

Wednesday, June 13, 2012






Mantap dan terbaik dari Yb Zulkifli Nordin dalam membongkarkan agenda Pakatan Pembangkang. Ternyata apa yang beliau nyatakan adalah Fakta dan buakannya Auta sepertimana yang Pakatan Pembangkang mainkan.

AMBIGA PANDIKUTTY.
PAKATAN HARAMJADAH
PAS BARUA DAP

Psssttt... Mesti terus lanyak depa puak Pakatan Haram ni sampai lumat.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

EKSKLUSIF WWW 1 - Tuanku Sultan Hanya Kambing Hitam Dalam Pembunuhan Karier Politik Salahuddin Ayob?



Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dan itulah yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin ataupun lebih dikenali dengan nama NIZAR GILA.

Semalam di Parlimen beliau menyatakan kepada media bahawa beliau memohon Maaf atas kebiadapan beliau yang menghina DYMM Sultan Johor berhubung isu plat number WWW 1 yang dibelia oleh DYMM Tuanku Sultan Johor.


"Hebat Bukan Penghinaan Nizar keatas DYMM Tuanku Sultan Johor"

Apa yang Gomo nak ulas disini bukanlah mengenai permohonan maaf beliau tetapi isu pertelagahan beliau dengan Yb Salahuddin AYob yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Naib Presiden PAS.

Gomo dimaklumkan bahawa minggu lalu sewaktu kekecohan mengenai penghinaan Nizar GILA keatas DYMM Tuanku Sultan Johor berhubung plat number WWW 1 berlaku. Yb Salahuddin Ayob begitu marah dengan tindakan Nizar yang mana telah menjejaskan reputasi beliau yang cuba kembali ke negeri Johor dalam pertandingan PRU 13 akan datang.

Malah 3 hari yang lalu dilaporkan Yb Salahuddin Ayob berjumpa dengan Nizar Gila dalam menjelaskan isu tersebut. Pertelagahan tercetus diantara Salahuddin AYob dan juga Nizar Gila yang mana pertegangan itu membawa kepada Makin Nizar keatas Salahuddin Ayob dengan memperlekehkan Salahuddin Ayob dengan kata kata "Jangan perasan boleh menang di Johor".

Pertelagahan tersebut diredakan oleh beberapa ahli PAS yang lain waktu itu dengan akhirnya Salahuddin Ayob terus meninggalkan perjumpaan tersebut dengan keadaan yang agak kecewa sama sekali.


"Siapa BUNUH Siapa?"

Apa yang Gomo lihat disini adalah GAME PLAN yang dilakukan Nizar Gila keatas Salahuddin AYob dalam mematikan karier politik Salahuddin AYob didalam parti PAS. Umum mengetahui Salahuddin AYob merupakan Naib Presiden PAS yang paling kukuh setakat ini yang mana pada pemilihan muktamar yang lalu juga beliau mendapat undi tertinggi diantara pencabar yang lain seperti Mahfuz Omar dan Hussam Musa.

Cukup licik permainan Game Plan dalam parti PAS ini yang mana Nizar melakukan terjahan maut keatas Salahuddin AYob dengan melalui penghinaan keatas DYMM Tuanku Sultan Johor agar mematikan karier politik Salahuddin AYob.



Tindakan Nizar yang mencetuskan kemarahan rakyat Johor secara automatiknya akan memastikan Salahuddin AYob tidak berkesempatan untuk menang pada PRU 13 nanti jika beliau bertanding dimana mana parlimen dalam negeri Johor.

Gomo akui Nizar bukan bergerak keseorangan dalam isu tersebut yang mana Mahfuz Omar, Hussam Musa merupakan orang yang berada dibelakang dalam mengerakkan usaha agar Salahuddin Ayob terkubur karier politiknya.
Kepada yang masih tidak faham mengenai GAME PLAN ini mari Gomo terangkan dengan lebih jelas lagi.:
- Salahuddin Ayob Ahli Parlimen Kubang Kerian dan dengan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen maka memberikan satu kredit buat beliau menguasai pentas pimpinan tertinggi PAS dan ianya terbukti apabila beliau menang dengan undi paling tinggi pada pemilihan muktamar PAS yang lalu sebagai Naib Presiden PAS.

