KEJAM - Tengku Mahkota Johor BEDAL Papa Gomo
Saturday, June 23, 2012
Memang nasib tak baik hari ni bila Papa Gomo kena Bedal dengan Tengku Mahkota Johor. Kaw Kaw punya bedal memang sadis beb. Hehehe.
Petang tadi perlawanan Bolasepak Liga JBFA yang mempertemukan pasukan Papa Gomo iaitu Kg Pasir FC berentap dengan pasukan TMJ Johor Military Force di Padang Sri Gelam Johor Bahru. Pasukan Papa Gomo tewas dengan 12 Goal berbalas 0 . Tak boleh nak cakap apa lah coz Kg Pasir ni team baru yang marhaen lagi sederhana . Huhuhu.
Apa pun pengalaman yang bagus buat player Kg Pasir FC dengan game petang tadi yang banyak menerima manfaat dari pengalaman yang diperolehi.
Terima kasih juga buat Tengku Mahkota Johor apabila mengurniakan santapan makan malam buat para pemain Kg Pasir FC di restoran Singgah Selalu. Satu penghormatan buat kami anak anak Johor yang menjunjung kasih pada Istana Johor.
Walaupun Papa Gomo bukan anak jati Johor tetapi membesar di Johor sejak umur 1 tahun merupakan satu sejarah dalam kehidupan Papa Gomo. Kg Pasir Tampoi tempat Gomo dibesarkan dan pasukan Bolasepak ini juga membawa nama Kg Pasir.
Harapan selepas ini lebih banyak bakat bakat baru yang akan muncul didalam kg Pasir, dan Papa Gomo serta rakan rakan yang lain di Kg Pasir mensasarkan matlamat untuk pembangunan Bola Sepak di Kg Pasir agar satu hari nanti orang kenal dan segan dengan Team Bola Kg Pasir.Silap haribulan boleh Bedal balik team Bola Tengku Mahkota Johor....hahaha
Psssttt... Lepas ni mau kasi kuat lagi team Bola Kg Pasir, sapa nak Sponsor?
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT




