Pahang menang 2 Goal berbalas 1 menantang pasukan Sukma Sarawak
Pengurus Pasukan Sukma Negeri Pahang,Mohd Fahrizal Bin Hasan Untuk Perlawanan Bola Bagi Sukan Malaysia (SUKMA) XV Pahang Berkata Pasukan Pahang Akan Berhati-Hati Dalam Perlawanan Suku Akhir.Beliau Berkata Demikian Selepas Perlawanan Antara Pahang Dan Sarawak Di Stadium Darul Makmur.Pahang Menumpaskan Sarawak 2-1
Memang hebat game yang dipertontonkan oleh pasukan bolasepak Sukma Pahang petang tadi. Satu perlawanan yang penuh dengan peluang dan percubaan menarik yang mana kedua dua pasukan memerlukan kemenangan bagi melayakkan diri ke suku akhir dalam perebutan pingat emas Sukma Pahang 2012 kali ini.
Tahniah pasukan Pahang dan diharapkan selepas ini mampu mengulangi kejayaan 12 tahun lalu dengan memenangi pingat emas Sukma dalam acara bolasepak.
Sekitar Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Malaysia (SUKMA) XV Pahang 2012 Kali Ke 15.Acara ini Berlangsung Di Stadium Darul Makmur,Kuantan Pahang.Bermula Pada 7 Jun 2012 Dan Berakhir pada 16 Jun 2012.
Semakin hari semakin teserlah peranan yang dimainkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu suaminya iaitu Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak. Benarlah orang kata, jika tidak kerana Isteri untuk membantu maka siapa pula yang akan berusaha lebih jitu dalam memastikan si suami memperolehi kejayaan.
Semalam satu lagi intipati penting dalam kehidupan Najib Razak apabila isteri beliau Rosmah Mansor berjaya menghimpunkan para belia yang terdiri daripada lapisan golongan Agama, Bangsa dari serata Malaysia dibawah naungan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Satu peranan yang cukup besar dimainkan oleh Rosmah Mansor bagi memastikan usaha suami beliau iaitu Najib Razak yang sentiasa berusaha gigih selama ini dapat sekali lagi dibantu melalui peranan yang dimainkan oleh Rosmah Mansor.
Mungkin pembangkang akan mengutuk ataupun menyerang Rosmah Mansor sepertimana sebelum ini yang menyatakan Rosmah Mansor sebagai Perdana Menteri Malaysia namun para belia yang hadir semalam dalam satu program yang bijaksana melihat sendiri peranan besar yang dimainkan oleh Rosmah Mansor dalam membantu suami beliau Perdana Menteri Malaysia.
Gomo mengucapkan syabas buat Datin Seri Rosmah Mansor atas kejayaan yang dilakukan semalam dalam menghimpunkan Pandu Puteri Malaysia yang mana ianya adalah julung julung kali diadakan bersama sama dengan seorang Perdana Menteri.
Gomo yakin anak gadis Pandu Puteri yang terdiri dari pelbagai lapisan Agama Bangsa dan serata Malaysia berpuas hati kerana dapat bersama sama dengan Perdana Menteri Malaysia dan Gomo yakin usaha yang dilakukan ini pastinya akan ditagih oleh para belia dari Persatuan yang lain dalam masa mendatang.
Buat Datin Seri Rosmah Mansor teruskan membantu suami anda yang bertungkus lumus siang dan malam membina negara Malaysia yang tercinta ini. Dan kami para Blogger, facebooker akan terus mempertahankan pucuk pimpinan kami dari serangan Fitnah jahat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan kita Barisan Nasional membina negara Malaysia ini.
Buat pembangkang anda boleh menyerang tetapi ingatlah semakin kerap anda menyerang Najib Razak dan Rosmah Mansor maka semakin kuat sokongan para pengundi kepada mereka berdua ini.
Psssttt.... Boleh ke Nuar Berahim dan Wan Azizah, Nik Aziz dan Isteri, Kit Siang dan Isteri buat sepertimana Najib dan Rosmah?
Kemeriahan Program Ekspresi Remaja bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Program ini telah diadakan di Stadium Negara pada 7 Julai 2012.
Syabas diucapkan kepada mereka yang hadir semalam dalam memeriahkan program bersama Perdana Menteri dan Isteri yang julung julung kalinya diadakan dalam menghargai persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Satu program yang bermakna yang berfaedah dan semestinya mendatangkan manfaat buat para peserta yang terdiri daripada para belia. Syabas sekali lagi dan pastinya usaha sebegini dalam mendekati anak muda mesti diteruskan dari masa ke semasa.