- Untuk PRU 13 Salahuddin Ayob tidak dibenarkan bertanding di Kelantan atas faktor Hussam Musa yang menghasut Nik Aziz agar hanya anak Kelantan sahaja dibenarkan bertanding di Kelantan dan ini memaksa Salahuddin Ayob pulang ke Johor tempat asal beliau dan bertanding disana.

- Salahuddin cuba memasuki negeri Johor dan boleh dikatakan agak kerap beliau ke Johor dalam kempen cuba menarik sokongan rakyat Johor kepada PAS yang mana akan memberikan beliau peluang untuk bertanding dan menang pada PRU 13 kelak.

- Nizar Gila yang menghina DYMM Tuanku Sultan Johor telah membangkitkan kemarahan kepada pihak PAS dan ini secara automatiknya menjejaskan undi buat Salahuddin AYob jika beliau bertanding pada PRu 13 kelak di mana mana Parlimen atau Dun dalam Negeri Johor.

- Jika Salahuddin Ayob TEWAS pada pilihanraya 13 nanti maka pengaruh beliau yang sebelum ini sebagai ahli Parlimen akan berkurangan dan ini akan menjadikan peluang buat beliau sama ada untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS ataupun bertanding sebagai Timbalan Presiden PAS akan GAGAL sama sekali.

- Peluang akan lebih tertumpu kepada Hussam Musa dari Kelantan, Mahfuz Omar yang cukup ligat membiayai pergerakan ahli PAS dan Nizar Jamaluddin yang akan mendapat sokongan dari pihak edrogan haluan kiri yang kini menguasai PAS.


"Nasib Kau lah "

- Jika Salahuddin Ayob menang pada PRU 13 di Johor maka beliau akan terus diangkat oleh ahli PAS dan tidak mustahil untuk jawatan Timbalan Presiden PAS berada dalam gengamanya yang akan membuatkan Hussam Musa, Nizar Gila, Mahfuz Omar dan yang lain kepanasan.

Sama sama anda fikir apa yang telah berlaku dalam GAME PLAN ini. Dan untuk memudahkan lebih lanjut agar anda faham boleh tanya kepada Salahuddin Ayob sendiri mengapa beliau tidak bersama Nizar Jamaluddin, Mahfuz Omar semalam sewaktu sidang media diadakan dalam isu Penghinaan keatas DYMM Tuanku Sultan Johor.



Psssttt...Habislah Salahuddin Ayob....Habis....Nizar sudah bikin big plan dengan Mahfuz dan Hussam...... Lingkup le lu YB oiiii

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Akaun RM3 Bilion - Anwar Terpaksa Bersilat Lidah

Sekali lagi Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Pembangkang terpaksa bersilat lidah untuk menepis isu akaun RM3 bilion yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Perkara ini penting menuntut penjelasan dan jawapan yang ampuh. Nilai RM3 bilion bukannya kecil anak dan ia didakwa berlaku ketika Anwar adalah Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Tapi sudah tabiat Anwar, tiap kali dirinya terbelit dengan isu panas ada saja caranya mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang timbul.

Selalunya pemimpin UMNO yang akan dijadikan sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan sekaligus dengan harapan dirinya tidak akan dipersoalkan oleh penyokong pembangkang.

Bendanya bukanlah susah, jawab YA atau TIDAK, itu sahaja. Jika YA, rakyat nak tahu dari mana datangnya aset dan wang tersebut. Jika TIDAK, kenapa tidak di saman sahaja Timbalan Gabenor Negara, Abdul Murad yang mendedahkannya.

Ini tidak, hanya dek kerana panas punggung disuruhnya pula Tan Sri Muhyidin Yassin pula mendedahkan akaun beliau. Tiada kaitan langsung dengan isu RM3 bilion yang heboh diperkatakan sejak 13 tahun dulu.

Penulis teringat kejadian dalam satu sidang akhbar setahun yang lalu membabitkan isu chinadoll. Bila wartawan tanya komennya tentang isu tersebut, tak semena-mena ditunjukkan perutnya yang konon tidak boroi. Pun bersilat lidah juga. Mengarut sungguh caranya menjawab.

Songsang betul cara pemikiran Anwar saling tak tumpah dengan perwatakan dan kegemarannya. Kaedah menjawab yang langsung tidak mencapai tahap intelektual sebagai seorang pemimpin.

Sumber Beruang Biru.

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP