Penangguhan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 bakal memberi kesan dan impak yang besar pada pengguna domestik, sektor perindustrian & komersil, perniagaan dan pelaburan di sekitar negeri Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya. Dengan mengambilkira pembangunan yang pesat dan pertambahan penduduk di kawasan ini dari tahun ke tahun, permintaan terhadap bekalan air bersih sudah semestinya meningkat.
Walaupun begitu, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yakin bahawa 33 buah loji rawatan air yang sedia ada masih mampu untuk menampung keperluan permintaan air terawat yang semakin meningkat ini.
Melalui Forum Air Selangor yang diadakan pada 12 June 2012 , kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat berpendapat masalah kekurangan rizab air terawat dapat diatasi dengan mengurangkan NRW (Non Revenue Water) . NRW tinggi pada ketika ini adalah disebabkan ketidakcekapan pengurusan syarikat-syarikat konsesi , oleh yang demikian kerajaan Selangor berpendapat pengstrukturan semula industri air adalah langkah yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ini.
NRW yang tinggi adalah disebabkan aset-aset air tidak diselenggara dengan baik misalnya melalui penggantian paip-paip saluran air yang lama dan berkarat kepada paip-paip saluran air yang baru.
Walau bagaimanapun, masalah NRW yang tinggi ini juga boleh dikaitkan dengan tindakan kerajaan Negeri Selangor yang sehingga sekarang tidak dapat menyelesaikan masalah pengstrukturan semula air dengan syarikat-syarikat konsesi, sekali gus membabitkan pembekuan CAPEX (perbelanjaan modal) yang digunakan syarikat konsesi bagi penyelengaraan dan penggantian paip-paip lama dan rosak.
Oleh itu kerja-kerja penyelengaraan tidak dapat dilakukan oleh syarikat konsesi dan pada masa yang sama menyebabkan peningkatan kepada NRW .
Sama ada meneruskan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 atau pengstrukturan semula industri air, penyelesaian bagi menghadapi krisis air 2014 seperti kajian yang dibuat oleh AWER (Association of Water and Energy Research Malaysia) perlu dicari kerana masa semakin suntuk.
Sekiranya kerajaan negeri Selangor berkeras untuk tidak bekerjasama dalam Projek Loji Rawatan Air Langat 2 , satu kaedah penyelesaian alternatif perlu diberikan dengan segera dalam mengahadapi krisis ini. Namun setakat ini, penyelesaian alternatif melalui pengstrukturan semula masih tergantung dan sekiranya ia berjaya dilakukan dalam masa terdekat ini, kaedah mengurangkan NRW masih memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan .
Lantikan semula konsultan, kontraktor untuk kerja-kerja penyelengaraan dan penggantian paip ini akan melalui satu tempoh yang agak panjang sebelum kerja-kerja itu sendiri dapat dilaksanakan.
Apabila krisis air ini berlaku,kesan yang diterima oleh pengguna domestik adalah paling ketara. Catuan air yang dilakukan akan menyulitkan aktiviti-aktiviti harian rutin seperti memasak, membasuh pakaian, dan membersihkan diri. Dalam keadaan yang terdesak ini sumber air alternatif yang tidak terawat mungkin akan digunakan sekaligus mendedahkan pengguna kepada ancaman penyakit.
Perniagaan-perniagaan makanan dan minuman dijangka turut terjejas kerana kualiti makanan dan minuman yang disediakan diragui. Selain itu perniagaan-perniagaan lain yang melibatkan penggunaan air yang banyak seperti cuci kereta, salun, dobi dan sebagainya akan mengalami masalah.
Bayangkan jumlah perniagaan berkaitan yang bakal terjejas di sekitar Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya akibat dari krisis air, ini secara langsung menjejaskan sumber pendapatan peniaga-peniaga ini dan pekerja-pekerja mungkin terpaksa diberhentikan. Sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Apa yang lebih membimbangkan, krisis air juga dijangka membantutkan pelaburan di Selangor, secara tak langsung memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara, kerana Selangor merupakan antara negeri yang menghasilkan pulangan yang tinggi di negara ini sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi.
Selain itu rancangan kerajaan untuk mewujudkan Greater KL melalui Economic Transformation Plan (ETP) mungkin terjejas . Peluang perniagaan dan pekerjaan yang banyak melalui inisiatif Greater KL dengan penyertaan syarikat-syarikat multinasional mungkin tidak dapat dicapai akibat dari krisis air.
Rancangan untuk menjadikan Kuala Lumpur antara 20 bandaraya di dunia yang selesa didiami menjelang tahun 2020 mungkin sekadar tinggal impian kerana keperluan asas seperti air pun tidak dapat diselesaikan.
Oleh itu, kerajaan Selangor perlu mencadangkan penyelesaian segera samada Langat 2 atau apa-apa alternatif lain, kerana apa yang rakyat mahukan hanyalah bekalan air bersih yang berterusan.
Sumber KL POSPsssttt.... Sampai bila rakyat hendak dijadikan mangsa politik?DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...