Imam Masjid Al Aqsa Harapkan Kepada Malaysia Demi Rakyat Palestine

Sunday, June 17, 2012



Malaysia dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) lain digesa terus memberi tekanan kepada tindakan Israel melakukan pencerobohan dan pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa.

Imam masjid itu, Syeikh Akrima S.A Sabri berkata Malaysia sentiasa prihatin dengan setiap isu Palestin dan diharap terus memberi tekanan terhadap tindakan Israel yang tidak berasas serta bakal memusnahkan Masjid Al-Aqsa.

"Malaysia antara barisan depan yang sentiasa menyokong perjuangan umat Islam di Palestin bersama 57 negara OIC perlu terus melakukan protes terhadap tindakan Israel ini.

"Protes (tekanan) oleh banyak pihak antarabangsa penting untuk menghentikan tindakan Israel itu," katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan kertas kerja pada Seminar Antarabangsa 'Fiqh Mentaati Pemimpin' di sini hari ini.

Beliau turut meminta semua pihak terus menyalurkan bantuan bagi meringankan beban rakyat Palestin.

"Ada dua bentuk bantuan yang amat diperlukan rakyat Palestin, bantuan pertama, yang saya sifatkan mampu disalurkan oleh individu serta tidak perlukan tindakan sebuah negara, ialah bantuan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan keperluan harian termasuk makanan serta perubatan, yang mana semua negara atau pertubuhan mampu untuk segera membantu rakyat Palestin," katanya.

Syeikh S.A Sabri berkata selain itu, bantuan yang disifatkan perlu namun mungkin mengambil masa ialah berkaitan persefahaman negara Islam sendiri untuk bersepakat membantu Palestin.

"Bantuan ini bersangkut-paut dengan tanggungjawab negara, bukan masyarakat atau penduduk, kesepaduan negara-negara Islam, permuafakatan antara mereka perlu untuk menyelesaikan isu pencerobohan yang terhadap Palestin, ini kerja negara untuk menentang Israel," katanya.


Sementara itu, seorang pembentang kertas kerja iaitu bekas Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Dr Hamed Mohamed Abdel Rahman berkata memandangkan Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam yang maju, ia perlu memainkan peranan utama menerajui dunia Islam membantu badan dunia menyelesaikan pelbagai krisis antarabangsa.

"Peranan Malaysia perlu diperluaskan lagi, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Annan sendiri telah mengakui Malaysia boleh dijadikan contoh kepada masyarakat dunia berhubung aspek kehidupan aman penduduknya yang berbilang kaum.

"Kofi Annan turut melihat Malaysia sebagai contoh sebuah negara Islam yang menggalakkan perpaduan di peringkat dunia, khususnya antara negara Islam dan dunia secara am," katanya sambil menambah secara peribadi, beliau melihat Turki boleh berperanan menerajui negara Islam, berdasarkan faktor geografi.

Sumber KL POS



Psssttt... Apa yang menarik adalah sokongan golongan ulamak dunia keatas kerajaan Barisan Nasional dibawah pentadbiran Najib Razak.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Read more...

Ketua Setiausaha Negara Baru Pada 19 Hb Jun Ini.



Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan

Selamat tinggal, dan harapnya Ketua Setiausaha Negara yang baru selepas ini akan lebih menumpukan kebajikan para pekerja Perkhidmatan Awam agar lebih terbela hendaknya.
Psssttt.....19 hb ni khabarnya KSN baru....siapa? sama sama kita tunggu k...

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT




Read more...

Video Punca Zulkifli Nordin Diserang Puak Pakatan Bangkang Dalam Jamban







Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan.

Penganjur ceramah UMNO sewajarnya tidak mempraktik politik lembut dan lembek kerana politik di Malaysia ketika ini terlalu berbeza. Pembangkang semakin bertindak ganas bila melihat UMNO terlalu lembut dan lembek.



Sebelum ini serangan sebegini pernah berlaku ke atas pentas ceramah yang dianjurkan oleh penduduk Kampung Ara Payung Batu Gajah. Mereka bertindak ganas sehingga ke hadapan pentas ceramah.

Kejadian serangan ke atas YB Zulkifli Nordin berlaku di Taman Petaling Perdana dalam program Debat Rakyat itu diserang oleh sekumpulan samseng yang dikenalpasti sebagai samseng upahan Anwar berkopiah putih ala Nik Aziz.

Salah seorang yang berkopiah putih dengan biadapnya menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun yang tidak sepatutnya dikeluarkan sebagai seorang Islam yang ketika dalam memakai kopiah putih.

Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan tetapi berlaku pergaduhan.

Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Samseng yang menimbulkan kekecohan tadi tidak puashati kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali seolah-olah dirasuk semacam mahu memukul Zulkifli Nordin.

Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.

Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam.

Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu.

Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'. Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama.



Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah, Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian itu.

Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam, dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab.

Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah.

UMNO perlu lebih aktif dan pro-aktif dalam politik masakini, jika tidak UMNO akan dipermainkan oleh samseng Anwar Ibrahim yang kini begitu agresif.


Sumber: KLPOS


Lagi Gambar Lain KLIK DISINI



Psssttt.... Puak pakatan dah panas punggung nampaknya...hahaha...


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP